Anda di halaman 1dari 38

BAB 1

MASALAH PENYELIDIKAN

1.1 Pengenalan

Bidang pendidikan di negara ini sedang mengalami proses perubahan yang amat
pantas. Ledakan dan kepesatan perubahan ini akan berterusan dan dijangka lebih
mencabar pada masa-masa akan datang. Alaf baru yang muncul adalah cabaran besar
untuk warga pendidik dalam menangani pelbagai isu yang timbul seiring dengan
kepesatan dan pembangunan negara. Sistem pendidikan ke arah menstruktur dan
menjayakan pendidikan di Malaysia berlaku secara sentralisasi dengan status Malaysia
sebagai negara yang sedang membangun (Mok Soon Sang, 1991). Sehubungan dengan
itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di beri mandat sebagai agensi untuk
melaksanakan sistem pendidikan yang berkesan sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu :

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan
emosi, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber : Pendidikan Guru, 1995

Oleh itu, banyak perubahan dasar pendidikan negara telah dilakukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dan antara perubahan drastik yang telah dilaksanakan berdasarkan
kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran 1979 di bawah

1
Perakuan 61 iaitu merancang Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1985. Seterusnya,
pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris bagi matapelajaran Matematik dan Sains
(PPSMI). Pada masa kini satu dasar terbaru yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia ialah perubahan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Usaha terkini dalam memupuk minat pelajar serta mempertingkatkan lagi ilmu
pengetahuan ke arah yang lebih luas yang bersifat global adalah dengan penggunaan
komputer dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sesuai dengan perkembangan semasa penglibatan teknologi ini akan lebih
merancakkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta bersesuaian dengan
perkembangan semasa dunia.

Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kurikulum


sekolah sebenarnya bergantung kepada pengetahuan, keupayaan dan kemahiran guru
dalam memanfaatkan TMK sebagai alat untuk memproses dan mengakses maklumat
serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan efisien
yang bersesuaian dengan tahap pelajar. Sekiranya budaya mengintegrasikan TMK ini
dapat dipupuk dalam setiap perancangan akademik sekolah dari peringkat awal maka ia
akan memberi satu pengalaman pembelajaran yang baru kepada pelajar sekali gus
menganjak sikap dan paradigma pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kurikulum akademik sekolah dan institut perguruan sememangnya menuntut


kepentingan penguasaan pengetahuan dan kemahiran literasi TMK di kalangan warga
mereka terutamanya pelajar sekolah. Antaranya adalah Aplikasi Perdana Sekolah Bestari
yang mana telah menggariskan konsep pembelajaran secara self-paced, self-accessed dan
self-directed yang jelas memberikan cabaran kepada guru untuk mengatur strategi

2
pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat dinamik dan kolaboratif. Situasi di mana
makmal komputer yang lengkap, bilik akses yang mesra pengguna, pemberian komputer
riba 1Malaysia kepada pelajar yang layak, kemudahan Wifi 4G serta kemudahan-
kemudahan lain lagi banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa
kini.

Menurut Wan Mohd Zahid (2000), sistem pendidikan negara memberikan


penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Mendidik manusia menjadi baik bukanlah satu perkara yang semudah memetik jari.
Manusia yang ingin dihasilkan sedemikian tidak boleh dan tidak mungkin dilahirkan
dalam tempoh sekelip mata, sebaliknya memerlukan usaha berterusan beerti ‘berusaha
terus menerus’. Dalam proses ini tidak wujud sebarang percanggahan yang boleh
menggugat usaha membina manusia baik ini.

Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru sebagai mentor


perlu sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran-kemahiran generik seperti
kemahiran belajar, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran teknologi
maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai maklumat. Bagi menggendalikan
pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir, guru perlu menggunakan teknik-
teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai berdasarkan kepada teori-teori yang
dipelajari dalam kursus yang dihadiri. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran
KSSR dan KSSM juga perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Sebagai kesimpulan awal, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran


adalah lebih dari sekadar menggunakan satu perisian pendidikan yang baru. Pemilihan
kaedah TMK yang sesuai dan bertepatan akan meningkatkan lagi kualiti pembelajaran
pelajar. Ini adalah kerana dalam TMK kita semua tahu peningkatan di dalam kelajuan dan
kepelbagaian pengalaman belajar adalah signifikan apabila kita mengemukakan kaedah
TMK yang sesuai. Kaedah dan penyelesaian TMK bukanlah sekadar meningkatkan mutu

3
pembelajaran yang sesuai. Terdapat banyak kaedah yang membantu guru dalam peranan
seharian di dalam kelas seperti mengurangkan masa yang di ambil untuk mentadbir juga
di dalam latihan kemajuan berterusan untuk mereka.

1.2 Latar Belakang Kajian

Dalam era menuju kemajuan sains dan teknologi di samping kehidupan harian
dalam ‘survival’ manusia sejagat hari ini, sains merupakan satu mata pelajaran yang
sangat penting. Kurikulum Standard Sekolah Menengah, dirancang supaya mencapai
matlamat iaitu untuk meningkatkan mutu pengetahuan, keterampilan dan minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sains dan bidang-bidang berkaitan. Adalah diharapkan agar
pelajar-pelajar ini dapat mengaplikasikan pengetahuan sains mereka dalam kehidupan
seharian dengan berkesan dan mampu menyelesaikan masalah serta mempunyai
persediaan yang mencukupi agar mereka dapat menimba lebih banyak ilmu berkaitan
sains dan teknologi dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara di masa
depan.

Proses pembelajaran adalah berbentuk pasif di mana guru menyampaikan


pengetahuan dan pelajar menerima dan berusaha mengingati kebanyakan ilmu itu.
Peranan guru di dalam bilik darjah tidak lebih daripada menyuruh pelajar menggunakan
langkah-langkah yang diajar oleh mereka, seterusnya mengikuti apabila menjawab soalan
peperiksaan nanti. Hasilnya, ramai pelajar yang gagal, benci dan takut kepada mata
pelajaran tersebut. Keberkesanan kaedah pengajaran masih kurang dilakukan di negara
kita walaupun penekanan yang khusus telah diberikan dalam mata pelajaran sains ini.
Dengan ini, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk mengkaji kaedah yang mungkin
dapat memberi kesan positif kepada para pendidik di Malaysia.

4
Mata pelajaran Sains telah dijadikan mata pelajaran teras di semua peringkat
persekolahan. Bagaimanapun pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran
tersebut tidaklah begitu menggalakkan. Ini mungkin ada kaitan dengan pendekatan
pengajaran oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains. Menurut Byres, kaedah
pengajaran hanya mementingkan pelajar menurut sahaja apa yang disampaikan oleh guru
atau dengan kata lain pengajaran dan pembelajaran sehala. Kesedaran bahawa pengajaran
dan pembelajaran sains boleh dikatakan sangat tidak menggalakkan kerana kebanyakan
guru sains tidak melibatkan pelajar semasa proses pembelajaran di bilik darjah, yang
seterusnya mencetuskan satu kebimbangan dan masalah lain yang lebih cemas terutama
dalam menentu dan menilai tahap penguasaan pelajar secara spontan. Menyedari hakikat
ini, maka sewajarnya guru-guru sains di sekolah memilih pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang boleh menarik minat para pelajar.

Di antara faktor-faktor yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar kepada
sesuatu perkara yang disampaikan adalah pendengar atau pengguna sedar dan tahu
bahawa perkara atau benda itu berguna atau berfungsi kepadanya. Cara maklumat itu
disampaikan atau dipersembahkan dengan cara dan gaya yang lebih menarik. Antaranya,
perkara atau benda yang akan disampaikan haruslah indah, mengagumkan,
mengembirakan dan menyeronokkan. Dengan pendekatan yang ditonjolkan, pelajar
dianggap telah mempunyai idea tersendiri tentang sesuatu konsep yang belum dipelajari
berdasarkan kepada pengalaman sedia ada. Oleh itu, melalui cara ini mereka tidak akan
merasakan bahawa mereka berhadapan dengan peraturan yang menakutkan bahkan
mereka akan merasa seronok sewaktu proses pembelajaran sains dan bersedia dengan
kemungkinan yang bakal timbul.

Pendidik yang memainkan peranan perlulah lebih bersedia. Pendidik atau guru
juga perlulah merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa perubahan-
perubahan yang diingini. Dalam perancangan seperti ini, guru perlulah lebih jelas dengan
jenis perubahan yang diingini. Tahap pengetahuan yang hendak diperolehi oleh murid-

5
murid, kemahiran yang harus dibentuk dan perubahan-perubahan sikap yang hendak
dicapai (Ee Ah Meng, 1987). Selain daripada itu juga, guru perlu cekap memilih kaedah
pengajaran yang sesuai supaya pembelajaran sains berlaku dalam keadaan yang dapat
merangsang minat dan tumpuan pelajar.

Kaedah bagaimana cara menggalakkan pelajar-pelajar belajar dan mencari ilmu


sendiri perlu dipupuk dari peringkat awal lagi disamping guru bertindak sebagai
pembimbing, membimbing pelajar supaya mereka lebih bersifat ekspresi kendiri yang
kreatif serta bertanggungjawab. Iklim bilik darjah dengan suasana bilik pembelajaran
dibina bertujuan memperkembangkan kreativiti para pelajar supaya lokus kawalan
dalaman disebabkan yang menggerakkan mereka ialah diri mereka sendiri dan standard
yang hendak dicapai juga adalah relatif kepada diri mereka sendiri. Pemikiran kritikal
dipupuk kerana proses pembelajaran ialah induktif. Kaedah ini berstruktur dan
menekankan penggunaan konsep, pengetahuan, maklumat dan kemahiran.

Namun begitu kebanyakkannya, sebagai seorang guru, apa yang diperhatikan


ialah guru-guru tidak gemar mempelbagaikan aktiviti pengajaran supaya lebih menarik.
Ianya berasas, dengan disebabkan kedudukan pelajar dalam bilik darjah, suasana
persekitaran, kekangan masa dan tumpuan untuk menghabiskan sukatan mendorong
guru-guru beralih semula kepada kaedah pembelajaran tradisional. Interaksi dua hala dan
secara kumpulan merupakan iklim sosial pembelajaran yang paling berkesan. Interaksi
antara guru dan pelajar dalam kerja kumpulan menentukan tahap pencapaian objektif
pengajaran guru.

Dalam menyelidik permasalahan pembelajaran yang timbul di kalangan pelajar,


penyelidik ingin mengkaji dan menonjolkan keberkesanan pembelajaran melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi pelajar Tingkatan 1 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan. Diharap dengan

6
penyelidikan ini akan dapat meningkatkan prestasi dan penguasaan dikalangan pelajar
sekaligus meningkatkan martabat guru sebagai pendidik yang mempunyai cara tersendiri
dalam menangani permasalahan yang timbul dengan berpandukan ilmu dan pengalaman
yang diperolehi.

1.3 Pernyataan Masalah

Seiring dengan dasar 60:40 yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia iaitu melahirkan 60 peratus pelajar sains tulen berbanding 40 peratus aliran
sains sosial, maka para guru sains disarankan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran supaya dapat menarik lebih ramai murid yang meminati sains serta
mengikuti aliran sains tulen di peringkat menengah atas dan pusat-pusat pengajian tinggi
Negara. Masalah utama kajian ini adalah untuk mengkaji penguasaan Kemahiran Proses
Sains melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), iaitu
bagaimanakah cara untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains yang lebih
efektif dan berkualiti.

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama International Institute For


Education Planning (HEP) telah membuat kajian untuk mencari mekanisme baru dalam
mengimplementasikan pendidikan sains peringkat menengah secara berkesan sebagai
faktor utama menyebabkan murid kurang berminat untuk mengikuti aliran sains tulen
(Sharifah Maimunah & Lewis, 1993).

Kaedah pengajaran sains tidak berkesan dalam laporan itu merujuk kepada :-

1. Pengajaran guru sains yang berorientasikan penghafalan faktor-faktor sains


yang telah dipermudahkan.
2. Guru sains meninggalkan tajuk-tajuk yang sukar untuk di ajar dan difahami
oleh pelajar.

7
3. Pengajaran guru sains lebih kepada menyalin nota.
4. Hasil kajian ini mendapati pendekatan pengajaran sains yang sangat berkesan
dapat mempengaruhi mutu mata pelajaran sains dan dapat menarik minat
murid dalam menceburi bidang sains dalam pengajian mereka.

Selain daripada faktor-faktor yang dibincangkan tentang mengapa pengajaran


sains tidak berkesan, terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa terdapat guru sains
yang mengajar sains secara hafalan konsep, di mana murid-murid dikehendaki menghafal
konsep-konsep sains. Kaedah pengajaran secara hafalan dan teori didapati menjemukan
dan menyukarkan murid memahami konsep sains berbanding kaedah konstruktivisme.
Kaedah yang tidak sesuai yang telah digunakan oleh segelintir guru sains ini menjadi
faktor murid tidak meminati mata pelajaran sains dan menganggap sains suatu mata
pelajaran yang susah iaitu sains dianggap sebagai ‘killer subject’ bagi sesetengah
individu. Oleh itu, melalui kajian yang akan dilaksanakan ini, ia diharap dapat melihat
sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains melalui kaedah
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada murid-murid.

1.4 Rangka Kajian

Pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar akan digunakan dalam menilai


dan menghasilkan satu maklumat yang jitu. Strategi pembelajaran yang dikelaskan
sebagai pembolehubah bebas adalah dari pelajar-pelajar yang akan mengikuti cara
pengajaran dan pembelajaran melalui pengalaman sedia ada mereka terhadap sesuatu
konsep dan penglibatan penggunaan TMK. Manakala hasil pembelajaran disifatkan
sebagai pembolehubah bersandar kerana hasil pencapaian pelajar yang akan dapat dilihat
daripada cara pengajaran dan pembelajaran yang akan diberikan dan diamalkan oleh
kumpulan pelajar berkenaan.

8
Di sini kedua-dua strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza dari segi bentuk
interaksi pelajar sesama pelajar, struktur maklumat, akauntabiliti individu dan struktur
tugas. Perbandingan antara kedua-dua strategi pembelajaran dilihat dari segi kesan
terhadap hasil pembelajaran. Oleh itu, bagi melaksanakan kajian ini maka satu kerangka
konseptual akan dibina bagi menunjukkan kerangka model pembelajaran yang akan
dilaksanakan dan pengubahsuaian yang perlu diambil. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan
model kerangka konseptual yang akan dibina.

9
Pendekatan Pembelajaran

Strategi Pengajaran

Penggunaan Teknologi Maklumat


Pengajaran Konvensional
& Komunikasi (TMK)

Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains

Penilaian

Maklum Balas

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

10
1.5 Tujuan Kajian

Di antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sikap pelajar
terhadap pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam meningkatkan prestasi pelajar, dari kaedah biasa dengan selepas aktiviti yang
dijalankan. Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah
Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan. Kajian ini juga dijalankan untuk
menggabungkan pengalaman sedia ada pelajar dan mengenal pasti perbezaan sikap
pelajar terhadap pembelajaran berdasarkan demografi. Selain daripada itu, ia juga kajian
merangkumi mengkaji pertalian di antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka di
dalam mata pelajaran sains. Pelajar akan melakukan aktiviti secara aktif semasa proses
pembelajaran dan ini meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami sendiri
oleh mereka.

Tujuan kajian ini juga adalah untuk menolak tanggapan negatif terhadap mata
pelajaran sains dan membuktikan sekiranya pelajar menggunakan pengalaman sedia ada
digabungkan dengan TMK dalam pembelajaran pelajar, ianya akan dapat meningkatkan
prestasi yang lebih baik serta mengubah tanggapan di kalangan pelajar sekolah menengah
bahawa mata pelajaran sains adalah mata pelajaran yang tidak menarik, memeningkan
kepala, menggoncang minda dan sukar.

Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang akan dirancang dalam penggunaan


TMK, ianya adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar bahawa dalam mata
pelajaran sains mereka berpeluang menerokai bidang sains dalam ruang lingkup atau
skop yang lebih global dan realiti yang sebenar serta kontemporari. Ini secara tidak
langsung akan memupuk minat pelajar untuk berkongsi pengetahuan, penerapan nilai-
nilai murni, bertimbangrasa serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi.

11
1.6 Objektif Kajian

Kajian ini ingin mengkaji keberkesanan pembelajaran melalui penggunaan


Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta kemahiran yang digunakan oleh guru-guru
dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains.

Antara objektif kajian ialah :

1. Membandingkan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran


dengan pendekatan tradisional.
2. Menentukan samada penggunaan TMK dapat meningkatkan prestasi pelajar
terhadap mata pelajaran sains.
3. Mengkaji dan menentukan keberkesanan penggunaan TMK bagi konsep-konsep
sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sains
tingkatan 1 dapat meningkatkan prestasi pelajar

1.7 Persoalan Kajian

Kajian ini ingin mengetahui sama ada penggunaan pengalaman atau pengetahuan
sedia ada dalam pembelajaran boleh menghasilkan sikap yang lebih baik terhadap
pengajaran dan pembelajaran sains di samping dapat meningkatkan prestasi pelajar.
Susulan dari tujuan yang dinyatakan di atas, persoalan-persoalan kajian berikut harus di
ambil kira untuk diselidiki dalam kajian yang dijalankan :

1. Adakah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses


pengajaran dan pembelajaran sains tingkatan 1 lebih berkesan dari kaedah
tradisional?

12
2. Bolehkah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pengajaran dan pembelajaran sains yang dilaksanakan di sekolah dapat
meningkatkan prestasi pelajar terhadap mata pelajaran sains?
3. Bolehkah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pengajaran dan pembelajaran sains dapat membantu murid-murid menguasai
pengetahuan dalam sains bagi tajuk ‘sumber tenaga’?

1.8 Hipotesis Kajian

Berdasarkan persoalan kajian yang dinyatakan di atas, hipotesis-hipotesis yang berikut


akan dibina untuk ditentusahkan.

Ho1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikans dari segi pencapaian antara kumpulan
yang mengikuti pengajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dengan kumpulan kawalan.

Ho2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikans dari segi pencapaian murid antara ujian
pra dengan ujian pos bagi kumpulan eksperimen.

Ho3. Tidak terdapat hubungan antara minat dengan pencapaian murid dalam subjek
Sains.

13
1.9 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk membuktikan bahawa


pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pembelajaran dapat meningkatkan minat murid untuk belajar sains dengan lebih baik baik
dan berkesan. Kaedah ini diharap dapat membawa kesan yang dijangkakan, sekiranya
berjaya berkemungkinan besar kaedah ini dipraktikkan oleh warga pendidik supaya
prestasi sains boleh dipertingkatkan dan suasana menang-menang timbul dikalangan
warga pendidik dengan para pelajar. Warga pendidik berjaya dalam pengajaran dan para
pelajar berjaya mempraktikkan ilmu yang diajar. Pembelajaran melalui penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini sangat sesuai untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar lemah dan pelajar-pelajar luar bandar. Pembelajaran
melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah sesuai untuk
mata pelajaran sains kerana sains melibatkan Kemahiran Proses Sains seperti memerhati,
mengelas, mengawal pembolehubah, meramal, membuat hipotesis, membuat inferens,
mengukur dan menggunakan nombor, mendefinisi secara operasi, membina komunikasi
yang baik dan kebolehan mengeksperimen.

Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains terdapat satu kemahiran
di antara beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pelajar bagi memudahkan
mereka menguasai mata pelajaran sains. Kemahiran tersebut adalah Kemahiran
Manipulatif yang melibatkan kemahiran psikomotor dalam yang membolehkan pelajar
melakukan perkara yang melibatkan peralatan dan bahan sains dengan betul. Ianya boleh
diperkembangkan lagi dengan cara penglibatan pelajar melalui perbincangan dan
interaksi dalam kumpulan sebagaimana semua maklum, pembelajaran secara
berkumpulan dengan pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK), ianya merupakan satu pembaharuan kepada strategi yang lama itu
tadi.

14
Kaedah kumpulan ini akan dijalankan dengan pendekatan pembelajaran melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu semasa proses
pengumpulan data dan maklumat di mana kumpulan kecil tersebut bergerak mendapatkan
maklumat dengan berpandukan pengalaman sedia ada membuat kronologi pembelajaran
dan membina pengalaman pembelajaran dengan berbantukan komputer. Ini
membolehkan guru membimbing pelajar-pelajar mengikut kebolehan di samping
menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-
masing. Ia merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran sains.

Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan memberikan pelajar-pelajar peluang


mengamalkan pengajaran sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa,
perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial. Pengajaran dan pembelajaran sains dengan
kaedah kumpulan boleh dilakukan dengan pelbagai strategi. Satu daripada strategi adalah
melalui amalan pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) yang diharap dapat mengubah penderitaan pelajar kepada sains itu
menyeronokkan dan bukannya menyukarkan.

1.10 Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut :-

1. Kajian ini berfokuskan kepada satu topik sains KSSM tingkatan satu iaitu
‘sumber tenaga’.
2. Kajian ini hanya akan melibatkan murid tingkatan satu berjumlah 30 orang
dan terbatas kepada sebuah sekolah yang terpilih sahaja. Murid-murid ini
bukanlah merupakan sampel yang mewakili kawasan sebenar sesuatu kawasan.
Oleh itu, hasil kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua murid
tingkatan satu di Malaysia.

15
3. Kaedah eksperimen dijalankan di mana satu kumpulan berfungsi sebagai
kumpulan eksperimen dan satu kumpulan lagi sebagai kumpulan kawalan.
Kumpulan eksperimen akan di ajar melalui penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) manakala kumpulan kawalan akan diajar
menggunakan kaedah tradisional.
4. Sampel kajian merupakan murid-murid kawasan pinggir bandar di daerah
Machang, oleh itu hasil kajian ini tidak sesuai untuk dibuat generalisasi ke
sebuah sekolah di kawasan pedalaman.
5. Kaedah pengajaran yang akan digunakan semasa kajian hanya dijalankan bagi
tajuk yang telah dipilih sahaja. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berlainan mungkin menghasilkan dapatan kajian yang berbeza.

1.11 Definisi Istilah

1.11.1 Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Proses Sains merupakan kemahiran yang diperlukan untuk


mendapatkan jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara
bersistematik. Ianya melibatkan penggunaan mental yang menggalakkan individu untuk
berfikir secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Murid yang dapat menguasai
kemahiran proses sains akan menjadi individu yang mampu berfikir serta menyelesaikan
sesuatu masalah secara berkesan.

Untuk menguasai kemahiran proses sains, individu perlu menguasai kemahiran


berfikir yang berkaitan dengannya. Antara kemahiran berfikir yang yang ada perkaitan
dengan kemahiran proses sains adalah seperti berikut :-

16
1. Memerhati
Merupakan satu kemahiran mencirikan sesuatu spesimen dengan menggunakan
organ-organ deria seperti mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung
untuk menghidu, lidah untuk merasa dan kulit untuk menyentuh. Kemahiran ini
memerlukan individu untuk membandingkan dan menghubungkaitkan antara satu
spesimen dengan yang lain.

2. Mengelaskan
Merupakan satu kemahiran mengumpulkan spesimen mengikut kumpulan
masing-masing berdasarkan ciri-ciri sepunya seperti cara membiak, warna, tabiat
pemakanan dan pelbagai ciri yang dikaji.

3. Membuat inferens
Merupakan satu kemahiran membuat kesimpulan awal terhadap pemerhatian
berdasarkan pengetahuan sedia ada.

4. Meramal
Merupakan kemahiran untuk meneka hasil yang sepatutnya terhasil dari
penyiasatan berdasarkan pemerhatian yang di buat.

5. Mentafsir data
Merupakan satu proses menerangkan sesuatu jadual, graf atau gambarajah di
mana melibatkan semua kemahiran proses sains seperti memerhati, membuat
inferens, mengawal pembolehubah, meramal serta membuat kesimpulan.

1.11.2 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


Merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menggalakkan para pelajar untuk
memproses dan mengakses maklumat yang mana lebih efisyen dan menarik. Para
pelajar berupaya menjawab pelbagai permasalahan menerusi penerokaan mereka
menerusi penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan

17
seterusnya menarik minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap mata pelajaran
sains.

1.11.3 Multimedia
Kaedah pengajaran yang menggunakan teknologi maklumat yang membenarkan
integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi (Baharudin &
Mohd, 1995)

1.11.4 Kumpulan kajian


Satu kumpulan kajian yang dipilih secara rawak di dalam kelas dan dijadikan
sebagai kumpulan eksperimen.

1.11.5 Konsep
Konsep merujuk kepada keteraturan dan batasan terhadap objek, peristiwa,
prinsip dan teori. Pada keseluruhannya, teori, prinsip, proposisi dan konsep saling
berkaitan dan merupakan satu kesatuan yang kukuh.

1.11.6 Ujian Pra


Ujian yang diberikan kepada murid untuk mengukur pengetahuan sedia ada murid
terhadap sesuatu topik yang dipelajari. Ujian ini akan membantu guru menilai dan
mengukur tahap pengetahuan murid terhadap topik tersebut seterusnya merancang
kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap serta kebolehan murid.

1.11.7 Ujian Pos


Ujian yang diberikan oleh guru selepas proses pengajaran dan pembelajaran yang
bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman murid terhadap topik yang di ajar.
Skor yang dicapai boleh dijadikan pengukur sama ada kaedah pengajaran yang
berkesan atau tidak.

18
1.11.8 Pengajaran guru
Dalam kajian ini pengajaran guru bermaksud pengajaran yang dijalankan
merupakan satu tindakan intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan serta
penilaian, interaksi antara guru dengan pelajar.

1.11.9 Tahap pembelajaran pelajar


Tahap pembelajaran pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah berkenaan
pembelajaran pelajar di luar waktu kelas.

1.11.10 Sekolah menengah


Sekolah atau institusi pendidikan bantuan penuh kerajaan sama ada dari segi
nama seperti Sekolah Menengah Kebangsaan yang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berdasarkan kurikulum yang diunjurkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

1.11.11 Sains
Merupakan satu ilmu pengetahuan yang teratur ataupun sistematik yang boleh
diuji atau dibuktikan kebenarannya. Ia juga merupakan cabang ilmu pengetahuan
yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan samata-mata. Contoh pengetahuan
sains ialah seperti biologi, fizik dan kimia.

1.11.12 Aspek Dalaman Pelajar


Masalah yang wujud dalam diri pelajar itu sendiri. Mengikut kajian ini, aspek-
aspeknya ialah :-
i. Minat pelajar
ii. Penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru

1.11.13 Aspek Luaran Pelajar


Masalah luaran ialah aspek-aspek yang wujud dari persekitaran atau di luar dari
diri pelajar. Aspek yang dimaksudkan ialah :

19
i. Kaedah pengajaran guru dengan penggunaan alat bantu mengajar
ii. Tahap penggunaan Bahasa Inggeris guru

1.11.14 Minat
Minat merupakan daya penggerak atau kecenderungan seseorang itu member
perhatian terhadap pelajaran. Penumpuan terhadap perkara menarik minatnya
akan timbul secara spontan.

1.11.15 Sikap
Sikap merupakan faktor dalaman pelajar yang terhasil dalam diri pelajar hasil
pengaruh luar. Sikap di dalam kajian ini bermaksud penerimaan pelajar terhadap
mata pelajaran sains. Menurut Sharifah Alawiyah Alsagoff (1983) mendefinisikan
sikap adalah suatu keadaan seseorang individu mudah dipengaruhi untuk
bertindak secara positif atau negatif terhadap sesuatu perkara.

1.11.16 Keluarga
Dalam kajian ini, pengaruh keluarga adalah berhubungan dengan taraf pendapatan
ibu bapa, taraf pendidikan ibu bapa dan tempat tinggal yang selesa. Kedudukan
sesuatu keluarga memainkan peranan yang penting untuk memberi dorongan
kepada pelajar dalam proses pembelajaran.

1.11.17 Pinggir Bandar


Menurut Kamus Dewan keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2005)
perkataan ‘pinggir bandar’ merujuk kepada daerah yang yang berhampiran dari
Bandar atau tepi Bandar.

1.12 Definisi Konsep dan Operasi

Dalam kajian ini beberapa definisi akan digunakan dan berikut adalah maksud
bagi setiap perkataan.

20
1.12.1 Kaedah
Kaedah merujuk kepada suatu siri tindakan yang sistematik serta berurutan dan
bertujuan mencapai objektif spesifik iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.
Kaedah juga membawa implikasi penyusunan. Oleh itu, kaedah mengajar juga
beerti cara mendekati sesuatu dengan langkah-langkah yang tersusun atau teratur.

1.12.2 Pengajaran
Pengajaran merupakan suatu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar
dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka. Guru-guru
perlulah merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa
perubahan-perubahan yang di ingini.

1.13 Ringkasan

Secara keseluruhannya, kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk melihat
keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme menggunakan
bahan berkomputer dalam meningkatkan kemahiran proses sains murid-murid tingkatan
satu dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Kajian yang akan dijalankan ini
adalah untuk melihat adakah konstruktivisme yang hendak digunakan oleh guru bagi
topik ‘sumber tenaga’ lebih berkesan berbanding kaedah tradisional. Oleh itu untuk
menghasilkan satu kajian yang mantap dan guru perlu menganalisis apakah tujuan dan
objektif kajian ini serta apakah faktor-faktor kekangan yang terlibat sewaktu kajian ini
dilaksanakan di sebuah sekolah menengah yang terpilih serta sampel yang telah
digunakan.

21
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tinjauan literatur merupakan kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang akan
dijalankan oleh pengkaji. Dalam konteks ini, kita telah mengkaji pendapat-pendapat yang
dikemukakan oleh para penyelidik terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam meningkatkan
prestasi pelajar berbanding kaedah tradisional yang biasa dibuat oleh para guru. Dalam
konteks ini, penyelidik akan membincangkan beberapa dapatan yang telah dibuat oleh
ahli-ahli sosiologi terkemuka sama ada dalam mahupun luar negara berkaitan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah.

2.2 Tinjauan Bacaan

Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa pemahaman terhadap


Kemahiran Proses Sains amat penting dalam mata pelajaran sains. Ramai pelajar tidak
memahami konsep asas dalam sains kerana mereka menghafal sesuatu topik tanpa
melibatkan penerokaan sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu,
kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dikatakan mampu menjana pemikiran secara kreatif dan kritis yang
melibatkan pelajar mencari dan menyelesaikan masalah dan mengaitkan dengan
pengetahuan sedia ada mereka.

22
Kaedah pengajaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi
pencapaian pelajar di samping menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains.
Menurut Ee Ah Meng (1990), pengajaran sains adalah merujuk kepada kaedah dan teknik
pengajaran yang digunakan. Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan,
guru sepatutnya memikirkan tentang strategi yang akan digunakan agar menjamin
kelicinan dan keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran. Strategi pengajaran yang
sesuai bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu pelajaran malah ia menjadikan
sesuatu pembelajaran bermakna kepada pelajar.

Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (1993), dalam proses membina


pengetahuan baru, pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan
membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
Sebagai contohnya, ia boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti
mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi
dan membuat kesimpulan.

Tengku Zawawi Tengku Zainal (1996), penulis membincangkan mengenai


beberapa teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sains
yang agak berbeza dari mata pelajaran yang lain. Pengajaran yang berkesan akan
melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dimiliki oleh guru-guru, antaranya ialah :-

1. Perancangan mengajar.
2. Perlaksanaan pengajaran.
3. Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai.
4. Pengayaan dan pemulihan.
5. Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran.
6. Pengurusan bilik darjah.
7. Penilaian terhadap bahan dan kurikulum sains.

23
Penulis juga menekankan bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan
peranan penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menarik. Untuk mewujudkan suasana sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui
peranan yang sebenar yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam
menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh pelbagai ejen sosial
termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi
sosial yang bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap
kepimpinan dikalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik
darjah.

Sistem pendidikan di Malaysia sekarang sedang mengalami satu perubahan yang


besar di mana keseluruhan kurikulum baik sekolah rendah atau sekolah menengah telah
di tukar kepada kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Jikalau dahulu sekitar tahun 2003
begitu hangat dibincangkan tentang pelaksaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tetapi sekarang sistem itu sudah dihapuskan
secara berperingkat-peringkat sebagaimana pelaksanaanya dahulu ataupun lebih dikenali
sekarang sebagai ‘soft landing PPSMI’.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah


Menengah (KSSM) ini lebih berpusatkan pelajar dan perbezaan dengan kurikulum yang
sebelum ini ialah ia menekankan kepada Penilaian Berasaskan Sekolah. Banyak nilai
tambah telah diperkenalkan dalam usaha untuk meninggikan taraf pendidikan negara
termasuklah mata pelajaran sains. Adalah menjadi impian dan hasrat kurikulum sains
untuk memastikan pendidikan sains di Malaysia dapat memperkembangkan individu
yang kompetetif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains
dan berketrampilan tekonologi. Justeru bagi merealisasikan kenyataan di atas, peranan
guru-guru dinyatakan dengan jelas iaitu :-

24
“Pada keseluruhannya adalah tanggungjawab guru untuk memberikan pelbagai
pengalaman kepada murid di dalam satu suasana yang kaya dengan beraneka jenis bahan-
bahan pembelajaran. Pengalaman-pengalaman tersebut diterima oleh pelajar melalui
aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran,
pengetahuan dan nilai serta membentuk sikap yang dikehendaki oleh kurikulum sekolah”
(KPM, 1992)

Kenyataan ini bersesuaian dengan definisi pembelajaran merupakan suatu proses


memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam diri seseorang melalui tunjuk
ajar (instructional), kajian (study) dan pengalaman (experience) (Webster’s &
Chamber’s Dictionary). Pembelajaran juga merupakan satu proses untuk meletakkan idea
dan pengalaman baru ke dalam kerangka konseptual. Dalam proses tersebut, kerangka
konseptual boleh diubahsuai untuk menempatkan ‘input’ atau ‘input’ ditolak dan
kerangka konseptual di bina semula. Dalam semua hal pelajar akan bertindak ke atas
‘input’ melalui kerangka konseptual yang telah wujud (Osborne & Freyberg, 1985).

Dalam pendidikan sains, para pelajar mesti dapat menguasai Kemahiran Proses
Sains dan Kemahiran Manipulatif. Kedua-dua kemahiran ini akan dapat dikuasai oleh
pelajar melalui aktiviti pembelajaran secara ‘hands-on’ dan ‘minds-on’. Dalam hal ini
pengetahuan sedia ada pelajar diperlukan semasa mempelajari dan memperolehi
pengetahuan dan pengalaman baru. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran perlu
menyediakan suasana pembelajaran yang membolehkan murid-murid menguji,
menganalisis, membuat hipotesis dan menstruktur semula idea mereka dengan fakta
sebenar. Pembelajaran dalam sains dapat dicapai melalui pengalaman praktikal dan
mencari penerangan mengenainya, dan menggunakan pengetahuan saintifik dan idea
untuk menyelesaikan masalah atau menerangkan pemerhatian.

25
Dapatan dari penyelidikan juga mendapati bahawa pelajar dapat memperolehi
makna dan memahami konsep sains dengan mudah kerana mereka menggunakan
pengetahuan sedia ada yang diperolehi dari persekitaran dan dihubungkaitkan dengan
maklumat yang diterokai semasa aktiviti pembelajaran. Kaedah ini membolehkan pelajar
menambah kefahaman terhadap sains dengan lebih mudah di samping dapat menarik
minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran sains.

2.3 Tinjauan Kajian Lepas

2.3.1 Kajian lepas luar negara

2.3.2 Kajian lepas di Malaysia

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Hajah Cik Fatimah bt Mohd Yassin ke atas 60
pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Seri Semantan pada tahun 2003, telah
membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran sains yang menggunakan komputer
lebih berjaya meningkatkan pencapaian dan menyemai sikap positif pelajar dalam mata
pelajaran sains. Suasana pembelajaran menggunakan komputer adalah unik dan tidak
sama seperti pembelajaran biasa dengan menggunakan teks. Implikasi kajian pelajar
dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran semasa menggunakan
perisian komputer. Instrumen yang digunakan ialah borang pemerhatian, soal selidik, dan
ujian pra dan ujian pos.

Satu kajian yang dibuat oleh Rahimah Mohamed pada tahun 2001 tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains berbantukan komputer bagi pelajar
sekolah menengah di daerah Miri, Sarawak. Kajian secara tinjauan menggunakan soal
selidik, bertujuan untuk mengkaji status keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains
berbantukan komputer dalam mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di daerah Miri, Sarawak dan masalah-masalah yang dihadapi dalam
melaksanakannya. Seramai 120 orang pelajar tingkatan 1 telah dijadikan sampel kajian.
Hasil daripada kajian ini didapati bahawa, tahap penguasaan pelajar dalam KBKK

26
meningkat iaitu dari min skor keseluruhan sebanyak 48.5% hingga min skor keseluruhan
60.5%. Dapatan juga menunjukkan bahawa beberapa faktor masalah yang dihadapi oleh
guru dalam melaksanakan pengajaran melalui komputer dalam bilik darjah telah
dikenalpasti. Faktor-faktor tersebut adalah kekurangan kemahiran guru, sikap pelajar,
tiada makmal komputer dan alat bantu mengajar serta kurangnya komitmen pihak
pentadbir sekolah.

Satu kajian telah dijalankan oleh Wong Hwee Sean pada tahun 2007
menggunakan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian ini melibatkan
64 orang pelajar dari dua buah kelas tingkatan satu di Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Chung Cheng, Kota Bharu, Kelantan. Kajian telah dijalankan selama 18 jam.
Hasil dari kajian, beliau mendapati bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer dapat meningkatkan pencapaian dan menambahkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran sains.

2.4 Kajian-kajian Mengenai Sikap

Ahli-ahli psikologi sosial telah menggunakan pelbagai teknik kajian bagi


mengukur pelbagai aspek dan objek sikap tersebut seperti patriotisma, agama,
perkahwinan dan sebagainya (Katz, 1966). Berkaitan dengan soal ini, nama-nama seperti
Borgodes (1952), Thurstone (1929), Likert (1932), Remmers (1943), Guttman (1950) dan
juga Cattel (1952) merupakan penyelidik yang penting melahirkan ukuran-ukuran
tertentu mengkaji sikap termasuklah yang berhubung dengan persekolahan dan
pencapaian akademik pelajar.

Sullivan (1927) merupakan pengkaji yang awal dalam membincangkan hubungan


sikap dengan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil eksperimen yang dijalankannya

27
ternyata sikap mempunyai peranan yang penting bukan sahaja sebagai suatu objektif
pengajaran tetapi juga mempengaruhi pembelajaran itu sendiri.

Maknanya, sikap pelajar merupakan suatu faktor yang penting bagi menilai
pencapaian pelajar. Jordan (1941) menyatakan bahawa sikap pelajar lebih banyak di kaji
dari segi kognitifnya tetapi kurang pula dilihat dari aspek afektifnya. Menurut beliau,
aspek sikap pelajar di London pada tahun 1937 juga kurang mendapat para penyelidik.
Perkara ini disokong oleh Smith (1968) dan Thomas et.al.(1975) yang juga menegaskan
bahawa bukan kognitif (noncognitive) khususnya berkaitan dengan sikap dan pencapaian
pelajar kurang dikaji, kecuali pada awal tahun 1960-an iaitu selepas diadakan seminar
‘American Educational Research Association’ (AERA), barulah aspek sikap pelajar dan
pencapaian akademiknya dikaji secara bersungguh-sungguh.

2.5 Kesan Sikap Terhadap Pencapaian

Haggard (1957) telah membuat kajian mengenai sikap dan kajiannya jelas
menunjukkan sikap pelajar dan pencapaian akademik pelajar mempunyai pertalian yang
rapat. Perkembangan selanjutnya mengenai sikap dan pencapaian pelajar telah dibuat
oleh Adams (1962) dengan menggunakan Thurstone – Chavedan Likert kepada 190
orang pelajar Pendidikan dan Psikologi, Universiti Chicago dan hubungannya dengan
pencapaian.

Mata pelajaran yang digunakan untuk melihat pencapaian itu ialah Sains,
Matematik, Pendidikan, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Selain dari
membandingkan kesahan ukuran-ukuran itu, Adam membuktikan bahawa sikap pelajar
berkenaan ternyata mempunyai korelasi yang tinggi dengan pencapaian mereka.

28
2.6 Ringkasan

Terdapat beberapa teori dan model yang menerangkan tentang setiap


pembolehubah tersebut dan perkaitan antara pembelajaran melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dengan pembolehubah itu. Berdasarkan hasil kajian-
kajian lepas, dijangkakan pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dapat member kesan yang positif terhadap konsep kendiri pelajar.

Dari tinjauan literatur yang dibuat, pelajar yang mempunyai sikap yang negatif
ternyata mempunyai pencapaian yang lemah, manakala pelajar yang mempunyai sikap
yang positif mempunyai pencapaian yang baik. Kajian ini membuktikan sikap merupakan
faktor penting bukan sahaja untuk menilai pencapaian tetapi juga menentukan pencapaian
para pelajar.

29
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli sosiologi mendapati bahawa kaedah


pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mampu melahirkan insan yang mampu
menguasai kemahiran yang ingin diterapkan seterusnya objektif pembelajaran akan
mudah dicapai. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji keberkesanan strategi
pengajaran dan pembelajaran sains melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) khususnya bagi pelajar tingkatan satu dalam memahami topik
“sumber tenaga”. Dalam kajian ini kita akan mengkaji adakah kaedah ini sesuai dan
mampu meningkatkan kemahiran proses sains pada murid dan apakah murid mampu
mengingati dan menguasai kemahiran ini berbanding kaedah tradisional yang
dipraktikkan oleh guru-guru terdahulu.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini akan dijalankan secara tinjauan yang menggunakan reka bentuk ‘quasi-
eksperimen’ dan bancian statistik. Ianya akan melibatkan penilaian tentang sikap atau
pendapat pelajar juga termasuk peribadi yang dirahsiakan nama pelajar berkenaan. Data
akan dikutip melalui satu kajian soal selidik. Kajian akan dikelaskan sebagai
penyelidikan kuantitatif gunaan. Bancian atau penyelidikan akan dibuat dengan tujuan
menggunakan keputusan daripada hasil bagi menyelesaikan masalah khusus, ianya
dipanggil penyelidikan gunaan.

30
Kajian ini dikenali sebagai pengujian ke atas hipotesis. Hipotesis akan dibentuk
berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang digunakan iaitu dengan demografi,
minat dan pencapaian dalam Sains serta latar belakang. Hipotesis yang diperolehi akan
diuji sama ada ianya ditolak atau pun diterima atau terdapat alternatif lain yang boleh
digunakan sekiranya difikirkan sesuai. Setelah di uji, akan ditentukan pula sama ada
wujud hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang dikenalpasti. Pembolehubah
seperti yang dinyatakan terlebih dahulu dalam bab lepas iaitu pembolehubah bersandar
dalam kajian ini adalah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan
pembolehubah tak bersandar adalah sikap yang mengandungi minat, pencapaian dalam
Sains serta demografi yang melibatkan jantina responden, bilangan ahli keluarga, tahap
pendidikan ibu bapa, jenis kaum, pekerjaan ibu bapa, sosio-ekonomi keluarga, keputusan
UPSR, dan keputusan peperiksaan terkini.

Pelajar yang terlibat akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu :-

1. Kumpulan eksperimen : kumpulan pelajar yang di ajar menggunakan penggunaan


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu kaedah yang dikaji.
2. Kumpulan kawalan : kumpulan pelajar yang diajar menggunakan kaedah
tradisional.

Pada tahap permulaan kajian, kedua-dua kumpulan akan di beri ujian pra untuk
mengkaji pengetahuan sedia ada tentang “tenaga”. Ujian ini merupakan soalan objektif di
mana pelajar perlu menjawabnya sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Selepas ujian pra diberikan, jawapan-jawapan akan dikumpulkan untuk
dianalisis untuk menilai tahap pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya kumpulan
eksperimen akan di ajar topik ‘sumber tenaga’ dengan menggunakan kaedah Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) manakala kumpulan kawalan pula akan di ajar
menggunakan kaedah tradisional. Untuk melihat kesan dan perkembangan kajian, di
akhir kajian kedua-dua kumpulan akan diberikan satu ujian pos. Tujuan ujian ini
diberikan adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) berbanding kaedah tradisional dalam meningkatkan kemahiran
proses sains pelajar.

31
Ringkasan langkah-langkah yang akan di ambil boleh di lihat melalui gambarajah di
bawah :

Kumpulan Soal selidik


Eksperimen

Ujian Pra

Ujian Pos

Kumpulan
Kawalan

Rajah 3.1 : Kerangka Konsep Kajian

32
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Pengenalpastian populasi adalah penting dalam sesuatu penyelidikan pendidikan


kerana dari situ pelbagai maklumat akan diperolehi. Maklumat dari populasi akan
menentukan bidang masalah yang perlu dikaji. Populasi menentukan sebanyak mana data
dan maklumat dikumpul untuk dianalisis. Pentafsiran dan inferens tentang data dan
maklumat yang telah dikumpul juga dipengaruhi dan terhad kepada populasi yang dikaji.

Populasi kajian adalah terdiri dari 30 orang murid tingkatan satu di Sekolah
Menengah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan. Kelas yang akan dipilih adalah
kelas yang pencapaian pelajarnya adalah sederhana dan pencapaian dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah setara. Dalam kajian yang akan dibuat, 15
orang pelajar yang akan terlibat diajar dengan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) iaitu aktiviti eksperimen dan perbincangan. Oleh kerana kajian ini
merupakan kajian eksperimental, maka satu kumpulan kawalan akan diwujudkan.
Kumpulan kawalan juga terdiri dari 15 orang pelajar tetapi akan diajar menggunakan
kaedah pengajaran tradisional. Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua
kaedah ini, satu dapatan akan diperoleh.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah aspek yang penting bagi sesebuah penyelidikan kerana
hasil atau kesimpulan bagi sesebuah penyelidikan adalah berdasarkan kepada jenis
maklumat dan data yang dikumpulkan pada keseluruhannya bergantung kepada
instrumen yang di bina oleh seseorang penyelidik. (Ranjit, 1999).

33
Bagi menilai peningkatan pendekatan pengajaran melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) ke atas kemahiran saintifik dan pencapaian murid,
penilaian akan dibuat berdasarkan beberapa instrumen seperti berikut :-

3.4.1 Soal Selidik

Mengumpul maklumat untuk mendapatkan data berkaitan dengan tingkah laku


pelajar iaitu dari aspek persepsi, persetujuan, sikap dan minat terhadap mata pelajaran
Sains.

3.4.2 Ujian Pra

Soalan yang dikemukakan kepada pelajar sebelum sesi pengajaran dilakukan bagi
mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar terhadap topik yang akan diajar. Soalan ini
akan mengandungi 20 item dalam bentuk ‘Multiple Choice Question”.

3.4.3 Ujian Pos

Soalan yang akan dikemukakan selepas pengajaran penggunaan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (TMK) dilakukan. Mengandungi 20 item yang menguji
keberkesanan pengajaran terhadap kemahiran sainstifik dan pencapaian murid. Soalan
pos juga berbentuk ‘Multiple Choice Question’, dan soalan adalah sama dengan soalan
ujian pra tetapi berbeza dari segi kedudukan nombor sahaja.

3.4.4 Borang Maklumat Pelajar

Bahagian ini mengandungi maklumat tentang latar belakang sampel kajian.


Maklumat yang dikehendaki meliputi nama, jantina dan markah Sains bagi peperiksaan
UPSR, Sains pertengahan tahun, pekerjaan ibu bapa, pendapatan ibu bapa dan tahap
pendidikan ibu bapa.

34
3.5 Prosedur Kajian

Pengkaji akan menyediakan borang soal selidik yang akan diisi oleh pelajar untuk
melihat latar belakang taraf pendidikan, ekonomi keluarga serta pencapaian dalam mata
pelajaran Sains yang telah dicapai semasa UPSR dan juga peperiksaan lain di tingkatan
satu. Pengkaji akan menyediakan satu set soalan ujian pra yang akan diberikan kepada
pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) dijalankan. Ujian ini akan diberikan kepada kedua-dua
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Soalan ujian pra adalah soalan objektif
sebanyak 20 soalan.

Pengkaji akan mengajar di kelas kumpulan eksperimen menggunakan kaedah


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan waktu pengajaran selama dua waktu
dalam tajuk ‘sumber tenaga’. Pengkaji akan memantau kelas dan membimbing murid-
murid untuk memahami Kemahiran Proses Sains dan membuat eksperimen berkaitan
tajuk. Selepas pengajaran menggunakan kaedah ini, pengkaji akan mengajar kelas
kumpulan kawalan yang mempunyai tahap pencapaian yang setara menggunakan kaedah
tradisional, masa yang akan digunakan juga selama dua waktu pengajaran.

Di akhir proses kajian, pengkaji akan memberikan pula set soalan ujian pos yang
terdiri dari soalan berkaitan kemahiran proses sains berkaitan tajuk ‘sumber tenaga’.
Soalan ujian pos akan diberi untuk dijawab oleh pelajar untuk membandingkan
keberkesanan kaedah pengajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dengan kaedah tradisional. Soalan ujian pos ini adalah soalan yang
sama dengan soalan ujian pra yang terdahulu cuma susunan sahaja berbeza. Di akhir sesi
kajian, pengkaji akan meminta kumpulan eksperimen untuk mengisi borang soal selidik
dan diminta untuk mengisi secara jujur. Semua bahan-bahan kajian ini akan dikumpulkan
sebagai data dan pengkaji akan membuat analisis sama ada berkesan atau tidak kaedah
yang telah dipilih.

35
3.6 Pengumpulan dan Pemprosesan Data

Semasa pengumpulan dan pemprosesan data, pengkaji akan menggunakan


penganalisisan data kuantitatif iaitu dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens.
Statistik deskriptif akan dilakukan dengan mengira min, sisihan piawai piawai, frekuensi
dan peratusan markah yang diperolehi oleh pelajar bagi soalan pra dan soalan pos.

Pencapaian pelajar akan dibandingkan antara kumpulan eksperimen yang


menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dengan kumpulan kawalan yang menggunakan
kaedah tradisional. Untuk menunjukkan persepsi pelajar terhadap pendekatan yang
digunakan dalam menguasai kemahiran proses sains, pengkaji akan melihat kepada
peratusan dan min skor yang dicapai oleh sampel.

Purata min skor yang tinggi akan menunjukkan penerimaan yang positif manakala
purata min yang rendah menunjukkan penerimaan yang negatif. Data analisis tersebut
akan menggunakan program Microsoft Excel.

3.7 Prosedur Analisis Data

Prosedur analisis data akan dilakukan mengikut jenis-jenis soalan yang diberi
iaitu seperti berikut :-

a. Soalan-soalan ujian pra akan dikira markah, markah penuh adalah 100%. Setiap
soalan yang betul akan diberi 5 markah dan jawapan yang salah adalah 0.
Markah-markah kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen akan diasingkan
dan akan dimasukkan ke dalam borang pemarkahan.

36
b. Soalan-soalan ujian pos juga akan dikira markah yang sama seperti pemberian
markah kepada soalan pra, iaitu markah penuh adalah 100% dan setiap satu
soalan yang betul akan memperolehi 5 markah dan tiada markah bagi jawapan
yang salah. Markah-markah ini juga akan diisi dalam borang pemarkahan
mengikut kumpulan, iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.
c. Soalan soal selidik pula akan menggunakan Skala Likert. Skala Likert
memerlukan kepada sesuatu respon yang digredkan kepada setiap kenyataan yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran.

Respon ini dinyatakan dalam bentuk lima kategori seperti berikut :-

Jadual 3.1 menunjukkan nilai skor bagi pengukuran data

Skala Skor

Amat Setuju 1

Setuju 2

Tidak pasti 3

Tidak Setuju 4

Amat Tidak Setuju 5

Penganalisisan data kuantitatif akan dilakukan dengan menggunakan statistik


deskriptif. Statistik deskriptif akan dilakukan dengan menentukan min, sisihan piawai,
frekuensi dan peratusan markah kumpulan eksperimen dan markah kumpulan kawalan
berdasarkan ujian pra dan ujian pos.

37
3.8 Perbandingan Pencapaian Dianalisis.

Keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


pengajaran dan pembelajaran berbanding kaedah tradisional akan diperolehi dengan
melihat kepada data ujian-t yang akan dibuat.

3.9 Ringkasan

Kajian yang akan dilaksanakan akan menggunakan reka bentuk ‘quasi-


eksperimen’ dan bancian statistik, maka akan terdapat dua sampel kajian iaitu kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan dikehendaki menduduki ujian
pra, kumpulan eksperimen akan di ajar menggunakan kaedah Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) iaitu pelajar diminta meneroka sendiri masalah berdasarkan
pengalaman sedia ada melalui eksperimen manakala kumpulan kawalan diajar
menggunakan kaedah tradisional. Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pos dan hanya
kumpulan eksperimen sahaja akan diminta menjawab soalan-soalan soal selidik yang
akan diberi oleh pengkaji. Data yang diperolehi nanti akan dianalisis oleh pengkaji
dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens berdasarkan analisa yang akan
diperolehi dari nilai min dan sisihan piawai dari Microsoft Excel.

38

Anda mungkin juga menyukai