Anda di halaman 1dari 2

PJ 2311 D

Konsep Pergerakan Asas


Merupakan pendidikan melalui pergerakan. Pendidikan pergerakan ini dapat membantu menyuburkan perkembangan diri kanak-kanak. Melalui aktiviti pergerakan pelajar akan dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan. Selain itu adalah diharapkan pelajar dapat memperolehi pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan.

Definisi Pergerakan Asas


Proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.

Pergerakan Asas

Pergerakan Lokomotor

Pergerakan Bukan Lokomotor

Definisi Konsep Pergerakan


Pergerakan Lokomotor : Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini berkaitan dengan gerakan / aliran. Contoh, berjalan, berlari, melompat, merangkak, berguling dll. Pergerakan Bukan Lokomotor : Bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Penekanan diberi ke atas aspek keseimbangan badan. Contoh, berdiri, duduk, membongkok, memusing, mengilas, menguak, menyokong dll.

Manipulatif Alatan : Bermaksud memainkan alatan semasa melakukan aktiviti pergerakan asas. Pembelajaran menipulatif alat melibatkan penggunaan objek / alat semasa aktiviti pergerakan. Ini membantu meningkatkan koordinasi anggota badan seperti tanganmata, kaki-mata dll.

Anda mungkin juga menyukai