Anda di halaman 1dari 40

2.

1 PENGENALAN PROSES GEOMORFOLOGI


Satu bidang sains bumi yang mengkaji interaksi antara proses, faktor dan
bentuk di permukaan bumi secara saintifik.
Jenis Proses Geomorfologi
i) Proses Endogenik

Proses yang berpunca dari dalam bumi, mampu membentuk serta


mengubah permukaan bumi seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak
bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan aktiviti igneus serta
metamorfosisme batuan.

ii) Proses Eksogenik


Proses yang berlaku di luar bumi atau di permukaan bumi seperti proses
luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan serta gerakan jisim.

Proses-Proses Endogenik
1) Pengangkutan dan penurunan blok-blok bumi apabila
mengalami pemulihan isostasi.
2) Proses orogenesis atau proses pelipatan kerak bumi yang
menghasilkan banjaran gunung lipat.
3) Proses gelinciran atau sesaran kerak bumi yang reahan di kerak
bumi, lurah gelinciran serta gunung bongkah yang berpunca daripada
daya mampatan dan tegangan yang dialami oleh kerak bumi.
4) Gempa bumi atau gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila
berlakunya perlanggaran atau pencapahan plat-plat tektonik.
5) Aktiviti gunung berapi.
6) Proses metamorfosisme yang melibatkan perubahan tekstur,
struktur dan kandungan kimia sesuatu jenis batuan yang berada di dalam
bumi apabila ia menerima haba dan tekanan yang tinggi dan mengalami
penjelmaan.
Proses-Proses Eksogenik
1)Luluhawa
 Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan dan berlaku
secara insitu.
 Terbahagi kepada tiga jenis
a) Luluhawa kimia
b) Luluhawa fizikal
c) Luluhawa biologi

2) Proses hakisan
 Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan
agen-agen yang bergerak seperti air mengalir, angin dan ombak.
 Hakisan terbahagi kepada dua jenis
a) Hakisan geologi.
 Proses hakisan berlaku secara semulajadi dikawasan yang belum diganggu
oleh manusia. Proses hakisan goelogi berlaku secara perlahan-lahan dan
mengambil masa yang lama serta proses hakisan ini melibatkan
keseluruhan permukaan bumi.
b) Hakisan tanih
 Proses hakisan yang berpunca daripada manusia apabila manusia
mengganggu keadaan semulajadi alam sekitar akibat aktiviti-aktiviti
manusia.
3) Proses pengangkutan dan pemendapan
Pengangkutan adalah satu proses pemindahan bahan-bahan terluluhawa
dan terhakis akan diangkut oleh agen-agen yang bergerak seperti air yang
mengalir, cairan glasier, angin dan ombak. Proses pengangkutan
bergantung kepada tenaga potensi dan tenaga kinetik agen bergerak.
Apabila halaju agen bergerak semakin perlahan, maka bahan-bahan yang
diangkut akan mengalami proses pemendapan.

4) Proses gerakan jisim


Gerakan jisim melibatkan pergerakan regolit dari atas cerun ke bahagian
bawah akibat daya tarikan graviti. Proses endogenik membentuk muka
bumi atau landskap fizikal manakala eksogenik lebih banyak mengubah
atau memperkembangkan bentuk-bentuk bumi tersebut.
2.2 KONFIGURASI BENTUK BUMI

Pelbagai jenis atau keanekaan muka bumi yang ditinjau sama ada pada
skala makro atau mikro.
Struktur Bumi terdiri daripada 3 lapisan utama :
a) Lapisan kerak bumi
Kerak bumi ialah lapisan bumi paling luar.Lapisan paling nipis.Ia terdiri
daripada lapisan SIAL (benua) dan SIMA (lautan). Kerak bumi banyak
mengandungi batuan jenis granit dan basalt. Ketumpatan batuan 2.7 –
3mg3.
b) Lapisan mantel
Lapisan pertengahan yang tidak stabil.Lapisan dalam bentuk pepejal dan
cecair.Zon astenosfera berbentuk separa cair.Lapisan bawah berbentuk
batuan pejal. Batuan jenis granit dan basalt. Ketumpatan 5.5.Suhu antara
800^C hingga 1600^C.
c) Lapisan teras bumi
Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh ketakselanjaran
Gutenberg. Dikenali sebagai lapisan barisfera.Terbahagi kepada dua iaitu
teras luar (cecair) dan teras dalam (pepejal).Ketumpatan batuan 13.
Batuan jenis nikel dan bes.
KAWASAN KELUASAN (KM PERSEGI)
Asia,Eropah dan pulau-pulau 54 200 000
berdekatan
Afrika 29 800 000
Amerika Utara 24 200 000
Amerika Selatan 18 000 000
Antartika 13 100 000
Australia 7 700 000
Borneo dan Sumatera 1 217 000

JENIS-JENIS BATUAN
1) BATUAN IGNEUS
Terbentuk daripada penyejukan dan pemejalan magma di dalam lapisan
kerak bumi atau di luar permukaan kerak bumi.Terdapat dua jenis
batuan igneus iaitu igneus rejahan dan igneus terobosan.
Igneus rejahan terbentuk apabila terdapat pembekuan magma di dalam
rekahan kerak bumi. Batuan igneus rejahan seperti granit mempunyai
warna yang cerah, tekstur kasar dan kandungan mineral utama ialah
feldspar, kuartza dan mika. Manakala batuan gabro pula berwarna lebih
gelap, tekstur kasar dan kandungan mineral utama ialah feldspar, piroksin
dan olivine. Batuan granit menghasilkan bentuk muka bumi seperti kubah,
kelupasan, tanah tinggi dan banjaran gunung. Contohnya Banjaran
Titiwangsa.
Igneus terobosan merupakan penyejukan magma di permukaan
bumi.Basalt dan obsidian ialah antara contoh batuan igneus
terobosan.Kedua-duanya mempunyai warna yang gelap dan kandungan
mineral utama ialah feldspar.Basalt mempunyai tekstur halus manakala
obsidian bertekstur berkaca.

2) BATUAN ENAPAN @ MENDAP


Ia terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh air mengalir,
ais dan angin. Bahan enapan berbentuk berlapis-lapis. Pembentukan
batuan enapan dapat dilihat melalui dua proses iaitu proses pemadatan
bahan-bahan mendapan (sedimen dan fosil) dan proses penyimenan. Fosil
ialah bahan-bahan enapan yang terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil,
kulit-kulit kerang, sisa tumbuhan dan haiwan yang telah mati.

Proses pemadatan berlaku apabila bahan-bahan enapan berkumpul secara


lapisan, selapis demi selapis. Apabila bahan enapan menjadi semakin tebal,
lapisan bawah akan mengalami tekanan daripada lapisan atasnya. Lama-
kelamaan bahan-bahan enapan akan mampat dan melekat di antara satu
sama lain.
Penyimenan adalah proses pelekatan mineral-mineral dengan adanya
bahan perikat. Bahan enapan yang kasar tidak melekat di antara satu
sama lain dan hanya akan terlekat apabila adanya bahan terikat. Bahan-
bahan perikat ini terdiri daripada lempung, kalsit, silika yang bertindak
memasuki ruang-ruang yang wujud di antara mineral-mineral kasar.
Tekanan daripada lapisan atas menyebabkan ia terkeluar dan bahan-
bahan perikat akan terhablur dan mengikat mineral-mineral kasar.

Jenis-jenis batuan enapan


Batuan klastik
Contoh batuan klastik seperti konglomerat, batu pasir dan
syal.Konglomerat mempunyai komposisi kerakal, kerikil dan batu tongkol
serta membentuk bentuk muka bumi seperti permatang dan
gunung.Komposisi batu pasir ialah pasir dan membentuk muka bumi
seperti tebing tinggi dan daratan tinggi.Komposisi utama syal ialah
lempung dan bentuk muka bumi yang terhasil ialah cerun landai, lembah
dan tanah pamah.

Batuan kimia
Batuan terdiri daripada batu garam dan batu gipsum.Batu garam
membentuk tasik-tasik cetek di Laut Mati.

Batuan organik
Batuan ini terdiri daripada batu kapur dan batu arang. Batu kapur
mempunyai komposisi kalsit dari sisa haiwan dan ia membentuk pelbagai
landskap karst seperti di lembah kinta dan sekitar Ipoh,Perak. Arang batu
mengandungi fosil tumbuhan dan ia bolah membentuk muka bumi seperti
tanah pamah dan pinggir laut.

3) BATUAN METAMORFOSIS
Batuan metamorfosis ialah batuan jelmaan, ia terbentuk apabila batuan
igneus dan batuan enapan mengalami tekanan dan suhu yang tinggi
semasa gerakan tektonik di dalam kerak bumi. Hasilnya menyebabkan
batuan berkenaan berubah bentuk, warna dan komposisi mineralnya.
Proses ini akan membentuk batuan baru. Batuan baru ini lebih stabil,
amat keras, bersinar-sinar, cantik dan menarik.Terdapat dua
jenis batuan metamorfosis iaitu batuan berjalur yang mempunyai
susunan mineral berlapis-lapis secara selari.Batuan tidak berjalur pula
tidak mempunyai lapisan.

Batuan syis berasal dari batuan basalt dan granit danmempunyai tekstur
sederhana kasar. Gneis mempunyai tekstur kasar dan berasal daripada
batuan granit. Batu kapur yang mempunyai tekstur kasar berasal dari
batu kapur.Kuarzit yang berasal dari batu pasir adalah sederhana kasar.

KEPENTINGAN BATUAN KEPADA AKTIVITI MANUSIA


Aktiviti Kepentingan
Manusia
Pertanian Batuan basalt (igneus terobosan) mudah terluluhawa
membentuk tanah yang subur untuk tujuan pertanian- Pulau
Jawa
Riolit (igneus rejahan) terluluhawa hasil laterit sesuai untuk
tanaman getah dan kelapa sawit.
Perlombongan Batu permata (metamorfosis) digunakan sebagai batu
pengisar, pemotong dan gerudi dalam perlombongan
petroleum kerana sifatnya yang paling keras.
Perindustrian Arang batu (enapan organik) bahan bakar utama dalam
perusahaan besi dan keluli.
Arang batu melalui proses pemisahan kimia boleh
menghasilkan lebih kurang 200, 000 hasil sampingan seperti
tar, minyak wangi, racun rumpai, baja, racun serangga dan
bahan letupan.
Lempung (enapan klastik) jenis kaolin penting dalam
perusahaan tembikar
Fostat (enapan) buat baja
Pembinaan Batuan marmar (metamorfosis) digunakan sebagai lantai,
dinding bangunan dan perhiasan.
Granit (igneus) bina jalanraya, rumah, bangunan, pelabuhan
dsbg.
Perhiasan Batu metamorfik menghasilkan pelbagai jenis batu permata
yang digunakan untuk membuat barang kemas. Antaranya
ialah intan, garnet, delima,nilam dan zirkon.

PROSES ENDOGENETIK
Tenaga yang berpunca dari dalam kerak bumi iaitu lapisan mantel bumi
yang menghasilkan berbagai fenomena di lapisan kerak bumiseperti
gampa bumi, letusan gunung berapi, lipatan gelinciran,gerakan tektonik
termasuk juga proses metamorfosisme batuan.
i. Tenaga graviti daripada mampatan jisim dan perambahan
momentum sudut semasa pembentukan planet.
ii. Tenaga radiogenikatau atom daripada pencerakinan nucleus
atom yang wujud dalam mineral radiogenik seperti uranium, plutonium
dan thorium.
iii. Tenaga haba ini wujud dalam lapisan atas mantel iaitu di
astenosfera.
iv. Arus-arus perolakan yang panas dari astenosfera boleh
menggerakkan lapisan kerak bumi.
v. Pelanggaran antara kerak bumi boleh
menghasilkan gelombang seismik menyebabkan kejadian gempa bumi.

LIPATAN
Berlaku akibat adanya daya mampatan dan tekanan secara mendatar
semasa pertembungan antara plat-plat tektonik yang menyebabkan
lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat.Iajuga dipengaruhi oleh tarikan
graviti berhampiran dengan permukaan bumi.
Proses-proses Lipatan
a) Proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak bumi. Lapisan
batuan yang berada dalam bumi adalah cair lalu mudah lentur.
b) Proses mampatan secara mendatar. Apabila berlaku mampatan atau
tolakan dari kiri dan kanan lapisan kerak bumi maka lapisan kerak bumi
yang cair dan mudah lentur tadi akan melengkung keatas atau kebawah.
JENIS-JENIS BENTUK MUKA BUMI LIPATAN
i. Antiklin atau lintap mungkum – lipatan yang melengkung ke atas.
ii. Sinklin atau lintap lendut – bahagian yang menggeleding (melendut ke
bawah)
iii. Lipatan simetri – kedua-dua cerunnya mempunyai kecerunan yang sama
atau hampir sama.
iv. Lipatan tak simetri – satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam atau
landai berbanding cerun lipatan di sebelahnya.
v. Lipatan lampau – keadaan lipatan tertekan dan herot ke depan.
vi. Antiklin rebah – lipatan tertekan dengan kuat dan jatuh ke depan.
vii. Nappe – antiklin rebah mengalami tekanan sehingga wujudnya rekahan
seterusnya pematahan lintap mangkum dan adanya garis gelinciran antara
lintap mungkum dan lintap lendut.

GELINCIRAN
Konsep gelinciran
Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan lapisan kerak bumi
atau blok batuan secara mendatar atau menegak.
Jenis-jenis gelinciran
i. Gelinciran biasa
Gelinciran biasa berlaku apabila adanya daya-daya tekanan yang menarik
kerak bumi atau daya-daya menolak bumi dari bawah.Mempunyai satah
rekahan curam atau hampir tegak.Ia menghasilkan sesar curam dan lurus
dan ketinggian berbeza-beza mengikut ketinggian anjakan blok.
ii. Gelinciran songsang
Gelinciran songsang terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang
bertindak terhadap blok batuan dari dua arah yang bertentangan
menghasilkan garis gelinciran pada blok batuan tersebut. Salah satu
daripada blok batuan tersebut terangkat atau terjulang ke atas. Dikenali
juga sebagai sesar julang.

iii. Gelinciran rabak


iv. Gelinciran rabak apabila daya mampatan dan tegangan pada lapisan
kerak bumi menyebabkan terjadinya pergerakan secara melintang blok-
blok batuan tersebut dari kedua-dua arah yang bertentangan.Pergerakan
secara mendatar.

GUNUNG BERAPI
Igneus Jalar Dalam (REJAHAN)
Bentuk muka bumi daripada proses pemejalan magma dalam kerak bumi.

JENIS BENTUK MUKA BUMI IGNEUS JALAR DALAM DAN PROSES


PEMBENTUKAN

i) Daik
Apabila magma yang panas daripada lapisan mantel mengalir ke luar
dan menembusi lapisan batuan seterusnya membeku secara menegak sama
ada dalam lapisan kerak bumi atau di permukaan bumi. Ketebalannya
antara 2 - 6m.

ii) Sil
Magma membeku secara mendatar diantara lapisan batuan terutama
bagi kumpulan batuan mendak dan ia tipis dan selari dengan lapisan
batuan.

iii) Lakolit
Magma membeku di dalam lapisan kerak bumi secara kubah.

iv) Lopolit
Magma membeku di dalam lapisan kerak bumi mengikut lengkung kerak
bumi dan kelihatan seperti piring.Bahagian tengahnya lebih tebal
berbanding kedua-dua bahagian hujungnya.

v) Pakolit
Magma membeku di bahagian puncak lintap mangkum atau bahagian
dasar lintap lendut.Ia berbentuk seperti kanta.

vi) Batolit
Terbentuk hasil daripada sekumpulan magma yang membeku secara
besar-besaran di dalam kerak bumi.Membentuk teras sesebuah gunung.

IGNEUS JALAR LUAR (TEROBOSAN)


Bentuk muka bumi yang terbentuk daripada magma yang membeku di
permukaan bumi.Ia dicirikan oleh aktiviti gunung berapi yang meletus dan
memuntahkan lavanya.
Jenis Bentuk Muka Bumi Igneus Jalar Luar dan Proses Pembentukannya
i. Kon lava asid
Kon lava asid bercerun curam kerana lava asid yang likat dan cepat
membeku lalu tudak mampu mengalir jauh.

ii. Kon lava bes


Kon lava bes bercerun landai kerana lava bes adalah cair dan mampu
mengalir jauh sebelum membeku. Kaya dengan mineral ferum atau
besi.Juga dikenali sebagai gunung berapi perisai.

iii. Kon abu


Kon abu cerunnya berbentuk cekung dan curam.Terdiri daripada debu,
abu dan serpihan batu atau batu tongkol yang keluar semasa letusan
gunung berapi yang dikenali sebagai aliran piroklastik dan bom gunung
berapi.

iv. Kon komposit


Terdiri daripada pelbagai jenis kon lava dan abu yang keluar dari pelbagai
lohong di sekeliling gunung berapi.Kon-kon kecil terbentuk menerusi
rekahan-rekahan batuan di sekeliling gunung tersebut. Sebahagian kon
mengeluarkan lava asid atau bes dan sesetengahnya mengeluarkan debu,
abu dan bahan piroklastik.

v. Krater
Krater ialah kawah besar yang terbentuk di puncak gunung berapi akibat
letusan gunung berapi.Apabila magma membeku kawah tersebut
menakung air dan membentuk tasik kawah.

vi. Kaldera
Kaldera terbentuk akibat cantuman beberapa krater gunung berapi yang
terletak berhampiran antara satu sama lain. Membentuk tasik kawah yang
sangat besar.

LAVA GUNUNG BERAPI

i. Lava asid
Lava asid sangat likat dan mengalir perlahan.Lava jenis asid cepat
membeku.Ia kaya dengan silika. Takat lebur lava asid tinggi iaitu suhu di
antara 800^C – 1000^C. Letusan gunung berapi lava asid adalah kuat.

ii. Lava bes


Lava bes adalah cair dan mengalir laju. Ia lambat membeku dan kaya
dengan besi dan magnesium. Takat lebur lava bes adalah rendah dan
sangat panas. Suhu takat lebur ialah 1100^C – 1200^C.
JENIS DAN TABURAN GUNUNG BERAPI
i) Gunung berapi hidup
- Selalu meletus dan sangat aktif.
ii) Gunung berapi mati
- Tidak aktif, tidak akan meletus lagi
iii) Gunung berapi pendam
- Pernah meletus dan akan meletus lagi pada masa hadapan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kepelbagaian Rupa dan Bentuk


Gunung Berapi
i) Jenis bahan yang diletuskan
ii) Sifat lohong gunung berapi
iii) Sifat dan jenis letusan
iv) Kuantiti bahan dan bahan piroklas yang dikeluarkan
v) Proses gondolan yang dialami

HANYUTAN BENUA

Teori Hanyutan Benua


- Dikemukakan oleh Alfred Weneger, 1910. Menurut Weneger,
200 juta tahun dahulu semua benua bercantum dan membentuk satu
daratan besar yang dikenali sebagai Pengea. Lautan disekelilingnya
dipanggil Panthalassa.
- 180 juta tahun dahulu, Pangea telah berpecah kepada
Laurasia di utara dan Gonwanaland di selatan serta menghasilkan Laut
Tethys. Laurasia mengandngi benua-benua seperti Amerika Utara, Eropah
dan Asia sementara Gonwanaland meliputi benua Amerika Selatan,
Afrika,Semenanjung Arab, Indiadan Australia.
- Wegener menyatakan terdapat dua arah utama hanyutan
benua iaitu pergerakan ke arah barat yang disebabkan oleh kuasa-kuasa
tektonik dan pergerakan dari kutub akibat daripada tekanan ke atas
benua yang seolah-olah terapung di atas lautan magma yang panas.
Hipotesis Weneger amat berkait dengan daya mampatan dan daya
tegangan yang wujud dalam bumi yang boleh menggerakkan lapisan bumi.
Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang panas.
Batuan di dalam lapisan mantel mengalami suhu dan tekanan yang tinggi
dan berada dalam keadaan separa cair, arus perolakan wujud di lapisan
ini dan lapisan kerak bumi dikatakan terapung di atas lapisan astenosfera.

Toeri Peluasan Dasar Laut


Menurut teori ini, apabila magma yang panas dari lapisan mantel tertolak
naik ke lapisan kerak bumi (dasar laut), mengisi ruang rekahan yang
dihasilkan oleh sempadan pencapahan di dasar laut. Magma ini akan
membeku dan seterusnya membentuk permatang dasar lautan. Proses
yang berterusan, rekahan menjadi semakin besar, magma berterusan
keluar dan membeku. Kesannya, dasar lautan yang lama akan tertolak ke
sebelah bagi membolehkan dasar lautan yang baru terbentuk. Dasar laut
dikatakan telah mengalami proses rebakan.
Teori ini dibuktikan dengan kajian terhadap batuan di dasar
lautan.Batuan yang terletak berhampiran dengan permatang lautan
didapati lebih muda berbanding dengan batuan yang terletak lebih jauh
daripada permatang lautan.

Toeri Tektonik Plat


Mengikut Teori Plat Tektonik, lapisan kerak bumi boleh dibahagikan
kepada kepingan-kepingan yang dikenali sebagai plat. Terdapat plat benua
dan plat lautan. 7 plat benua yang besar seperti Plat Pasifik, Plat Amerika
Utara, Plat Amerika Selatan, Plat Eurasia, Plat Afrika, Plat Indo-Australia
dan Plat Antartika. Manakala plat benua yang kecil seperti Plat Nazca,
Plat Cacos, Plat Filipina, Plat Karibia, Plat Arab, Plat Scotia dan lain-lain.
Plat lautan adalah seperti Plat Pasifik dan Plat Antartika.
Plat-plat ini sentiasa bergerak disebabkan adanya arus perolakan magma
panas di lapisan astenosfera. Pergerakan plat berlaku sangat perlahan dan
plat bergerak pada arah yang berbeza-beza antara satu sama lain. Plat-
plat ini boleh bergerak dengan 3 cara iaitu secara pertembungan,
pencapahan atau pemisahan dan secara perselisihan.

a) Pertembungan plat

 Ia berlaku apabila dua plat bertembung antara satu sama lain.


Pertembungan ini melibatkan plat benua dengan plat benua, plat lautan
dengan plat lautan atau plat benua dengan plat lautan.
 Apabila dua plat lautan yang bertembung,plat yang tumpat akan
terjunam ke bawah. Di zon ini terbentuk jurang lautan yang sangat dalam
seperti Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil menerusi pertembungan
Plat Pasifik dan Plat Filipina. Plat yang terbenam ke bawah ini akan
membentuk magma setelah mengalami pencairan dan peleburan akibat
suhu dan tekanan yang tinggi di lapisan mantel.
 Magma yang panas dan cair ini akan bergerak ke luar permukaan
kerak bumi di dasar lautan membentuk barisan-barisangunung berapi di
dasar laut. Melalui proses ataman bumi, gunung berapi ini akan muncul di
permukaan laut membentuk pulau dan rangkaian gunung berapi seperti di
Kepulauan Jawa (Indonesia), Kepulauan Filipina dan Kepulauan Jepun.
 Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua,plat lautan yang
lebih tumpat akan terbenam ke bawah. Di zon benam, plat lautan akan
mencair dan membentuk magma. Jurang lautan terbentuk di sepanjang
sempadan pertembungan antara plat lautan dengan plat benua. Manakala
di bahagian plat benua kerak bumi akan termampat. Proses mampatan ini
akan menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang lautan
tersebut. Jika terdapat rekahan di gunung lipat, magma akan keluar
sebagai fenomena gunung berapi. Pertambunagn antara Plat Nazca
dengan Plat Amerika Selatan menghasilkan Jurang Peru-Chile dan
banjaran Andes sebagai gunung lipat.
 Apabila plat benua bertembung dengan plat benua, maka pinggir
kedua-dua benua tersebut akan termampat dan terlipat lalu membentuk
banjaran gunung lipat. Tidak ada plat yang terjunam ke bawah kerana
kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yangsama. Pertembungan
Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia telah menghasilkan Sistem
Pergunungan Himalaya.

b) Pencapahan plat
Plat-plat akan berpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi,
kesannya kawasan sempadan pencapahan yang akan merekah. Ini
menyebabkan wujud satu garisan kelemahan pada kerak bumi, magma
yang panas akan mengalir keluar. Jika plat lautan yang mengalami
pencapahan ini, maka magma akan mengalir keluar, menyejuk dan
membeku di dasar laut membentuk lapisan kerak bumi yang baru dan
dikenali sebagai permatang tengah lautan. Contohnya Permatang Tengah
Lautan Atlantik yang berada di tengah-tengah lautan Atlantik.

c) Perselisihan plat
Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara berselisih di sepanjang garis
gelinciran. Ia juga dikenali sebagai garis neutral. Fenomena yang sering
berlaku di kawasan ini ialah gelinciran dan gempa bumi.
TABURAN DAN BUKTI KEJADIAN HANYUTAN BENUA

1. Bukti keselanjaran benua


Garis pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun
kedudukan benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan
pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh dicantumkan dengan pinggir
laut timur Amerika Selatan Pinggir Laut Eropah Barat boleh dicantumkan
dengan pinggir laut Amerika Utara.

2. Bukti geoglogi
Geologi enapan awal yang berada didasar laut yang terletak disekitar
Lautan Antlantik adalah sama dengan yang ditemui di benua-benua
Amerika Selatan dan Afrika dari jenis dan usianya. Ini menguatkan bukti
kemungkinan benua tersebut telah berpecah dari satu jisim benua yang
sama sebelumnya.

3. Bukti bahan fosil


Fosil dinosaur dari zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara,
Amerika Selatan dan China. Fosil ini adalah sama dari segi jenis dan usia.

4. Bukti paleomagnet
Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang
ditemui menunjukkan kutub magnet utara telah berubah sejauh 21 000 km
dari sebelah barat Amerika Utara kesebelah utara Asia dan ke kawasan
Artik. Fenomena ini berlaku pada masa pra kanbrian hingga ke Zaman
Pertengahan Tersier

5. Bukti oseanik
Bahan mendak lautan yang paling tua iaitu berusia kira-kira 160 juta
tahun telah ditemui di Lautan Pasifik dan Lautan Antlantik. Kedua-dua
bahan mendak adalah seusia dan jenis yang sama.

2.3 PEMBENTUKAN LANSKAP DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP


LULUHAWA
Konsep Luluhawa
Luluhawa merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau
pereputan batuan kepada saiz yang lebih kecil. Ia berlaku secara insitu
(setempat).

Luluhawa Fizikal / Mekanikal


Konsep luluhawa Fizika/Mekanikal
Proses penyepaian dan pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil
akibat tindak balas unsur-unsur iklam seperti suhu. Ia tidak terlibat
perubahan kandungan kimia batuan dan berlaku secara in-situ.

Proses- proses Luluhawa Fizikal


1. Perubahan Suhu
 Proses luluhawa ini berkesan di kawasan iklim panas seperti
gurun yang mempunyai julat suhu harian yang tinggi. Suhu yang
mencapai 35^C hingga 40^C pada waktu siang menyebabkan lapisan luar
batuan lebih cepat panas dan mengalami pengembangan berbanding
bahagian dalam batuan.
 Suhu waktu malam yang jatuh sehingga 5^C hingga 0^C ,
menyebabkan bahagian luar lapisan batuan mengalami kehilangan haba
dengan lebih cepat dan mengalami proses penguncupan.
 Proses yang berulang ini menyebabkan berlakunya tegangan
sehingga lapisan luar batuan retak dan pecah serta tertanggal daripada
lapisan sebelah dalamnya. Bentuk pemecahan dan penyepaian batuan
bergantung kepada sifat fizikal batuan tersebut. Terdapat tiga bentuk
pemecahan batuan iaitu :

a) Pengelupasan
Proses pengelupasan berlaku pada batuan yang mempunyai struktur
berlapis dan lapisan luarnya mempunyai rekahan. Pengelupasan berlaku
selapis demi selapis bermula dengan lapisan paling luar. Keadaan ini
berlaku kesan proses pengembangan dan penguncupan yang berulang
pada batuan dan akan menghasilkan serpihan batuan.

b) Penyepaian Berbiji / Granul


Proses ini berlaku sekiranya batuan pecah atau relai secara berbiji-biji.
Batuan induk mempunyai kandungan mineral yang berbagai dan setiap
mineral mempunyai kadar pengembangan dan penguncupan yang
berbeza. Contohnya seperti batuan granit yang mengandungi mineral
feldspar, kuartza dan mika. Mineral yang lebih cepat mengembang dan
mengecut akan lebih awal tersingkir dari batuan induk. Butir-butir halus
akan terhasil kesan pemecahan ini.

c) Pemecahan Bongkah
Proses ini berlaku pada batuan bersendi atau mempunyai rekahan bersegi
empat. Proses pengembangan dan pengecutan berlaku di sepanjang
rekahan tersebut dan penyepaian terjadi mengikut rekahan sehingga
menjadi bongkah-bongkah segi empat.

2. Tindakan Ibun
 Tindakan ibun merupakan proses luluhawa fizizkal yang berkesan
di kawasan sederhana dunia terutamanya di bahagian puncak gunung atau
tanah tinggi yang sering mengalami keadaan beku cair.
 Kerpasan seperti fros atau salji yang bertakung dalam rekahan
batuan akan membeku pada musim sejuk dan juga di kawasan
pergunungan apabila suhu berada di bawah takat beku. Ais akan cair
apabila tibanya musim panas.
 Isipadu air yang beku ini akan bertambah sebanyak 10% dan
kesannya menghasilkan tekanan yang kuat di sekitar dinding rekahan.
Proses yang berulang ini akan menghasilkan rekahan yang semakin
membesar dan akhirnya boleh memecahkan batuan. Serpihan batuan yang
bersegi-segi ini jatuh di kaki gunung dan dikenali sebagai talus atau skri.

3. Penghabluran Garam
Proses penghabluran garam ini giat berlaku di kawasan panas dan kering
seperti di kawasan savana dan monson tropika. Ia merupakan proses
pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan
dan rongga-rongga permukaan batuan. Akibat cuaca panas yang
melampau atau ketika musim panas, air akan ditarik ke permukaan bumi
oleh daya rerambut / daya tarikan kapilari. Apabila air tersejat, hablur-
hablur garam yang halus akan tertinggal dalam rekahan. Proses yang
berterusan akan menyebabkan hablur garam semakin banyak dan
berkembang semakin besar. Pembesaran dan pertambahan kuantiti hablur
garam akan mewujudkan tekanan dan ketegasan yang ke atas dinding-
dinding rekahan sehingga rekahan menjadi semakin luas, dalam dan
seterusnya pecah.

4. Pembasahan dan Pengeringan


 Proses ini beraku di kawasan tropika lembap. Pembasahan apabila
batuan ditimpa hujan lebat sehingga membolehkan batuan menyerap air
dan berada dalam keadaan tepu. Pada masa ini, lapisan batuan yang
lembap akan mengalami pengembangan. Manakala pancaran matahari
yang terik pula akan mengeringkan batuan dan lapisan batuan akan
mengalami pengecutan. Proses pengembangan dan pengecutan yang
berulang menyebabkan lapisan batuan tersepai dari batuan asalnya.
 Pembasahan dan pengeringan juga berlaku di kawasan pantai
yang menerima pengaruh air pasang-surut. Semasa air pasang, batuan
akan tenggelam dan mineral-mineral dalam batuan menjadi lembap dan
mengembang. Semasa air surut pula, batuan yang timbul akan
dikeringkan oleh pancaran matahari. Batuan menjadi kering dan
mengecut dengan cepat. Proses yang berulang ini turut memecahkan
batuan.

5. Pelepasan Tekanan
Proses ini berlaku terhadap batuan yang terletak jauh ke dalam kerak
bumi. Batuan ini berada dalam keadaan menguncup kerana tertekan oleh
batuan yang lain yang terletak di atasnya. Apabila batuan di atasnya
mengalami hakisan, diangkut dan direndahkan batuan yang terletak jauh
di dalam kerak bumi akan terdedah ke permukaan ini. Pengurangan
beban atau pelepasan tekanan ini akan menyebabkan lapisan atas batuan
berkenaan mengalami proses pengembangan sehingga menyebabkannya
merekah dan pecah.
Luluhawa Kimia
Konsep Luluhawa Kimia
Semua proses pereputan dan penguraian batuan apabila mineral batuan
tersebut bertindakbalas dengan air, asid, ion dan larutan sehingga mineral
itu bertukar dari peringkat primer ke peringkat sekunder. Tindakan ini
boleh mengubah kandungan kimia batuan.

Proses Luluhawa Kimia


1. Pengoksidaan
Proses ini berlaku apabila mineral dalam batuan bertindakbalas dengan
oksigen dalam udara. Pengoksidaan berlaku terhadap batuan yang banyak
mengandungi mineral besi (ferum). Sebatian besi akan teroksida apabila
terdedah kepada kepada udara (oksigen) dan air. Ia akan bertukar kepada
warna perang kemerahan atau berkarat. Sebatian ferum yang teroksida
ini boleh melemahkan struktur batuan.

2. Pengkarbonan
Ia merupakan tindakbalas antara kalsium karbonat dengan asid karbonik.
Asid karbonik lemah terbentuk apabila air hujan bercampur dengan
karbon dioksida dalam udara. Air hujan yang mengandungi asid karbonik
lemah ini mudah bertindakbalas dengan batu kapur dan menghasilkan
kalsium bikarbonat. Proses pengkarbonan ini boleh menghasilkan
pelbagai pandang darat karst di kawasan batu kapur seperti klint, gua
batu kapur, stalaktit, stalagmite dan lain-lain.

3. Penghidratan
Penghidratan berlaku apabila mineral batuan menyerap air. Ketegasan
dan pengembangan terhasil dalam batuan dan akhirnya boleh
melemahkan struktur batuan dan menghancurkannya. Contohnya
pembentukan limonit.Terdapatjuga keadaan di mana mineral bergabung
dengan air dan membentuk mineral lemah. Proses ini boleh melemahkan
dan mengurai batuan induk.

4. Larutan
Air hujan atau air larian bertindak sebagai pelarut.Air berupaya
melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsum, natrim
klorida dan kalsium karbonat. Kalsium, natrium dan magnesium
mempunyai kadar kelarutan yang tinggi berbanding dengan silika. Dengan
itu ia mudah dilarutkan dan disingkirkan daripada jisim asalnya dalam
bentuk larutan.
5.Hidrolisis
Ia merupakan proses pengasingan mineral dalam batuan oleh tindakan air.
Tindakbalas ion hidrogen dengan ion mineral batuan akan menghasilkan
sebatian baru dengan mineral yang berlainan dari batuan asal. Kesannya
batuan asal akan berubah kepada jenis lain. Contohnya feldspar dalam
batuan granit bertukar kepada kaolin (tanah liat berwarna putih) yang
lembut apabila air hujan bertindak ke atasnya.

Luluhawa Biologi
Konsep Luluhawa Biologi
Ia melibatkan tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan
manusia. Proses ini berlaku secara fizikal atau kimia dan melibatkan
proses pemecahan dan penguraian batuan.

Proses Luluhawa Biologi

1. Tumbuhan
Akar tumbuhan yang menjalar masuk ke dalam rekahan batuan akan
semakin membesar dan akhirnya meretakkan batuan. Akar tumbuhan
juga boleh bertindak mereputkan batuan melalui asid humik yang
dikeluarkan.Contohnya akar lumut dan kulampair.Penguraian olek
bakteria terhadap daun, ranting, dahan yang gugur juga boleh
menghasilkan asid humik yang boleh bertindakbalas dengan mineral
batuan.

2. Haiwan
Haiwan seperti arnab, tikus, ular akan memecahkan batuan dengan
mengorek lubang di dalam tanah. Struktur tanah yang longgar dan polos
ini memudahkan ini memudahkan kadar resapan ke dalam tanah.
3. Manusia
Tindakan manusia seperti meletupkan batuan di kuari dan lombong telah
mendedahkan batuan kepada proses luluhawa seterusnya.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Luluhawa
a) Iklim
Suhu dan hujan merupakan dua unsur iklim yang mempengaruhi
luluhawa.Proses-proses luluhawa kimia seperti larutan, pengkarbonan dan
hidrolisis amat bergantung kepada kehadiran air. Menurut Prinsip Lee
Chatlier, ‘tindakbalas luluhawa kimia akan berganda apabila kuantiti air
bertambah’. Kawasan Tropika Lembap mendapat bekalan hujan tahunan
yang banyak maka luluhawa kimia adalah berkesan di kawasan ini. Purata
suhu tahunan yang tinggi (27^C hingga 32^C) di Tropika Lembap juga
merupakan penyumbang utama kepada proses luluhawa kimia. Suhu yang
tinggi sepanjang tahun dengan beza antara suhu harian yang kecil
membolehkan operasi kimia berlaku dengan berkesan.

b) Jenis batuan
Batuan yang lembut seperti batu kapur, dolomite dan gipsum merupakan
jenis batuan yang tidak stabil dan mudah mengalami luluhawa berbanding
dengan batuan keras seperti granit.

c) Rekahan
Rekahan juga merupakan faktor penentu keberkesanan
luluhawa.Rekahan merupakan garisan lemah batuan. Batuan yang
mempunyai kepadatan rekahan yang tinggi dan rekahan berada dalam
keadaan menegak, mempunyai kadar luluhawa yang tinggi. Ini kerana air,
asid dan laritan boleh bertakung dan menembusi batuan ini.Luluhawa
kimia boleh bertindakbalas di sepanjang dinding rekahan.

d) Relief
Relief ialah keadaan cerun sesuatu kawasan.Luluhawa kimia pesat berlaku
di kawasan cerun landau dan tanah pamah. Kawasan ini menggalakkan
kadar simpanan air berbanding kawasan cerun curam. Luluhawa akan
lebih berkesan di kawasan cerun yang menghadap pancaran matahari
berbanding dengan cerun yang membelakangkan matahari. Pancaran
matahari (suhu) diperlukan untuk tindakan luluhawa kimia.
Kesan Luluhawa Terhadap Pembentukan Landskap Aktiviti Manusia
a. Di kawasan batu kapur, luluhawa mewujudkan pandang darat
karst yang menarik seperti gua, sungai bawah tanah, stalaktit, staglamite
dan lain-lain. Gua-gua batu kapur seperti Gua Niah dan Gua Mulu di
Sarawak sering menjadi tarikan pelancong.
b. Pembentukan tanah liat. Pembentukan tanah liat berkait rapat
dengan proses hidrolisis terhadap batuan feldspar. Tanah liat ini sangat
penting dalam industri tembikar.
c. Tanah laterit terbentuk hasil proses pengoksidaan. Tanah laterit
yang berwarna keperangan ini sesuai untuk tanaman getah dankelapa
sawit.
d. Proses luluhawa di kawasan gurun menghasilkan gurun batu dan
gurun pasir.

PERGERAKAN JISIM

Konsep Pergerakan Jisim


Pergerakan regolit tanah dari atas cerun ke bawah cerun akibat daya
tarikan graviti dengan dibantu oleh air sebagai pelincir.
Jenis-jenis pergerakan jisim

a. Aliran Lambat
Pergerakan regolit dan tanih secara perlahan-perlahan menuruni cerun.
Proses pergerakan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Cuma dapat
dilihat seperti tiang elektrik.Tiang telefon yang condong daripada
kedudukan asalnya yang tegak.

Ia berlaku dikawasan yang mempunyai permukaan cerun yang tidak


terlalu landau dan tidak dilitupi oleh tumbuhan yang tebal.

Proses-proses Aliran Lambat


 Kesotan tanah-tanih
 Kesotan Talus
 Kesotan Batuan
 Kesotan batu glaseir
 Gelangsaran tanah

b. Aliran cepat
Aliran lambat melibatkan pergerakan regolit, tanah dan lumpur pada
kadar yang lebih cepat dan di atas cerun yang lebih curam berbanding
aliran lambat.

Proses-proses aliran cepat:


 Aliran tanah
 Aliran lumpu
 Puin salji runtuh

c. Geluncuran
Geluncuran melibatkan pergerakan tanih, regolit dan bongkah batuan
secara besaran di cerun yang curam dan hampir tegak.Ia berlaku lebih
cepat dan tiba-tiba berbanding dengan proses dalam aliran cepat.
Poses-proses Geluncuran
 Robohan
 Geluncuran puin
 Geluncuran batuan

d. Runtuhan
Pergerakan regolit yang berlaku di cerun-cerun yang sangat curam.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya runtuhan ialah kadar
turunan hujan yang lebat dan perubahan cerun yang semakin curam.
Proses-proses runtuhan:
 Runtuhan tanah
 Runtuhan batuan
Faktor yang mempengaruhi proses pergerakan jisim
a. Kecerunan
Kecerunan sesuatu permukaan bumi mempengaruhi proses pergerakan
jisim. Di kawasan yang bercerun curam pergerakan jisim berlaku dengan
giat akibat daya tariakan graviti ke bawah adalah tinggi.

b. Jenis batuan
Jenis batuan yang berlainan mempengaruhi proses pergerakan jisim.
Proses pergerakan jisim berlaku dengan giat di cerun yang terdiri
daripada batuan yang lembut berbanding dengan kawasan yang dilitupi
batuan keras.

c. Hujan
Kawasan yang menerima hujan yang lebat mengalami proses pergerakan
jisim yang giat. Ini kerana air bertindak sebagai pelincir yang
mempercepatkan lagi proses pergerakan jisim. Akibat curahan hujan yang
lebat berat jisim sesuatu cerun akan bertambah hasil daripada proses
susupan dan larut resap dan akhirnya cerun akan runtuh secara besar-
besaran.

d. Litupan tumbuh-tumbuhan
Tumbuhan menjadi pelindung semulajadi yang paling berkesan untuk
menstabilkan sesuatu cerun. Selain daripada proses cegatan silar terhadap
titisan air hujan, akar memainkan peranan dalam menentukan kadar
kejeleketan ketara tanah. Sistem akar yang komplek akan mencengkam
tanah dan menghalang kejadian gerakan jisim.

e. Gegaran
Kawasan yang berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik merupakan
kawasan yang tidak stabil dan mudah berlaku gempa dan gegaran.
Kejadian gempa bumi dan gegaran sesuatu kawasan mendorong kepada
berlakunya pergerakan jisim terutama jisim secara cepat.Gegeran yang
kuat membawa kepada terjadinya tanah runtuh dan runtuhan batuan.

f. Tindakan manusia
Tindakan manusia banyak mempengaruhi kejadian pergerakan
jisim.Tindakan manusia seperti pembalakan, pembinaan jalan raya di
lereng-lereng bukit, pembinaan pusat peranginan di kawasan tanah tinggi,
pembinaan petempatan, perlombongan kauri dan sebagainya
menyebabkan banyak kawasan bukit digondol, ditarah dan dipotong
untuk pelbagai tujuan. Keadaan ini menyebabkan kawasan cerun bukit
kehilangan kestabilan dan terdedah kepada agen-agen hakisan yang
akhirnya akan memudahkan berlakunya pergerakan jisim seperti tanah
runtuh,runtuhan batuan dan juga banjir lumpur.
Langkah-langkah untuk mengawal proses pergerakan jisim
a. Langkah perundangan
Mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat
pemaju sesebuah projek yang melanggar peraturan EIA ( Environment
Impact Assessment ). Tindakan mahkamah seperti denda, penjara,
menarik balik lesen, arahan pembayaran pampasan dan ganti rugi dan
lain-lain.

b. Langkah penstrukturan
 Menanam pokok-pokok pelindung yang kekal di atas
permukaan cerun bukit supaya kestabilan cerun secara semulajadi
terpelihara.
 Membina benteng serta tembok penahan hakisan di kaki cerun
yang tidak stabil dan berisiko untuk runtuh. Benteng yang dibina boleh
mengukuhkan kaki cerun untuk mengelaknya runtuh secara besaran.
Benteng yang dibina dalam bentuk konkrit, sangkar dawai yang diisi
dngan batu konkrit dan lain-lain lagi.
 Menggunakan sungkupan plastik di atas permukaan cerun yang
tidak stabil. Ini bertujuan untuk mengelakkan air hujan daripada terus
terkena pada permukaan cerun terutama permukaan cerun yang telah
tergondol.
 Memperbaiki sistem saliran dan laluan air di permukaan cerun
atau kawasan tanah tinggi. Menyediakan sistem perparitan longkang di
permukaan cerun. Ia boleh dibuat secara berteres di bahagian cerun atas
hingga cerun bawah. Dengan cara ini, limpahan air permukaan dan
ketepuan tanih dapat dielakkan dan seterusnya pergerakan jisim tidak
berlaku.

c. Langkah bukan perundangan


Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada
semua lapisan masyarakat khususnya pemaju perumahan, pekebun sayur
dan pengusaha hotel.Kempen boleh dilakukan melalui pelbagai media
cetak dan elektronik, menganjurkan kursus-kursus serta seminar dan lain-
lain.Di samping itu, pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah, rendah,
menengah hingga ke universiti diperkukuh dengan memperkenalkan mata
pelajaran Pendidikan Alam Sekitar secara khusus.

LEMBANGAN SALIRAN
Konsep Lembangan Saliran
Lembangan saliran ialah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai dan
cawangan-cawangannya. Contohnya, Lembangan Sungai Kelantan.
Hakisan Permukaan
a. Hakisan Percikan
Hakisan percikan berlaku di kawasan yang terhad litupan bumi apabila
titisan air hujan akan terus ke tanah. Hentaman titisan air hujan berupaya
menghempaskan butiran dan jatuh semula ke permukaan.

b. Hakisan Kepingan
Hakisan kepingan berlaku akibat dari air larian permukaan menghakis
lapisan tanah di permukaan.

c. Hakisan Galir
Hakisan permukaan cerun yang lebih meluas, terdiri daripada alur-alur
air yang kecil. Terbentuk oleh hujan lebat dan kewujudannya sering
berubah-ubah.

d. Hakisan Galur
Hakisan galur merujuk kepada alur-alur air yang kekal dan berisi air
semasa hujan lebat.Alur lebih besar dari galur dan biasanya kekal dalam
jangka masa lama.

HAKISAN SUNGAI

Jenis hakisan

a. Hakisan mendalam/ hakisan menegak


Hakisan mendalam berlakuapabila sungai menghakis pada dasarnya
menjadikannya semakin dalam mewujudkan lurah yang sempit berbentuk
V.

b. Hakisan melebar
Hakisan melebar berlaku pada bahagian sungai yang mempunyai dasar
sungai tidak begitu curam tetapi isi padu air yang banyak.Hakisan berlaku
ke arah tebing secara melebar dan mewujudkan profil rentas berbentuk U.
c. Hakisan kebelakang/ unduran
Hakisan ini menyebabkan cerun dasar sungai berundur kearah hulu,
banyak berlaku di kawasan hulu sungai dan bahagian-bahagian yang tidak
mempunyai ketidakrataan dasar.

Cara-cara Hakisan
a. Tindakan hidraul - Tindakan hidraul melibatkan kuasa air
sungai itu wujud akibat hempasan atau rempuhan aliran air sungai ke atas
struktur rekahan batuan yang lemah seperti struktur rekahan dan ke atas
batuan lembut.

b. Lelesan @ geseran - Melibatkan geselan antara muatan sungai


(batu kelikir) dengan air sungai terhadap tebing dan dasar sungai.

c. Lagaan - Merujuk kepada pergeseran batuan itu sendiri


apabila berlaga sesame sendiri semasa pengalirannya.

d. Larutan – air sungai bertindakbalas secara kimia terhadap


batuan. Proses ini sangat berkesan di kawasan batuan kapur yang mudah
larut.

Faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan

a. Isipadu dan Halaju Air


Amat berkesan untuk proses larutan dan proses hidraul.Semakin tinggi
isipadu air sungai, semakin tinggi tenaga potensinya dan juga kelarutan air
sungai tersebut.Semakin tinggi halaju air di dalam alur sungai, semakin
tinggi tenaga sungai itu untuk menjalankan kerja-kerja hakisan.

b. Kecerunan
Dasar alur yang curam mempengaruhi halaju arus. Kecuraman cerun
membolehkan air sungai mengalir deras dan ini meninggikan kadar
hakisan, terutama hakisan cara lelasan dan lagan.

c. Bentuk alur
Bentuk alur yang lurus pasti mengalami kadar hakisan yang hebat kerana
taburan tenaga bagi keseluruhan geometri alur adalah sama dan seimbang.
Jadi keseluruhan tebing alur sama ada di kiri atau kanan akan mengalami
hakisan pada kadar yang sama. Bagi alur yang berliku, taburan tenaga
tidak sama menyebabkan kadar hakisan tidak seimbang bagi keseluruhan
tebing alur sungai.
d. Jenis batuan
Sekiranya tebing dan dasar sungai terdiri daripada batuan lembut maka
kadar hakisan sungai adalah tinggi berbanding dengan batuan keras.

e. Bahan muatan
Kuantiti dan kualiti bahan yang dibawa oleh air sungai pula dilihat secara
relatif dengan keras-lembut batuan tebing dan dasar alur sungai. Faktor
ini amat mempengaruhi keberkesanan proses lagaan dan geselan.
Sekiranya bahan-bahan yang dibawa oleh air sungai itu adalah banyak
maka kebarangkalian untuk berlaku pergeselan dan lagaan adalah tinggi.

Bentuk Muka Bumi Hakisan Sungai


a. Air terjun
Air terjun merupakan aliran air terjun setingkat yang terjun dari poin
yang tinggi dipengaruhi oleh proses hakisan. Air terjun biasanya terbentuk
di kawasan batuan yang berstruktur mendatar antara batuan keras dan
lembut.Lapisan atas terdiri daripada lapisan batuan keras, sukar dihakis
dan aliran sungai mengalir di atasnya.Manakala lapisan batuan lembut
yang berada di bawah sangat mudah dihakis khususnya oleh hempasan air
dari tingkat terjun.

b. Jeram
Jeram ialah air terjun bertingkat atau bersiri mengikut tingkat terjun
yang berbeza.

c. Lubuk
Satu lekukan atau lubang di dasar sungai yang berbatu yang dikorek oleh
pusaran arus sungai.Aliran sungai yang deras dan berpusar bertindak
mengorek rekahan-rekahan di dasar sungai yang tidak rata, pemperdalam
rekahan tersebut menjadi lubang dinamakan sebagai lubang periuk.

d. Gaung
Gaung mempunyai tebing yang sangat curam dan dalam. Hakisan
menegak bertindak dengan berkesan di dasar alur sungai menyebabkan
dasar alur dikorek dan diperdalamkan.

e. Lurah
Air sungai yang mengalir laju berupaya menghakis ke dasar sungai
melalui hakisan jenis mendalam.Oleh itu, lurah sungai semakin mendalam,
sempit dan curam membentuk lurah V.
PENGANGKUTAN SUNGAI
Konsep Pengangkutan Sungai
Pengangkutan adalah proses pemindahan muatan sungai seperti batu
tongkol, kerikil, pasir, tanah, bahan-bahan ampaian dari peringat hulu ke
peringkat hilir serentak dengan aliran air tersebut.
Cara Pengangkutan Sungai
a. Larutan – melibatkan pemindahan zat-zat galian yang terlarut
dalam aliran dari batuan. Cara larutan ini lebih giat jika sistem aliran
terdapat di permukaan batuan yang lembut seperti batu kapur.

b. Ampaian – berlaku terhadap puin-puin yang halus dengan


adanya arus dasar yang kuat. Biasanya mautan ampaian menentukan
warna air, contohnya tanah liat.

c. Loncatan – melibatkan pergerakan muatan sungai yang


berbentuk bujur seperti batu kelikir di dasar sungai, ia giat berlaku
selepas hujan lebat.

d. Seretan – melibatkan pergerakan bongkah batu yang besar,


dianggap muatan dasar kerana pergerakannya hanya berlaku di dasar-
dasar sungai. Ia sangat giat berlaku apabila isipadu air yang banyak atau
halaju air yang tinggi terutama ketika banjir.

e. Golekan – melibatkan pergerakan batuan yang sederhana besar


dan dianggap muatan dasar.

f. Apungan – melibatkan beban sungai yang ringan dan halus,


pergerakannya di atas permukaan air.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangkutan Sungai
a. Tenaga
Semakin laju pergerakan arus sungai maka sungai semakin bertenaga dan
dapat menjalankan proses pengangkutan dengan lebih berkesan. Beban
sungai yang besar dan berat dapat diangkut ke hilir sungai dengan lancar.
b. Cerun
Kawasan yang bercerun curam menyebabkan sungai mengalir dengan
deras berbanding dengan sungai yang beraliran perlahan.Sungai yang
terletak di cerun yang curam mempunyai tenaga yang tinggi untuk kerja-
kerja pengangkutan berlaku.
c. Halangan
Di dalam alur sungai seperti tanah runtuh akan memperlahankan aliran
air.

d. Kekasaran alur
Alur sungai yang kasar menyebabkan aliran sungai perlahan. Ini
mengurangkan keupayaan sungai tersebut untuk menjalankan proses
pengangkutan. Sungai ini juga akan menyebabkan pengangkutan sungai
turut perlahan.
e. Bentuk alur
Alur yang lurus aliran sungai adalah laju. Proses pengangkutan giat
kerana sungai bertenaga. Alur yang berliku-liku menyebabkan aliran
sungai adalah perlahan maka sungai tidak bertenaga untuk menjalankan
kerja-kerja pengangkutan.
f. Saiz bahan
Saiz bahan merujuk kepada jisim dan ketumpatan beban sungai.Saiz
beban yang kecil dan ringan, pengangkutan sungai adalah giat.Manakala
saiz beban yang besar dan berat, pengangkutan sungai adalah perlahan.
g.Bentuk beban
Bentuk beban yang berlainan memerlukan jumlah tenaga yang berlainan
untuk diangkut. Bentuk beban merujuk kepada ciri-ciri beban tersebut
apabila di dalam air, sama ada ia larut, terapung atau tertinggal sebagai
pepejal. Contohnya beban larut adalah sejenis beban yang menyebabkan
kandungan mineral larut dalam air misalnya kalsium karbonat dan bahan-
bahan toksid. Beban ini akan diangkut secara larutan.
PEMENDAPAN SUNGAI
Konsep Pemendapan Sungai
Penimbunan atau longgokan bahan seperti pasir dan kelikir yang diangkut
oleh sungai dari bahagian atas sungai ke peringkat rendah dan mendap
apabila tenaga aliran dan halaju sungai semakin perlahan khasnya di
kawasan yang bercerun landai.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemendapan
a. Isipadu air
Isipadu air yang tinggi akan menyebabkan aliran sungai menjadi
perlahan,beban sungai akan dimendapkan. Contohnya di kawasan hilir
sungai, isipadu air tinggi kerana sungai menerima luahan dari cawangan-
cawangan sungai menyebabkan aliran perlahan dan memendapkan beban
yang dibawanya.
b. Halaju air
Halaju air yang perlahan akan menyebabkan sungai kehilangan tenaga
untuk kerja-kerja pengangkutan maka sungai tersebut akan
memendapkan semua beban yang dibawanya.
c. Kecerunan
Kawasan yang mempunyai kecerunan yang landai, aliran adalah perlahan
dan tidak bertenaga maka proses pemendapan akan berlaku.
d. Bentuk alur
Alur yang berliku-liku menyebabkan aliran sungai adalah perlahan
menyebabkan kerja-kerja pemendapan berlaku dengan berkesan.
e. Jenis batuan
Batuan yang keras dan membentuk alur biasanya kerja-kerja hakisan
berlaku berbanding dengan batuan yang lembut yang menyebabkan proses
pemendapan berlaku.
f. Bahan muatan
Bahan muatan yang besar dan berat akan dimendapkan lebih dulu seperti
di kawasan hulu sungai. Contohnya, batu-batu besar yang terdapat di
kawasan air terjun adalah hasil pemendapan aliran sungai yang tidak
mampu untuk mengangkut ke kawasan hilir. Bagi bahan muatan yang
kecil dan halus seperti pasir akan diangkut dan dimendapkan di kawasan
hilir sungai.
g. Halangan-halangan di dalam alur sungai seperti tanah runtuh
akan menyebabkan aliran sungai terhenti maka beban sungai yang
diangkut akan dimendapkan.
Bentuk muka bumi pemendapan sungai
a. Dataran banjir
Bermaksud kawasan tanah pamah yang terletak di bahagian hilir sungai
yang melimpah air banjir.Ia amat luas, landai dan rata.
b. Tetambak
Ialah jaluran permatang yang wujud di sepanjang tebing sungai dan
memisahkan antara sungai dengan dataran banjir.
c. Tasik ladam
Kejadian tasik ladam dapat dijelaskan melalui tiga peringkat :
Peringkat 1 – hakisan sisi berlaku di tebing-tebing cekung dan akan
menghasilkan alur yang baru.
Peringkat 2 – pembentukan alur yang baru ini dipercepatkan lagi dengan
pemendapan bahan-bahan yang terhakis. Proses pemendapan yang
berterusan menyebabkan likuan sungai akan terpisah daripada alur sungai
yang terbentuk tadi. Likuan ini dinamakan sebagai likuan terpenggal.
Peringkat 3 – proses pemendapan yang berterusan menyebabkan likuan
terpenggal terpisah langsung daripada alur-alur sungai. Air dalamlikuan
terpenggal ini akan terperangkap menjadi sebuah tasik yang dinamakan
tasik ladam.
d. Delta
Terbentuk apabila timbunan bahan mendap berlaku secara meluas di
muara sungai.Di kawasan muara ini, halaju arus sungai amat perlahan
kerana sungai kehilangan tenaga untuk mengangkut lalu memendapkan
bahannya dengan giat dan membentuk delta.

PINGGIR PANTAI
Konsep Pinggir Pantai dan Pantai Seimbang
Secara umumnya, pantai adalah zon yang terletak di antara tikas air
pasang dengan tikas air surut ombak.Secara khususnya, pantai merupakan
satu jalur linear daratan yang terdiri daripada timbunan bahan mendap
yang peroi seperti pasir, kulit kerang dan siput, lumpur dam kelodak
uyang berasal dari laut dan sungai.Pelbagai agen geomorfologi yang
bertindak di zon pinggir pantai.Antara agen-agen tersebut termasuklah
ombak, arus lautan, arus pasang surut dan tindakan angin.
Pantai seimbang iaitu pantai yang mengalami kadar hakisan dan kadar
pemendapan yang hampir sama. (skima peperiksaan)
Tindakan ombak
Ombak ialah permukaan air laut yang beralun akibat daripada tiupan
angin.Terdapat dua jenis ombak iaitu ombak pembina dan ombak
pembinasa.Ombak Pembina ialah ombak yang mampu membawa bahan-
bahan pasir dan kelodak dan mendamparkan ke daratan untuk membina
pantai. Ombak ini kurang berkemampuan menyeret bahan tersebut
semula ke laut semasa berlaku proses basuhan balik.
Ombak pemusnah ialah ombak yang mampu mengangkut banyak bahan
pasir dan kelodak ke laut semasa basuhan balik. Walaubagaimanapun,
ombak ini kurang berupaya untuk membawa dan mendamparkan bahan-
bahan tersebutke pantai semasa proses damparan berlaku.
Tindakan ombak menyebabkan berlakunya proses hakisan, pengangkutan
dan pemendapan.
HAKISAN OMBAK
Tindakan ombak menghakis melalui tindakan hidraul, lagaan, kikisan,
lelasan dan larutan.
Tindakan Hidraul
Hakisan hidraul berlaku apabila ombak mendamparkan dan
menghempaskan air laut ke dinding cenuram dan rekahan serta retakan
batuan di kawasan pinggir laut.Akibatnya, udara yang terperangkap di
dalam rekahan dan retakan batuan menjadi mampat. Apabila ombak
mengundur, udara yang termampat di dalam rekahan dan retakan batuan
akan dilepaskan. Proses pemampatan dan pelepasan yang berlaku secara
berterusan dan berulang kali akan membesar dan mendalamkan lagi
rekahan dan retakan yang ada pada batuan. Lama-kelamaan, batuan akan
menjadi pecah dan runtuh.
Lagaan
Proses lagaan berlaku apabila bahan-bahan yang dibawa oleh ombak,
sama ada besar ataupun kecil, berlaga sesama sendiri dan pecah menjadi
serpihan yang lebih kecil.
Kikisan dan lelasan
Proses hakisan secara kikisan dan lelasan dilakukan oleh bahan-bahan
yang dibawa oleh ombak, seperti batu tongkol, batu kelikir dan serpihan
batuan lain yang pelbagai bentuk dan saiz. Bahan-bahan ini menghentam,
menggeser dan melelaskan dinding dan kaki cenuram laut semasa
damparan ombak lalu menyebabkan cenuram laut pecah dan roboh.
Proses hakisan secara lelasan berlaku pada bahagian dasar cenuram. Puin-
puin batuan yang terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz yang diangkut
oleh ombak akan menggeser dan melelaskan bahagian dasar cenuram.
Larutan
Proses larutan berlaku secara tindakan kimia di kawasan pinggir laut yang
terdiri daripada batuan yang mudah larut. Semasa ombak menghempas
tebing batu kapur misalnya, air laut akan melarutkan batu kapur dan
membawa bersama-samanya bahan yang dilarutkan ke dalam laut
sewaktu basuhan balik berlaku.

Faktor-faktor yang mempengaruhi hakisan pinggir pantai


a. Kecerunan pantai
Pantai yang curam akan mengalami hakisan yang lebih tinggi berbanding
pantai yang bercerun landai. Keadaan ini disebabkan ombak pecah yang
beraku di pinggir pantai yang landau akan mengalami geseran dan
melemahkan tenaga ombak untuk melakukan hakisan. Keadaan ini
berbeza dengan pantai yang curam kerana tenaga ombaknya adalah
tinggi.Hal ini demikian kerana kedalaman air di pinggir pantai tersebut
menyebabkan ombak pecah pada kedudukan tinggi.

b. Pengaruh struktur geologi @ jenis batuan


Tindakan ombak terutamanya secara kikisan dan tindakan hidraul yang
menghakis di sepanjang garis geologi yang lemah seperti gelinciran akan
menghasilkan bentuk seperti geo dan gua, pintu gerbang, batu tunggul dan
batu sisa serta semua rupa muka garis tebing tinggi yang telah terhakis
secara tidak sekata.

c. Jenis ombak
Umumnya, ombak dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu
ombak pembinasa dan ombak pembina. Ombak Pembina mempunyai
damparan yang kuat tetapi lurutan yang lemah kerana diperlahankan oleh
geseran air laut dengan kecerunan pantai yang melandai. Sebaliknya,
ombak pembinasa yang merupakan satu siri ombak ribut, mempunyai
turutan ombak yang cepat dengan junaman hampir tegak apabila
memecah dan mempunyai daya lurutan yang lebih tinggi daripada
damparan. Dengan demikian, ombak pembinasa akan meraut pantai dan
membawa bahan ke arah laut.

d. Arus lautan dan pesisir pantai


Arus lautan juga memainkan peranan sebagai pengangkutan laut terutama
di pantai yang lurus.Air yang telah dibawa pantai oleh angin mengalir
balik sebagai air pasang yang kuat. Air pasang akan berlaku pada waktu
malam dan surut pada waktu siangnya. Pada waktu malam, pemendapan
akan berlaku hampir di tepi pantai sahaja. Pada masa air pasang,
imbangan kenaikan aras laut diseimbangkan oleh unduran bawah yang
mengakibatkan hakisan mengaut longgokan ke laut. Gerakan longgokan
ini lebih cepat jika unduran bawah diperkuatkan oleh arus sungai yang
kuat yang mengalir ke laut dan memendapkan bahan muatan ke laut.
e. Kuantiti beban muatan ombak
Bahan pinggir pantai sama ada banyak atau sedikit serta saiz bahan
tersebut juga merupakan kuasa geselan yang turut memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi hakisan pinggir pantai. Di kawasan pinggir
pantai yang mempunyai banyak bahan pasir, batu pasir, kelikir dan
serpihan batuan, kadar hakisan geselan terhadap batuan pinggir pantai
yang berlaku dengan giat sekali.

f. Kedudukan pantai @ orientasi pantai


Kawasan pinggir pantai yang terdedah kepada pergerakan ombak
dan angin akan menyebabkan kadar hakisan menjadi lebih giat
berbanding dengan pinggir pantai yang terlindung.

g. Litupan tumbuh-tumbuhan
Pantai yang mempunyai litupan tumbuh-tumbuhan seperti pokok bakau,
rhu dan kelapa lebih berupaya menahan hakisan ombak kerana akar
pokok-pokok tersebut bertindak sebagai pengcengkam tanih dan pasir di
pantai. Sebaliknya, kawasan yang tiada litupan tumbuh-tumbuhan akan
menyebabkan proses hakisan giat berlaku di kawasan tersebut.

h. Proses pasang surut


Bagi kawasan pinggir oantai yang mengalami proses pasang dan surut
dalam yang tinggi akan mengalami proses hakisan secara berleluasa
berbanding dengan kawasan yang tidak mengalaminya.

i. Tindakan manusia
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh manusia boleh mempengaruhi
kecerunan pantai. Aktiviti seperti penebangan hutan pantai untuk
didirikan chalet atau resort pengambilan pasir pantai dan juga aktiviti
memperdalamkan muara sungai akan menyebabkan cerun pantai menjadi
lebih curam. Hal ini demikian kerana pantai ini akan mengalami hakisan
yang kuat oleh ombak dan arus. Aktiviti menanam pokok dan membina
benteng pemecah ombak akan menambahkan pasir di tepi pantai dan
seterusnya menjadikan cerun pantai lebih landai.
Bentuk Muka Bumi Hakisan Ombak
1) Teluk dan tanjung
Teluk dan tanjung berbentuk secara serentak di kawasan pinggir
pantainya yang mempunyai susunan batuan jenis lembut dan keras secara
berselang-seli. Ombak akan menghakis bahagian batuan yang lebih lembut
dan melengkuk ke daratan. Bahagian ini disebut teluk.
Bahagian batuan keras yang lebih sukar dihakis akan tertinggal dan
mengunjur ke laut lalu membentuk tanjung.

2) Cenuram dan teres hakisan ombak


 Peringkat 1 – ombak menghakis kawasan ‘X’, iaitu satu
kawasan yang terletak di antara aras air pasang dan aras air surut.
 Peringkat 2 – akibat hakisan ombak di peringkat 1, satu
lekukan terbentuk di ‘X’.bahan-bahan yang terhakis ditimbunkan di
kawasan ‘Y’ lalu menyebabkan terbentuknya teres luar pesisir.
 Peringkat 3 – proses luluhawa dan hakisan yang berterusan
menyebabkan lekukan runtuh dan membentuk cenuram. Pengunduran
cenuram ke darat oleh tindakan hakisan menyebabkan pembentukan teres
hakisan ombak.

3) Gua laut
Gua laut terbentuk akibat daripada hakisan ombak secara hidraul dan
lelasan terhadap cenuram yang banyak mempunyai rekahan.Air yang
memasuki rekahan cenuram meluaskan lagi rekahan lalu membentuk
lubang besar di kaki cenuram.Lubang ini juga disebut gua laut.

4) Gerbang laut
Gerbang laut terbentuk apabila dua buah gua yang letaknya bertentangan
di sebuah tanjung bergabung akibat hakisan ombak secara hidraul dan
lelasan.

5) Batu tunggul dan tunggul sisa


Batu tunggul dan tunggul sisa terbentuk akibat runtuhan bumbung
gerbang laut yang mengalami hakisan dan luluhawa. Pendedahan batu
tunggul yang berterusan terhadap hakisan ombak akan membentuk
tunggul sisa.

6) Lohong ombak @ gloup


Lohong ombak terbentuk apabila ombak yang kuat bertindak terhadap
bahagian dalam gua dan berupaya menembus dinding bumbung gua.
Akibat daripada kejadian ini, ait laut akan tersembur keluar melalui
lubang atau lohong ombak yang dikenali juga sebagai gloup.

7) Anak teluk @ geo


Anak teluk terjadi akibat daripadahakisan ombak yang berterusan
terhadap bumbung gua. Lama-kelamaan gua yang terdedah pada hakisan
ombak ini akan runtuh dan membentuk satu serokan yang panjang dan
sempit lalu menyebabkan air laut memasuki bahagian dalam cenuram.

PENGANGKUTAN OMBAK
Arus dan ombak memainkan peranan penting dalam mengangkut dan
memindahkan beban ombak. Pergerakan damparan dan basuhan balik
dalam proses pengangkutan mbakberlaku secara zig-zag.
Pergerakan bahan di sepanjang garisan persisir disebut pengangkutan
litoral dan bahan yang diangkut disebut hanyutan litorel.Pengangkutan
litorel terdiri daripadahanyutan susur pesisirdan pengangkutan luar
pesisir.
Beban ombak yang diangkut terdiri daripada serpihan dan ketulan batuan
seperti gersik, kerikil dan batu tongkol serta bahan-bahan yanag lebih
halus seperti pasir, kelodak dan lumpur. Basuhan balik akan mengangkut
dan menghanyutkan bahan-bahan yang lebih halus dan ringan turun ke
laut secara bersudut tepat manakala damparan ombak pula akan
mengangkut dan memindahkan muatannya ke pantai secara menyerong.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pengangkutan ombak
a. Tenaga arus
Arus pesisir pantai yang kuat akan menggalakkan proses pengangkutan
bahan sebaliknya arus pesisir yang lemah melambatkan proses
pengangkutan bahan.

b. Tenaga ombak
Tenaga ombak yang kuat akan menggalakkan proses pengangkutan
berlaku berbanding tenaga ombak yang lemah akan melambatkan proses
pengangkutan.

c. Pasang surut
Pantai yang terdedah kepada perubahan pasang surut yang besar akan
menggalakkan proses pengangkutan berbanding kawasan yang tidak
mengalami pasang surut. Ini disebabkan oleh tindakan pengangkutan lebih
giat berlaku semasa pasang surut kerana tenaga ombak bertambah.

d. Cerun
Cerun yang landai lebih mudah untuk pengangkutan ombak
menghimpunkan bahan ke pantai berbanding pantai yang bersifat curam
hanya sampai di bahagian yang lebih rendah.

e. Halangan
Semasa pergerakan ombak ke pantai atau dari pantai ke laut, terdapat
halangan seperti timbunan atau beting pasir. Keadaan ini secara tidak
langsung akan memperlahankan pergerakan dan pengangkutan ombak.

f. Orientasi pantai
Kawasan paantai yang terdedah akan menyebabkan tenaga ombak
menjadi besar dan ini meningkatkan keupayaan ombak untuk
menjalankan proses pengangkutan berbanding dengan kawasan pantai
yang terlindung yang akan memperlahankan pengangkutan ombak.

g. Saiz bahan
Saiz bahan mempengaruhi pengangkutan ombak. Jika saiz bahan kecil dan
ringan seperti bahan kelodak dan lumpur akan lebih mudah diangkut
melalui proses ampaian berbanding kerikil dan batu tongkol yang
memerlukan tenaga ombak yang lebih kuat.

h. Jenis bahan
Bahan terhakis yang diangkut oleh ombak dikenali sebagai beban.Beban
ombak terdiri daripada serpihan dan ketulan batuan seperti kerikil, batu
tongkol dan bahan-bahan yang lebih halus seperti pasir, kelodak dan
lumpur.Jenis bahan seeperti kerikildan batu tonkol lebih sukar diangkut
berbanding pasir, kelodak dan lumpur.

i. Bentuk bahan
Bahan yang berbentuk bulat lebih mudah diangkut melalui proses golekan
tetapi bahan yang tebal dan leper lebih sukar diangkut kerana beban
seperti ini bergerak dalam bentuk seretan.

PEMENDAPAN OMBAK
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemendapan ombak
1. Tenaga arus
Arus membantu memindahkan puin-puin yang terhakis dan
menimbunkannya sebagai kelodak pasir dan batu kelikir di sepanjang
pantai.Pertembungan arus laut dan arus sungai menyebabkan kedua-dua
arus ini kehilangan tenaga lalu memendapkan bahan muatannya di dasar
muara sungai.Banyak dan sedikitnya bahan mendapan ini bergantung
kepada kuantiti bahan yang dibawa oleh kedua-dua arus tersebut.
2. Tenaga ombak
Ombak bertindak sebagai agen pemendapan.Ombak ini dipanggil ombak
pembina.Ombak pembina mempunyai damparan yang kuat tatapi lurutan
yang lemah kerana diperlahankan oleh geseran air laut dengan kecerunan
pantai yang melandai. Ombak pembina mempunyai jarak gelombang
yang panjang dan masa untuk menggulung pantai dengan kadar ulangan 6
hingga 8 kali seminit. Dengan demikian, ombak ini cenderung untuk
menggerakan bahan terutama batu lada ke atas pantai dan memendapkan
beban muatan tersebut yang kemudiannya membentuk permatang pasir.
Pemendapan ombak berlaku sama ada di dalam lautan ataupun di
kawasan pesisir. Kawasan pesisir adalah kawasan di antara air surut dan
air pasang penuh.Pemendapan di kawasan pesisir menghasikan pantai.

3. Kecerunan
Pantai yang landai akan mengalami pemendapan yang lebih tinggi
berbanding pantai yang bercerun curam. Keadaan ini disebabkan ombak
pecah yang berlaku di pinggir pantai yang landai akan mengalami geseran
dan melemahkan tenaga ombak menyebabkan ombak melakukan proses
pemendapan. Hal ini berbeza dengan pantai yang curam.Tenaga ombak
yang melanda pantai yang curam adalah tinggi kerana kedalaman air di
pinggir pantai tersebut menyebabkan ombak pecah pada kedudukan
tinggi.

4. Angin
Halaju akan mempengaruhi saiz dan kekuatan ombak. Pada hari yang
tenang apabila angin bertiup perlahan, ombak pembina terbentuk dan
memendapkan bahan muatannya.

5. Arus pasang surut


Perbezaan antara arus pasang surut mempengaruhi zon yang boleh
dihakis dan dimendapkan. Semakin besar perbezaan tersebut maka zon
yang boleh dihakis dan dimendapkan akan menjadi semakin besar. Arus
pasang yang tinggi dan arus surut yang rendah di muara mempengaruhi
kelebaran bahan muatan yang dimendapkan.

6. Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan seperti bakau yang mempunyai akar jangkang
bertindak memerangkap bahan mendapan yang dibawa oleh arus pesisir
pantai atau damparan ombak. Pokok rhu dan lelapa yang tumbuh secara
rapat juga dapat bertindak sebagai penampan dan menggalahkan proses
pemendapan serta menghalang hakisan ombak.
7. Orientasi pantai
Pantai yang terlindung oleh pulau akan mengalami kadar pemendapan
yang tinggi kerana dikawasan ini halaju ombak adalah perlahan.

8. Jenis dan saiz bahan


Bahan-bahan pinggir pantai samaada banyak atau sedikit menentukan
keupayaan pemendapan berlaku pada kadar yang banyak atau sedikit.
Sekiranya ombak membawa batuan yang lembut dalam kuantiti yang
banyak seperti batu lada, kulit kerang, siput dan pasir laut akan
menentukan kadar pemendapan di pinggir pantai tersebut. Di kawasan
pinggir pantai yang mempunyai banyak bahan pasir, batu pasir, kelikir
dan serpihan batuan, kadar pemendapan terhadap pinggir pantai berlaku
dengan giat sekali. Walaubagaimanapun, hal ini bergantung kepada
pengaruh kelandaian cerun pinggir pantai dan kehadiran onmbak
pembina dan arus pesisir pantai.

9. Halangan
Pantai yang terbuka dan terdedah kepada lautan tanpa halangan daripada
pulau-pulau biasanya akan mengalami tenaga ombak dan arus yang kuat
berbanding pantai yang terlindung. Pantai yang terlindung oleh pulau
akan mengalami kadar pemendapan yang tinggi kerana dikawasan ini
halaju ombak menjadi perlahan. Di zon pantai barat contohnya, pantainya
dilindungi Kepulauan Sumatera Indonesia dari pengaruh angin Monson
Barat Daya.Halangan ini menyebabkan tiupan angin Monson Barat Daya
menjadi perlahan dan seterusnya menjadikan ombaknya turut perlahan.

Bentuk muka bumi akibat pemendapan ombak


1. Pantai
Pantai meliputi kawasan pinggir laut di antara takas air surut dengan
takas aras air pasang yang tertinggi. Pembentukannya dipengaruhi oleh
jumlah bahan yang ditimbunkan, luas permukaan pinggir laut dan
kekuatan ombak. Di kawasanyang ombaknya tidak selalunya bergelora
atau tidak kuat, bahan-bahan yang dibawa oleh ombak akan
dimendapakan dengan banyak dan membentuk pantai yang luas. Terdapat
dua jenis pantai iaitu pantai gersik dan pantai berpasir.Pantai gersik ialah
pantai yang bahan-bahan timbunannya terdiri daripada gersik.Pantai
yang berpasir ialah pantai yang terdiri daripada mendapan pasir dan
bercerun landai.

2. Tetanjung
Tetanjung terbentuk daripada pemendapan bahan-bahan seperti pasir,
kelikir dan serpihan batuan yang dibawa oleh ombak ke kawasan teluk
atau muara sungai. Proses pemendapan yang berterusan dan pergerakan
ombak secara menyerong ke pantai menyebabkan terbentuk tetanjung.
Tetanjung dikenali sebagai anak tanjung.

3. Beting pasir dan tombolo


Beting pasir terbentuk akibat penimbunan pasir dan kelikir yang
membentuk permaan yang selari dengan pantai.Beting pasir yang
menghubungkan daratan dan pulau oleh hanyutan susur pesisir,
membentuk tombolo.

PERUBAHAN ARAS LAUT


Konsep perubahan
Perubahan aras laut ialah kenaikan atau penurunan aras laut berbanding
dengan daratan.
Jenis-jenis perubahan aras laut:
i.Perubahan eustatik
Perubahan yang dialami oleh aras laut di seluruh dunia yang berkait
dengan pencairan glaseir secara besar-besaran pada zaman ais pliestosen
dan meningkatkan aras laut.
ii.Perubahan isostatik
Perimbangan blok-blok bumi apabila bumi mengalami pertambahan atau
pengurangan berat beban. Jika blok bumi bertambah berat beban, blok
bumi akan menurun yang bererti aras laut akan meningkat. Sebaliknya
jika berat beban berkurangan blok bumi akan terangkat yang bermakna
aras laut akan jatuh.

Faktor-faktor berlaku perubahan eustatik


1. Eustatik glasieran
Eustatik glasieran merujuk perubahan aras laut akibat pencairan ais
secara besar-besaran pada masa lampau iaitu pada zaman ais pleistosen.
Kesannya aras laut telah meningkat dan menenggelami kawasan pinggir
pantai yang rendah.
2. Eustatik tektonik
Eustatik tektonik merujuk perubahan aras laut akibat gerakan-gerakan
tektonik di dasar laut seperti gempa bumi dasar laut, letusan gunung
berapi dasar laut, pelanggaran dan pencapahan plat-plat dasar laut serta
gerakan epirogenik dan gerakan orogenisis.
Contoh gempa bumi yang berlaku di Laut Andaman pada 26 Disember
2004 mewujudkan ombak tsunami menenggelamkan sebahagian pantai
Acheh.
3. Eustatik enapan
Eustatik enapan merujuk perubahan aras laut akibat pertambahan bahan
yang dienapkan di dasar laut.
4. Eustatik meteorit
Eustatik meteorit merujuk perubahan aras laut akibat metorit yang jauh
ke dalam laut mewujudkan gelombang besar.
5. Faktor manusia
Faktor manusia merujuk aktiviti manuusia seperti pengangkutan,
pembandaran, penyahhutanan, pembakaran terbuka menyumbang
kepada kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Kesannya berlaku
pemanasan global yang mencairkan litupan ais di Kutub dab Pergunungan
yang melimpah ke laut dan meningkatkan isipadu air laut.
Faktor-faktor berlaku perubahan isostatik
1. Proses pembekuan dan pencairan glasier
Pembebanan dan pengurangan beban akibat proses pembekuan dan
pencairan glasier pada zaman pliestosen.
2. Proses penggondolan dan pemendapan
Pertambahan dan pengurangan beban bahan enapan oleh air mengalir
khususnya sungai.
3. Akibat letusan gunung berapi
Letusan gunung berapi memuntahkan lava, piroklas serta debu. Kesannya,
kenaikan aras laut berlaku dan banyak pulau-pulau kecil di sekitarnya
tenggelam di dasar laut.
Bukti-bukti berlaku Perubahan Aras Laut
1. Wujudnya pinggir pantai tenggelam dan hutan pantai yang
tenggelam.
Peningkatan aras laut menenggelamkan pantai dan garis pantai sehingga
terbentuk paya,
daratan berlumpur dan anak-anak teluk.
2. Wujudnya pelbagai jenis pantai iaitu :
i) Pantai Ria
Terbentuk apabila aras laut naik menenggelamkan sebahagian pinggir
pantai asal yang bertanah tinggi dan bergunung-ganang. Mempunyai
teluk-teluk yang semakin cetek, tirus dan sempit ke arah daratan.
ii) Pantai Fiord
Terjadi apabila aras laut yang naik menenggelamkan lurah-lurah sungai
glasier yang terletak di pinggir pantai.
iii) Pantai Dalmatia
Terbentuk apabila kenaikan aras laut dan menenggelamkan pinggir laut
yang mempunyai banjaran gunung yang terletak selari atau memanjang
dengan garis pantai. Pantai ini mempunyai garis pantai yang agak lurus
dengan selat-selat panjang dan sempit serta pulau-pulau yang selari
dengan pantai.
3. Wujudnya terumbu karang.
Peningkatan aras laut mewujudkan terumbu karang seperti terumbu
pinggir, terumbu penghalang dan pulau cincin @ atol. Pembentukan
terumbu karang dipengaruhi oleh kenaikan aras laut yang dijelaskan oleh
dua teori berikut :
i) Teori kawalan glasier – menurut Daly, pembentukan terumbu
karang amat berkait rapat dengan kenaikan aras laut akibat cairan glasier
pada zaman pliestosen.
ii) Ataman bumi – mengikut Darwin, terumbu karang asalnya
tumbuh di pinggir pulau yang lebih tinggi berbanding aras laut pada masa
itu. Apabila pulau tersebut mengalami pertambahan berat beban maka ia
akan tenggelam (ataman) bersama-sama dengan terumbu pinggirnya.
Pada masa ini, aras laut telah meningkat dan terumbu pinggir beransur-
aansur berkembang menjadi terumbu penghalang. Terumbu ini akan terus
berkembang sehingga menutup seluruh bahagian atas pulau yang
tenggelam lalu membentuk pulau cincin @ atol.

Bukti Penurunan Aras Laut


 Wujudnya pantai timbul atau pantai terangkat.
Pantai timbul (pantai tanah tinggi timbul dan pantai tanah pamah timbul).
Kedua-dua pantai ini bertingkat dengan mempamerkan tebing tinggi yang
terbentuk lebih awaldan lebih tinggi daripada aras laut sekarang.

2.4 KAITAN SISTEM GEOMORFOLOGI DENGAN MANUSIA


Kawasan Tanah Tinggi
a. Pertanian
Tanah Tinggi Cameron, Pahang dan Tanah Tinggi Kundasang, Sabah
telah dimajukan sebagai kawasan pertanian sayur-sayuran, teh dan bunga-
bungaan kerana suhunya yang sederhana sejuk – sekitar 19^C. Lereng-
lereng gunung berapi yang subur dengan lava bes di Filipina dan Indonesia
(selatan Surabaya, Semarang dan Surakarta) ditanam dengan padi sawah.
Teres dibina untuk tujuan menghalang hakisan dan memudahkan
pengairan di sawah padi.

b. Pelancongan
Kawasan pelancongan dimajukan dengan eko-pelancongan.Suhu yang
nyaman, landskap seperti gua, air terjun, jeram berjaya menarik ramai
pengunjung. Pusat-pusat rekreasi, hotel, resort, chalet, padang golf dan
kemudahan sistem pengangkutan serta perhubungan disediakan. Genting
Highland, Cameron Highland, Kundasang, Bukit Fraser ialah antara
kawasan pelancongan tanah tinggi di Malaysia.Gunung Matterhorn di
Switzerland terkenal sebagai destinasi pelancongan tanah tinggi kerana
mempunyai pemandangan yang menarik dengan gunung-ganang yang
sentiasa dilitupi salji.Aktiviti meluncur salji dapat dijalankan sepanjang
tahun.

c. Menjanakuasa hidroelektrik
Tanah tinggi merupakan kawasan tadahan hujan.Kawasan tadahan hujan
yang luas dan aliran air sungai deras menyumbang kepada pembinaan
empangan untuk menjanakuasa hidroelektrik. Empangan Kenyir,
Empangan Temenggor, Empaangan Chenderoh ialah antara empangan
yang dibina untuk tujuan menjana hidroelektrik.

d. Pembalakan
Tanah tinggi yang kurang daripada 1 200 meter dari aras laut biasanya
terdiri daripada hutan tebal. Hutan Hujan Tropika di Malaysia ditumbuhi
dengan pelbagai kayu keras yang berharga seperti cengal, meranti,
keruing, seraya, balau dan lain-lain.Dengan itu kawasan tanah tinggi
merupakan kawasan pembalakan utama.

Tanah Pamah dan Dataran Pantai

a. Pusat petempatan penduduk


Kawasan tanah pamah yang rata, luas dan mempunyai sistem
pengangkutandan darjah ketersampaian yang tinggi akan menjadi
tumpuan penduduk untuk membina petempatan. Petempatan ini akan
berkembang pesat sehingga menjadi bandar-bandar besar contohnya
seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu dan Kuching. Dataran pantai
juga sering menjadi tumpuan kerana ia kaya dengan sumber perikanan.
Pembinaan pelabuhan akan mempercepatkan proses perkembangan
petempatan.

b. Pertanian
Kawasan tanah pamah yang rata seperti delta sungai merupakan kawasan
pertanian utama.Delta Kelantan, Delta Kedah, Delta Chao-phraya di
Thailand, Delta Mekong di Indo-China merupakan kawasan penanaman
padi yang utama.Manakala kawasan tanah pamah yang beralun ditanam
dengan getah dan kelapa sawit.Dataran pantai yang berpasir sesuai dengan
tanaman kelapa.

c. Pengangkutan
Jaringan pengangkutan mudah dibina di kawasan tanah pamah kerana
tidak memerluka kos yang banyak dan ianya lebih selamat. Bentuk muka
buminya rata memudahkan pembinaan jalanraya, lebuhraya, landasan
keretapi dan lapangan terbang.Dengan itu, kawasan tanah pamah
mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi. Kawasan dataran pantai
yang berteluk dan terlindung akan dibina pelabuhan perdagangan dan
pelabuhan perikanan. Contoh pelabuhan seperti Pelabuhan Klang,
Pelabuhan Puala Pina

Anda mungkin juga menyukai