Anda di halaman 1dari 11

GGGE6533: PENGAJARAN

STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA

Faktor Yang Mempengaruhi Strategi


Pembelajaran Bahasa

DISEDIAKAN OLEH
Nor Fatin Afiqah Binti Mohd Noor (P81355)

PENSYARAH
Prof Dato’ Dr Mohamed Amin Bin Embi
Strategi Pembelajaran Bahasa

Oxford (1990)

Strategi Pembelajaran Bahasa merupakan


langkah atau tindakan khusus yang diambil oleh
pelajar untuk memastikan proses pembelajaran
mereka lebih mudah, cepat, menyeronokkan,
lebih bersifat kendiri, lebih efektif dan mudah
disesuaikan mengikut situasi.
1. Faktor Motivasi
Ellis (1994)
 Motivasi adalah usaha yang dilakukan oleh
pelajar dalam pembelajaran bahasa kedua hasil
daripada keperluan dan keinginan seseorang
untuk mempelajarinya

Gardner (1985)
 Motivasi sbg tahap seseorang itu mampu bekerja
dan berusaha utk mempelajari bahasa kerana
keinginan utk berbuat demikian demi kepuasan
diri.
Samb.
 Motivasi adalah elemen penting yang perlu
dimiliki oleh pelajar kerana:
 Mampu merangsang, mendorong dan membantu
pelajar menguasai bahasa dengan lebih baik.
 Pelajar mudah utk mempelajari dan meningkatkan
pengetahuan mereka.
 Pelajar mampu memilih dengan baik dan
menggunakan strategi pembelajaran yang terbaik
dan sesuai dengan mereka.
2. Faktor Jantina
 Hasil daripada kajian Politzer (1983), pelajar
perempuan lebih kerap menggunakan strategi
pembelajaran sosial berbanding lelaki.
 Hasil kajian Green & Oxford (1995), pelajar
perempuan lebih kerap menggunakan strategi
memori, metakognitif, afektif dan sosial
berbanding pelajar lelaki.
 Hasil kajian Zamri Mahamod (2004), pelajar lelaki
lebih banyak menggunakan SPB dalam
kemahiran menulis dan mendengar dan pelajar
perempuan dalam kemahiran membaca.
3. Faktor Etnik & Budaya
 Perbezaan latar belakang etnik dan budaya
mempengaruhi cara pembelajaran seseorang
 Faktor ini akan mencorakkan pelajar itu sama
ada menjadi seorang yang aktif melontar idea,
menjadi lebih pendiam atau malu bercakap di
hadapan khalayak dan sebagainya
 Pelajar Asia kebanyakan menggemari strategi
pembelajaran memori iaitu dengan mengingat
melalui hafalan.
4. Faktor Status Sosioekonomi
 Latar belakang keluarga mempengaruhi
pembelajaran seseorang
 Cth: ibu bapa dari keluarga berada dan mempunyai
taraf pendidikan tinggi mampu memberikan
pendidikan yang terbaik utk anak-anak mereka dan
mereka akan menjadi ‘model’ dan mendorong anak
untuk turut berjaya seperti mereka.
 Pelajar yang mempunyai Ibu bapa yang
mempunyai latar belakang akademik yang baik
akan menggunakan SPB berbanding pelajar dari
keluarga yang kurang berpendidikan.
 Ibu bapa yang berpendidikan juga akan lebih
mengambil berat dan mengutamakan pendidikan
5. Faktor Umur

 Lightbown & Spada (2003) menyatakan bahawa


seringkali diperkatakan tentang hubungan antara
umur pelajar dengan potensi mencapai kejayaan
dalam pembelajaran bahasa kedua.
 Daripada pemerhatian, kanak-kanak imigran
mampu bertutur B2 lebih cepat dan baik
berbanding orang dewasa
 Hal ini kerana mereka terdedah dari peringkat
awal dalam mempelajari B2 dalam komuniti
barunya itu.
Samb.
Scarcella & Oxford (1992)
 Pelajar lebih berusia memiliki kelebihan dari segi
pemerolehan aspek sintaksis dan morfologi.
 Pelajar yang mempelajari B2 dari kecil pula
memperlihatkan kebolehan menyebut perkataan
dengan baik dan sama tahap dengan penutur asli
dan lebih fasih berbanding mereka yang lebih
berusia.
Kesimpulan
 Faktor motivasi merupakan faktor yang paling
dominan dalam mempengaruhi SPB kerana jika
seseorang mempunyai motivasi yang tinggi,
mereka akan bersemangat dan bersungguh-
sungguh dalam mempelajari bahasa kedua
mereka.
 Mereka juga akan lebih bijak dalam
menggunakan strategi yang terbaik dalam
mempelajari B2.
Rujukan
Ellis, R. 1994. The Study Of Second Language Acquisition. Oxford: Oxford University Press
Faizahani Ab. Rahman.2002. Strategies Employed By Good And Weak Englislh Learners And Factors
Affecting The Choice Of Strategies. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia
Gardner, R.C. 1985. Social Psychologycal Aspect Of Language Learning: The Role Of Attitudes And
Motivation. London
Green, J.M & Oxford, R.L. 1995. A Closer Look At Learning Strategies, L2 Proficiency, And Gender.
TESOL Quarterly 29(2):261-297
Lightbown, P.M & Spada, N. 2003. How Language Are Learned. Oxford: Oxford University Press
Oxford. R.L. 1990. Language Learning Strategies: What Every Teacher Should Know. New York:
Newbury House
Oxford. R.L. 1994. Language Learning Strategies: An Update. ERIC Digest. Washington DC: Eric
Clearinghouse On Language And Linguistic ED376707
Politzer, R.L.1983. An Exploratory Study Of Self Reported Language Learning Behaviours and Their
Relation to Achievement. Studies In Second Language Acquisition 6:54-68
Scarcella,R & Oxford R.L. 1992. The Tapestry Of Language Learning: The Individual In The
Communicative Classroom. Boston
Zamri Mahamod.2004. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai