Anda di halaman 1dari 3

Perang Arab-Khazar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perang Arab-Khazar

Sebahagian dari Penaklukan Islam

Tarikh 650-758

Tempat Kaukasus dan Transoxiana

Hasil Status quo ante bellum

Perubahan Kaukasus buat sementara didiami oleh

wilayah Umayyah; Azerbaijan buat sementara didiami oleh

Khazar

Pihak bersengketa

Khaganate Turkic Khazar Khilafah Umayyah (dan

kemudian Khilafah

Abbasiyyah)

Templat:Campaignbox Khazar-Arab Wars


[sorok]
p•b•s
Pengembangan Awal Islam

Empayar Byzantine (Rom Timur)

Syria – Armenia – Mesir – Afrika Utara – Cyprus –

Constantinople – Georgia – Crete – Sicily – Selatan Itali

Empayar Sassanid Parsi

Mesopotamia – Parsi – Afghanistan – Lembah Indus

Khanate Khazar Turkic

Kaukasus – Volga River – Azerbaijan

Kerajaan Visigoth (Hispania)

Empayar Frankish (Gaul)

Empayar Tang China (Asia Tengah)

Perang Arab-Khazar adalah satu siri kempen, biasanya dikelaskan sebagai Perang Arab-
Khazar Pertama (669) dan Kedua (sekitar 715-737). Ia berlaku antara tentera Khanate Khazar dan khilafah
Umayyah (selain pengantinyaAbbasiyyah) dan negeri-negeri naungan masing-masing.
Semasa kurun ke-7 dan ke-8, Khazar menempuh satu siri peperangan melawan Khilafah Umayyah, yang
mana sedang mengembangkan empayar keTransoxiana dan Kaukasus. Perang pertama berlaku pada
awal 650 dan berakhir dengan kekalahan tentera Arab yang diketuai oleh Abd ar-Rahman ibn Rabiah di
luar bandar Khazar di Balanjar, selepas satu peperangan di mana kedua-dua pihak mengepung satu sama
lain.

Pertikaian meletus sekali lagi dengan khilafah Islam pada tahun 710-an, dengan pertempuran di seberang
kawasan Kaukasus. Khazars, diketuai oleh seorang putera bernama Barjik, menyerang timur laut Iran dan
mengalahkan tentera Umayyah di Ardabil pada tahun 730, membenuh gabenor Arab, Al-Djarrah al-
Hakami dan secara singkat menduduki bandar ini. Mereka kemudian dikalahkan pada tahun berikutnya
di Mosul, di mana Barjik memberi arahan kepada tentera Khazar dari sebuah singahsana yang dipasang
dengan kepala al-Djarrah, dan Barjik terbunuh dalam pertempuran ini. Tentera Arab pertamanya diketuai
oleh seorang putera Arab Maslamah ibn Abd al-Malik dan kemudian oleh Marwan ibn Muhammad
(kemudian Khalifah Marwan II) menyerbu menyeberangi Kaukasus dan akhirnya pada tahun 737
mengalahkan tentera Khazar yang diketuai oleh Hazer Tarkhan, secara singkat beliau sendiri mendiami
bandar Atil. Ketidak stabilan kerajaan Umayyah menjadikan pendudukan kekal mustahil dilakukan. Tentera
Arab kemudian berundur dan kemerdekaan Khazar diserahkan kembali.

Pertempuran utama terakhir di antara tentera Khazar dan khilafah berlaku pada 758, apabila sepasukan
tentera Khazar yang diketuai oleh Ras Tarkhan menyerang dan secara sementara menduduki
sebahagian Azerbaijan dan Arran. Hubungan di antara Khazaria dan khilafah beransur baik setelah
beberapa ketika, apabila pada kurun ke-10 Raja Joseph dari Khazar memberi laporan kepada Hasdai ibn
Shaprut bahawa Khazars telah mempertahankan wilayah Kaspia dari serangan oleh Rus.

[sunting]Rujukan

 Kevin Alan Brook. The Jews of Khazaria. 2nd ed. Rowman & Littlefield Publishers, Inc, 2006.

 Douglas M. Dunlop. The History of the Jewish Khazars, Princeton, N.J.: Princeton University
Press, 1954.

 Peter B. Golden. Khazar Studies: An Historio-Philological Inquiry into the Origins of the
Khazars. Budapest: Akademia Kiado, 1980.

 Norman Golb and Omeljan Pritsak, Khazarian Hebrew Documents of the Tenth Century. Ithaca:
Cornell Univ. Press, 1982.

 István Zimonyi The Origins of the Volgha Bulghars. Studia Uralo-Altaica 32. Szeged 1990.

Templat:Khazaria Templat:Battle-stub

Kategori:
 Konflik kurun ke-7
 Konflik kurun ke-8
 Pertempuran melibatkan Khazars
 Pertempuran

Anda mungkin juga menyukai