Anda di halaman 1dari 8

Assalamualaikum.

Terima kasih pengacara budiman,


Panel hakim hadirin sekalian;
Hayatilah cerita yang saya sampaikan,
Raja Namrud Yang Sombong tajuk pilihan.

Kawan-kawan,

Namrud bin Kan’aan seorang Raja


Hidup di zaman Nabi Ibrahim
400 tahun memerintah Mesopotamia
Sombong dan zalim jadi amalan.

Kawan-kawan,

Raja Namrud dilabelkan sebagai seorang raja yang angkuh kerana


mengaku dirinya tuhan. Suatu hari ketika pertemuan Raja Namrud dengan
Nabi Ibrahim. Raja Namrud bertanya :

“Wahai Ibrahim, siapakah TuhanMu?”

Nabi Ibrahim menyatakan bahawa Tuhan baginda adalah yang


menghidupkan dan mematikan. Raja Namrud menjawab:

“Aku juga boleh!”

Sebagaimana dalam Surah Al-Baqarah ayat 258:

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang berhujah membantah Nabi


Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya.”
Begitulah Raja Namrud yang sesat.

Ingat kawan-kawan,
Ajaran sesat semakin berleluasa. Penahanan 20 warga Indonesia di Bagan
Lalang Selangor pada 20 Oktober 2018, disebabkan melakukan pemujaan
wajar dijadikan contoh agar kita tidak terlibat dengan amalan sesat.

Kawan-kawan,

Nabi Ibrahim memusnahkan berhala-berhala sembahan kaumnya dan


meninggalkan berhala yang paling besar ketika mereka sedang berpesta.

1
Namrud murka kepada pemuda
Kerana menghancurkan patung berhala
Ibrahim ditangkap lalu diseksa
Dibakar dalam api yang menyala

Firman Allah :

“Mereka berkata: Siapakah yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-


tuhan kami.”

Surah Al Anbia, Ayat 59

Kawan-kawan,

Nabi Ibrahim tidak gentar dengan ancaman Raja Namrud terhadapnya


kerana baginda yakin Allah pasti membantunya. Allah memberikan Nabi
Ibrahim pertolongan dengan mengarahkan api yang yang membakar Nabi
Ibrahim menjadi dingin. Allah memang boleh memberi arahan kerana Dia
Tuhan dan menguasai segalanya.

Sebagaimana dalam Al-Quran dalam Surah Al Anbiya’ Ayat 69:

Kami berfirman: “Hai api menjadi dinginlah

Ya kawan-kawan,
Kita hendaklah berani untuk melakukan perkara yang haq. Contohilah
langkah Abdul Halim, pemilik Manhaj Brother yang berani melabur RM6juta
untuk mencari bakat mutawif yang berkualiti melalui rancangan Manhaj
Mutawwif. Subhanallah!

Kawan-kawan,

Keangkuhan Raja Namrud menjadi-jadi, sehingga mahu membunuh Allah.


Dia melatih burung-burung gergasinya agar terbang ke langit, namun tidak
berjaya. Dengan pertolongan iblis, burung itu akhirnya terbang. Setelah
berjaya, Namrud pun pergi ke langit setinggi yang boleh dengan
membawa busur dan panah. Setelah berasa cukup tinggi, Namrud pun
melepaskan panahnya ke langit.

2
Pada masa yang sama Allah memerintahkan malaikat Jibril agar
menangkap panah tersebut dan melumurkannya dengan darah. Melihat
panahnya berdarah, Namrud perasan berjaya membunuh Allah.

Namrud turun ke bumi dengan megahnya dan sekali lagi mengakui dirinya
sebagai tuhan.

Firman Allah :

“Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum


yang zalim.”

Surah Al Baqarah Ayat 258

Ya kawan-kawan,

Kita harus berasa bimbang kini, kerana masyarakat semakin berani


mencabar kuasa Allah . Misalnya, pada 6 Mac 2019, 3 individu Islam telah
direman bagi membantu siasatan kes menghina Nabi Muhammad. Hal ini
tidak wajar berlaku di negara Islam seperti Malaysia.

Kawan-kawan,

Raja Namrud mencabar Nabi Ibrahim lagi dan mengumpul bala


tenteranya.

Nabi Ibrahim memohon bantuan Allah untuk memberi pengajaran kepada


Raja Namrud. Tiba-tiba, tentera Raja Namrud ketakutan. Ruang angkasa
berubah menjadi gelap kerana dipenuhi dengan nyamuk.

Firman Allah dalam surah Al Mudassir ayat 31:

“Dan tiada Yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. “

Nyamuk menyerang tentera Namrud dengan menghisap darah, sehingga


mereka rebah kalah. Namrud pula pulang ke mahligainya dalam keadaan
terseksa.

Selama tiga hari nyamuk menghurung mahligai Namrud. namun dia tetap
enggan bertaubat. Lantas nyamuk masuk ke lubang hidung serta seluruh

3
rongga raja yang angkuh itu. Dia menjerit kesakitan. Akhirnya Namrud
menemui ajal dalam kekufuran.

Ya Kawan-kawan,
Sehebat manapun kuasa manusia, tidak akan mampu menandingi kuasa
Allah. Bencana alam antara bukti kuasa Allah, seperti puting beliung yang
melanda Alabama US yang mengakibatkan 22 maut pada 5 Mac 2019 tidak
dapat dielak oleh negara yang paling berkuasa di dunia ini.

Begitulah kisah manusia durjana,


Dijemput maut tetap derhaka;
Balasan Allah adil saksama,
Jadikan iktibar buat selamanya.

Sekian
Terima kasih.

4
SOALAN SPONTAN 1:

Raja Namrud mengaku dirinya sebagai tuhan. Boleh adik jelaskan apakah
keburukan jika kita bersikap angkuh dan sombong?

JAWAPAN:

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Terima kasih pengerusi majlis. Yang dihormati barisan hakim dan hadirin
sekalian. Saya akan menceritakan keburukan bersikap angkuh dan
sombong.

Kawan-kawan,

Apakah maksud angkuh dan sombong?


Merujuk kamus dewan edisi keempat, angkuh dan sombong merupakan
perkataan yang sama maksudnya, iaitu mempunyai watak yang suka me-
ninggi diri,

Kawan-kawan,

Sikap angkuh dan sombong ini banyak keburukannya. Antaranya ialah


mendapat balasan buruk daripada Allah SWT dan dibenci masyarakat.
Contohnya seperti kisah Raja Namrud pada zaman Nabi Ibrahim yang telah
mendapat balasan daripada Allah. Akhirnya, Raja Namrud yang angkuh
dan sombong mati dalam keadaan kekufuran.

Sebagaimana dalam Surah Al-Baqarah ayat 258:

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang berhujah membantah Nabi


Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya.”

Ya Kawan-kawan,
Sehebat manapun kuasa manusia, tidak akan mampu menandingi kuasa
Allah. Ikutlah resmi padi semakin tunduk semakin berisi. Bencana alam
antara bukti kuasa Allah, seperti puting beliung yang melanda Alabama US
yang mengakibatkan 22 maut pada 5 Mac 2019 tidak dapat dielak oleh
negara yang paling berkuasa di dunia ini.

Sekian, terima kasih.

5
SOALAN SPONTAN 3:

Raja Namrud enggan beriman kepada Allah walaupun telah diberikan bukti
kekuasaannya. Mengapa kita tidak boleh mensyirikkan Allah?

JAWAPAN:

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Terima kasih pengerusi majlis. Yang dihormati barisan hakim dan hadirin
sekalian. Saya akan menceritakan keburukan mensyirikkan Allah.

Kawan-kawan,

Apakah maksud syirik? Dari sudut syarak maksud syirik ialah menyekutukan
Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya

Kawan-kawan,

Mensyirikkan Allah adalah dosa besar dan menyubur sikap angkuh dalam
diri. Contohnya seperti kisah Raja Namrud pada zaman Nabi Ibrahim yang
mengaku dirinya tuhan. Perbuatan Raja namrud ini ialah syirik. Namrud
telah mendapat balasan daripada Allah. Akhirnya, Raja Namrud yang
angkuh dan sombong mati dalam keadaan kekufuran akibat seekor
nyamuk yang kecil.

Kita wajib meyakini Allah itu esa. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al
Ihklas ayat 1:

Ertinya: Katakanlah Allah itu satu.

Kawan-kawan ingatlah bahawa hanya Allah yang layak disembah, tiada


yang lain selain dari Nya. Ajaran sesat yang beleluasa kini perlulah dielakkan
dan dibanteras. Contohnya penangkapan warga Indonesia yang terlibat
dengan ajaran sesat pada 20 Oktober 2018 wajar diambil iktibar.

Sekian, terima kasih.

6
SOALAN SPONTAN 2:

Nabi Ibrahim berani menentang Raja Namrud dengan memusnahkan


berhala. Boleh adik nyatakan apakah kebaikan bersikap berani?

JAWAPAN:

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Terima kasih pengerusi majlis. Yang dihormati barisan hakim dan hadirin
sekalian. Saya akan menceritakan kebaikan bersikap berani.

Kawan-kawan,

Apakah maksud berani?


Merujuk kamus dewan edisi keempat, berani bermaksud tidak takut, tabah
menghadapi kesulitan. Sikap berani ini banyak kebaikan antaranya ialah
mendapat balasan baik daripada Allah dan disayangi oleh masyarakat.

Kawan-kawan,

Kisah keberanian Nabi Ibrahim ketika dibakar Raja Namrud kekal dalam
ingatan. Bagaimana baginda mendapat keberanian? Ini kerana akidah
yang kuat terhadap pertolongan Allah. Allah memberikan Nabi Ibrahim
pertolongan dengan mengarahkan api yang yang membakar Nabi Ibrahim
menjadi dingin.

Sebagaimana dalam Al-Quran dalam Surah Al Anbiya’ Ayat 69:

Kami berfirman: “Hai api jadilah engkau dingin”

Kawan-kawan,

Lihatlah betapa Allah memberikan balasan yang baik kepada orang yang
berani. Seperti kata pepatah, berani kerana benar takut kerana salah.
Contohnya keberanian Abdul Halim melabur RM 6 juta untuk menerbit
rancangan Manhaj Mutawif demi agenda mencari mutawif yang berkualiti.
Jadi Bersama-samalah kita menjadi mukmin yang berani menegakkan haq.

Sekian terima kasih.

7
SOALAN SPONTAN 4:

Kisah Raja Namrud yang sombong merupakan salah satu sirah yang
membawa pengajaran. Bolehkah adik nyatakan apakah nilai murni yang
dapat diambil daripada kisah ini?

JAWAPAN:

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh.

Terima kasih pengerusi majlis. Yang dihormati barisan hakim dan hadirin
sekalian. Saya akan menceritakan tentang nilai murni daripada kisah Raja
Namrud yang sombong.

Kawan-kawan,

Terdapat banyak nilai murni daripada kisah ini. Antaranya ialah sikap berani
kerana benar dan mengesakan Allah.

Kawan-kawan,

Ingat lagi kisah keberanian Nabi Ibrahim ketika dibakar Raja Namrud.
Bagaimana baginda mendapat keberanian? Ini kerana akidah yang kuat
terhadap pertolongan Allah. Allah memberikan Nabi Ibrahim pertolongan
dengan mengarahkan api yang yang membakar Nabi Ibrahim menjadi
dingin. Allah memang boleh memberi arahan kerana Dia Tuhan yang
menguasai segalanya.

Sebagaimana dalam Al-Quran dalam Surah Al Anbiya’ Ayat 69:

Kami berfirman: “Hai api jadilah enkau dingin.”

Kawan-kawan,
Lihatlah betapa Allah memberikan balasan yang baik kepada orang yang
berani. Seperti kata pepatah, berani kerana benar takut kerana salah.
Contohnya keberanian Abdul Halim melabur RM 6 juta untuk menerbit
rancangan Manhaj Mutawif demi agenda mencari mutawif yang berkualiti.
Jadi Bersama-samalah kita menjadi mukmin yang berani menegakkan haq.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai