Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 2020

1 Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah hirabbil alamin,
wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya iwal mursalin, waa’la a’lihi wasohbihi ajmain..

Assalamualaikum w.b.t

2 Yang Berusaha Guru Besar SK Dato’ Sri Syed Ahmad


Puan Aini Jaffina Bt Kassim
Yang Dihormati Pengerusi PIBG SK Dato Sri Syed Ahmad
En Mohd Noor B Abd Rahman
Barisan Penolong2 Kanan SK Dato’ Sri Syed Ahmad
Encik Mohd Shukri bin Saad Pen Kanan Pentadbiran
Puan rohana bt Hashim, Pen Kanan HEM dan
Encik Fadzil bin Din, Pen Kanan Kokurikulum
Guru-guru SK Dato’ Sri Syed Ahmad
AJK2 PIBG SK Dato’ Sri Syed Ahmad
Seterusnya tuan-tuan puan-puan, ibu bapa dan waris anak-anak tahun 1 SK Dato’ Sri Syed
Ahmad.

3
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Jejaran mengkudu berbias kesuma


, Di celah angsana di Bandaraya;
Ucapan Aluan pembuka bicara,
Di dewan indah kita bersua.

4 Alhamdulillah, Bersyukur kita ke Hadrat Allah SWT, Kerana dengan Berkat Limpah Kurnia-
Nya yang, Dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini di dalam Majlis Pendaftaran
Tahun 1 bagi tahun 2020.

5 Hadirin Hadirat yang di hormati sekalian;


Bagi memberkati lagi majlis pagi ini, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Ustaz Shahrifizal bin Abu Bakar
untuk memimpin bacaan doa pada pagi ini.
Dipersilakan...................

6 Terima kasih ustaz Shah atas bacaan doa itu tadi.


Sebelum kita mendengar taklimat daripada Guru Disiplin terlebih dahulu saya mengucapkan
terimakasih kepada tuan puan kerana dapat hadir pada hari ini. Buat pengetahuan semua
bilangan murid tahun 1 yang didaftarkan sebelum ini untuk sessi pembelajaran tahun 2020
ialah 27 orang. Tapi angka ini mungkin akan bertambah lagi jika kita mengikut sejarah
seperti tahun2 lepas akan ada penambahan pada saat2 akhir. Walaubagaimanapun saya
mengucapkan tahniah buat tuan-tuan dan puan2. Jika diikutkan tahun 2020 adalah tahun
yang kita rasa sangat istimewa. Kalu siapa zaman lahir tahun 80an macam saya mesti dulu
masa sek rendah waktu seni waktu melukis mesti ada tajuk ni....” Bayangkan suasana ketika
tahun 2020 nanti”. Mesti pakat dok lukis macam2.... robot la , kereta terbang la mcm cerita
back to the future tu......
Walaubagaimanapun alhamdulillah kita bersyukur hari ini lagi 2 hari kita akan menghadapi
2020 tersebut dan anak2 kita juga akan menjadi murid tahun 1 2020....
Kira bersejarah lah ni.....
Sejarah untuk dikenang....

7
Jadi untuk tidak membuang masa saya menjemput Cg Hussin b Darus selaku guru Disiplin
SKDSSA untuk menyampaikan maklumat dan info berkenaan disiplin. Dipersilakan........

8
Terimakasih Cg Hussin. Seterusnya Majlis menjemput Puan Rohana hashim untuk memberi
sabarang maklumat terkini berkenaan Hal Ehwal Murid. Dipersilakan........

9 Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.


Bagi meneruskan majlis dijemput pula YDP PIBG SK Dato’ Sri Syed Ahmad
En Mohd Nor b Abd Rahman untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.....

10 Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Sesungguhnya kami pihak sekolah amat berterima kasih kepada Encik Mohd Noor kerana
sangat memberi komitmen, dan menyokong pihak sekolah dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan.
10 Seterusnya marilah sama-sama kita mendengar ucapan dan amanat yang akan disampaikan
oleh Cikgu Aini Jaffina BINti Kassim Guru Besar SK Dato’ Sri Syed Ahmad
Dipersilakan.......

11 Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Berakhirnya ucapan Guru Besar tadi maka berakhirlah program pendaftaran tahun 1 sessi
2020 SK Dato’ Sri Syed Ahmad.
Walaubagaimanapun tuan-tuan dan puan-puan perlu mengisi buku pendaftaran dan maklumat
murid dan mengambil buku teks Tahun 1 dengan Cikgu Rosida seterusnya mengambil anak
dan boleh pulang.

Sebelum berakhirnya majlis ini


Saya meminjam kata – kata daripada Ibnu Khaldun
Pendidikan melahirkan manusia berilmu,
Agama melahirkan manusia berakhlak.

Oleh itu marilah kita bersama2 memikul tugas bagi melahirkan anak2 yang akan menjadi
khalifah yang terbaik di dunia dan akhirat.

12 Tuan-tuandan puan-puan

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.

Dengan ini,saya selaku wakil daripada pihak sekolah memohon kemaafan, atas segala
keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini berlangsung.

Yang Baik datangnya daripada Allah


Yang buruk adalah daripada kelemahan saya sendiri.

Sekian
Wabillah hi taufik wal hidayah, wasassalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai