Anda di halaman 1dari 11

Ketahuilah betapa besarnya fadhilat dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini.

Namun begitu,kita
tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT
bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.Dengan membaca Surah Al-Ikhlas yaitu merupakan
kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW.Maka marilah kita mempraktik dan
memperbanyakkan membaca surahini secara terusan.Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca
surah Al-Ikhlas sekali, dikurniakan kepadanya pahala seperti pahala orang yang membaca 1/3 Al-
Quran.”

Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali nescaya mendapat pahala
seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.Rasululllah
SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah
memberinya sebuah istana dalam syurga.” (HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)Diriwayatkan pula
dari Ali bin Abi Talib, katanya,Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10
kali selepas solat Subuh,maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan
sungguh-sungguh.”

Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah
Al-Ikhlas yang kita baca itu,kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat.Apabila kita
membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu,kita mengubati diri kita sendiri.Daripada Abu
Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani /
Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya satu mahligai indah dalam syurga.”Sabda Rasulullah
s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan
pahalanya kepada ahli kubur,nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli
kubur di situ.”Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap
selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”

Membaca surah Al-Ikhlas dan ‘Al- Mu’awwidzatain’ sebanyak 3 kali pada waktu Subuh dan Asar,
InsyaAllah maka kita akan selamat dari merbahaya sehingga tiba Subuh dan Asar berikutnya. Sesiapa
membaca di dalam solat sunat dhuha, surah kursi10 kali pada rakaat pertama dan surah Al-ikhlas 10
kalipada rakaat kedua, mendapat keredaan Allah SWT daninsyallah ada rezekinya pada hari
itu.Bacalah Al-Ikhlas 11 kali dan ditiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan hati
mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 51 kali setiap hari, nescaya
dibangunkan dari kuburnya terus ke syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-
Ikhlas sebanyak 1000 kali dan dia tidak menzalimi manusia tidak mencuri,tidak berzina dan tidak
minum minuman yang memabukkan,nescaya Allah ampunkan kesalahan yang dilakukan olehnya
dalam tempoh 50 tahun.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 200
kali setiap hari serta ia tidak mempunyai hutang dengan manusia,nescaya dituliskan baginya 1500
kebajikan dan dihapuskan dosanya yang telah dilakukan dalam masa 50 tahun.”
Sesiapa membaca surah ini sebanyak 21 kali sebelum tidur, kemudian mengiring ke sebelah kanan,
nescaya diseru pada hari Kiamat: “Wahai hamba Ku, pergilah engkau ke pihak kanan dan masuklah
ke dalam syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 100,000
kali, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti orang yang telah menebus dirinya dari
neraka.”Sabda Rasulullah s.a.w:Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali, nescaya
dikurniakan kepadanya kesukaan dan ditempatkan di dalam syurga.”

Membaca Al-Ikhlas 1000 kali,bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala. “Sesiapa
yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”Bacalah
Surah Al-Ikhlas 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib,berdoalah minta apa yang dihajati, Allah
akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.Sabda Rasulullah s.a.w:”Orang-orang yang membaca
surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali lebih dikasihi oleh Allah SWT daripada orang yang membelanjakan
200 ekor kudanya untuk perang sabilillah.”

Bacalah surah ini sebelum kita memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan
berlari keluar umpama cacing kepanasan.Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa
membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang
yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia
menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak 3 kali ketika masuk ke dalam rumahnya, terpelihara dari kepapaan dan dikasihi oleh jiran-
jirannya.Diriwayatkan daripada Saidina Saad As-Saidi r.a., bahawa beliau mengadu kepada Baginda
Rasulullah s.a.w tentang kefakiran dan kesempitan hidup yang dialaminya. Maka sabda Baginda
s.a.w: “Apabila engkau hendak masuk ke rumahmu, bagilah salam kepada orang yang ada di dalam
rumah, sekiranya tiada sesiapa, berilah salam kepadaku dan bacalah surah Al-Ikhlas sekali.”

Setelah itu, diamalkan oleh beliau. Tidak lama kemudian melimpah ruah rezekinya sehingga jiran-
jiran disekitar rumahnya.Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota
rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

** Nota – Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama
(wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi
bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan
menolongnya menjawab salam malaikat itu.Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang tidak membaca
‘Bismillah’ pada permulaan makannya (kerana terlupa), bacalah surah Al-Ikhlas ketika selesai dari
makan.”

Bacalah Surah Al-Ikhlas 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian bacalah doa berikut :(untuk
menundukkan Orang Zalim)“Sesungguhnya daku menguasakan roh surah ini, panas dan sejuk,
kepada roh…. (sebutlah nama orang berkenaan) yang zalim itu.”Supaya ditunaikan segala hajat,
melunaskan segala hutang piutang dan bala, mendapat rezeki yang banyak, mendapatkan zuriat dan
sebagainya. Tunaikan solat hajat sebanyak empat rakaat dan satu salam di tempat yang sunyi dari
manusia.

Pada rakaat pertama : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 10 kali

Pada rakaat kedua : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 20 kali

Pada rakaat ketiga : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 30 kali

Pada rakaat keempat : Bacalah surah Al-Fatihah sekali dan surah ini 40 kali

Setelah memberi salam, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali, selawat ke atas Nabi 50 kali,
Istighfar 50 kali dan baca ‘Laa hawlaa walaa quwwatailla billahhil ‘aliyyil ‘azim’ sebanyak 50 kali.
Kemudian dipohon apa-apa hajat, InsyaAllah berhasil.

Untuk mengubati penyakit, tulis surah ini pada bekas kayu sebanyak 7 kali. Kemudian dipadamkan
dengan air dan diberi minum kepada orang yang sakit. InsyaAllah segera sembuh.Diriwayatkan
bahawa sesiapa membaca surah ini ketika sakit yang membawa kematian, nescaya dapat kelepasan
dari fitnah dan himpitan kubur. Apabila hari Kiamat, ia akan diangkatkan oleh malaikat dengan
sayapnya hingga selamat melalui shirat (titian shirat Al-Mustaqim) dan masuk ke dalam
syurga.Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan paramalaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.”

Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).Rasulullah SAW, sebelum beradu (tidur),

Baginda membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas pada dua belah tangannya lalu
disapukan ke muka dan seluruh tubuhnya. Dilakukan sebanyak 3 kali oleh Baginda SAW.Jika dibaca 3
surah ini (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas) pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa
kesusahan.Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari.
Allah selamatkan dari segala kejahatan.

Sesiapa membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas setiap satu 7 kali selepas solat
Jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala balas hinggalah ke Jumaat yang
berikutnya.Kata Syeikh Abu Hassan As-Syazuli: “Apabila engkau hendakkan keikhlasan, maka
bantulah dirimu dengan membaca surah Al-ikhlas.”Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah
bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada
tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara
itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.”Para sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas
Rasulullah SAW bertanya :”Herankah kamu, sahabat2ku ? Mereka menjawab : ” Ya benar, kami
heran.”

Beliau melanjutkan :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya,“Qul Huwallahu Ahad” tertulis disayap
Jibril A.S.

“Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail A.S . “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail A.S .

“Walam Yakun Lahu kufuan Ahad” tertulis disayap Israfil A.S.

Maka barangsiapa diantara ummatku membaca “Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia
pahala orang yang membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau
bertanyalagi:”Herankah kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:”Ya, benar kami heran.”

Lantas beliau bersabda :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya,

“Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening Abu Bakar Shiddiq.

“Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq.

“Lam Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain.

Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad” tertulis dikening Ali As-Sakhiy.

Maka barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar,
Usman dan Ali.Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Sesiapa membaca
‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka
menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Ku saksikan bahawa sifulan itu telah
menjadi pemerdekaan Allah SWT sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah SWT ,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah
ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.”Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia.

Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan,
ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malamke 2 si ayah bermimpi
melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada
anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di
dalamsyurga pula?”Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan
surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di
dalam syurga sekarang.”
Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya : “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau
kerjakan empat perkara :

1. Khatamkan Al-Quran,

2. Jadikan semua Nabi membelamu nanti pada hari kiamat,

3. Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan

4. Kerjakan Haji dan Umrah.”

Kemudian Rasulullah pun shalat, sedangkan Aisyah tinggal ditempat tidur.

Selesai Shalat, Aisyah pun berkata : “Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku, Rasulullah suruh saya
mengerjakan empat perkara yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu ini.” Baginda
tersenyum, seraya bersabda : ” Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka
seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan
kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan
apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela
kepadamu.Dan apabila engkau membaca “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu
Akbar, maka sesungguhnya engkau berarti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”

Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan
mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi untuk
menyembahyangkannya . Beliau bertanya : ” Apakah mayat ini meninggalkan hutang? Mereka
menjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham.” Lantas beliau bersabda : ”
Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Shalatkan kamulah dia.”
Pada saat itu Jibril pun datang seraya berkata : “Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu.
Dia berfirman : “Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan
hutangnya. Tegaklah, shalatkan dia karena dian sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang ikut
menyembahyangkannya , niscaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw pun
bertanya : ” Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini “? Jibril menjawab :”Dia mendapat
kehormatan itu, karena setiap hari membaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya
terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan pujian terhadap-Nya” Hadis itu menunjukkan
barangsiapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” seratus kali dalam sehari,maka Allah akan melunaskan
hutangnya sebelum mati.

Menurut Hadis Anas bin Malik,Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya ” Barangsiapa membaca
Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam syurga.Barangsiapa
membacanya 20 kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam syurga.Barangsiapa membacanya 30
kali maka dibina Allah untuknya tiga istana dalam syurga. Umar bin Khattab berkata: ” Ya,
Rasulullah,kalau begitu akan banyaklah istana kami dalam syurga” Maka Rasulullah SAW bersabda :
“Allah lebih lapang (luas) dari pada itu.” Maksudnya, bagi Allah berapapun jumlah istana itu soal
mudah.Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali,dia diberkati.
Barangsiapa membacanya dua kali dia dan keluarganya diberkati.Barangsiapa membacanya tiga
kali,dia,keluarga dan jiran tetangganya diberkati.Barangsiapa membacanya 12 kali,dibina Allah
untuknya 12 istana didalam syurga.Jika dibacanya 100 kali,maka dihapuskan Allah dosanya (dosa
kecil) selama 50 tahun,kecuali pertumpahan darah dan harta benda. Jika dibacanya 200
kali,dihapuskan dosanya 100 tahun.

Baca juga : Tujuh Keajaiban Dunia dan Tujuh Keajaiban Allah

Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya
dalam syurga.”Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahawa Jibril telah mendatangi
Nabi SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :”Rasulullah, saksikan jenazah
Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain.Kemudian Rasulullah SAW bersabda
:” Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu.? Jibril menjawab :”Dia memperoleh
kehormatan itu, akibat membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari,sedang berdiri,duduk, ruku’ dan
berjalan.”Sekian, Wallahu'alam bisshawab

selamat beramal.

Ketahuilah betapa besarnya fadhilat dan kelebihan membaca Surah Al-Ikhlas ini.Namun begitu,kita

Anda mungkin juga menyukai