Anda di halaman 1dari 3

Assalammualaikum wbkth dan Salam Sejahtera.

Yang berusaha Tuan GURU BESAR, Guru-guru Penolong Kanan, ,


Guru yang diraikan, Pn HJH Maznah, tetamu jemputan, guru-guru
serta rakan-rakan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih


kepada pihak majlis kerana memberi kesempatan kepada saya
untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili murid-murid SK Long
Jaafar.

Untuk itu, izinkan saya untuk melafazkan beberapa rangkap


pantun :

Terbang serindit ke pohon meranti,


Hinggap sebentar membuat sarang,
Majlis indah lagi diberkati,
Bagi meraikan Pn maznah tersayang.

Tiada kata seindah bicara,


Dapat dilafazkan seiring jasa,
Tiba ketika Pn Maznah bersara,
Bakti dicurah di ingatan sentiasa.

Bibir merah tergigit lada,


Lada dicampur bersama laksa,
Walau di mana Pn Maznah berada,
Ingatlah kami anak didik tercinta.

Berkilau-kilau cincin permata,


Begitu indah cantiknya rupa,
Biarpun kelak jauh di mata,
Namun di hati tidak kan lupa,

Petang hari menuju ke pekan,


Ingin membeli popia dan samosa,
Doa ikhlas kami hulurkan,
Semoga Pn Maznah sihat sentiasa.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan,
Ilmu diberi harap dihalalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Bagi mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin merakamkan ucapan


jutaan terima kasih kepada Pn Maznah kerana telah banyak
menabur bakti dan mencurahkan ilmu yang berguna untuk kami
semua di SKLJ. Segala jasa baik dan tunjuk ajar Cikgu tidak dapat
kami balas hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala-
gala-Nya. Terima kasih juga kepada Cikgu kerana tidak pernah
jemu mendidik kami ke arah pembentukan sahsiah yang baik
serta kecemerlangan akademik yang berterusan.

Akhirnya, saya bagi mewakili rakan-rakan saya yang lain ingin


memohon ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan
perbuatan kami yang menyinggung hati dan perasaan Cikgu
samada disedari mahupun tidak disedari. Halalkan segala ilmu
yang telah Cikgu berikan kepada kami selama ini. Terima kasih di
atas segala-galanya. Terima kasih cikgu.

Anda mungkin juga menyukai