Anda di halaman 1dari 4

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi

Muhammad SAW
16JUL2014 Komentar Dinonaktifkanpada 10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad SAW
by fitri in Tulisan
10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad SAW

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah
Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan
terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali
untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah SWT Untuk
mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan
mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah SAW, sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-
Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin,
nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an
seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah SAW. juga bersabda :
Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang
umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung
segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi
dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan.
Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah
akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah
Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah SAW., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-
Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang
membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka
yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan
dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-
Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup
dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan
rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah
menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya
dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah SWT. akan
menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000
kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah
SAW. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca


seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan
terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah
surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang
amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis
Rasulullah SAW , mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat
syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam,
insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah SAW. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara
mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti
Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30
juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah SAW sambil
tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia
telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah SAW .. pernah bersabda kepada
Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan
rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia
kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas,
artinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya
dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam
gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak
tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan
pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa
terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-
Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam
atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak
100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil
dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia.
Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan
manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari
golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati
Salam Ukhuwah..~

Anda mungkin juga menyukai