Anda di halaman 1dari 2

3(a) Terapi seni merupakan pendekatan kreatif dalam usaha membantu murid-murid di

sekolah. Huraikan dua cara guru bimbingan dalam melaksanakan kaedah di atas.
1) Lukisan
Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan
rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti
pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas
untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah terhasil secara spontan
mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu.

2) Catan
Catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata. Ia terhasil
melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan lain.
Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan
atau merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau
abstrak.
Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat
minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).

3) Kolaj
Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal,
menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang digunakan untuk
menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas
dan fabrik.

4) Montaj
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai
sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana, alam sekitar dan
lain-lain.Aktiviti

montaj

lazimnya

menggunakan

teknik

memotong,

menampal

dan

mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh
digabungkan dan digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan
menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing photography digunakan
dengan

menggunakan

komputer

dalam

menghasilkan

montaj.Tema

bagi

aktiviti

menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam benda, figura dan
corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk
menarik perhatian pemerhati.

3(b) Terapi muzik dapat diertikan sebagai penggunaan media muzik dan melodi dalam
memberi kesembuhan emosi kepada klien.Berikan tiga kesan penggunaan terapi muzik
terhadap klien.
Selepas menjalankan penggunaan terapi muzik terhadap klien, ia dapat melegakan
keresahan, kemurungan dan meringankan tekanan klien.Terapi muzik juga membantu klien
yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan
mereka sendiri.Melalui cara ini, mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap
tingkah laku mereka sendiri.
Selain daripada itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang
secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.Rawatan terapi
muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal.
Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini
digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah
pertumbuhan.

Anda mungkin juga menyukai