Anda di halaman 1dari 1

Hari Sukan Negara

Mohon kerjasama kepada semua murid untuk berada di padang kerana program kita akan bermula
sebentar sahaja lagi.

Assalamualaikum dan selamat datang ke Hari Sukan Negara Peringkat Sk Sg Selepin bagi tahun
2019.
Yang dihormati, Pn. Rina Anak Tandan YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Selepin, Yang
dihormati Tuai Rumah Egang, Yang berusaha, en mohammad b kindang, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sg Selepin, En en abdi elisa nazar, Pen Kanan Kurikulum, Yang dihormati Cikgu Billy
ank Boniface , Pen Kanan HEM, en ignatius itoh anak jepson enkulau, Pen Kanan Kokurikulum,
ibubapa, rakan-rakan guru serta murid-murid Sk Sg Selepin yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianNya dapat kita berkumpul pada hari
ini bersempena Program Hari Sukan Negara.

Seterusnya,kita mendengar sedikit taklimat daripada En Ignatius Itoh untuk memberi taklimat
perjalanan aktiviti kita pada hari ini.Dipersilakan.

Hadirin sekalian, acara senamrobik akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Majlis dengan sukacitanya
menjemput En Billy dan Cik Amelia bagi mengetuai acara senamrobik pada hari ini. Dipersilakan.

Demikian tadi acara senamrobik pada hari ini. Majlis diteruskan dengan acara larian. Dengan ini
diminta semua murid bergerak ke Pintu Utama Sekolah dengan keadaan teratur.

Bagi menyempurnakan upacara pelepasan Hari Sukan Negara, pihak majlis mempersilakan Yang
Dihormati En Mohammad B Kindang untuk bergerak ke Pintu Utama Sekolah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Alhamdulillah, dua acara telah berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya. Semoga acara tersebut
dapat memberi manfaat kepada semua murid pada hari ini.

Seterusnya, kita beralih kepada Sukan Mini Sk Sungai Selepin bagi tahun 2019. Sukan Mini akan
berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula 29 Oktober hingga 1 November 2019. Pada hari ini,
acara yang dipertandingkan ialah Lontar peluru tahap 2 Lelaki dan Perempuan. Lompat Jauh Tahap 2
Lelaki dan Perempuan dan akhir sekali Harta Karun murid Pra sekolah dan Tahap 1 sahaja. Diminta
para peserta yang bertanding pada hari ini mendengar arahan daripada guru sepanjang program ini
berlangsung.

Tanpa membuang masa, kita teruskan acara lontar peluru. Diminta nama yang disebut mengambil
tempat di tempat kuarantin bersama Cikgu Amelia.

Alhamdulillah, dengan berakhirnya acara harta karun itu tadi, maka berakhirlah program kita pada
hari ini. Sekalung penghargaan kepada semua yang menjayakan program pada hari ini. Sekian terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai