Anda di halaman 1dari 3

Pergerakan asas ialah proses yang mendidik pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah

dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan didefinikasikan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik.

Menurut pandangan pakar dalam pendidikan jasmani ( Gallahue D.L 1996M Gabbard, C, LeBlanc, B. Lowy 1994, Burton1977) , pergerakan asas dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu, Pergerakan lokomotor Pergerakan bukan lokomotor Pergerakan manipulatif

Pergerakan asas dapat memberi pengetahuan, pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor kepada pelajar.

Pergerakan asas ini dapat membentuk para pelajar mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas.

Pergerakkan asas ini dapat meningkatkan kemahiran kordinasi serta pergerakan para pelajar

Pergerakan asas juga mendorong para pelajar untuk mamahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan seperti ruang , masa dan sebagainya.

Pergerakan asas ini dapat meningkatkan kecergasan mental dan fizikal para pelajar.

Melalui melakukan pergerakan asas para pelajar mendapat kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan tubuh badan yang sememangnya membawa manfaat kepada diri sendirinya.

Para pelajar dapat melibatkan penggunaan seluruh anggota badan dalam melakukan pelbagai jenis pergerakan asas.

Para apelajar dapat menguasai pergerakan secara kreatif dengan menyerapkan empat konsep pergerakan asas iaitu, masa, ruang, aliran dan beban.

Para pelajar dapat mengaplikasi pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan berkesan

mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan.

dapat melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan.

Para pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat.

Dapat membentuk kemahiran pergerakan asas, kreativiti dan menarik minat para pelajar terhadap aktiviti fizikal yang berfaedah.

melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang jenis-jenis pergerakan yang sedia ada.

Menggalakkan pelajar menggunakan idea dan daya cipta kreativiti bagi melaksanakan pergerakan asas dalam pelbagai jenis pergerakan.

Anda mungkin juga menyukai