Anda di halaman 1dari 13

KERTAS KERJA SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH

TAHUN 2019

SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

SJK (T) LADANG SELABA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE -62

SAYANGI MALAYSIAKU:
MALAYSIA BERSIH
ANJURAN :

UNIT KOKURIKULUM DAN PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN


KEWARGANEGARAAN,PANITIA BAHASA MELAYU SERTA PUSAT
SUMBER SEKOLAH

DENGAN KERJASAMA

KETUA PANITIA SEJARAH, PENDIDIKAN SENI VISUAL, PANITIA


PENDIDIKAN MUZIK SERTA PANITIA PENDIDIKAN MORAL
1.0 PENDAHULUAN

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Panitia Bahasa Melayu serta


Pusat Sumber Sekolah SJK (T) LADANG SELABA dengan kerjasama Panitia Dunia
Sejarah, Pendidikan Muzik, Panitia Pendidikan Moral dan Panitia Pendidikan Seni
Visual akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Selaba bagi tahun 2019. Justeru, pihak Panitia dan
PSS akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari
Kemerdekaan Ke-62 bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih’. Sambutan
Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari
Tahun 1 hingga Tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang
dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai
pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra
dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru SJK (T) LADANG SELABA.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan


adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-
guru SJK (T) Ladang Selaba serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang
konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang
berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat
sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SJK (T) Ladang
Selaba secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid
yang mampu mengharumkan nama baik SJK (T) Ladang Selaba di peringkat yang
lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat cintakan Malaysia.


ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam
rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan
yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkan kemerdekaan ini.
viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
atas jasa-jasa mereka.
ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan
menghayati tema sambutan kemerdekaan.
x. Mencungkil bakat pelajar.
xi. Menguji pengetahuan am para pelajar
xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar.
xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu
semasa.
xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.
xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat
tradisional daripada luput ditelan zaman.
4.0 PENGANJURAN

Unit Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, Panitia


Bahasa Melayu serta Pihak Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia Sejarah,
Pendidikan Seni Visual, Panitia Pendidikan Muzik serta Panitia Pendidikan Moral
bersama-sama guru-guru SJK (T) Ladang Selaba.

5.0 TARIKH

Sempena Bulan Kemerdekaan dari 9 Ogos 2019 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan pada 16 September 2019.

6.0 SASARAN

Semua murid dan guru SJK (T) Ladang Selaba.

7.0 STRATEGI

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan


murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan
semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama
guru-guru Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pusat Sumber Sekolah.
8.0 JADUAL PERLAKSANAAN
8.1 CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Panitia / Tempat Perincian / Tindakan Cadangan Tarikh


1. Pertandingan nyanyian lagu Muzik / Bilik Tahap 1 dan 2 27 Ogos 2019
Patriotik @Pentomin darjah Semua guru mp Muzik
Pn.R.Vijaya
2. Pertandingan Mewarna Pendidikan Seni Tahap I 19 Ogos – 23 Ogos
Visual / Bilik Semua guru mp seni visual 2019
darjah Pn.Sri Dewi
3. Pertandingan Menghias Kelas Sejarah / Kelas Semua murid dan semua 19 Ogos- 28 Ogos
(mengikut tema masing-masing guru kelas. 2019
Kemerdekaan)
4. Pertandingan Buku Skrap Pendidikan Moral Tahap 2 19 Ogos- 28 Ogos
Semua Guru Pendidikan 2019
Moral
Pn.M.Selvi
5. Pertandingan Fesyen Dewan Terbuka Tahap 1 dan 2 30 Ogos 2019
Merdeka Semua Guru Kelas
- Persembahan Pakaian Pn.V.Gomathy
Rakyat Malaysia Pn.N.Punitha
Berbilang kaum
6. Pelancaran mengibarkan Jalur Semua Panitia Semua murid, guru dan staf Sepanjang Bulan
Gemilang - sekolah. Ogos
Menghiasi persekitaran
sekolah dengan Jalur
Gemilang , poster
Kemerdekaan dan lain-lain

7. Pameran Merdeka (Sudut Semua Murid Sepanjang Bulan


Sejarah) Pn.C.Mariammah Kemerdekaan
Pn.A.Sri Devi
8. i. Kuiz Kemerdekaan- Makmal Murid Tahun 3-6 19 Ogos - 23 Ogos
Komputer 2019
kahoot.it (wakil dari setiap kelas)

9. Tayangan video sempena Pusat Sumber Tayangan filem selepas 19 Ogos - 23 Ogos
bulan kemerdekaan Sekolah waktu persekolahan untuk 2019
murid-murid dengan
bayaran.
10. Sambutan Hari Kemerdekaan Semua murid dan guru 30 Ogos 2019
Ke-62 berhimpun di dewan terbuka
i. Perhimpunanan Khas
sekolah
ii. Pameran

11. Perhimpunan Hari Malaysia / 14 September 2019


Majlis Penutupan Hari
Kemerdekaan
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Aktiviti Kos Bilangan Anggaran
hadiah Perbelanjaan
1. Hadiah
Tahap 1 dan 2
- Pertama (5 Kelas) RM 4 × 5
1.Pertandingan nyanyian - Kedua (5 Kelas) RM 3 × 5 RM 50
lagu Patriotik @Pentomin - Ketiga (5 Kelas) RM 2 × 5
- Saguhati RM 1 × 5

2. Pertandingan Mewarna Tahap 1 sahaja


( Tahap I) - Pertama (3 tahun) RM 5×3 RM 36
- Kedua (3 tahun) RM 4×3
- Ketiga (3 tahun) RM 3×3

Tahap 1 dan 2
Rm 10
- Pertama (1 Kelas) RM 23
3. Pertandingan Menghias RM 8
- Kedua (1 Kelas)
Kelas. - Ketiga (1 Kelas) RM 5

Tahap 1 dan 2
4. Pertandingan Fesyen - Pertama (5 Kelas) RM 4 × 5
RM 3 × 5 RM 45
Merdeka - Kedua (5 Kelas)
- Ketiga (5 Kelas) RM 2 × 5

Tahun 3- 6
- Pertama RM 6 × 1
5.Pertandingan Kuiz - Kedua RM 5 × 1
Kemerdekaan- Kahoot.it - Ketiga RM 12
RM 4 × 1

6. Pertandingan Buku Skrap Tahap 2 Rm 12


RM 6 × 1
- Pertama RM 5 × 1
- Kedua RM 4 × 1
- Ketiga

RM 178

2. Perhiasan

i. Bendera Kecil 70 × 50 sen RM 35


(Perhiasan)
ii. Bendera besar
-Malaysia 10 × RM 12 RM 120.00
-Perak

iii. Banner ( Sambutan


Hari Kemerdekaan) RM 60.00

iv. Dokumentasi
RM 10.00

3. Sudut Patriotisme dan


Pameran Hari Kemerdekaan
i. Banner & Bunting RM 60.00

Jumlah RM 463.00
10.0 JAWATANKUASA AKTIVITI SEMPENA SAMBUTAN
KEMERDEKAAN
Pengerusi : Pn.S.Selvarani

Naib Pengerusi : Pn.R.Vijaya

Naib Pengerusi 2 : Pn.C.Mariamma

Naib Pengerusi 3 : En. Uthaya kumar

Setiausaha : Pn.S.Saraswathi

Bendahari : Pn.C.Mariamma

Ahli Jawatankuasa :

Pn.V.Gomathy

( KP Bahasa Inggeris)

Pn.A.Sri Devi

(KP Bahasa Melayu)

En.Uthaya Kumar

(KP Matematik)

Pn.Kanagavalli

( KP Sains)

Pn.N.Punitha

(KP Bahasa Tamil)

Pn.V.Punitha

(KP Dunia Kesenian, KP Muzik )

Pn.S.Saraswathi

(KP Tmk dan Rbt)

Pn.M.Selvi

(KP Pendidikan Moral)

Pn.R.Vijaya

( KP Sejarah)
11.0 ATUR CARA MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Masa Aturcara Majlis


8.15 pagi - Perhimpunan
- Bacaan doa
- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu negeri Perak
dan lagu rasmi sambutan kemerdekaan
Malaysia Bersih
- Lafaz ‘Rukun Negara’
- Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis
Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62.
- Persembahan Multimedia
- Penyampaian Hadiah (Pertandingan
mewarna, Kuiz, buku Skrap, Kelas patriotik)
- Nyanyian lagu-lagu patriotik (kelas) –
pemenang-pemenang pertandingan
- Nyanyi bersama-sama
- Pameran info kemerdekaan
- Penutup
12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SJK (T) Ladang Selaba ini memerlukan
kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid
secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif. Program ini
diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di
kalangan pelajar sekolah ini. Warga SJK (T) Ladang Selaba dapat memanfaatkan
ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping memupuk budaya
semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan Oleh.

_________________

Diluluskan oleh,
.................................................
AJK PROGRAM
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2019

AHLI TERTINGGI
PENGERUSI : PN.S.SELVARANI
NAIB PENGERUSI : PN.R.VIJAYA
PENYELARAS : EN.K.UTHAYA KUMARAN
PN.C. MARIAMMA
SETIAUSAHA : PN.S.SARASWATHI
BENDAHARI : PN.C.MARIAMMA

AHLI JAWATANKUASA:

1. PENGACARA MAJLIS 7. PERSIAPAN DEWAN


PN.A. SRI DEVI KAK PREMA, KAK KAMATCHI &KESAVAN

2. BACAAN DOA 8. AJK HADIAH &CENDERAHATI


PN.C.MARIAMMA PN.V.GOMATHY DAN PN.V.PUNITHA

3. JK BUKU PROGRAM/ BACKDROP 9. PERARAKAN


PN. N. PUNITHA SEMUA GURU

4. JK SIARAYA 10. JK DISIPLIN MURID


EN. K.UTHAYA KUMARAN PN. R.VIJAYA & SEMUA GURU

5. FOTOGRAFI 11. GIMIK PERASMIAN


PN.M.SELVI EN. UTHAYA , PN.SARAS & PN.SELVI

6. PERSEMBAHAN VIDEO
PN.S.SARASWATHI

Anda mungkin juga menyukai