Anda di halaman 1dari 7

SRK SACRED HEART

PETI SURAT 14690


88853 KOTA KINABALU SABAH

KERTAS KERJA

PROGRAM PERJUMPAAN IBU BAPA


MURID LINUS
-------------------------------------------------------------------------------------------------
KERTAS KERJA PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA MURID
LINUS & PEMULIHAN KHAS

PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana KPM telah
menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan
numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Justeru, setiap
segala yang diatur, disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program
LINUS. Sehubungan dengan itu , bagi merealisasikan hasrat ini ,satu bentuk perancangan
yang baik, tersusun, terarah, bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan. Perancangan
Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program
LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu.

TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan
majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga LINUS setelah Saringan 2 2014 dijalankan. Ianya
bertujuan penambahbaikkan prestasi penguasaan pelajar sepanjang cuti persekolahan.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi BM, Literasi BI dan numerasi pada akhir tahun
2015 kecuali murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA

Objektif Program Literasi

Pada akhir Program Literasi murid berupaya:

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup


ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang
mudah
iv. dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.

Objektif Program Numerasi:

Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:

i. membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000


ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000
iii. bermula daripada sebarang nombor
iv. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
v. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan
vi. waktu, ukuran dan sukatan.

Objektif LINUS2.0

Meningkatkan literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah. Memberi sokongan
tambahan bagi membolehkan murid yang mempunyai masalah literasi Bahasa Inggeris setara
dengan rakan lain dalam arus perdana.

SASARAN

Semua murid tahap 1 kecuali murid berkeperluan khas.


TEMPOH

Disember 2014 (Sepanjang Cuti Semester Akhir Tahun)

OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA

1. Memberi pengenalan & pemahaman mengenai program LINUS.


2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk mengatasi
kelemahan pelajar dalam 3M tahap 1 pada tahun 2015.
3. Memberikan satu modul kerja semasa cuti persekolahan.

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 19 November 2014


Hari : Rabu
Tempat : Dewan Paviliion Sacred Heart

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.00 pg Pendaftaran Ibu Bapa
8.15 pg Ucapan pengerusi
8.30 pg Ucapan Tuan Guru Besar Cemerlang
9.15 pg Taklimat perancangan masa cuti
10.00 pg Bicara Kasih bersama ibu bapa dan murid
11.00 pg Rumusan
11.15pg Bersurai
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Pengerusi : En Simon Lim


(Guru Besar Cemerlang)
Timbalan Pengerusi : Pn.Hajah Lim Zalimah Lim Ali Bandiong
(Penolong Kanan Petang)
Naib Pengerusi 1 : Pn Bertha Samuel
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn Jainin Ulang
(Penolong Kanan HEM)
Penyelaras 1 : Pn.Halizatul Rahmah Ahmad Ali
Penyelaras 2 : En.Airol Azmi Bin Abd Gani
Setiausaha : Pn. Azlina Jamil Foo
Pengacara : Pn. Masning Ag. Ali Omar
AJK Brosur : Pn. Anastasia Junardi
YM Tengku Afzan Tuan Soh
AJK Siaraya& peralatan : En. Mohd Sham Jaafar
En. Jayabalan
En. Sakmud Maksud
AJK Makanan : Pn. Soffia Nonong
AJK Pendaftaran : Cik Nurul Ilham Abdul Aziz
Cik Salina Samat
AJK Bilik Taklimat : En.Norazmie Md Zain
En. Mohd Husron Che Bosu
Juru Foto : En. Christopher Josilip
AJK : Semua guru

ANGGARAN KEWANGAN

Bil Perkara Kos & Bil Jumlah (RM) Sumber


1 Kertas A4 bagi 10 rim x 100.00 B&Kaunseling,
penyediaan modul RM10.00 Panatia BM,
Matematik dan
Bahasa Inggeris
JUMLAH 100.00
PENYEDIAAN BAHAN

LITERASI

a) En.Airol Azmi Bin Abdul Gani

b) Puan Halizatul Rahmah Ahmad Ali

NUMERASI

a) YM Tengku Afzan Tuan Soh

b) En.Norazmi

LITERASI (BI)

a) En.Jayabalan

b) Cik Salina Samat/ Anastasia Junardi

SUMBER BAHAN

1) Panitia Bahasa Malaysia


2) Panitia Bimbingan & Kaunseling
3) Panitia Matematik
4) Panitia Bahasa Inggeris

KEPERLUAN PERALATAN

1) LCD - mohon pinjaman daripada bilik komputer

2) Skrin Projektor - mohon pinjaman daripada bilik komputer


PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membantu pelajar menguasai 3M di
sekolah dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi
masalah literasi BM, literasi BI dan Numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk
memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak
didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Disediakan Oleh, DisemakOleh, DisahkanOleh,

........................... .......................... ..........................


(HALIZATUL RAHMAH A.ALI) (LIM ZALIMAH LIM ALI (SIMON LIM)
Penyelaras LINUS2.0 BANDIONG) Guru Besar Cemerlang,
SRK Sacred Heart PK Petang SRK Sacred Heart
SRK Sacred Heart
Tarikh: 11/11/2014 Tarikh: 11/11/2014
Tarikh:11/11/2014 .

Anda mungkin juga menyukai