Anda di halaman 1dari 1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

Yang Berusaha Guru penolong kanan pentadbiran, Puan Hajah Rosnani binti Hamid.
Yang dihormati lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan
kurnia-NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, saya mempersilakan saudara______________
untuk memimpin bacaan doa.
 Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar
tadi.

NYANYIAN & LAUNGAN SEMANGAT


Majlis diteruskan dengan nyanyian asmaul-Husna, lagu Negaraku dan laungan semangat IMTIYAZ
yang akan diketuai oleh _____________. Semua guru diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyi
bersama-sama.
 Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian asmaul husna, lagu negaraku dan
laungan semangat yang dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dijemput duduk.

UCAPAN GURU (JIKA ADA)


Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Ustaz/Ustazah _____________________ untuk
memberikan ucapan.
 Terima kasih diucapkan kepada Ustaz/Ustazah _____________________________ atas ucapan
beliau sebentar tadi.

UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR.


Seterusnya, saya mempersilakan Tuan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan sepatah dua kata.
 Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan
Pengetua / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan
untuk merealisasikan kecemerlangan kita di dunia dan akhirat.

PENGUMUMAN (sekiranya ada)


Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman yang
ingin saya sampaikan ;

1) ____________________________________________________________
2) ____________________________________________________________

BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan
Pengetua, Guru Penolong Kanan pentadbiran dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita
akhiri perhimpunan ini dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

َ‫س ْب َحانَكَ اللَّ ُه َّم َوبِ َح ْمدِكَ أ َ ْش َه ُد أ َ ْن الَ إِلَهَ إِالَّ أ َ ْنتَ أ َ ْست َ ْغف ُِركَ َوأَت ُ ْوبُ إِلَيْك‬
ُ

Anda mungkin juga menyukai