Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PELAKSANAAN PEER COACHING (PLC)

BAHASA MALAYSIA

Pada 22 Februari 2017 perjumpaan sebelum P & P telah dijalankan di perpustakaan. Seramai
3 orang guru Bahasa Malaysia telah berbincang secara berkolaborasi untuk melaksanakan P & P di
bawah program PLC Kitaran 1. Guru Bahasa Malaysia iaitu Mohd Fazrul telah memilih Tahun 4
dengan Tema 3 – Sihat dan Cergas tajuk Kesihatan dan Kecergasan-Unit 7.

Pada 23 Februari 2017 sesi P & P telah dijalankan untuk PLC Kitaran 1. Gambar menunjukkan
P & P yang dijalankan di dalam kelas. Dua orang guru juga telah menjadi guru penilai bagi sesi p & p.

Sesi p & p dijalankan dengan murid membaca teks yang mengandungi bandingan semacam
dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Secara berpasangan, murid mencari dan
menyatakan bandingan semacam yang terdapat di dalam teks. Setiap pasangan dapat menyatakan
bandingan semacam di dalam teks dengan tepat.

Murid juga diedarkan dengan lembaran kerja. Semua murid dapat melengkapkan bandingan
semacam dengan tepat.Saya juga telah menggunakan ICT untuk membuat kuiz melalui program
Kahoot. Kuiz ini dapat memastikan murid-murid lebih memahami apa yang telah diajar. Penggunaan
ICT ini dapat menarik minat murid-murid untuk belajar dan mereka dilihat sangat aktif dalam
menjawab soalan kuiz. Melalui apa yang dibaca, saya mendapati mereka dapat mencapai objektif
pembelajaran pada hari tersebut.
Sesi P & P sedang dijalankan di dalam perpustakaan.
Guru penilai sedang menilai sesi P & P yang dijalankan

Pada 10 Mac sesi refleksi telah dijalankan untuk memberi peluang kepada guru yang
mengajar berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat tentang P & P yang dijalankan.
Perbincangan ini bertujuan untuk penambahbaikkan dimasa sesi P & P akan datang.

Sesi refleksi yang dijalankan di perpustakaan.

Disedilakan oleh,

(Mohd Fazrul b. Abidin)

Anda mungkin juga menyukai