Anda di halaman 1dari 7

Apam polkadot……

3 biji telur dari peti sejuk (gred A)


275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
filling coklat (ikut citarasa)
Cara-caranya:
1. Masuk telur + gula + ovallete ke dlm bekas mixer dan pukul sampai kembang.
2. Kemudian, dah kembang adunan tadi, masukkan susu + tepung + baking powder + esen
vaniilla, pukul sampai kembang.
3. Bahagikan adunan dan masukkan pewarna ikut kesukaan masing2.
4. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas, corakkan ikut citarasa korang (Boleh belajar cara
lukis di entri Cik Tom :Cara Nak Lukis Resepi Apam Polkadot Versi Ladybird
5. Akhir sekali, kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.
6. Siap !!
*Tips: Kenapa apam jadi keras bila dah sejuk? tadi search2 kat google tejumpa tips apam tak keras di
blog MamaMimi,“Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung
diputar sebati “
Belajar Resepi Apam Polkadot Kukus Comel dan Sedap ni dari blog Cik Tom, suka2 hehe. Sila baca
entri resepi tersebut sebab banyak tips-tips boleh belajar dari entri tu. Kenapa apam merekah?
Kenapa apam keras? Kenapa apam bentat? Kenapa apam mengecut? Kenapa? Kenapa? Semua
persoalan tu jawapannya ada dalam entri Cik Tom, rajin2 baca komen2 kat bawah entri tu kalau nak
belajar
APAM POLKA DOT
Bahannya:
3 biji telur (Dari peti ais)
250gm tepung gandum
200gm gula halus
150ml susu cair/susu segar
3 st baiking powder
1 st ovellet
Caranya:
 Blendkan telur, gula dan ovallet hingga putih

gebu
 Keluarkan dan dalam bekas lain masukkan

tepung dan berselang seli dengan susu cair


sambil kacau atau kaup balik sehingga sebati
 Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titik
perisa dan juga pewarna
 Dalam bekas acuan lompang kecil, masukkan
mangkuk kertas saiz almond london
 Pipingkan sedikit kemudian masukkan filling
dan tutup kembali dengan adunan tersebut
 Sedia dilukis pada atas apam sebelum dikukus
dengan api yang kuat selama 10-15 minit
Resepi Apam Polkadot Kukus
Comel dan Sedap
Posted on August 8, 2011 by ciktom
Salam ramadhan dan 1 Malaysia..Cik tom dah lama teringin nak belajar cara-
cara buat apam polkadot yang comel ni. Baru terjumpa resepi apam polkadot ini
dari website myresepi.com. Terus cik tom copy untuk share di blog cik tom
untuk rujukan cik tom nanti sebab nak cuba resepi ini kat rumah sewa cik tom
memang tak dapat la. Takde alat kukusan untuk kukus apam polkadot. So nanti
27hb balik kampung untuk raya nanti akan cik tom cuba resepi apam polkadot
dan upload gambar share dalam entry. Resepi apam polkadot ni memang
mudah disediakan dan testimonial dari ramai pembaca yang cuba resepi ini juga
sekali cuba terus menjadi dan sedap! Update terkini entri ialah cik tom dah cuba
sendiri resepi apam polkadot dan memang sedap!
Kerja Kosong Part Time 2014

Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )


3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau
kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau
penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang
menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot


1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan
kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking
powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan
minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna
water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian


picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api
kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
Sumber asal resepi: shell@myresepi
UPDATE UNTUK TAMBAHAN DARI PENGALAMAN DAN PERTANYAAN
PELAWAT BLOG CIKTOM!!!
Tips tambahan untuk buat apam polkadots.
1. Untuk mengelakkan filling melekat bawah apam (sebabnya filling terlalu cair).
So cara untuk keraskan filling ialah first panaskan 1 sudu besar butter/marjerin.
Pastu masukkn anggaran 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga nampak
tepung tu mendidih. Pastu masukkn jenis filling/jem yang nak guna. Kacau
hingga sebati dan pekat. Kalau rasa keras sangat, boleh tambah sedikit air.
Kalau lembik, boleh tambahkn lagi filling/jem..
2. Sebelum masukkan adunan ke dalam piping bag, kacau adunan sehingga
kelihatan sebati dan licin (tiada lubang angin) untuk mendapatkan permukaan
apam yg rata dan tidak berlubang.
3. Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam
polkadot akan merekah.
4. Bungkus alat kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam
adunan apam ketika mengukus.
5. Selepas siap kukus dan agak2 apam dah sejuk simpan dalam bekas kedap
udara. Apam akan jadi keras jika terdedah lama pada udara.

*Sesiapa yang nak copy resepi ini dipersilakan. Kalau nak copy masukkan dalam
blog/ website, sila nyatakan sumber dari cik tom. Memang sumber asal resepi
cik tom ambil dari shell@myresepi. Tapi segala ayat dan tips dalam entry resepi
apam polkadot blog cik tom ini telah digubah mengikut kesesuaian, pengalaman
dan ayat cik tom sendiri. Terima kasih.

Read more: http://www.ciktom.com/resepi-apam-polkadot-comel-dan-


sedap/#ixzz2yfcKtmU5

Anda mungkin juga menyukai