Anda di halaman 1dari 13

Salam sejahtera, Pergerakan kreatif ialah gabungan gerak geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti.

Aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983). Antara aktiviti pergerakan kreatif yang dapat meningkatkan kemahiran sosial dan emosi ialah interaksi melalui aktiviti drama. Melalui aktiviti ini, pelbagai nilai sosial dan emosi dapat diterapkan seperti membina keyakinan diri, tabah menghadapi cabaran, peningkatan kemahiran pergerakan, kesedaran tentang kemampuan diri dan sebagainya. Ia juga memberi peluang kepada murid untuk bersosialisasi dan berinteraksi terutamanya ketika melakukan aktiviti pergerakan berkumpulan. Adalah menjadi kepentingan dalam kebolehan mengurus emosi, ini kerana ia dapat membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. Manakala kepentingan sosialisasi pula adalah satu proses yang melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Nilai sosial yang diperoleh adalah seperti kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Pergerakan-pergerakan kreatif mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan mental serta rohani dan sosial. Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan, ia telah banyak memberi perangsang dan peluang kepada murid dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi, dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan sosialisasi terhadap penerokaan sesuatu yang baru.

Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4 Posted By : WONG PEE LEE

20 Mar 2014 03:48:26 PM 18 Mar 2014 11:12:06 PM

Reply To : ROZI BINTI SABRI Attachment : No File Attach

Salam sejahtera. Saya setuju dengan pandangan cikgu. Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Pergerakan ini memberi implikasi terhadap perkembangan afektif iaitu sosial dan emosi secara langsung dan tidak langsung. Di samping itu, tarian, drama dan muzik dapat melatih kanak-kanak agar sentiasa bekerjasama dengan rakan semasa menjalani latihan aktivitiaktiviti itu. Melalui iringan muzik yang lembut, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan pemikiran mereka secara positif untuk mencapai interaksi yang baik dengan orang lain. Mereka harus faham bahawa setiap persembahan memerlukan kerjasama daripada semua ahli untuk memastikan persembahan dapat dijayakan dan mereka perlu mencari akal untuk mengatasi masalah yang dihadapi semasa berlatih. Kanak-kanak memerlukan perhatian dan kasih sayang yang mencukupi untuk membina personaliti mereka. Dengan memberikan mereka kebebasan untuk melakukan aktiviti pergerakan kreatif, nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk dalam diri setiap kanak-kanak.

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4 Posted By : SIA JING LEE

21 Mar 2014 11:31:35 PM 18 Mar 2014 11:12:06 PM

Reply To : ROZI BINTI SABRI Attachment : No File Attach

Betul kata cikgu, pergerakan kreatif juga adalah satu elemen yang penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif dan efektif kanakkanak. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti pergerakan kreatif, pergerakan kreatif akan memberikan kesempatan yang luas kepada kanak-kanak untuk melahirkan perasaan dan menyuburkan daya imaginasi mereka. Kanak-kanak menggunakan gerak geri anggota badan sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman, mengintegrasikan motor dengan kognitif, seterusnya membolehkan mereka meninjau hubungan antara personaliti dengan pergerakan dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam kehidupan. Pendek kata, pergerakan kreatif memberikan kesempatan kepada kanak-kanak dengan melakukan aktiviti dengan rasa seronok, dapat bersosial

dan bergaul diantara satu sama lain, menyemai minat yang positif dan membentuk personaliti sendiri
| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4 Posted By : NG MEI LING

29 Mar 2014 02:28:37 PM 18 Mar 2014 11:12:06 PM

Reply To : ROZI BINTI SABRI Attachment : No File Attach

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu.Pergerakan kreatif mampu mencapai matlamat psikoterapeutik dengan meredakan symptom, integrasi emosi dan fizikal dan perkembangan peribadi kanak-kanak, dan memperkukuhkan pemahaman mereka. Aktiviti pergerakan merupakan usaha kerjasama, menjalin rasa saling mempercayai danmemikul tanggungjawab menghadapi cabaran-cabaran, maka ia sewajarnya menjadisatu seni pergaulan (socialization) suatu perlakuan sosial yang mengembelingkan individu dalam dinamik berkumpulan. Murid-murid sangat sesuai melakukan aktiviti ini kerana dapat mempelajari kemahiran untuk bergaul. Melalui aktiviti ini murid berpeluang: Menyertai kegiatan dengan rasa riang dan secara sihati beersosialisasi, menyemai minat-minat baru, meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain.Tidak dapat dinafikan bahawa ia memberi peluang luas kepada kanak-kanak untuk saling mempercayai, bekerjasama dan bersosial dengan orang lain.Kebanyakan aktiviti yang melibatkan pergerakan yang berjaya melibatkan lakonan peranan, improvisasi, sosio-drama tidak formal yang menggunakan tema-tema yang dinamik dan penggunaan tingkah laku egosentrik yang ganjil. Dalam aktiviti-aktiviti kreatif tersebut, kanak-kanak mempunyai kesempatan untuk melahir dan menangani emosi mereka dengan cara yang kreatif. Adalah menjadi kebiasaan melihat kanak-kanakkhas gembira dan riang semasa bermain.

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4 Posted By : KHOR LEE KENG

29 Mar 2014 02:54:30 PM 18 Mar 2014 11:12:06

PM Reply To : ROZI BINTI SABRI Attachment : No File Attach

Saya setuju pandangan cikgu. Izinkan saya menambah sedikit pendapat saya. Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk penyataan kendiri yang unit. Setiap peserta mengggunakan pergerakan berirama untuk melahirkan pemikiran atau perasaannya. Komponemkomponem peergerakan kreatif terdiri daripada badan, runag, masa dan daya adalah asas untuk menghuraikan pergerakan dalam pergerakan kreatif. Pergerakan kreatif merupakan bentuk penyataan kendiri yang unit dan membolehkan setiap pelajar memilih pergerakan-pergerakan yang sesuai untuk melahir pemikiran idea atau perasaan. Guru memainkan peranan dalam membimbing pelajar untuk meningkatkankan potensi kreatif mereka. Peranan guru dalam pergerakan kreatif ialah untuk membimbing pelajar dan membantu pelajar dalam pelbagai pengalaman pergerakan. Dalam pergerakan kreatif guru tidak mengajar sebarang gerak langkah untuk dihafalkan tetapi dalam peregerakan kreatif guru membantu dan membimbing pelajar meneroka berbagai-bagai jenis pergerakan dalam pelbagai cara yang kreatif. Guru tidak memerlukan latihan yang khusus untuk melaksanakan pengajaran pergerakan kreatif, apa yang diperlukan semangat yang cekal, sikap yang positif dan initiatif dalam pengajaran pergerakan kreatif. Peranan guru membimbing pelajar meneroka dan menemui cara bergerak berdasarkan pergerakan pelajar sebagai sifat semulajadi mereka. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pergerakan kreatif adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif kerana kanak-kanak dapat melahirkan perasaan dan membentuk emosi yang baik. Aktiviti ini memberi kepuasan kepada mereka dan dapat membantu perkembangan pemikiran yang membentuk sosial dan emosi yang positif. Nilai-nilai sosial dibentuk melalui aktivit pergerakan kreatif di mana setiap kanak-kanak dapat berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain. Kita dapat melihat pergaulan kanak-kanak dengan rakan-rakan lain dalam aktiviti

berkumpulan. Nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan-rakan mereka. Kanak-kanak menggunakan pergerakan kreatif dalam melahirkan perasaan masing-masing. Kanak-kanak gembira, berkeyakinan pada diri sendiri dan dapat membina jati diri mereka. Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang bersifat semulajadi. Kanak-kanak juga kreatif dalam menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu perkara. Selain itu, pergerakan kreatif yang melibatkan keseluruhan anggota badan dapat meningkatkan keupayaan perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kanak-kanak.
Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4 : Bincangkan bagaimana nilai-nilai sosial dan emosi 19 Mar 2014 04:09:39 PM dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif. Posted By : LIM PO PO 19 Mar 2014 04:03:43 PM

Reply To : NORAISAH BINTI BACHOK Attachment : No File Attach

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Menurut teori Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti. Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan melalui muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan. Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan. Kanak-kanak akan mengembangakan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi ikut rentak, tetapi meraka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Pergerakan adalah perlakuan atau aksi kanak-kanak yang boleh dilakukan secara automatik, spontan dan terancang. Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginankeinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh

dipuaskan. Contohnya, kanak-kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Dauer dan Prangrazi telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu : i. Keinginan untuk bergerak ii. Keinginan untuk berjaya iii. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya iv. Keinginan untuk bersaing v. Keinginan untuk memperoleh kecerdasan fizikal vi. Keinginan untuk mengembara vii. Keinginan untuk memperoleh daya penarik viii. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti ix. Keinginan untuk mengetahui Keinginan-keinginan tersebut ditumpukan kepada pergerakan kreatif yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan mental serta rohani dan sosial. Gladys Andrew Fleming (1976) telah menggunakan istilah Pergerakan Kreatif untuk pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang diluahkan melalui pergerakan anggota badan. Pergerakan kreatif adalah kaedah untuk menyelesaikan tiga komponen iaitu ekspresi, komunikasi dan kepuasan peribadi.
| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4 : Bincangkan bagaimana nilai-nilai sosial dan emosi 29 Mar 2014 05:14:34 PM dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif. Posted By : HO GEOK THAI 19 Mar 2014 04:03:43 PM

Reply To : NORAISAH BINTI BACHOK Attachment : No File Attach

Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Menurut Pan (1994), dengan peningkatan umur, kanak-kanak akan belajar berkomunikasi dan bekerjasama dalam aktiviti yang berbentuk permainan atau pergerakan

kreatif. Teori ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan sosial kanak-kanak perlu dibentuk dalam aktiviti yang mampu memerangsangkan mereka untuk bersosialisasi di samping dapat memberi keseimbangan dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Dalam konteks pembelajaran, aktiviti-aktiviti pergerakan seperti tarian, drama mahupun muzik memerlukan kerjasama dalam kumpulan.Semangat kerjasama di antara pelajar ini dapat diwujudkan dalam ketigatiga pembelajaran aktiviti ini. Pada Ketika ini, guru perlu bijak menggunakan kaedah berpusatkan murid dan mengetengahkan pendekatan berkumpulan dalam pengajaran. Sebagai contoh, tarian inang yang memerlukan kerjasama daripada ahli kumpulan agar dapat menghasilkan persembahan yang serentak, sama dan menarik minat penonton.

Selain daripada itu, aspek emosi juga turut menerima impaknya. Ia dapat dilihat daripada pengamatan dan penghayatan murid-murid dalam menjalankan aktiviti tersebut. Tarian, Drama dan Muzik merupakan antara aktiviti yang menjana kepada perkembangan emosi kanak-kanak. Ia dapat ditunjukkan ketika kanak-kanak berlakon dalam drama yang memerlukan pengamatan dan penghayatan terhadap watak yang disampaikan, maka emosi atau perasaan kanak-kanak ini dapat diekspresikan dalam drama yang dilakonkan melalui watak yang dipegang. Begitu juga, tarian dan muzik, kedua-dua aktiviti ini menyumbang kepada perkembangan emosi kanak-kanak.
m 4 : Bincangkan bagaimana nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif. Posted By : HELLENDI ANAK RIDI (D20112052358) Date posted : 10 Mar 2014 10:23:55 PM (32 read/s)

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik, pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang didengari. Kanak-kanak akan memperkembangkan perkembangan emosi mereka kerana mereka akan merasa seronok apabila mereka dapat menguasai beberapa kemahirantertentu. Contohnya ialah, kanak-kanak seringkali melompat kegembiraan apabila mereka menang tempat pertama

dalam pertandingan lumba lari. Selain itu, kanak-kanak akan menjadi lebih seronok jika terdapat muzik dimainkan semasa melakukan aktiviti fizikal seperti pergerakan bukan lokomotor iaitu twist. Tambahan pula, kanak-kanak akan berasa puas jika mereka melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dengan betul dan estetik (ZainunIshak, 2006). Di samping itu, melakukan aktiviti fizikal dapat memupuk semangat setiakawan dankanak-kanak dapat bersaing dengan sihat. Contohnya, situasi ini dapat dilihat apabila kanak-kanak bermain ting-ting (aksi hop) bersama-sama dan saling memberi sokongan antara satu sama lain. Di sini, sifat toleransi bersama rakan-rakan mula menyerlah danjuga sifat kepimpinan kerana mereka sudah dilantik oleh rakan-rakan mereka untukmenjadi ketua. Selain itu juga, mereka dapat bertanding secara sihat dan tidak kisah samada menang dan kalah. Seterusnya ialah, kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perkembangan sosial mereka dengan berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru ketika melakukan aktiviti fizikal.

Attachment : No File Attach... | Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4 : Bincangkan bagaimana nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif. Posted By : YONG POH YUN

17 Mar 2014 08:26:36 PM 10 Mar 2014 10:23:55 PM

Reply To : HELLENDI ANAK RIDI Attachment : No File Attach

Saya setuju dengan huraian saudari. Di sini saya menambah sedikit pandangan. Pergerakan kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif dan afekitif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Oleh itu, pergerakan kreatif yang merupakan tafsiran idea, perasaam atau tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik mampu membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak dalam menjana perkembagan kehidupan yang sempurna. Pergerakan kreatif dengan menghubungkannya dengan ciri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan, tatatertib, sikap tanggungjawab,

saling mempercayai dan menghormati sahabat dan kepimpinan yang unggul untuk diri sendiri dan orang lain. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat melakukan aktiviti dengan rasa gembira dan secara sihat, bersosial, menyemai minat yang positif, meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain dan membentuk personaliti diri.

| Reply to This Message | Print Message |

Forum 4 : Bincangkan bagaimana nilai-nilai sosial dan emosi dapat 23 Mar 2014 04:03:27 AM dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif. Posted By : NORAISAH BINTI BACHOK 17 Mar 2014 08:26:36 PM

Reply To : YONG POH YUN Attachment : No File Attach

Salam Sejahtera. Benar kenyataan anda. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran. Ini kerana pergerakan kreatif dapat membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak dalam menjana perkembangan kehidupan yang lebih baik. Pergerakan kreatif merupakan gabungan gerak geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti. Pergerakan-pergerakan kreatif mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan mental serta rohani dan sosial. Pergerakan kreatif banyak memberi peluang kepada murid dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi selain dapat mempertingkatkan sosialisasi terhadap penerokaan sesuatu yang baharu. Ia juga dapat membina keyakinan diri, tabah menghadapi cabaran dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Kepentingan sosialisasi pula adalah satu proses yang melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Nilai sosial adalah seperti kemahiran berinteraksi dengan orang lain,

pembentukan kendiri, kawalan kendiri dan penghargaan kendiri. Pergerakan kreatif akan memberikan kesempatan yang luas kepada kanak-kanak untuk melahirkan perasaan dan menyuburkan daya imaginasi mereka. Tarian, drama dan muzik dapat melatih kanakkanak agar sentiasa bekerjasama dengan rakan semasa menjalani latihan aktiviti-aktiviti itu selain dapat meluahkan perasaan dan pemikiran mereka secara positif. Setiap persembahan memerlukan kerjasama daripada semua ahli untuk memastikan persembahan dapat dijayakan dengan sebaiknya.

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4 : Bincangkan bagaimana nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif. Posted By : LIM PO PO

17 Mar 2014 10:06:56 PM 10 Mar 2014 10:23:55 PM

Reply To : HELLENDI ANAK RIDI Attachment : No File Attach

Salam Satu Malaysia, Tidak dinafikan kanak-kanak yang terdedah kepada kehidupan bersosial akan mempunyai nilai sosial dan emosi yang sihat. Berbanding kanak-kanak yang pasif, mereka tidak terdedah kepada kehidupan sosial menjadikan mereka seorang yang tidak aktif dan tidak tahu untuk bergaul. Pergerakan kreatif merupakan salah satu aktiviti yang diyakini mampu membentuk nilai-nilai sosial dan emosi kanak-kanak. Proses penerapan nilai sosial dan emosi terbahagi kepada banyak cabang dan cara. Namun cara yang paling menyeronokkan adalah cara yang paling berkesan untuk membentuk nilai sosial dan emosi kanak-kanak. Proses pembelajaran mudah berlaku sekiranya menggunakan teknik atau cara yang menyeronokkan. Nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan di mana melalui pergerakan kreatif yang dipersembahkan, guru akan dapat mengenal pasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : Forum 4 : Bincangkan bagaimana nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif. Posted By : ROZI BINTI SABRI

18 Mar 2014 11:51:42 PM 17 Mar 2014 10:06:56 PM

Reply To : LIM PO PO Attachment : No File Attach

Salam sejahtera, Saya bersetuju dengan kenyataan saudari itu. Pergerakan kreatif merupakan salah satu aktiviti yang diyakini mampu membentuk nilai-nilai sosial dan emosi kanak-kanak. Ini kerana melalui pergerakan kreatif, kanak-kanak dapat belajar mengawal emosi positif dan bersosialisasi sesama rakan. Aktiviti pergerakan kreatif amat sinonim sekali dengan kanak-kanak. Oleh yang demikian, tidak hairanlah bahawa aktiviti pergerakan kreatif menjadi tunjang utama dalam pendidikan Prasekolah lagi. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak diterapkan dengan nilai-nilai positif seperti keberanian, keyakinan, berwibawa, melalui nilai emosi, manakala dari segi sosial pula kanak-kanak dapat menghormati rakan, bertolak ansur, menerima dan memberi pandangan dan sebagainya. Selain itu, pergerakan kreatif juga memberi makna kepada pelbagai aspek melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya. pergerakan kreatif dapat membina keyakinan dan jati diri seseorang. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Re : Re : Forum 4 : Bincangkan bagaimana nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif. Posted By : WONG PEE LEE

19 Mar 2014 06:42:14 PM 18 Mar 2014 11:51:42 PM

Reply To : ROZI BINTI SABRI Attachment : No File Attach

Saya setuju dengan pandangan cikgu.Nilai-nlai sosial dan emosi yang dapat dibentuk melalui pergerakan kreatif ini ialah kesyukuran, menyedari keperluan orang lain, semangat cintakan keindahan alam sekitar, kreativiti, perasaan kasih sayang, kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi serta kejujuran dan berdisiplin. Selain itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberikan pengalaman yang tidak ternilai dan menyeronokkan kepada kanak-kanak .Jadi jelas nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk dan dipupuk dengan baik melalui aktiviti pergerakan kreatif ini. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat melakukan aktiviti dengan menjalankan aktiviti dengan rasa gembira dan secara sihat, bersosial, menyemai minat yang positif, meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain dan membentuk personaliti diri.

| Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 4 : Bincangkan bagaimana nilai-nilai sosial dan emosi dapat dibentuk melalui aktiviti pergerakan kreatif. Posted NG BEE LANG By : Reply To : HELLENDI ANAK RIDI Attachment : No File Attach

23 Mar 2014 07:10:19 PM 10 Mar 2014 10:23:55 PM

Saya bersetuju dengan pandangan saudari bahawa pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif dan bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-masing. Contohnya dalam persekitaran akademik yang kompetitif ini, kanak-kanak sentiasa tidak diberi kesempatan untuk melepaskan tekanan dari kerja sekolah mereka. Melalui pergerakan kreatif, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka dengan cara yang berkesan. Dengan ini, mereka akan menjadi lebih gembira dan seronok semasa melakukan aktiviti yang sihat ini. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menyuburkan daya imaginasi mereka. Ini dapat meningkatkan tahap kreativiti mereka dengan efektif. Dalam pergerakan kreatif, kanak-kanak juga dapat menyuburkan daya imaginasi mereka dan dapat meningkatkan tahap kreativiti mereka. Selain itu, kanak-kanak turut dapat belajar antara satu

sama lain daripada kawan-kawan mereka melalui proses perkongsian idea dalam mencipta pergerakan kreatif. Hal ini demikian kerana pergerakan kreatif ialah gabungan gerak geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Pergerakan psikomotor secara tidak langsung dapat membantu kanak-kanak memahami struktur dan fungsi anggota badan, kemampuan, menyelesaikan masalah dan ekspresi perasaan apabila melakukan sesuatu gerakan dengan rakan-rakan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai