Anda di halaman 1dari 2

Selamat sejahtera.

Pergerakan kreatif merupakan satu betuk aktiviti yang menggabungkan


gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan
secara kreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu
pelajar meyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing
( expressive and functional ). Terdapat enam elemen dalam pergerakan
kreatif iaitu :

a) Ruang
b) Masa
c) Bentk badan
d) Beban
e) Aliran
f) irama

Melalui aktiviti pergerakan kreatif, nilai-nilai sosial dan emosi dapat


dibentuk dalam pelajar. Dengan melaksanakan aktiviti yang berunsurkan
kreatif, ianya dapat membentuk personaliti yang unggul dalam diri pelajar
seperti sifat berani berhadapan dengan orang ramai, berkeyakinan apabila
bersosial dengan masyarakat. Selain itu, pelajar juga akan lebih berdisiplin
kerana arahan guru dapat difaham dan memberi respon yang sesuai
melalui komunikasi antara guru dengan pelajar.

Di samping itu, pergerakan kreatif juga akan mewujudkan keriangan


pelajar. Emosi kegembiraan dapat dilihat apabila sesuatu aktiviti kreatif
dijalankan. Apabila pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti yang
dijalankan, secara tidak langsung kita dapat melihat keriangan antara
mereka dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Kita boleh membimbing
pelajar bebas bergerak mengikuti kreativi masing-masing berdasarkan
kemampuan mereka. Dengan adanya hati yang riang, emosi pelajar juga
akan cenderung ke tahap positif.

Selain itu, kita dapat melihat pelajar berkeupayaan menyelesaikan


masalah yang dihadapi melalui pergerakan kreatif. Pelajar yang serba
boleh akan menjanakan idea baru dan kreatif dalam menghasilkan atau
menyelesaikan aktiviti dengan baik. Dengan itu, adanya penglibatan
keseluruhan anggota badan pelajar dan ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan keupayaan dalam perkembangan motor kasar dan motor
halus.
Seterusnya dengan melakukan pergerakan kreatif ini kita dapat melihat kanak-kanak
berkeupayaan menyelesaikan masalah. Selalunya kanak-kanak menjana idea baru dan kreatif
dalam menghasilkan atau menyelesaikan aktiviti dengan baik. Sebagai contoh dengan
mengambil aspek dalam lakonan kanak-kanak cuba menyelesaikan masalah dari segi aspek
kostum dan persembahan yang berkesan supaya menghasilkan lakonan yang menarik. Yang
terakhir adalah pemusatan pemerhatian yang menyeluruh iaitu menggunakan pancaindera.
Pergerakan kreatif ianya melibatkan keseluruhan anggota badan dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan keupayaan dalam perkembangan motor kasar dan motor halus.

Anda mungkin juga menyukai