Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS MALAM GEMILANG 2019

BIL ATUR CARA MAJLIS SKRIP

1 8.00 malam: Mengumumkan perarakan masuk pelajar-pelajar tingkatan


5 Sekolah Menengah Kebangsaan Juasseh bagi tahun 2019.
Perarakan masuk pelajar-
pelajar tingkatan 5 tahun
2019

(MUZIK PERARAKAN
MASUK)

2 Lagu Negaraku Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Para


hadirin diminta berdiri.
(KALAU ADA)

3 8.15 malam: Mencari timba si anak dara,

KATA ALU-ALUAN Di bawah sarang burung tempua,

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

Sireh berlipat sireh pinang,

Sireh dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat dating,

Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.


Yang Berbahagia, (Pihak Penyelaras DUN)

Salutasi

Yang Berbahagia, (Pihak PPD)

Yang Dihormati,..................................... Yang Dipertua PIBG


SMK Juasseh,

Yang Berusaha En Awalludin bin Abu Hassan, Pengetua


SMK Juasseh,

Yang Berusaha, Guru-guru penolong kanan SMK Juasseh

Guru-guru kanan mata pelajaran, barisan guru, para ibu


bapa dan para pelajar yang diraikan.

Majlis terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima


kasih kepada jawatan kuasa bagi majlis Malam Gemilang
tahun 2019 ini. Majlis juga turut merakamkan sekalung
ucapan terima kasih atas keprihatinan dan kesudian para
guru dan pihak PIBG untuk bersama-sama menjayakan
majlis ini.

Allah jua yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan
limpah izinnya kita diberi kesempatan untuk bersama-sama
meraikan para pelajar tingkatan 5 SMK Juasseh bagi tahun
2019 yang bakal meninggalkan alam persekolahan tidak
lama lagi. Semoga majlis ini akan menjadi kenangan
terindah kepada semua pelajar tingkatan 5 yang bakal
melangkah ke fasa seterusnya.
8.20 malam : BUNGA MAWAR CANTIK TERSEMAT

4 Bacaan doa DIPETIK GADIS DI TEPIAN TITI

DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT

SEMOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI

Bagi memberkati majlis ini, marilah sama-sama kita


menadah tangan kehambaan dengan penuh keinsafan,
semoga Allah memberi ruang dan peluang untuk kejayaan
anak-anak didik Smk Juasseh . Untuk itu, majlis
mempersilakan saudara ....................................... bagi
memimpin bacaan doa.

MAJLIS MEMPERSILAKAN.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara


................................................ atas pimpinan bacaan doa
itu tadi, mudah-mudahan majlis kita akan mendapat
rahmat dan hidayah sepenuhnya.

8.25 malam :

5 Ucapan wakil pelajar

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil pelajar


tingkatan 5 SMK JUASSEH bagi tahun 2019, saudara
...................................................................

Majlis mempersilakan.

(Ucapan Wakil pelajar)

Terima kasih diucapkan kepada saudara


.................................................... atas ucapan sebentar tadi.
6 8.30 malam:

UCAPAN PENGETUA Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya,

Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya,

Tak lengkaplah majlis jika suaranya tiada berbicara.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Tuan


Pengetua SMK Juasseh, En Awalluddin bin Abu Hassan,
untuk menyampaikan ucapan, untaian kata dan kalungan
wacana.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Pengetua)

Majlis merakamkan penghargaan atas ucapan tuan


pengetua sebentar tadi. Semoga segala pesanan dan
nasihat yang diungkapkan dapat dijadikan pedoman dalam
hidup.

7 8.40 malam:

UCAPAN PENYELARAS DUN Bertuah benar warga SMK Juasseh,

Kehadiran Tuan amat bererti,

Melakar ingatan sentiasa abadi,

Mekar berzaman bak haruman kasturi.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang


Berbahagia
..........................................................................................

menyempurnakan persada ucapan dalam Majlis Malam


Gemilang 2019 sebagai lambang pengiktirafan daripada
pihak sekolah kepada putera puteri SMK Juasseh yang
berjaya menamatkan pembelajran selama 5 tahun di
sekolah ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Penyelaras DUN)


Berilah kami haluan kemudi,

Pengubat hati menanti harapan,

Ucapan diberi penuh bererti,

Amanat tuan jadi pegangan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berbahagia .................................................................atas
ucapan sebentar tadi dalam majlis Malam Gemilang 2019.
Terima kasih daun keladi, terima kasih menjunjung budi.

8 8.50 malam: Majlis sekali lagi menjemput Saudara


........................................ bagi mengetuai bacaan doa
BACAAN DOA MAKAN
makan.

Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

Majlis menjemput semua hadirin untuk menikmati


hidangan yang disediakan.

Selamat menjamu selera.

8 9.00 malam : Pengacara majlis tidak formal

EMCEE TIDAK FORMAL

1. Persembahan montaj

2. Persembahan dari 5UKM

3. Cabutan bertuah

4. Persembahan dari 5UPM

5. Permainan sambung lagu

6. Persembahan dari 5UTM

7. Permainan pirates

8. Persembahan 5USM

9. Cabutan bertuah

10. Anugerah pelajar (rujuk senarai penerima anugerah)


9

Sesi fotografi.

Bersurai.

Anda mungkin juga menyukai