Anda di halaman 1dari 13

TERAPI PENDIDIKAN KHAS [PKB 3110]

Disediakan Oleh :

Mohd Naseri Bin Zawawi


Zulfadzli Hisyam Bin Ibrahim Mohd Hafiz Bin Suhaili Nadhiratul Akmal Binti Marzuki Nur Wahidah Binti Redzuan Pensyarah Pembimbing:

Puan Hajah Satariah Binti Kamis

Definisi & Konsep


Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Lakuan pergerakan dan melakonkan aksi ataupun pergerakan mengikut rentak muzik bagi membantu murid-murid Pendidikan Khas mengekspresikan emosi dan perasaan. banyak melibatkan pergerakan motor kasar, motor halus dan aktiviti bersosialisasi.

Perlakuan dengan adanya iringan muzik dan nyanyian.

Aspek Pergerakan Kreatif

Lokomotor

Bukan Lokomotor

Manipulasi Alatan

Aspek pergerakan kreatif


lokomotor pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. contoh pergerakan lokomotor melompat merangkak berjalan

Bukan Lokomotor
pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. contoh pergerakan bukan lokomotor
berlari setempat melompat setempat imbangan bangau

Tujuan Terapi
latihan untuk meningkatkan kemampuan pergerakan motor kasar dan motor halus. meningkatkan keyakinan diri. Ekspresi emosi dan perasaan. Cabang sosial

Kepentingan Terapi Pergerakan Kreatif


Aktiviti terapi pergerakan kreatif membantu murid-murid mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri. Membolehkan kanak-kanak meluahkan emosi dan perasaan mereka.
Gembira Marah Keliru Sedih

Dapat meningkatkan lagi kemahiran murid dalam menguasai kemahiran motor kasar.
Berlari
melompat Berpusing

dapat merangsang murid untuk bergerakbalas positif terhadap sesuatu tindak balas.
Guru meminta murid untuk terbang seperti burung, murid akan dapat bertindakbalas dengan cepat dan melakukan apa yang diminta oleh guru

Membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik.

berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak


Dapat memupuk perasaan diterima dan dihargai oleh masyarakat. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerakgeri yang berentak dan berirama dalam tarian.

Aktiviti bergerak secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Dapat memupuk daya kreativiti murid-murid.

Perancangan aktiviti
Contoh aktivti 1
bergerak seperti seekor burung semasa muzik perlahan dipasangkan.

Melalui aktiviti sebegini akan dapat meningkatkan lagi konsep kendiri murid.
Dengan melakukan aktiviti yang melibatkan terapi pergerakan kreatif ini, murid akan menggunakan kesemua ruang untuk bergerak.

Contoh aktiviti 2 Persembahan kanak- kanak khas pada Hari Guru banyak mengaplikasikan aktiviti terapi pergerakan kreatif dan aktiviti terapi muzik dan nyanyian. Setelah mereka mempersembahkan persembahan mereka, kanak- kanak tersebut akan menerima tepukan yang gemuruh. Semasa melakukan aktiviti terapi pergerakan kreatif ini juga membolehkan kanak- kanak pendidikan khas merasakan diri mereka dihargai .

Contoh aktiviti 3 Murid duduk di depan cermin dan membuat air muka yang berlainan. Selepas itu, berdepan dengan rakan dan meminta rakan membuat air muka yang sama dengannya.

Kesimpulan
Melalui aktiviti terapi pergerakan kreatif dapat membantu murid dalam mengembangkan fungsi mereka di dalam masyarakat.
Selain itu, aktiviti terapi sebegini juga dapat meningkatkan keyakinan dalam diri dan dapat membantu murid yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. Melalui aktiviti sebegini juga, muri juga akan dapat mewujudkan pergaulan dan interaksi yang sihat sesama sendiri dan di dalam masyarakat .

Anda mungkin juga menyukai