Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera.

Menurut sarjana Guffey dan Almonte (2010), komunikasi adalah


pemindahan maklumat dan makna daripada penghantar kepada penerima.
Komunikasi juga boleh didefinisikan sebagai “satu proses pertukaran
maklumat dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan
tindak balas yang diharapkan” atau “penghantaran maklumat dan
kefahaman dari seseorang kepada seseorang yang lain melalui cara yang
berkesan”.

Komunikasi berkesan berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:

a) mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh


penerima

b) makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar


dan penerima

c) perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat dari


mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki oleh
penghantar

Di sekolah, kemahiran komunikasi memainkan peranan yang penting.


Seorang guru mestilah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam
pengurusan aktiviti sukan sepanjang hayat dan rekreasi. Guru dapat
menyampaikan segala kemahiran asas kepada murid dengan jelas supaya
mereka faham apa yang perlu dan patut dilakukan apabila teknik itu
diaplikasikan dalam aktiviti sukan. Murid yang lakukan teknik asas dengan
betul bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian objektif yang
ditentukan, dengan ini juga dapat membina keyakinan murid apabila
mereka dapat melakukan aksi dengan betul dan berjaya. Contohnya teknik
membaling, mengguling dan sebagainya.

Disamping itu, guru yang dapat memberi dan menyampaikan


maklumat dengan jelas dalam pengurusan sukan membolehkan murid
dapat menggunakan alat-alat sukan dengan betul dan selamat. Dengan
adanya pengetahuan yang tepat tentang penggunaan alat, murid akan
memberi kerjasama yang maksima kepada guru apabila sukan dijalankan.
Murid juga lebih minat terhadap sukan yang mereka dapat kuasai.
keselamatan murid juga dijamin dan dijaga kerana murid tidak akan cedera
atas kesilapan melakukan sesuatu aksi sukan.

Selian itu, kemahiran komunikasi sangat penting untuk ketua


kumpalan menyampaikan maklumat dan arahan dari guru kepada ahli
kumpulan yang lain apabila sesuatu aktiviti kumpulan dijalankan.
Komunikasi yang berkesan dalam satu kumpulan membantu dan
melancarkan aktiviti sukan. Atas pemahaman yang jelas, ahli kumpulan
akan memberi kerjasama untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti yang diberi.
Guru juga dapat memberi permarkahan yang lebih adil kerana semua
murid dapat melakukan aktiviti mengikut arahan yang diberi.

Anda mungkin juga menyukai