Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE GUA


BATU MALOI NEGERI SEMBILAN

SMK TELOK MAS MELAKA.

5 MEI 2018

HEM SMKTM : Ekspedisi Gua Batu Maloi 2018 Page 1


1. 0; Pendahuluan

Perkembangan minda seseorang berkait rapat dengan percambahan pengetahuan sama


ada yang diperolehi secara formal atau tidak formal. Jauh perjalanan menjadikan
pengetahuan pelajar luas dan berkembang. Lawatan akademik merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran pelajar – pelajar SMK Telok Mas 2018
khususnya bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang rasa kecintaan
pada alam sekitar dan cabaran yang harus mereka tempuhi dalam kehidupan. Aktiviti
Gua Batu Maloi merupakan program unit Asrama yang bernaung di bawah JK Hal
Ehwal Murid SMK Telok Mas 2018.

Kertas kerja ini menggariskan pengisian program dengan mengambil kira


penglibatan menyeluruh semua warga khususnya kepada warga asrama Tingkatan 4
agar dapat memupuk semangat kekitaan antara satu sama diri pelajar. . Justeru itu,
suatu inisiatif diambil bagi menggeratkan dan menyatupadukan pelajar agar berasa
bangga menjadi sebahagian daripada warga asrama serta menanamkan semangat
kekitaan agar mereka sama-sama berusaha mencipta kejayaan.

2.0 Matlamat

Memandangkan isu jati diri merupakan isu yang sering dibangkitkan dan menjadi isu
yang sentiasa relevan sepanjang masa, maka satu usaha perlu dilakukan untuk
merealisasikan hasrat memperkasa serta meningkatkan sahsiah pelajar. Oleh itu, satu
bentuk cabaran perlu dirangka agar program Menggua ke Gua Batu Maloi ini, akan
dapat memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap kepentingan mempunyai nilai
berani, menepati masa, ketahanan diri dan semangat bekerjasama dalam
menyelesaikan permasalahan yang timbul. Moga dengan kekuatan yang diperolehi
dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan, akan lahirlah generasi yang berani

HEM SMKTM : Ekspedisi Gua Batu Maloi 2018 Page 2


mendepani cabaran dan sentiasa berusaha menyelesaikan sesuatu permasalahan sebaik
mungkin.

HEM SMKTM : Ekspedisi Gua Batu Maloi 2018 Page 3


3.0 Objektif

Ekspedisi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar bagi ;

3.1 Melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang tinggi walau di mana saja
berada.
3.2 Meningkatkan motivasi pelajar ke arah peningatan pembelajaran yang lebih
baik.
3.3 Mempertingkatkan komitmen, kesedaran, kerjasama dan rasa tangungjawab
pelajar terhadap sesama pelajar , asrama mahupun sekolah.
3.4 Mewujudkan hubungan yang erat dan suasana muhibah dengan aktiviti yang
dicadangkan dan akan dilakukan.
3.5 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan mempunyai stamina yang tinggi
bagi mengharungi cabaran dan rintangan.

4.0 Kumpulan sasaran

Aktiviti Batu Maloi kali ini menyasarkan pelajar yang bakal menerajui kehidupan
dan kepimpinan asrama pada tahun hadapan. Justeru itu, pelajar yang dipilih kali ini
ialah pelajar Tingkatan 4 dengan harapan para pelajar ini mampu menguruskan diri ,
bijak menepati masa serta pandai menguruskan masa dengan baik. Sasaran kali ini
menjurus meningkatan jati diri, pemantapan sahsiah dan seterusnya kecemerlanngan
akademik.

5.0 Pelaksanaan

5.1 Tarikh : 05 Mei 2018

5.2 Hari : Sabtu

5.3 Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 ptg

5.4 Bil. Peserta : 40 pelajar dan 3 guru

5.5 Guide : RNR Adventures ( Rasihah Nordin Resource

HEM SMKTM : Ekspedisi Gua Batu Maloi 2018 Page 4


6.0 Pendapatan dan Perbelanjaan

6.1 Perbelanjaan

6.1.1 Sewaan Bas RM 750.00

6.1.2 Guide RM 35 per pax x 40 RM 1400.00

( Rasihah Nordin Resources )

6.1.3 Makan Minum Pelajar RM 10 RM 400.00

6.1.3 Wang kecemasan RM 200.00

Jumlah RM 2750.00

6.2 Pendapatan

6.2.1 Pengangkutan Bas (Wang Asrama )RM 750.00

6.2.1 Pelajar 40 x RM 45.00 RM 1800.00

6.2.1 PIBG RM 200.00

Jumlah RM 2750.00

5 Penutup

Semoga program ini mendapat kerjasama penuh terutamanya daripada para


pentadbir SMK Telok Mas, Jabatan Perhutanan, Rashihah Guide dan para peserta
yang mengikuti program ini. Diharapkan objektif program akan tercapai dan
kecintaan pelajar terhadap alam sekitar akan tersemai serta menimbulkan perasaan
seronok di samping meningkatkan jati diri pelajar Pelajar-pelajar yang terbuka
mindanya diharap dapat meningkatkan prestasi akademik seterusnya menjadi warga
yang baik yang mampu menyumbang kepada pembangunanan asrama dan sekolah

Disediakan oleh, Disokong oleh: Disahkan Oleh:

( Pn Noor Baiti Bt Moliyono )


Ketua Program

HEM SMKTM : Ekspedisi Gua Batu Maloi 2018 Page 5


Tentatif Program
Jelajah Batu Maloi 2018

05 Mei 2018 - Sabtu

7.45 pagi - Berkumpul di kantin dan pendaftaran


Taklimat ringkas ketua program
8.15 pagi - Bergerak ke Batu Maloi
10.00 pagi - Taklimat oleh jurupandu
Bergerak masuk ke dalam gua
2.30 ptg - Tamat penerokaan gua dan sesi menbersihkan diri
Makan tengahari
3.30 ptg - Sesi refleksi
4.00 ptg - Bertolak balik ke Melaka
5.45 ptg - Sampai ke SMK Telok Mas

Keperluan Teroka Gua Batu Maloi 2018


1. Track Suit dan T Shirt ( 2 set - 1 dipakai waktu pergi)
2. Kasut utk teroka gua dan selipar
3. Tuala Mandi
4. Keperluan solat
5. Topi / Tudung
6. Lampu suluh kecil
7. Ubat-ubatan yang perlu
( Pelajar yang bermasalah kesihatan sila maklumkan guru )
8. Kamera atau telefon bimbit dibenarkan bawa dengan tanggungjawab sendiri

HEM SMKTM : Ekspedisi Gua Batu Maloi 2018 Page 6

Anda mungkin juga menyukai