Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 1 (KATEGORI A)

EKSPERIMEN 6.1 : Mengkelaskan bahan kepada elektrolit dan bukan elektrolit.

Anda dikehendaki menjalankan ekperimen untuk mengelaskan bahan kepada elektrolit dan bukan
elektrolit dengan menggunakan bahan seperti serbuk Plumbum(ii) Bromida , larutan Kalium Iodida
0.1moldmֿ³, larutan gula, larutan Natrium Klorida, serbuk Naftalena dan larutan Asid Hidroklorik
0.1moldmֿ³. Anda dikehendaki menyediakan laporan eksperimen tersebut. Laporan anda haruslan
mengandungi perkara-perkara berikut:

i. Tajuk
ii. Tujuan eksperimen
iii. Pernyataan masalah
iv. Pembolehubah
a. Dimanipulasikan
b. Bergerak balas
c. Dimalarkan
v. Hipotesis
vi. Radas & bahan
vii. Rajah
viii. Prosedur
ix. Keputusan eksperimen
x. Analisis dan mentafsir data

Dalam laporan anda, soalan berikut boleh dijadikan panduan perbincangan.


1. Nyatakan definisi secara operasi bagi elektrolit.
2. Berdasarkan keputusan, nyatakan perbezaan di antara bahan elektrolit dan bukan elektrolit.
Terangkan jawapan anda.
3. Nyatakan dua langkah berjaga-jaga semasa anda menjalankan eksperimen ini.
SKEMA JAWAPAN:

Tajuk : Mengkelaskan bahan kepada elektrolit dan bukan elektrolit.


Tujuan ekperimen : Untuk mengklasifikasikan bahan kepada elektrolit dan bukan elektrolit.
Pernyataan masalah : Apakah bahan-bahan yang boleh mengkonduksikan elektrik?
Hipotesis :
Bahan elektrolit boleh mengkonduksikan elektrik manakala bahan bukan elektrolit tidak boleh
mengkonduksikan elektrik
Pembolehubah :
Dimanipulasikan : Jenis bahan
Bergerak balas : Kekonduksian elektrik
Dimalarkan : Isipadu dan kepekatan larutan
Bahan & Radas :
Plumbum(ii) Bromida , larutan Kalium Iodida 0.1moldmֿ³, larutan gula, larutan Natrium Klorida,
serbuk Naftalena dan larutan Asid Hidroklorik 0.1moldmֿ³
Bikar, wayar penyambung, klip buaya, mentol, mangkuk pijar, penunu Bunsen, elektrod karbon,
bateri, tungku kaki tiga, segi tiga tanah liat, silinder penyukat, spatula

Prosedur :
A. Leburan
1. Mangkuk pijar diisi serbuk Plumbum (ii) Bromida sehingga separuh penuh.
2. Celupkan rod karbon ke dalam serbuk Plumbum (ii) Bromida yang disambungkan
dengan menggunakan wayar penyambung.
3. Perhatikan nyalaan mentol dan catatkan pemerhatian.
4. Serbuk Plumbum (ii) Bromida dipanaskan sehingga melebur. Kemudian celupkan rod
karbon yang disambungkan kepada bateri dan mentol dengan menggunakan wayar
penyambung.
5. Perhatikan nyalaan mentol dan catatkan pemerhatian.
6. Ulang langkah 1 hingga 3 dengan menggunakan serbuk naftalena.
B. Larutan akues
1. 50 cm³ Kalium Iodida dituang ke dalam sebuah bikar.
2. Celupkan sepasang rod karbon yang disambungkan kepada bateri dan mentol
dengan menggunakan wayar penyambung.
3. Perhatikan nyalaan mentol dan catatkan pemerhatian.
4. Ulang langkah 1 hingga 3 dengan menggunakan larutan HCl, larutan Natrium Klorida
dan larutan gula
Keputusan :
Jenis Bahan Pemerhatian
Serbuk Plumbum (II) Bromida
Leburan Plumbum (II) Bromida
Serbuk Naftalena
Leburan Naftalena
Larutan gula
Larutan Kalium Iodida
Larutan Natrium Klorida
Larutan Asid Hidroklorik

Analisis dan Mentafsir Data :

1. Nyatakan definisi secara operasi bagi elektrolit.


.Definisi secara operasi bagi elektrolit ialah apabila rod karbon dicelupkan ke dalam bahan
dengan menggunakan litar lengkap, mentol menyala.
2. Berdasarkan keputusan, nyatakan perbezaan di antara bahan elektrolit dan bukan elektrolit.
Terangkan jawapan anda.
Elektrolit boleh mengkonduksikan elektrik kerana mengandungi ion-ion bebas, manakala
bahan bukan elektrolit tidak boleh mengkonduksikan elektrik kerana tidak mengandungi ion-
ion bebas.
3. Nyatakan dua langkah berjaga-jaga semasa anda menjalankan eksperimen ini.
i. Jangan hidu gas bromin berwarna perang yang terbebas daripada leburan Plumbum
(ii) Bromida
ii. Panaskan Naftalena dengan nyalaan perlahan kerana Naftalena mudah terbakar

Anda mungkin juga menyukai