Anda di halaman 1dari 2

ATURCARA MAJLIS PERHIMPUNAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Irwan bin Isdup, Ketua Jabatan Hal Ehwal
Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya. Para hadirin dipohon untuk berdiri.
Bagi memulakan majlis perhimpunan kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama
menyanyikan empat buah lagu
I) Lagu Negaraku

II) Lagu Sabah Tanah Airku

III) Lagu Institut Pendidikan Guru

Dipersilakan_____________dari opsyen______________untuk mengetuai bacaan ikrar.


Para hadirin dipersilakan duduk.
*Assalamualaikum wbt/ Selamat pagi, Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang berusaha
Encik Irwan bin Isdup, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya

Yang berusaha,
Encik Hj Abdul Aziz bin Abas, Ketua Unit Kebajikan dan Sosial

Yang berusaha,
Puan Winday bt Sini@Siani, Ketua Unit Data

Yang berusaha,
Encik Yahya bin Yassin, Ketua Unit Disiplin, Tatatertib dan Rekod

Yang berusaha,
Encik Ag. Ahmad bin Ag. Siring, Ketua Unit Pengembangan dan Kepimpinan Pelajar
Yang dihormati Saudara Jester Daniel Jayes, Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar Sesi 2017/2018 (Sekiranya tiada, NYDP 1 / NYDP 2)
Barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2017/2018, serta para guru pelatih
yang dikasihi sekalian.
*Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT/ kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya, kita dapat berkumpul dalam majlis perhimpunan mingguan anjuran Jabatan Hal
Ehwal Pelajar pada pagi yang berbahagia ini.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan ______________________ dari opsyen _________________________
untuk memimpin bacaan doa.
*Amin ya rabbal alamin. Terima Kasih diucapkan kepada saudara
_________________________.
Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan menjemput _______________________,
Ketua Unit __________________________ Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan.

Hadirin sekalian,
Di sini terdapat beberapa pengumuman. (PENGUMUMAN)
1.
2.
3.
Hadirin sekalian, seterusnya, majlis dengan penuh takzim menjemput Encik Irwan bin
Isdup, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Institut Pendidikan Guru Kampus
Gaya untuk menyampaikan amanat beliau. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Encik Irwan bin Isdup atas ucapan sebentar tadi.
Dengan berakhirnya ucapan tersebut, maka berakhirlah sudah perhimpunan kita pada
pagi ini. Pihak HEP dan JPP ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan sepanjang
perhimpunan ini. Yang baik itu datangnya dari Tuhan dan yang buruk datang dari
kelemahan saya sendiri. Sekian terima kasih dan Salam Maju Jaya.

Anda mungkin juga menyukai