Anda di halaman 1dari 4

Komuniti Pembelajaran Profesional

Ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini kerana
arahan wajib melaksanakannya daripada pihak PPD dan pihak Pengurusan
Sekolah. Oleh kerana kata ARAHAN inilah yang menyebabkan keseronokan
menjalankan program ini hilang nikmat yang sepatutnya dirasai oleh para guru.

Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai oleh para guru
kerana ia merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan rakan
guru lain tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan hasil
pengajaran kepada murid.

APA ITU PLC?


Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik
yangkomited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat
inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-
murid mereka.

LATAR BELAKANG
PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk
meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di
seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan
kepada

menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru


membina hubungan yang berkualiti
mempunyai program yang sangat berfokus
menggerakkan sumber-sumber sedia ada
berkongsi kepimpinan

PRINSIP ARAS PLC


memastikan pembelajaran murid
budaya kolaborasi
fokus kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC


Kongsi kepimpinan
kongsi nilai dan visi
pembelajaran kolektif dan aplikasi
kongsi amalan peribadi
struktur
hubungan

STRATEGI PLC
PLC berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki
pencapaian murid dan sekolah. 5 strategi tersebut adalah seperti berikut:
Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC

Borang-borang yang perlu diisi


Lesson Study
Peer Coaching
 Learning Walk
 Teacher Sharing Session
Video Critique

Fail Penyelaras PLC Sekolah


Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah


1. Carta Organisasi
2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat
3. Perancangan Tahunan
4. Kitaran 1
- Pelaporan PLC setiap Panitia
5. Kitaran 2
- Pelaporan PLC setiap Panitia
6. Laporan PLC ke PPD
7. Lampiran
- Tool kit (Borang)
- Buku Panduan PLC
Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah
Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.
Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN
Mengadakan LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel PLC
Menyebarluas maklumat terkini mengenai PLC
Berbincang dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan rak khas untuk
Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat Sumber.
Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan
menyusun PLC-Lesson Study yang telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu
Panitia-Satu Fail untuk Lesson Study Sahaja.
Kenapa Lesson Study dititik beratkan?
Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber pendidikan yang terbaik
untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak semua topik perlu dijalankan lesson
study hanya topik-topik kritikal sahaja. Untuk masa hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar
akan mempunyai sumber rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat
kejayaan murid dan menyebarkan ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap, pihak
sekolah bolehlah menjilidkan buku berkenaan untuk disebarluaskan. Bukan Lesson Study itu indah
sebenarnya. Paksaan pihak atasan yang mahu kita menjalankannya mengikut jadual tertentu
menjadikannya hilang nikmat dalam mendalami dan berkongsi ilmu.

Tugas Guru Selepas PLC dijalankan


1. Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer
Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah
cikgu jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP

Anda mungkin juga menyukai