Anda di halaman 1dari 12

BAB 3 SEJARAH DAN PENGARATAN TETULANG

3.1 Sejarah Konkrit dan Tetulang

Konkrit telah digunakan sejak zaman Mesir (3000 S.M.) sehingga sekarang. Di
sepanjang masa itu, telah berlaku pelbagai perubahan dengan penukaran bahan
campur serta komposisi konkrit utuk mendapatkan kekuatan yang diperlukan.
Penggunaan tetulang merupakan ciptaan yang agak baru maka terdapat banyak
pembaharuan dan pembaikan dapat dilakukan.

Tahun Peristiwa
12,000,000 S.M. Reaksi diantara batu kapur dan syal minyak di Israel
membentuk deposit berunsur simen. Bahan ini telah dijumpai
oleh ahli geologis Israel pada tahun 60-an.

3000 S.M. (Mesir) Orang Mesir telah menggunakan lumpur bercampur dengan
rumput untuk mengikat bata. Mereka juga menggunakan
mortar gypsum dan mortar batu kapur dalam pembinaan
piramid.

3000 S.M. (Cina) Menggunakan bahan bersimen untuk mengikat batang buluh
dalam pembinaan kapal dan permbinaan ‘Great Wall’.

800 S.M. (Greek, Menggunakan mortar batu kapur yang lebih keras daripada
Crete & Cyprus) tamadun Rome

300 S.M. (Babylonia Menggunakan bitumen untuk mengikat batu dan bata
dan Assyria)

Tahun Peristiwa
300 S.M. – 476 M Menggunakan simen pozzolana dari Pozzuoli, Itali
(Rome) berhampiran dengan Gunung Vesuvius untuk membina jalan,
bangunan, ‘Coliseum’ dan aqueduct di selatan Perancis.

7
Mereka telah menggunakan 1 bahagian batu kapur sebagai
simen dengan mencampurkan 4 bahagian pasir, 2 bahagian
pozzolana kepada 1 bahagian kapur. Lemak binatang, susu dan
darah digunakan sebagai bahan campur. Sesetengah struktur ini
masih wujud sehingga sekarang.

1824 Joseph Aspdin dari England telah mencipta simen Portland


dengan membakar kapur halus dengan tanah liat sehingga
karbon dioksida disingkirkan. Simen itu kemudian dinamakan
sebagai simen Portland untuk batu berkualiti tinggi yang
diperolehi dari Portland, England.

1913 Penciptaan stainless steel oleh Harry Brearly di England

1936 Empangan konkrit Hoover Dam dan Grand Coulee Dam telah
dibina. Struktur ini masih wujud sehingga sekarang.

1960-an Pengaratan jambatan konkrit bertetulang keluli biasa di


Amerika
1970-an ‘Fibre reinforce concrete’ (FRC) telah diperkenalkan.

1985 - 2004 Pembinaan pelbagai bangunan pencakar langit dan pemecahan


demi pemecahan rekod bangunan tertinggi dunia termasuk
KLCC, Malaysia. Perkembangan pesat teknologi tetulang anti
karat di dunia.

Rajah 3.1 : Kronologi sejarah konkrit dan tetulang anti karat


3.1 PENGARATAN TETULANG

3.1.1 Pengenalan

Pengaratan tetulang berlaku kerana penyingkiran lapisan pasif yang biasanya terbentuk
pada lapisan besi daripada tindakbalas dengan keadaan konkrit. Konkrit biasanya

8
mempunyai pH 13 kerana pembentukan kuantiti besar bagi kalsium hidroksida semasa
simen mengeras.

Lapisan pasif itu dapat dipecahkan melalui dua cara, pertamanya dengan kehadiran ion
klorida. Ion klorida hadir dalam konkrit sebagai bahan pencemar batu baur atau
penembusan dari luar konkrit. Pengaratan tetulang akan bertumbuh dengan cepat dengan
kehadiran retakan kecil yang mampu membenarkan kemasukan klorida ke dalam konkrit.
Cara kedua pemecahan lapisan pasif pelindung besi adalah melalui proses karbonasi, iaitu
tindakbalas antara karbon dioksida dari udara atau hujan asid dengan kalsium hidroksida
dalam konkrit. Tindakbalas ini menghasilkan kalsium karbonat yang akan mengurangkan
tahap alkali konkrit menjadi lebih rendah dari pH10. [1]

Sebelum tetulang diletakkan ke dalam acuan, tetulang biasanya telah mengarat akibat
tindakan dengan atmosfera. Apabila konkrit baru bancuh diletakkan sekeliling tetulang
ini, ia akan membentuk kalsium ferit. Gabungan air dengan besi akan seterusnya
membentuk lapisan nipis besi hidroksida dan kalsium hidroksida [Fe(OH)2 dan
Ca(OH)2]. Besi yang terdedah kepada atmostera akan mengarat disebabkan oleh
perbezaan diantara potensi elektrik pada permukaan besi yang membentuk bahagian
katod dan anod. Pengoksidaan besi berlaku pada anod dimana pengaratan akan berlaku
seperti persamaan berikut:

Dengan kehadiran oksigen:

Fe (besi) → Fe2+ (akues) + 2e-

Pada masa yang sama, tindakbalas akan berlaku pada bahagian katod dengan proses
berikut:

½O2 + H2O + 2e- (besi) → 2OH- (akues)

9
2H+ (akues) + 2e- (besi) → H2 (gas)

Elektron yang terhasil dari proses ini akan disalurkan melalui besi manakala ion yang
terbentuk akan disalurkan melalui air yang juga bertindakbalas sebagai elektrolit. Ion
ferum akan bertindakbalas dengan ion hidroksida untuk membentuk ferum hidroksida. Ini
akan kemudian dioksidakan untuk membentuk ferik dioksida.

Fe+2 + 2OH → Fe(OH)2


4Fe(OH)2 + 2H2O + O2 → 4Fe(OH)3
2Fe(OH)3 → Fe2O3 + 3H2O

Tanpa Kehadiran Oksigen

Di bahagian anod, besi yang teroksida akan bertindakbalas dengan ion klorida untuk
membentuk komponen besi kompleks.

Fe+2 + 4Cl- → (FeCl4)-2 + 2e-

Besi kompleks ini kemudiannya akan bertindakbalas dengan kelembapan udara untuk
membentuk ferum hidroksida.
(FeCl4)-2 + 2H2O → Fe(OH)2 + 2H+ + 4Cl-

Di bahagian katod, ion hidrogen akan mengurang atau bertindakbalas dengan elektron
untuk membentuk gas hidrogen.

2H+ + 2e- → H2

Pengaratan juga boleh berlaku tanpa kehadiran ion klorida. Apabila konkrit bersentuhan
dengan asid karbonik yang terhasil daripada karbon dioksida dari udara, tindakbalas

10
karbonasi kalsium hidroksida dalam simen akan membawa kepada pengurangan takat
alkali, kepada PH sekurang 8.5. Ini akan membenarkan pengaratan besi berlaku.

CO2 + H2O → H2CO3


H2CO3 + Ca(OH)2 → CaCO3 + 2H2O

Hasil tindakbalas ini di sekeliling besi tetulang akan meningkatkan pH konkrit kepada
lebih kurang 13. Ini ditambah dengan pengaratan asal tetulang akan mewujudkan zon
terpisah di mana konkrit adalah lebih “homogeneous” apabila jauh daripada kawasan ini.
Lapisan pelindung besi akan menghilang apabila terdapat rekahan besar sehingga
tetulang.[2]

3.1.2 Peringkat Pengaratan

Menurut A. Raharinaivo (1998) [3], pengaratan bagi tetulang boleh dibahagikan kepada 4
peringkat iaitu:-

a) Pengaratan awal

11
- Penetrasi elemen agresif seperti klorida atau karbon dioksida ke dalam konkrit
dan bertumpu kepada pengaratan awal besi tetulang.
- Konsentrasi elemen aggresif tidak mencukupi untuk menyebabkan tindakbalas
atau tindakan kimia adalah perlahan. Tiada kerosakan fizikal setakat ini.
- Peringkat masa untuk pengaratan awal boleh berbeza dari beberapa minit
sehingga jangka hayat struktur itu.

Rajah 3.2 – Peringkat pertama


pengaratan tetulang keluli biasa.
Permukaan konkrit mempunyai
retakan mikroskopik yang kecil.

b) Kemusnahan penutup konkrit


- Penutup konkrit boleh dilemahkan oleh keadaan di sekeliling seperti tindak
balas fizikal, mekanikal dan kimia
- Keadaan sekeliling perlu diambil kira semasa melakukan rekabentuk untuk
konkrit bagi memastikan rekabentuk dapat menahan hakisan atau potensi
tindakbalas

12
- Tindakbalas kimia bermula, kerosakan fizikal yang sederhana dialami tetapi
tidak melemahkan kekukuhan struktur tersebut. Tindakbalas biasanya berlaku
dengan cepat di peringkat ini disebabkan oleh kemasukan ejen pelemah yang
berlebihan dan perubahan kepada keadaan konkrit.

Rajah 3.3 – Peringkat kedua


pengaratan. Retakan yang lebih besar
kelihatan serta tanda pengaratan
kelihatan pada permukaan konkrit.

c) Pengaratan mendalam besi tetulang


- Pengaratan besi tetulang secara mendalam.
- Pelemahan struktur yang cepat.

13
Rajah 3.4 – Peringkat ketiga
pengaratan. Pelupasan lapisan penutup
konkrit mulai berlaku

d) Pertumbuhan pengaratan
- apabila tetulang mengarat, ia dilitupi lapisan karat (biasanya lapisan
kemerahan). Bagi konkrit yang poros dan basah, lapisan ini akan keluar
kelihatan di lapisan konkrit. Akan tetapi, kes yang biasa berlaku adalah besi
yang mengarat akan mengembang sehingga menyebabkan rekahan atau
penutup konkrit terkopek.

- Kombinasi tindakbalas fizikal dan kimia mampu menyebabkan kerosakan


yang teruk sehinggakan kekukuhan struktur terjejas.
- Bagi sesetengah kes, pembaikan struktur perlu dilakukan, bagi kes yang
ekstrem, struktur perlu dirobohkan.

14
Rajah 3.5 – Peringkat keempat
pengaratan. Pengembangan keluli
tetulang biasa menyebabkan keretakan
serta pelupasan kepada lapisan
penutup konkrit.

Rajah berikutnya menunjukkan lapisan karat yang terbentuk pada tetulang keluli biasa
dan lapisan pengaratan.

Rajah 3.6: Pengaratan mendalam besi tetulang

15
3.1.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Pengaratan Besi Tetulang

Kadar pengaratan besi tetulang dipengaruhi oleh faktor berikut:-

a) Kehadiran larutan akues (air) yang bertindak sebagai elektrolit ion dan
bersentuhan dengan permukaan besi.

b) Kewujudan bahagian anod dan katod pada besi yang bersentuhan dengan
elektrolit. Wujud dengan kehadiran air.

c) Kewujudan oksigen untuk melengkapkan tindakbalas. Tindakbalas


pengaratan seperti yang ditunjukkan di atas memerlukan kehadiran air dan
udara.

d) Rongga udara dalam konkrit serta penutup konrit. Rongga udara akan
mempengaruhi kemasukan air dan oksigen sehingga kepada lapisan besi
yang dilindungi oleh konkrit. Penutup konkrit yang tebal dengan
kebolehterlapan yang rendah akan mengurangkan kemungkinan ion
klorida dari punca luaran daripada bersentuhan dengan besi dan
menyebabkan tindak balas pasif.

e) Keretakan pada penutup konkrit. Dua jenis keretakan yang mampu


mempercepatkan kerosakan adalah keretakan dari pengecutan konkrit dan
keretakan yang disebabkan terus oleh pengaratan (pengembangan konkrit).

f) Bahan binaan berkualiti tinggi, kualiti konkrit yang tinggi dan dengan
mengambil kira keadaan semulajadi kawasan kerja semasa kerja
pembinaan dijalankan

16
3.1.4 Kesan Pengaratan

Kesan pengaratan awal kepada tetulang adalah tidak ketara kerana ianya
adalah terbenam di dalam konkrit. Apabila pengaratan semakin
bertumbuh, akan berlaku rekahan penutup konkrit yang akan
mendedahkan besi tetulang yang telah mengarat. Bagi konkrit yang
mempunyai keterlapan yang tinggi, kesan pengaratan boleh kelihatan di
bahagian luar konkrit.

Rajah 3.7: Pengaratan tetulang sehingga rekahan penutup berlaku. Kesan


pengaratan kelihatan pada konkrit.

Pada rajah 1, jelas kelihatan bahawa kesan pengaratan telah menampak


pada bahagian luar konkrit manakala bahagian penutup konkrit di bawah
telah mengalami pengaratan yang ketara. Seperti yang dijelaskan di atas,

17
tetulang keluli biasa mengembang apabila ia mengalami pengaratan.
Pengembangan ini akan memberi tekanan dari dalaman terhadap konkrit
sehingga menyebabkan retakan pada bahagian penutup konkrit.

Tetulang keluli biasa sebelum pengaratan

Pengembangan tetulang keluli semasa pengaratan


menyebabkan keretakan pada dinding konkrit

Rajah 3.8 : Keretakan konkrit disebabkan oleh pengaratan

18

Anda mungkin juga menyukai