Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT RAJA,

MUAR, JOHOR
( JBA 5035 )

KERTAS KERJA PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN


KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA
TARIKH :
HARI :
MASA : 11.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

Disediakan Oleh :
En. Md Hanipan @ Isa bin Saim
1.0 PENDAHULUAN
Unit Keselamatan Sekolah Kebangsaan Parit Raja, Muar akan menganjurkan
Program Latihan Kebakaran dan Kecemasan kali pertama pada ** April 2018.
Program ini melibatkan murid-murid prasekolah dan murid-murid Tahun 1 hingga
Tahun 6.

2.0 MATLAMAT
 Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya
kebakaran.
 Memastikan sekolah adalah tempat yang selamat untuk murid
mendapatkan pengajaran dan pembelajaran.
 Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika
kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah.
 Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang
bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan
kebakaran.

3.0 OBJEKTIF
 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah
menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan.
 Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam
menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaan.
 Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan
agensi keselamatan yang lain.
 Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.

4.0 KUMPULAN SASARAN


 Murid-murid prasekolah
 Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6

5.0 PELAN KECEMASAN SK PT RAJA, MUAR.


Rujuk Lampiran 1

6.0 PERATURAN LATIHAN KESELAMATAN DAN KECEMASAN


Rujuk Lampiran 2

7.0 PELAKSANAAN
Tarikh :
Tempat : Dataran SK Parit Raja, Muar.
Masa : 11.00 pagi hingga 1.00 petang

8.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN


11.00 pagi : Latihan Kebakaran
- Loceng panjang dibunyikan.
- Murid-murid bergerak dan berkumpul di dataran sekolah.
- Ketibaan Pasukan Bomba untuk menjalankan langkah
penyelamat dan memadamkan kebakaran.
- Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh Anggota
Bomba.
12.00 tengahari : Ceramah Keselamatan dan kecemasan.
1.00 petang : Bersurai.
Jamuan ringan

9.0 ANGGARAN KOS

BIL PERKARA BUTIRAN KOS


Makanan dan minuman
1. 8 x RM6.00 RM48.00
Anggota Bomba
2. Cenderahat 1 x RM20.00 RM20.00

JUMLAH RM68.00
10.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA
Rujuk Lampiran 3

11.0 PENUTUP
Program ini diharapkan dapat dilaksanakan mengikut ketetapan dan mencapai
objektif. Semoga murid-murid SK Parit Raja, Muar dapat manafaat dan impak
yang memberangsangkan bahkan juga serba sedikit dapat mengaplikasikannya
dalam kehidupan realiti. Sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbiran
dan ahli jawatankuasa dapat meningkatkan motivasi untuk menjayakan program
ini. Akhirnya, semoga usaha kita mendapat keredhaan dan keberkatanNya.
Amin.

Disediakan oleh,

………………………………………….
(EN MD HANIPAN @ ISA BIN SAIM)
Penyelaras Program Keselamatan dan Kecemasan
Disemak oleh,

…………………………………………..
(PN NORAINI BT ABD RAHIM)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
SK Parit Raja, Muar.

Diluluskan oleh,

…………………………………………..
(TN HJ MOHD NAZIM BIN ISMAIL)
Guru Besar.
SK Parit Raja, Muar.

LAMPIRAN 2

SK PARIT RAJA, MUAR


LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

1. PERATURAN AM

1.1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa latihan kecemasan dan
kebakaran diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan bertalu-
talu.
1.2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti
latihan ini dan mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut:

1.2.1. Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan
ditutup rapat sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu
berbuat demikian.
1.2.2. Padamkan lampu dan kipas
1.2.3. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang
penting seperti wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang
dibawa.
1.2.4. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan
laluan yang dilampirkan.
1.2.5. Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi
pantas.
1.2.6. Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang
dipertanggungjawab membuat demikian.
1.2.7. Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.

2. TUGAS MURID-MURID

2.1. Masukkan kerusi di bawah meja


2.2. Tidak dibenarkan membawa beg
2.3. Matikan suis lampu dan kipas
2.4. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan ke
padang dengan senyap dan pantas
2.5. Di padang murid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu
perhimpunan

3. TUGAS GURU DALAM BILIK DARJAH

3.1. Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke
padang. Bawa jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan
bilik guru ditutup. Sekiranya masa kritikal tidak perlu menutup pintu.
3.2. Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang
seperti dalam pelan laluan keluar.
3.3. Memastikan semua suis ditutup

4. TUGAS GURU DI MAKMAL SAINS/KEMAHIRAN HIDUP

4.1. Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan serta merta dan tenangkan murid-


murid
4.2. Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug
dari soket-soket berkenaan.
4.3. Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan
tertib dan berjalan keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas.
4.4. Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.

5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANG, BILIK MUZIK, PENGGUNA


PERPUSTAKAAN, MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK AKSES.

5.1. Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke


tempat asal.
5.2. Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket yang
berkenaan
5.3. Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan
berjalan keluar secara senyap dan pantas.
5.4. Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa
kritikal tidak perlu berbuat demikian.

6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN:

6.1. Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau.


6.2. Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang.

7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT

7.1. Tutup semua tingkap


7.2. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas.
7.3. Matikan semua suis lampu, kipas dan computer serta cabut plug dari soket.
7.4. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu
di pejabat, bawa bersama tetamu ke padang mengikut laluan.
7.5. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat
demikian.
7.6. Bawa jadual kedatangan murid.

8. BILIK PEKERJA

8.1. Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. Ketua
pekerja pastikan bahawa lampu dan kipas sudah dipadamkan dan tutup
pintu bilik dengan rapat.
8.2. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk
dan beberapa pekerja diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik
yang diperlukan oleh bomba.

9. KANTIN

9.1. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan
serta-merta.
9.2. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke
padang mengikut laluan yang ditetapkan.
9.3. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk
dipadamkan. Cabut plug daripada soket.
9.4. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup
semua tingkap dan kunci dengan segera.

10. KETUA PERONDA/PERONDA (YANG DILANTIK)


10.1. Meronda ke setiap bangunan / kawasan seolah dan membuat laporan
kepada bomba jika dikehendaki.
11. ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA
11.1. Adalah orang yang berhampiran dengan telefon (kaitangan pejabat atau
Guru Besar)

LAMPIRAN 3

AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
SK PARIT RAJA, MUAR.
2018

PENGERUSI : TN HJ MOHD NAZIM BIN ISMAIL


GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI : PN NORAINI BT ABD RAHIM


GPK HEM

NAIB PENGERUSI I : PN NORIDA BT ABD HAMID


GPK PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI II : PN AZLIN BT MOHD YUNOS


GPK KOKURIKULUM

PENYELARAS : EN MD HANIPAN @ ISA BIN SAIM

SETIAUSAHA : PN NORAIZA BT YACOB

JAWATANKUASA

PENGACARA : PN MARHANIM BINTI ABU BAKAR

HADIAH DAN SIJIL : PN NORAZMIN BT ABDULLAH


PN NORHASLIZA BT MAHAMUD

JURURAKAM PERISTIWA : EN MARIAPPAN A/L MORGAN

DOKUMENTASI : CIK SITI ATIKAH BT AMIR

JAMUAN : PN MARYANI BT HASHIM


PN NORASHIKIN BT MASKAN

KAWALAN MURID : GURU BERTUGAS

PERSIAPAN TEMPAT: EN HISHAMUDDIN SHAH BIN MOKRI


PA SISTEM : EN AHMAD ZAKI BIN ISHAK

PENYEDIAAN ALATAN : EN MOHD NAGUIB BIN MD SALLEH

PENCATAT MASA : PN SRI ROSHINI DEVI

KETUA PERONDA : EN REMLE BIN HASHIM

Anda mungkin juga menyukai