Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Tuan :
Ruj Kami : SKDK.BP.630-2/5 (9)
Tarikh : 26 September 2018

Pegawai Pemerintah,
Batalion Ke-4 Rejimen Askar Melayu DiRaja,
Jalan Pahang,
35000 Tapah,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

MEMOHON PINJAMAN PERALATAN UNTUK PERKHEMAHAN PERDANA 2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk pengetahuan tuan, Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Datuk Kelana akan
mengadakan Perkhemahan Perdana seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 5, 6 dan 7 Oktober 2018
Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Masa : Bermula jam 3.00 Petang (5 Oktober 2018) hingga
jam 10.00 pagi (7 Oktober 2018)

3. Sehubungan itu, pihak kami dengan rasa rendah diri ingin meminjam beberapa
peralatan dari Kem Askar Melayu DiRaja untuk kegunaan sepanjang perkhemaan nanti.
Peralatan yang ingin dipinjam ialah:
a) Kanopi - 4 buah
b) Khemah - 3 buah
c) Lampu

4. Semoga permohonan kami ini mendapat pertimbangan dan perhatian dari pihak tuan.
Segala kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………..
(ZAMRI BIN ABDUL RANI)
Guru Besar,
SK Datuk Kelana

Anda mungkin juga menyukai