Anda di halaman 1dari 18

Pembangunan lestari

TUGASAN KUMPULAN :

Task : Pembangunan Lestari. Kesedaran Alam Sekitar Melalui Pendidikan.

Rangkakan pengajaran / topik ini yang related dengan dokumen standard


(silibus) sekolah rendah. Mana yang sesuai

Tugasan Kumpulan : Sauanah Buari, Zaharah Pandi, Siti Rosila dan NurulHuda

1
Pembangunan lestari

PENGENALAN

Kerja kursus ini disediakan bagi memenuhi kehendak Kursus BBR 36803 –
Pengenalan Sains Alam Sekitar, yang mana ia adalah tugasan berkumpulan bagi
memberi pendedahan kepada guru amnya, atau bagi kami khususnya yang bakal
menjadi guru siswazah tentang peri pentingnya tanggungjawab untuk menyedarkan
generasi akan datang mengenai penjagaan alam sekitar yang sempurna, seimbang
serta selamat.

Di dalam perbincangan ini nanti akan dinyatakan apakah pembangunan lestari,


cabarannya, serta ciri-cirinya. Di samping itu, akan diperincikan juga cara-cara untuk
melestarikan alam sekitar, pandangan dari sudut Islam dan strategi untuk menerapkan
kesedaran kepada setiap individu generasi kini atau yang akan datang di dalam
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang sejahtera.

Untuk memastikan kupasan kerja kursus ini sempurna dan lengkap, kami akan
cadangkan juga sukatan pelajaran yang relevan untuk guru mengajar tajuk kelestarian
pembangunan alam sekitar kepada murid sekolah rendah.

Diharapkan agar bahan yang kami hasilkan ini dapat memberi gambaran secara
global dan menyeluruh tentang peri pentingnya seorang pendidik menguasai ilmu
pengetahuan tentang alam, kesedaran sebagai khalifah ALLAH untuk kemakmuran
alam sejagat dan tugas utama untuk mendidik anak didik di sekolah rendah agar
memahami pembangunan lestari dan hakikatnya.

Semua ini adalah kesinambungan kepada kesedaran kita bahawa pembangunan


yang kita hendak capai tidak harus mengorbankan anugerah yang tidak ternilai iaitu
sebuah kehidupan yang harmonis, seimbang dan selamat sampai bila-bila agar
generasi pewaris dapat menghargai apa yang kita wariskan kepada mereka.

2
Pembangunan lestari

PENDAHULUAN

Mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka, perkataan `lestari’ ialah tetap seperti sediakala
(tentang keadaan sesuatu); tidak berubah-ubah. Melestarikan pula ialah membiarkan
atau memelihara sesuatu supaya kekal seperti sediakala. Manakala Pembangunan
Lestari ialah pembangunan yang berlaku tanpa berubah-ubah atau tanpa mengubah
sesuatu yang lainnya. Justeru itu, Dewan Bahasa memberi definisi `kelestarian’ ialah
keadaan (cth. Hutan, persekitaran dan lain-lain) yang tidak berubah-ubah atau yang
terpelihara seperti asal; ( keaslian hutan kita.). Oleh itu, maksud melestarikan alam
sekitar menurut Kamus Dewan ialah lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau
tetap. Maka, melestarikan alam sekitar bermaksud, kita membiarkan atau memelihara
alam sekitar kita supaya kekal seperti sediakala. Pembangunan Lestari didefinisikan
sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan
memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan Lestari
mengikut definisi UNESCO ( 2002 ) pula diertikan sebagai “… balancing balancing
the fulfillment of human needs with the protection of the natural environment so
that these needs can be met not only in the present, but in the indefinite future.”

Pembangunan Lestari ialah pembangunan atau kemajuan dengan


pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan
membawa maksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan,
tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-
sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan
untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh
manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip
pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa
kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang.

Pembangunan mampan pula pernah ditakrifkan sebagai pembangunan


yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi
akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, pembangunan bersepadu
dan menggunakan sumber dengan cekap dapat mengekalkan alam sekitar yang bersih

3
Pembangunan lestari

dan selamat untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Oleh itu marilah kita
fikirkan tentang apakah yang harus kita lakukan untuk melestarikan alam sekitar ini.

Justeru itu, pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting


untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal
bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam
semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama
lain. Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan
tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan
sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semula jadi.
Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan
kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan
habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan
kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Jadi, tanggungjawab kita untuk memikirkan apakah sumbangan yang boleh kita
lakukan dalam melestarikan alam sekitar kita ini kerana alam ini bukan milik kita, malah
ianya dihuni oleh pelbagai makhluk lain yang mana .kita semua saling bergantung
antara satu sama lain. Ianya juga adalah untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Konsep Pembangunan Lestari

Konsep pembangunan lestari muncul ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan


pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan telah
dibincangkan secara serius dalam Sidang Kemuncak Bumi yang diadakan di Rio De
Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September
2002. Persidangan pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang
merupakan plan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh
untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam melaksanakan dasar-dasar dan
program-program pembangunan lestari di negara masing-masing.

Pembangunan Lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan bagi


memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet
ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan untuk hidup secara
4
Pembangunan lestari

berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari,
penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia
dengan keupayaan sistem semulajadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan
tanpa degradasi.

Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi,


Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan
kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah
dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar
(MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004 Kementerian ini telah dirombak dan
dikenali sebagai Kemeneterian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Misi MOSTI
adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan
dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan
dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari. Kementerian ini
dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains
dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat
antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa
panjang.

Oleh itu, objektif MOSTI adalah untuk :Menggalakkan pemahaman kesedaran dan
penghargaan terhadap S&T.Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P)
dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T. Memelihara dan memantau alam
sekitarMenyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan.
Usaha dan inisiatif Kementerian untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya
adalah berpandukan kepada beberapa rancangan dan polisi. Ini termasuklah Rangka
Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (OPP3), Rancangan Malaysia ke-8. (RMKe-8), Pelan
Induk Industri (IMP2), Polisi S&T Kebangsaan dan Pelan Tindakan Teknologi (TAP).

Pada bulan November 2002, Dasar Alam Sekitar Negara (NPE) telah
dilancarkan dan kesannya terhadap pengurusan lestari alam sekitar dan sumber asli
akan menjadi lebih terserlah. RMKe-8 meliputi jangka masa 2000-2005 dan
menggabungkan strategi-strategi, program-program dan projek-projek yang bertujuan
untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Cabaran-cabaran getir yang menggambarkan

5
Pembangunan lestari

jangka masa ini termasuklah globalisasi, liberalisasi dalam perkhidmatan dan


pembangunan berbentuk teknologi yang pantas. Untuk tujuan ini, RMKe-8 telah
menyusun semula strategi pertumbuhan ekonomi negara untuk mencapai
pembangunan ekonomi yang berteraskan pengetahuan. Kini terdapat tumpuan yang
lebih terhadap usaha sektor awam, khususnya terhadap peningkatan kepada aktiviti-
aktiviti P&P dan juga inovasi teknologi. Sektor awam akan bertindak sebagai penasihat
dengan memberikan rangka kerja yang kukuh dan perkhidmatan yang berkesan di
samping menyediakan insentif-insentif fiskal dan kewangan. RMKe-8 amat
menekankan dan terus memberikan perhatian terhadap isu-isu yang berkaitan dengan
alam sekitar dan sumber-sumber asli scara bersepadu untuk mencapai pembangunan
lestari dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Di bawah Dasar S&T Kebangsaan dan Pembangunan Teknologi Industri :


Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan
keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai
program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah
memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar S&T Kebangsaan dengan
matlamat untuk menghasilkan Polisi S&T Kebangsaan yang ke-2.DSTN 2 dijangka
dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T,
dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan juga P&P yang
berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk mendapatkan kerjasama di kedua-
dua sektor awam dan swasta, bagi memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan
negara dalam bidang penyelidikan dan teknologi.

Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi


dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia
menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang
sains dan teknologi. Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen
kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada
Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah
negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.

6
Pembangunan lestari

Prinsip Alam Sekitar Lestari Dan Pembangunan Lestari.

Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh dan usaha
perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas penting untuk
mencapai kelestarian. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam
Sekitar dan Pembangunan di Rio De Janeiro dari 3 hingga 4 Jun 1992
mengumumkan prinsip-prinsip berikut:

Prinsip 1: Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka berhak menikmati


kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam semulajadi.

Prinsip 2 : Selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip undang-


undang antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk
memanfaatkan sumber-sumbernya unutk memantapkan polisi-polisi alam sekitar dan
pembangunannya sendiri, dan bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di
bawah bidang kuasa dan kawalannya tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar
negara lain atau kawasan melampaui batasan bidang kuasa negaranya.

Prinsip 3 : Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan


pembangunan dan alam sekitar yang saksama unutk generasi kini dan akan datang.

Prinsip 4 : Untuk memcapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar


hendaklah mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan tidak boleh
dipertimbangkan secara berasingan.

Prinsip 5 : Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi kemiskinan


sebaga suatu keperluan yang wajib unutk pembangunan lestari, dalam usaha
mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan memenuhi keperluan majoriti penduduk
dunia dengan lebih baik.

Prinsip 6 : Keadaan dan keperluan-kepeeluan khas negara membangun, terutama


negara kurang membangun dan terlalu terdedah kepada bahaya alam sekitar haruslah
diberi keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang alam sekitar
dan pembangunan hendaklah juga mengambilkan kepentingan semua negara.

7
Pembangunan lestari

Prinsip 7 : setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian


sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan integriri
ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan yang berbeza terhadap kemusnahan
alam sekitar sedunia, negeri mempunyai tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan.
Negara maju mesti memhami tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara
maju mesti memahami tanggungjawab yang mereka pikul dalam susulan antarabangsa
mengenai pembangunan lestari memandangkan tekanan yang diberika oleh rakyat
mereka ke atas alam sekitar sedunia serta teknologi dan sumber kewangan yang
mereka kuasai.

Prinsip 8 : Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup yang lebih baik
untuk semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan memberhentikan pola-pola
pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak lestari dan memajukan polisi-polisi
demografi yang sesuai.

Prinsip 9 : Negara-negara hendaklah bekerjasama mengukuhkan keupayaan


masyarakat terpinggir untuk pembangunan lestari dengan mempertingkatkan
kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan mempertingkatkan pembangunan,
penyesuaian, pengembangan dan pemindahan teknologi baru dan inovatif.

Prinsip 10 : isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua


rakyat terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada peringkat kebangsaan,
setiap individu haruslah mempunyai akses yang sesuai kepada maklumat mengenai
alam sekitar yang diwujudkan oleh pihak berkuasa awam, termasuk maklumat tentang
bahan-bahan merbahaya dan aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan peluang
penglibatan mereka di dalam proses membuat keputusan. Negara hendaklah
membantu dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam dengan menyebar
maklumat secara meluas.

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar


menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh umat
manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat tempatan,
mahupun antarabangsa. Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak antarabangsa
adalah melalui Deklarasi Langkawi (1989), Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro
8
Pembangunan lestari

(1992), dan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 di


Copenhagen.

Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992)

Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha telah diambil bagi
menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak dalam memandang isu
alam sekitar yang semakin hari semakin tenat disebabkan pencemaran dari pelbagai
sudut seperti tanah, air, dan udara. Antara usaha yang dapat dilihat semasa sidang ini
berlangsung adalah melalui Agenda 21 dan Protokol Kyoto.

Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan


Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED)
sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada 1992.
Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-
negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya mengadakan
laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara, dan kemudian
diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan tersebut antaranya
mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan
dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang
berkaitan.

Mampukah kita mengekalkan keindahan ciptaan ALLAH ini ?

9
Pembangunan lestari

Pembangunan Mapan (Green City)

Latar belakang Agenda 21:

Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan


mampan;

Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka “ 21 “


menandakan abad ke-21;

Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan


Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan
mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk ” Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Dalam Menyokong Agenda 21 ”

Deklarasi Langkawi

Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara yang


pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.

Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah
bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu
ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak
zaman penjajah lagi.

Sejarawan J.S. Furnivall melaporkan bahawa zaman kolonial telah menyebabkan


kemerosotan alam sekitar yang hebat. Negara penjajahan mahukan keuntungan
lumayan dari pelaburan modal barat.Keuntungan dari pelaburan itu adalah semata-
mata bagi kepentingan negara mereka.

10
Pembangunan lestari

Anugerah Langkawi peringati Deklarasi Langkawi

PENGURNIAAN Anugerah Langkawi kepada warganegara Malaysia adalah merupakan


program tahunan yang dianjurkan sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia
(MASM) bagi memperingati Deklarasi Langkawi yang telah ditandatangani oleh Ketua-
Ketua Negara Komanwel pada tahun 1989.

Anugerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1991 sebagai menunjukkan komitmen
rakyat amnya dan negara khasnya dalam mencapai matlamat pembangunan mapan
selaras dengan Deklarasi Langkawi.

Anugerah Langkawi adalah merupakan penghargaan dan penghormatan tertinggi


negara kepada rakyat negara ini yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam
bidang alam sekitar.

Sumbangan itu adalah sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan, penyelidikan
saintifik, akademik, penulisan dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Ia diberikan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan tenaga dan fikiran
dalam bidang alam sekitar serta bergiat ke arah:

a. Meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam sekitar;

b. Menghasilkan kesan yang penting dan berjaya menyelesaikan masalah perlindungan


alam sekitar di peringkat tempatan dan antarabangsa dan

c. Berjaya membawa perhatian masyarakat kepada masalah alam sekitar yang ketara
atau menggerakkan tindakan semua pihak ke arah penyelesaiannya.

Penerima akan menerima sebuah plak penghargaan, sijil dan wang tunai RM10,000.

Apa itu Deklarasi Langkawi

Deklarasi Langkawi adalah komitmen semua negara-negara Komanwel (negara yang


pernah dijajah oleh British) untuk menjaga dan melindungi alam sekitar.

11
Pembangunan lestari

Tujuan dan Kepentingan Pembangunan Lestari

Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber


semulajadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jenis
kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari amat bergantung kepada
pemuliharaan dan pemeliharaan kesejahtera manusia dan ekosistem secara bersama.
Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan
Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerankan langkah-langkah yang diambil untuk
memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan
Malaysia. Langkah-langkah baru telah dimulakan semasa Rancangan Malaysia ke-7 (
1996-2000 ) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari.

Komponen Dalam Pembangunan Lestari

Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah visi pendidikan yang bertujuan
untuk membudayakan masyarakat untuk memikul tanggungjawab untuk mencipta masa
depan yang berterusan.
Komponen ESD
Pemuliharaan Sumber

Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan


akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak
boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemulihan
merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi
perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.

Pembangunan Fizikal

Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi


di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan, membantu
menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut dan
meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti
apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang

12
Pembangunan lestari

melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan


seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.

Kualiti Alam Sekitar

Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan


pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti
kehidupan. Selain itu mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau
perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan
pelupusan sampah harus dititikberatkan.

Kesaksamaan Sosial

Mengelakkan pembangunan yang menambahkan jurang antara golongan kaya


dan miskin serta mengalakkan pembangunan yang dapat mengurangkan
ketidaksamaan sosial. Selain itu, mengurangkan pembaziran tenaga manusia.
Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan.

Penyertaan politik

Mengalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan. Keputusan ini


termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan yang dimahukan. Malaysia
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana rakyat bebas di dalam
menentukan tampok pemerintahan yang diinginkan. Pilihan raya diadakan setiap 5
tahun bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-parti politik yang
bertanding.

Ekonomi

Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa kateria yang diambil penekanan di dalam
pembangunan lestari iaitu pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, ekonomi
ini melibatkan pertambahan peluang pekerjaan, pengunaan yang meningkat, pelaburan
asing serta kadar pengganguran dan kemiskinan yang berkurang. Kedua adalah
kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan dapat diterima oleh semua orang,
serta memperolehi manfaat daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketiga adalah
kecekapan dalam perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang.

13
Pembangunan lestari

Kecekapan ini adalah kecekapan dalan perancangan serta pembangunan ekonomi


yang dirancang. Kecekapan ini termasuklah pengagihan sumber yang cekap dan
mengawal ekonomi agar tidak membebankan rakyat.

Budaya

Gurmit Singh- tokoh pencinta alam yang selalu berbasikal, mengusaha pertanian
organik, pengamal kitar semula barang terpakai dan mempromosi penggunaan tenaga
suria, dipilih sebagai pemenang Anugerah Pengguna Lestari sempena Hari Pengguna
Malaysia pada 26 Julai lalu, anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna. Gurmit dipilih kerana komitmennya terhadap gaya hidup dan
kepenggunaan lestari, selari dengan tema kesederhanaan menjamin kesejateraan dan
slogan "Amalkan Penggunaan Lestari".

Selain kepentingannya, kepenggunaan lestari dipilih sebagai slogan sesuai


dengan keadaan semasa dengan peningkatan kadar inflasi, kenaikan harga barang
serta perkhidmatan. Menurut jangkaan laporan ekonomi terkini, kadar inflasi 7.7 peratus
di Malaysia pada Jun 2008 diramal akan terus meningkat. Peningkatan ini dipengaruhi
pelbagai faktor ekonomi, termasuklah kenaikan tambang kenderaan awam sebelum
Hari Raya Aidilfitri, sebagaimana yang diumumkan Datuk Noh Omar, Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Amalan hidup sederhana merupakan ajaran agama bukan sahaja Islam, bahkan
semua agama. Sederhana maksudnya tidak keterlaluan dan berlebihan dari segala
segi, khususnya yang melibatkan perbelanjaan dan gaya hidup. Sederhana bermakna
kita perlu mengkaji buruk baik sebelum melakukan setiap tindakan agar mencapai
matlamat dengan efisien dan efektif dengan biaya optimum. Sebagai contoh, sederhana
dalam berpakaian mestilah sesuai dengan keperluan kerja atau santai dengan
matlamat untuk menurut aurat. Apalah gunanya kita berbelanja besar tetapi aurat masih
terbuka. Dengan matlamat jelas maka gaya hidup akan lebih terarah, tanpa perlu
membazirkan wang berbelanja membeli pakaian mahal sehingga ada kalanya terpaksa
pula berhutang. Jika demikian maka kita berbelanja tidak menurut kemampuan dan
terkeluar dari definisi kesederhanaan.

14
Pembangunan lestari

Akta-akta yang berkaitan


1. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

Satu peraturan bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang telah dikuatkuasakan
dala mtahun 1979 menghendaki semua industri mengolah air buangan untuk
mengasingkan bahan pencemar ke paras yang selamat sebelum dilepaskan ke mana-
mana saliran air daratan. Sisa toksik yang tidak boleh diolah perlu dibakar, dikitar
semula atau dihapuskan dengan cara yang selamat seperti ditanam. Dalam pembinaan
infrastruktur, contohnya jalanraya, rancangan yang teliti harus dibuat. Pembukaan
tanah untuk projek perumahan dan pembandaran perlu disertakan dengan pelan
penanaman tumbuhan. Pihak berkuasa mesti mensyaratkan pemulihan kawasan hijau
sebelum sesuatu projek pembangunan diluluskan. Alam sekitar haruslah diurus dengan
teliti dan teratur dalam sebarang aktiviti ekonomi atau pembangunan. Alam sekitar
dengan keseimbangan ekologinya yang unik tidak harus dikorbankan demi
kepentingan manusia semata-mata.
-pencemaran udara (seksyen 20)
-pencemaran bunyi bising (seksyen 23)
-pencemaran tanah (seksyen 24)
-pencemaran perairan daratan (seksyen 25)
-Pencemaran minyak (seksyen 29)

2. Akta Perhutanan Negara 1984


- seksyen 82 (1) melarang sesiapa melakukan pembakaran dalam hutan simpan.

3. Akta Kerajaan Tempatan 1976


- seksyen 81 menyatakan tindakan boleh diambil ke atas kilang yang mengeluarkan
asap dan menganggu kesihatan serta alam sekitar.

4. Akta Taman Negara 1980

15
Pembangunan lestari

- menghalang aktiviti yang menjejaskan ekosistem hutan

Cara Untuk Melestarikan Alam Sekitar

Ianya bukan tanggungjawab pihak tertentu sahaja tetapi setiap individu harus punya
rasa tanggungjawab dan sama-sama terlibat dalam melestarikan alam sekitar. Apakah
yang boleh kita sumbangkan? Mari kita lihat beberapa cara dan aktiviti mudah yang
boleh kita lakukan bersama :

1. Kurangkan pembuangan bahan buangan.

Kita boleh kumpul barangan terbuang yang boleh di kitar semula seperti barangan
plastik, kertas, besi dan sebagainya untuk dijual atau guna semula melalui idea kreatif
barangan kitar semula. Ianya bukan sahaja dapat mengurangkan bahan buangan
tetapi dapat memberi pulangan semula buat anda.

2. Kurangkan pencemaran udara.

Jangan membakar sampah secara terbuka. Pencemaran dari pembakaran amat besar
kesannya, malah kita semua sudah merasai betapa siksanya hidup dalam suasana
berjerebu. Oleh itu cuba elakkan dari melakukan pembakaran terbuka.

16
Pembangunan lestari

3. Elakkan pembaziran tenaga.

Sumber tenaga elektrik yang utama adalah dari pembakaran bahan api seperti arang
batu dan minyak. Setiap kali pembaziran tenaga bermakna kita menyumbang
kepada penggunaan lebih banyak sumber bahan bakar ini yang akan mencemarkan
alam sekitar. Oleh itu pastikan setiap kegunaan elektrik di rumah, pejabat, premis
perniagaan, kilang dan sebagainya digunakan dengan cekap dan tidak membazir.Guna
ketika perlu dan secara optimum.

4. Jangan Membazir.

Kadangkala kita sering membeli barangan mengikut nafsu dan bukannya mengikut
keperluan. Pakaian penuh almari, gedget 2~3 biji seorang, televisyen 3~4 buah dalam
satu rumah dan macam-macam lagi. Semuanya lebih dari yang diperlukan. Setiap kali
ada permintaan maka setiap kali itu jugalah adanya pengeluaran. Untuk menghasilkan
lebih pengeluaran, maka lebih banyak penggunaan tenaga dan bahan mentah
diperlukan. Ianya pasti akan memusnahkan dan mencemar alam sekitar.

5. Kurangkan penggunaan barangan pakai buang

Ini adalah kesan dari peningkatan taraf hidup dan kemajuan apabila semua orang
mahukan yang pantas, segera, murah dan mudah. Pihak pembuatan mengambil
peluang dari situasi ini untuk mengaut keuntungan yang pantas dan berterusan, maka
barangan pakai buang dan kualiti rendah adalah alternatif terbaik masa kini tetapi ianya
memberi kesan yang amat buruk kepada alam sekitar. Penggunaan sumber tenaga
17
Pembangunan lestari

dan bahan mentah yang banyak disamping bahan buangan yang bertambah
berlipat kali ganda mempercepatkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar.

6. Guna sumber tenaga kurang cemar.

Kemajuan dalam bidang teknologi semakin mengagumkan. Kesedaran


tentang penjagaan alam sekitar telah memajukan teknologi kearah lebih mesra
alam. Teknologi menggunakan sumber tenaga melalui cahaya matahari atau solar
serta angin amat berjaya dalam menjaga alam sekitar. Begitu juga penggunaan
kenderaan hibrid dan elektrik, ianya berjaya dalam mengurangkan pencemaran udara.

Ada banyak lagi cara dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk kita bersama
melestarikan alam sekitar.

18

Anda mungkin juga menyukai