Anda di halaman 1dari 4

Model reka bentuk pengajaran yang saya memilih adalah model ASSURE.

Model ASSURE
merupakan model pengajaran yang direkabentuk oleh R. Heinrich, M. Molenda, J, Russel dan S.
Smaldina. Apabila guru menggunakan model ini maka perancagan pengajaran dan pembelajaran
akan menjadi lebih baik dan berhasil. Guru juga boleh menggunakan model ini sebagai panduan
pengajaran mereka kerana ini lebih berfokuskan kepada perancangan pengajaran dalam situasi
sebenar.

Model ini dibina secara sistematik untuk memastikan penggunaan bahan bantu mengajar
memberi kesan yang positif dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Selain itu, ini
membantu murid untuk lebih menguasai matapelajaran tersebut. Model ASSURE telah direka
bentuk enam elemen utama, Anataranya A = Analisis Pelajar, S = Nyatakan Objektif, S Pilih
Kaedah , Media dan Bahan, U = Gunakan Media dan bahan, R = Dorongan Penglibatan Pelajar
dan E = Menilai dan semak semula.

Menurut Smaldino, Russel, Heinch dan Molenda (2005), model ini merupakan panduan
untuk merancang dan menguruskan sesuatu bahan atau media dengan teknologi. Menurut
Rozinah Jamaluddin (2003), model ASSURE adalah panduan untuk perancangan dan
pengendalian pengajaran.

Analisis pelajar merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompenensi khusus,
peringkat masuk dan stail pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap, tingkatan dan latar
sosio ekonomi. Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku. Kita mesti
membuat analisis terhadap murid dengan mengambil kira pelbagai aspek, antaranya ialah ciri-
ciri umum pelajar. Tajuk pembelajaran bagi Pendidikan Moral Tahun 5 cekap adalah bidang alam
sekitar iaitu Peka terhadap Isu Alam sekitar. Ini diambil kira dari Dokumen Standard Kurikulum
tahun 5. Murid berumur 11 tahun. Murid-murid ini mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana.
Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Kebanyakan
mereka adalah anak penduduk pinggir Bandar yang bekerja di sektor swasta dan kerajaan.
Mereka ini mempunyai pengetahuan dan penggunaan ICT dalam bilik darjah.

Aspek seterusnya ialah kompetensi khusus peringkat masuk. Guru perlu melihat
pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar selain daripada melihat ciri-ciri umum murid.
Pengetahuan lepas atau pengetahuan sedia ada terdapat kepada murid merujuk aras kebolehan
murid sebelum bermulanya pengajaran. Di sini murid-murid hidup denagn alam sekitar. Oleh itu
mereka boleh menyebut masalah yang berlaku apabila menjejaskan alam sekitar
Seterusnya, elemen gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran
yang berbeza. Ini kerana ada murid sangat aktif apabila penggunaan visual, radio, kaset dan
pergerakan. Oleh itu, saya mendapati tahu bahawa murid-murid tahun 5 cekap lebih menarik
kepada penggunaan ICT, animasi dan lagu.

Objektif pengajaran disediakan dengan teliti supaya mencapai pencapaian yang


dikendaki. Objektif pembelajaran perlu realistic mengikut aras kebolehan murid. Maka ia dirangka
secara teratur mengikut Dokumen Standard Prestasi dan Dokumen Standard Kurikulum. Objektif
yang diambilkira seperti pelajar, peringkat boleh diukur, keadaan dan prestasi pelajar akan
memudahkan pencapaian objektif.

Pada akhir pembelajaran ini murid tahun 5 melabelkan sekurang-kurangnya 3 punca,


kesan dan langkah mengatasinya bagi isu penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau, jerebu dan
hujan berasid. Murid juga pada akhir pembelajaran dapat mengetahui lebih lanjut tentang
pelupusan sampah-sarap, tidak terbakar terbuka dan penghapusan bahan-bahan menjadi punca
air bertakung untuk meningkatkan kualiti kebersihan dan keindahan. Tambahan pula, murid dapat
menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 amalan bersederhana dalam penjagaan penggunaan
sumber.

Aspek yang setersunya dalam model ASSURE ialah memilih kaedah pengajaran. Dalam
aspek ini hendaklah pilih kaedah, media dan bahan. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah
berdasarkan kebolehan dan objektif pengajaran. Dalam hasil kerja saya memilih kaedah
penyoalan. Media yang dipilih pula ialah persembahan power point, gambar dan video. Manakala
bahan yang dirancang ialah lembaran kerja. Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai
dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif
pembelajaran. Kaedah ini dipilih kerana murid-murid peringkat sederhana perlukan sesuatu yang
boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan yang diberi.

Tambahan pula, pemilihan penggunaan media dan bahan. Langkah seterusnya ialah
bahan. Penggunaan media adalah penting supaya mesej yang hendak disampaikan dapat
dengan tepat oleh murid. Antara cara yang boleh dilaksanakan untuk menggunakan media
dengan baik ialah memberi gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan. Kemudian
sediakan bahan, sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang menggunakan
bahan yang dipilih.
Seterusnya, sediakan murid menerusi set induksi dan akhir sekali ialah sediakan
pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan diingat
oleh pelajar. Berdasarkan wordpress yang saya buat media pengajaran yang digunakan ialah
persembahan power point. Penggunaan bahan merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk
dan media seperti cetak, komputer, video, lagu, gambar dan lain lain. Saya juga ,menggunakan
media video, gambar untuk murid menarik perhatian pelajaran dan berasa seronok.

Selain itu, memerlukan penyertaan pelajar juga terkandung dalam model ASSURE.
Langkah ini sebagai langkah yang kelima. Ia adalah penting untuk memastikan pembelajaran
benar-benar berlaku. Aktivtiti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk melibatkan murid ialah kuiz dan
sebagainya. Untuk melibatkan murid kaedah berkumpulan, perbincangan, aktiviti penilaian juga
boleh dilakukan. Dalam, wordpress, saya menyertakan kuiz supaya pelajar dilibatkan secara aktif
ddalam pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan murid merupakan aspek penting di dalam
pengajaran.

Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat memotivasikan
pelajar itu untuk belajar. Di sini kuiz memberi kesan yang positif kepada murid supaya sentiasa
memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan
menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

Langkah yang keenam merupakan penilaian dan semak semula. Penilaian yang dibuat
perlu meliputi pencapaian pelajar berdasarkan kemahiran, sikap dan objektif. Selain itu, media,
kualiti media, pembelajaran, penggunaan guru dan murid turut disemak. Untuk penilaian, guru
menyediakan kuiz yang meminta murid menjawab soalan berdasarkan merangkumi semua
kandungan.

Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan proses dan bahan pengajaran dan
pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi
gagal apabila dilaksanakan.

Justeru itu, penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit secara menyeluruh. Data
yang dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu, model
ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif. Walaupun tugasan hanya diberi
pada akhir pengajaran murid telah diuji dari awal sehingga akhit pengajaran. Latihan yang
dibekalkan bukanya bertujuan untuk mencari kelemahan murid tetapi untuk merangka langkah-
langkah yang boleh membuat murid yang di bawah tahap penguasaan. Dalam wordpress kuiz
yang diberikan bertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap proses pengajaran
telah berlaku.

Model ASSURE ialah model reka bentuk pengajaran yang paling sesuai diaplikasikan di
dalam bilik dajah. Melalui model dapat memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan
jayanya. Ini adalah di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting seperti, objektif,
kaedah, penyampaian, pemilihan dan penggunaan media, analisis pelajar dan penilaian yang
diambil kira sebelum proses pengajaran dilaksanakan. Ini akan memberikan kesan yang lebih
efektif dan objektif pengajaran yang tercapai.

Anda mungkin juga menyukai