Anda di halaman 1dari 71

BAB 1

MASALAH PENYELIDIKAN

1.1 Pengenalan

Bidang pendidikan di negara ini sedang mengalami proses perubahan yang amat
pantas. Ledakan dan kepesatan perubahan ini akan berterusan dan dijangka lebih
mencabar pada masa-masa akan datang. Alaf baru yang muncul adalah cabaran besar
untuk warga pendidik dalam menangani pelbagai isu yang timbul seiring dengan
kepesatan dan pembangunan negara. Sistem pendidikan ke arah menstruktur dan
menjayakan pendidikan di Malaysia berlaku secara sentralisasi dengan status Malaysia
sebagai negara yang sedang membangun (Mok Soon Sang, 1991). Sehubungan dengan
itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di beri mandat sebagai agensi untuk
melaksanakan sistem pendidikan yang berkesan sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) iaitu :

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan
emosi, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber : Pendidikan Guru, 1995

Oleh itu, banyak perubahan dasar pendidikan negara telah dilakukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dan antara perubahan drastik yang telah dilaksanakan berdasarkan
kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran 1979 di bawah

1
Perakuan 61 iaitu merancang Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1985. Seterusnya,
pelaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris bagi matapelajaran Matematik dan Sains
(PPSMI). Pada masa kini satu dasar terbaru yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia ialah perubahan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Usaha terkini dalam memupuk minat pelajar serta mempertingkatkan lagi ilmu
pengetahuan ke arah yang lebih luas yang bersifat global adalah dengan penggunaan
komputer dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sesuai dengan perkembangan semasa penglibatan teknologi ini akan lebih
merancakkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta bersesuaian dengan
perkembangan semasa dunia.

Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kurikulum


sekolah sebenarnya bergantung kepada pengetahuan, keupayaan dan kemahiran guru
dalam memanfaatkan TMK sebagai alat untuk memproses dan mengakses maklumat
serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih menarik dan efisien
yang bersesuaian dengan tahap pelajar. Sekiranya budaya mengintegrasikan TMK ini
dapat dipupuk dalam setiap perancangan akademik sekolah dari peringkat awal maka ia
akan memberi satu pengalaman pembelajaran yang baru kepada pelajar sekali gus
menganjak sikap dan paradigma pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kurikulum akademik sekolah dan institut perguruan sememangnya menuntut


kepentingan penguasaan pengetahuan dan kemahiran literasi TMK di kalangan warga
mereka terutamanya pelajar sekolah. Antaranya adalah Aplikasi Perdana Sekolah Bestari
yang mana telah menggariskan konsep pembelajaran secara self-paced, self-accessed dan
self-directed yang jelas memberikan cabaran kepada guru untuk mengatur strategi

2
pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersifat dinamik dan kolaboratif. Situasi di mana
makmal komputer yang lengkap, bilik akses yang mesra pengguna, pemberian komputer
riba 1Malaysia kepada pelajar yang layak, kemudahan Wifi 4G serta kemudahan-
kemudahan lain lagi banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa
kini.

Menurut Wan Mohd Zahid (2000), sistem pendidikan negara memberikan


penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Mendidik manusia menjadi baik bukanlah satu perkara yang semudah memetik jari.
Manusia yang ingin dihasilkan sedemikian tidak boleh dan tidak mungkin dilahirkan
dalam tempoh sekelip mata, sebaliknya memerlukan usaha berterusan beerti ‘berusaha
terus menerus’. Dalam proses ini tidak wujud sebarang percanggahan yang boleh
menggugat usaha membina manusia baik ini.

Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru sebagai mentor


perlu sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran-kemahiran generik seperti
kemahiran belajar, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran teknologi
maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai maklumat. Bagi menggendalikan
pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir, guru perlu menggunakan teknik-
teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai berdasarkan kepada teori-teori yang
dipelajari dalam kursus yang dihadiri. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran
KSSR dan KSSM juga perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Sebagai kesimpulan awal, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran


adalah lebih dari sekadar menggunakan satu perisian pendidikan yang baru. Pemilihan
kaedah TMK yang sesuai dan bertepatan akan meningkatkan lagi kualiti pembelajaran
pelajar. Ini adalah kerana dalam TMK kita semua tahu peningkatan di dalam kelajuan dan
kepelbagaian pengalaman belajar adalah signifikan apabila kita mengemukakan kaedah
TMK yang sesuai. Kaedah dan penyelesaian TMK bukanlah sekadar meningkatkan mutu

3
pembelajaran yang sesuai. Terdapat banyak kaedah yang membantu guru dalam peranan
seharian di dalam kelas seperti mengurangkan masa yang di ambil untuk mentadbir juga
di dalam latihan kemajuan berterusan untuk mereka.

1.2 Latar Belakang Kajian

Dalam era menuju kemajuan sains dan teknologi di samping kehidupan harian
dalam ‘survival’ manusia sejagat hari ini, sains merupakan satu mata pelajaran yang
sangat penting. Kurikulum Standard Sekolah Menengah, dirancang supaya mencapai
matlamat iaitu untuk meningkatkan mutu pengetahuan, keterampilan dan minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sains dan bidang-bidang berkaitan. Adalah diharapkan agar
pelajar-pelajar ini dapat mengaplikasikan pengetahuan sains mereka dalam kehidupan
seharian dengan berkesan dan mampu menyelesaikan masalah serta mempunyai
persediaan yang mencukupi agar mereka dapat menimba lebih banyak ilmu berkaitan
sains dan teknologi dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara di masa
depan.

Proses pembelajaran adalah berbentuk pasif di mana guru menyampaikan


pengetahuan dan pelajar menerima dan berusaha mengingati kebanyakan ilmu itu.
Peranan guru di dalam bilik darjah tidak lebih daripada menyuruh pelajar menggunakan
langkah-langkah yang diajar oleh mereka, seterusnya mengikuti apabila menjawab soalan
peperiksaan nanti. Hasilnya, ramai pelajar yang gagal, benci dan takut kepada mata
pelajaran tersebut. Keberkesanan kaedah pengajaran masih kurang dilakukan di negara
kita walaupun penekanan yang khusus telah diberikan dalam mata pelajaran sains ini.
Dengan ini, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk mengkaji kaedah yang mungkin
dapat memberi kesan positif kepada para pendidik di Malaysia.

4
Mata pelajaran Sains telah dijadikan mata pelajaran teras di semua peringkat
persekolahan. Bagaimanapun pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran
tersebut tidaklah begitu menggalakkan. Ini mungkin ada kaitan dengan pendekatan
pengajaran oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains. Menurut Byres, kaedah
pengajaran hanya mementingkan pelajar menurut sahaja apa yang disampaikan oleh guru
atau dengan kata lain pengajaran dan pembelajaran sehala. Kesedaran bahawa pengajaran
dan pembelajaran sains boleh dikatakan sangat tidak menggalakkan kerana kebanyakan
guru sains tidak melibatkan pelajar semasa proses pembelajaran di bilik darjah, yang
seterusnya mencetuskan satu kebimbangan dan masalah lain yang lebih cemas terutama
dalam menentu dan menilai tahap penguasaan pelajar secara spontan. Menyedari hakikat
ini, maka sewajarnya guru-guru sains di sekolah memilih pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang boleh menarik minat para pelajar.

Di antara faktor-faktor yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar kepada
sesuatu perkara yang disampaikan adalah pendengar atau pengguna sedar dan tahu
bahawa perkara atau benda itu berguna atau berfungsi kepadanya. Cara maklumat itu
disampaikan atau dipersembahkan dengan cara dan gaya yang lebih menarik. Antaranya,
perkara atau benda yang akan disampaikan haruslah indah, mengagumkan,
mengembirakan dan menyeronokkan. Dengan pendekatan yang ditonjolkan, pelajar
dianggap telah mempunyai idea tersendiri tentang sesuatu konsep yang belum dipelajari
berdasarkan kepada pengalaman sedia ada. Oleh itu, melalui cara ini mereka tidak akan
merasakan bahawa mereka berhadapan dengan peraturan yang menakutkan bahkan
mereka akan merasa seronok sewaktu proses pembelajaran sains dan bersedia dengan
kemungkinan yang bakal timbul.

Pendidik yang memainkan peranan perlulah lebih bersedia. Pendidik atau guru
juga perlulah merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa perubahan-
perubahan yang diingini. Dalam perancangan seperti ini, guru perlulah lebih jelas dengan
jenis perubahan yang diingini. Tahap pengetahuan yang hendak diperolehi oleh murid-

5
murid, kemahiran yang harus dibentuk dan perubahan-perubahan sikap yang hendak
dicapai (Ee Ah Meng, 1987). Selain daripada itu juga, guru perlu cekap memilih kaedah
pengajaran yang sesuai supaya pembelajaran sains berlaku dalam keadaan yang dapat
merangsang minat dan tumpuan pelajar.

Kaedah bagaimana cara menggalakkan pelajar-pelajar belajar dan mencari ilmu


sendiri perlu dipupuk dari peringkat awal lagi disamping guru bertindak sebagai
pembimbing, membimbing pelajar supaya mereka lebih bersifat ekspresi kendiri yang
kreatif serta bertanggungjawab. Iklim bilik darjah dengan suasana bilik pembelajaran
dibina bertujuan memperkembangkan kreativiti para pelajar supaya lokus kawalan
dalaman disebabkan yang menggerakkan mereka ialah diri mereka sendiri dan standard
yang hendak dicapai juga adalah relatif kepada diri mereka sendiri. Pemikiran kritikal
dipupuk kerana proses pembelajaran ialah induktif. Kaedah ini berstruktur dan
menekankan penggunaan konsep, pengetahuan, maklumat dan kemahiran.

Namun begitu kebanyakkannya, sebagai seorang guru, apa yang diperhatikan


ialah guru-guru tidak gemar mempelbagaikan aktiviti pengajaran supaya lebih menarik.
Ianya berasas, dengan disebabkan kedudukan pelajar dalam bilik darjah, suasana
persekitaran, kekangan masa dan tumpuan untuk menghabiskan sukatan mendorong
guru-guru beralih semula kepada kaedah pembelajaran tradisional. Interaksi dua hala dan
secara kumpulan merupakan iklim sosial pembelajaran yang paling berkesan. Interaksi
antara guru dan pelajar dalam kerja kumpulan menentukan tahap pencapaian objektif
pengajaran guru.

Dalam menyelidik permasalahan pembelajaran yang timbul di kalangan pelajar,


penyelidik ingin mengkaji dan menonjolkan keberkesanan pembelajaran melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi pelajar Tingkatan 1 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan. Diharap dengan

6
penyelidikan ini akan dapat meningkatkan prestasi dan penguasaan dikalangan pelajar
sekaligus meningkatkan martabat guru sebagai pendidik yang mempunyai cara tersendiri
dalam menangani permasalahan yang timbul dengan berpandukan ilmu dan pengalaman
yang diperolehi.

1.3 Pernyataan Masalah

Seiring dengan dasar 60:40 yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia iaitu melahirkan 60 peratus pelajar sains tulen berbanding 40 peratus aliran
sains sosial, maka para guru sains disarankan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran supaya dapat menarik lebih ramai murid yang meminati sains serta
mengikuti aliran sains tulen di peringkat menengah atas dan pusat-pusat pengajian tinggi
Negara. Masalah utama kajian ini adalah untuk mengkaji penguasaan Kemahiran Proses
Sains melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), iaitu
bagaimanakah cara untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains yang lebih
efektif dan berkualiti.

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama International Institute For


Education Planning (HEP) telah membuat kajian untuk mencari mekanisme baru dalam
mengimplementasikan pendidikan sains peringkat menengah secara berkesan sebagai
faktor utama menyebabkan murid kurang berminat untuk mengikuti aliran sains tulen
(Sharifah Maimunah & Lewis, 1993).

Kaedah pengajaran sains tidak berkesan dalam laporan itu merujuk kepada :-

1. Pengajaran guru sains yang berorientasikan penghafalan faktor-faktor sains


yang telah dipermudahkan.
2. Guru sains meninggalkan tajuk-tajuk yang sukar untuk di ajar dan difahami
oleh pelajar.

7
3. Pengajaran guru sains lebih kepada menyalin nota.
4. Hasil kajian ini mendapati pendekatan pengajaran sains yang sangat berkesan
dapat mempengaruhi mutu mata pelajaran sains dan dapat menarik minat
murid dalam menceburi bidang sains dalam pengajian mereka.

Selain daripada faktor-faktor yang dibincangkan tentang mengapa pengajaran


sains tidak berkesan, terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa terdapat guru sains
yang mengajar sains secara hafalan konsep, di mana murid-murid dikehendaki menghafal
konsep-konsep sains. Kaedah pengajaran secara hafalan dan teori didapati menjemukan
dan menyukarkan murid memahami konsep sains berbanding kaedah konstruktivisme.
Kaedah yang tidak sesuai yang telah digunakan oleh segelintir guru sains ini menjadi
faktor murid tidak meminati mata pelajaran sains dan menganggap sains suatu mata
pelajaran yang susah iaitu sains dianggap sebagai ‘killer subject’ bagi sesetengah
individu. Oleh itu, melalui kajian yang akan dilaksanakan ini, ia diharap dapat melihat
sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains melalui kaedah
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada murid-murid.

1.4 Rangka Kajian

Pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar akan digunakan dalam menilai


dan menghasilkan satu maklumat yang jitu. Strategi pembelajaran yang dikelaskan
sebagai pembolehubah bebas adalah dari pelajar-pelajar yang akan mengikuti cara
pengajaran dan pembelajaran melalui pengalaman sedia ada mereka terhadap sesuatu
konsep dan penglibatan penggunaan TMK. Manakala hasil pembelajaran disifatkan
sebagai pembolehubah bersandar kerana hasil pencapaian pelajar yang akan dapat dilihat
daripada cara pengajaran dan pembelajaran yang akan diberikan dan diamalkan oleh
kumpulan pelajar berkenaan.

8
Di sini kedua-dua strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza dari segi bentuk
interaksi pelajar sesama pelajar, struktur maklumat, akauntabiliti individu dan struktur
tugas. Perbandingan antara kedua-dua strategi pembelajaran dilihat dari segi kesan
terhadap hasil pembelajaran. Oleh itu, bagi melaksanakan kajian ini maka satu kerangka
konseptual akan dibina bagi menunjukkan kerangka model pembelajaran yang akan
dilaksanakan dan pengubahsuaian yang perlu diambil. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan
model kerangka konseptual yang akan dibina.

9
Pendekatan Pembelajaran

Strategi Pengajaran

Penggunaan Teknologi Maklumat


Pengajaran Konvensional
& Komunikasi (TMK)

Kemahiran Proses Sains Kemahiran Proses Sains

Penilaian

Maklum Balas

Rajah 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian

10
1.5 Tujuan Kajian

Di antara tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sikap pelajar
terhadap pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dalam meningkatkan prestasi pelajar, dari kaedah biasa dengan selepas aktiviti yang
dijalankan. Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah
Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan. Kajian ini juga dijalankan untuk
menggabungkan pengalaman sedia ada pelajar dan mengenal pasti perbezaan sikap
pelajar terhadap pembelajaran berdasarkan demografi. Selain daripada itu, ia juga kajian
merangkumi mengkaji pertalian di antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka di
dalam mata pelajaran sains. Pelajar akan melakukan aktiviti secara aktif semasa proses
pembelajaran dan ini meliputi pengalaman pembelajaran yang dirasai dan dialami sendiri
oleh mereka.

Tujuan kajian ini juga adalah untuk menolak tanggapan negatif terhadap mata
pelajaran sains dan membuktikan sekiranya pelajar menggunakan pengalaman sedia ada
digabungkan dengan TMK dalam pembelajaran pelajar, ianya akan dapat meningkatkan
prestasi yang lebih baik serta mengubah tanggapan di kalangan pelajar sekolah menengah
bahawa mata pelajaran sains adalah mata pelajaran yang tidak menarik, memeningkan
kepala, menggoncang minda dan sukar.

Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang akan dirancang dalam penggunaan


TMK, ianya adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar bahawa dalam mata
pelajaran sains mereka berpeluang menerokai bidang sains dalam ruang lingkup atau
skop yang lebih global dan realiti yang sebenar serta kontemporari. Ini secara tidak
langsung akan memupuk minat pelajar untuk berkongsi pengetahuan, penerapan nilai-
nilai murni, bertimbangrasa serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi.

11
1.6 Objektif Kajian

Kajian ini ingin mengkaji keberkesanan pembelajaran melalui penggunaan


Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta kemahiran yang digunakan oleh guru-guru
dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains.

Antara objektif kajian ialah :

1. Membandingkan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran


dengan pendekatan tradisional.
2. Menentukan samada penggunaan TMK dapat meningkatkan prestasi pelajar
terhadap mata pelajaran sains.
3. Mengkaji dan menentukan keberkesanan penggunaan TMK bagi konsep-konsep
sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sains
tingkatan 1 dapat meningkatkan prestasi pelajar

1.7 Persoalan Kajian

Kajian ini ingin mengetahui sama ada penggunaan pengalaman atau pengetahuan
sedia ada dalam pembelajaran boleh menghasilkan sikap yang lebih baik terhadap
pengajaran dan pembelajaran sains di samping dapat meningkatkan prestasi pelajar.
Susulan dari tujuan yang dinyatakan di atas, persoalan-persoalan kajian berikut harus di
ambil kira untuk diselidiki dalam kajian yang dijalankan :

1. Adakah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses


pengajaran dan pembelajaran sains tingkatan 1 lebih berkesan dari kaedah
tradisional?

12
2. Bolehkah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pengajaran dan pembelajaran sains yang dilaksanakan di sekolah dapat
meningkatkan prestasi pelajar terhadap mata pelajaran sains?
3. Bolehkah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pengajaran dan pembelajaran sains dapat membantu murid-murid menguasai
pengetahuan dalam sains bagi tajuk ‘sumber tenaga’?

1.8 Hipotesis Kajian

Berdasarkan persoalan kajian yang dinyatakan di atas, hipotesis-hipotesis yang berikut


dibina untuk ditentusahkan.

Ho1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikans dari segi pencapaian antara kumpulan
yang mengikuti pengajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dengan kumpulan kawalan.

Ho2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikans dari segi pencapaian murid antara ujian
pra dengan ujian pos bagi kumpulan eksperimen.

Ho3. Tidak terdapat hubungan antara minat dengan pencapaian murid dalam subjek
Sains.

13
1.9 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk membuktikan bahawa


pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pembelajaran dapat meningkatkan minat murid untuk belajar sains dengan lebih baik baik
dan berkesan. Kaedah ini diharap dapat membawa kesan yang dijangkakan, sekiranya
berjaya berkemungkinan besar kaedah ini dipraktikkan oleh warga pendidik supaya
prestasi sains boleh dipertingkatkan dan suasana menang-menang timbul dikalangan
warga pendidik dengan para pelajar. Warga pendidik berjaya dalam pengajaran dan para
pelajar berjaya mempraktikkan ilmu yang diajar. Pembelajaran melalui penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini sangat sesuai untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh pelajar-pelajar lemah dan pelajar-pelajar luar bandar. Pembelajaran
melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah sesuai untuk
mata pelajaran sains kerana sains melibatkan Kemahiran Proses Sains seperti memerhati,
mengelas, mengawal pembolehubah, meramal, membuat hipotesis, membuat inferens,
mengukur dan menggunakan nombor, mendefinisi secara operasi, membina komunikasi
yang baik dan kebolehan mengeksperimen.

Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains terdapat satu kemahiran
di antara beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pelajar bagi memudahkan
mereka menguasai mata pelajaran sains. Kemahiran tersebut adalah Kemahiran
Manipulatif yang melibatkan kemahiran psikomotor dalam yang membolehkan pelajar
melakukan perkara yang melibatkan peralatan dan bahan sains dengan betul. Ianya boleh
diperkembangkan lagi dengan cara penglibatan pelajar melalui perbincangan dan
interaksi dalam kumpulan sebagaimana semua maklum, pembelajaran secara
berkumpulan dengan pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK), ianya merupakan satu pembaharuan kepada strategi yang lama itu
tadi.

14
Kaedah kumpulan ini dijalankan dengan pendekatan pembelajaran melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu semasa proses
pengumpulan data dan maklumat di mana kumpulan kecil tersebut bergerak mendapatkan
maklumat dengan berpandukan pengalaman sedia ada membuat kronologi pembelajaran
dan membina pengalaman pembelajaran dengan berbantukan komputer. Ini
membolehkan guru membimbing pelajar-pelajar mengikut kebolehan di samping
menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-
masing. Ia merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran sains.

Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan memberikan pelajar-pelajar peluang


mengamalkan pengajaran sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa,
perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial. Pengajaran dan pembelajaran sains dengan
kaedah kumpulan boleh dilakukan dengan pelbagai strategi. Satu daripada strategi adalah
melalui amalan pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) yang diharap dapat mengubah penderitaan pelajar kepada sains itu
menyeronokkan dan bukannya menyukarkan.

1.10 Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut :-

1. Kajian ini berfokuskan kepada satu topik sains KSSM tingkatan satu iaitu
‘sumber tenaga’.
2. Kajian ini hanya melibatkan murid tingkatan satu berjumlah 30 orang dan
terbatas kepada sebuah sekolah yang terpilih sahaja. Murid-murid ini
bukanlah merupakan sampel yang mewakili kawasan sebenar sesuatu kawasan.
Oleh itu, hasil kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua murid
tingkatan satu di Malaysia.

15
3. Kaedah eksperimen dijalankan di mana satu kumpulan berfungsi sebagai
kumpulan eksperimen dan satu kumpulan lagi sebagai kumpulan kawalan.
Kumpulan eksperimen di ajar melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah
tradisional.
4. Sampel kajian merupakan murid-murid kawasan pinggir bandar di daerah
Machang, oleh itu hasil kajian ini tidak sesuai untuk dibuat generalisasi ke
sebuah sekolah di kawasan pedalaman.
5. Kaedah pengajaran yang digunakan semasa kajian hanya dijalankan bagi tajuk
yang telah dipilih sahaja. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berlainan
mungkin menghasilkan dapatan kajian yang berbeza.

1.11 Definisi Istilah

1.11.1 Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Proses Sains merupakan kemahiran yang diperlukan untuk


mendapatkan jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara
bersistematik. Ianya melibatkan penggunaan mental yang menggalakkan individu untuk
berfikir secara kritis, kreatif, analitis dan sistematik. Murid yang dapat menguasai
kemahiran proses sains akan menjadi individu yang mampu berfikir serta menyelesaikan
sesuatu masalah secara berkesan.

Untuk menguasai kemahiran proses sains, individu perlu menguasai kemahiran


berfikir yang berkaitan dengannya. Antara kemahiran berfikir yang yang ada perkaitan
dengan kemahiran proses sains adalah seperti berikut :-

16
1. Memerhati
Merupakan satu kemahiran mencirikan sesuatu spesimen dengan menggunakan
organ-organ deria seperti mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung
untuk menghidu, lidah untuk merasa dan kulit untuk menyentuh. Kemahiran ini
memerlukan individu untuk membandingkan dan menghubungkaitkan antara satu
spesimen dengan yang lain.

2. Mengelaskan
Merupakan satu kemahiran mengumpulkan spesimen mengikut kumpulan
masing-masing berdasarkan ciri-ciri sepunya seperti cara membiak, warna, tabiat
pemakanan dan pelbagai ciri yang dikaji.

3. Membuat inferens
Merupakan satu kemahiran membuat kesimpulan awal terhadap pemerhatian
berdasarkan pengetahuan sedia ada.

4. Meramal
Merupakan kemahiran untuk meneka hasil yang sepatutnya terhasil dari
penyiasatan berdasarkan pemerhatian yang di buat.

5. Mentafsir data
Merupakan satu proses menerangkan sesuatu jadual, graf atau gambarajah di
mana melibatkan semua kemahiran proses sains seperti memerhati, membuat
inferens, mengawal pembolehubah, meramal serta membuat kesimpulan.

1.11.2 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


Merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menggalakkan para pelajar untuk
memproses dan mengakses maklumat yang mana lebih efisyen dan menarik. Para
pelajar berupaya menjawab pelbagai permasalahan menerusi penerokaan mereka
menerusi penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan

17
seterusnya menarik minat dan sikap ingin tahu pelajar terhadap mata pelajaran
sains.

1.11.3 Multimedia
Kaedah pengajaran yang menggunakan teknologi maklumat yang membenarkan
integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi (Baharudin &
Mohd, 1995)

1.11.4 Kumpulan kajian


Satu kumpulan kajian yang dipilih secara rawak di dalam kelas dan dijadikan
sebagai kumpulan eksperimen.

1.11.5 Konsep
Konsep merujuk kepada keteraturan dan batasan terhadap objek, peristiwa,
prinsip dan teori. Pada keseluruhannya, teori, prinsip, proposisi dan konsep saling
berkaitan dan merupakan satu kesatuan yang kukuh.

1.11.6 Ujian Pra


Ujian yang diberikan kepada murid untuk mengukur pengetahuan sedia ada murid
terhadap sesuatu topik yang dipelajari. Ujian ini membantu guru menilai dan
mengukur tahap pengetahuan murid terhadap topik tersebut seterusnya merancang
kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap serta kebolehan murid.

1.11.7 Ujian Pos


Ujian yang diberikan oleh guru selepas proses pengajaran dan pembelajaran yang
bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman murid terhadap topik yang di ajar.
Skor yang dicapai boleh dijadikan pengukur sama ada kaedah pengajaran yang
berkesan atau tidak.

18
1.11.8 Pengajaran guru
Dalam kajian ini pengajaran guru bermaksud pengajaran yang dijalankan
merupakan satu tindakan intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan serta
penilaian, interaksi antara guru dengan pelajar.

1.11.9 Tahap pembelajaran pelajar


Tahap pembelajaran pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah berkenaan
pembelajaran pelajar di luar waktu kelas.

1.11.10 Sekolah menengah


Sekolah atau institusi pendidikan bantuan penuh kerajaan sama ada dari segi
nama seperti Sekolah Menengah Kebangsaan yang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berdasarkan kurikulum yang diunjurkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

1.11.11 Sains
Merupakan satu ilmu pengetahuan yang teratur ataupun sistematik yang boleh
diuji atau dibuktikan kebenarannya. Ia juga merupakan cabang ilmu pengetahuan
yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan samata-mata. Contoh pengetahuan
sains ialah seperti biologi, fizik dan kimia.

1.11.12 Aspek Dalaman Pelajar


Masalah yang wujud dalam diri pelajar itu sendiri. Mengikut kajian ini, aspek-
aspeknya ialah :-
i. Minat pelajar
ii. Penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru

1.11.13 Aspek Luaran Pelajar


Masalah luaran ialah aspek-aspek yang wujud dari persekitaran atau di luar dari
diri pelajar. Aspek yang dimaksudkan ialah :

19
i. Kaedah pengajaran guru dengan penggunaan alat bantu mengajar
ii. Tahap penggunaan komputer guru

1.11.14 Minat
Minat merupakan daya penggerak atau kecenderungan seseorang itu member
perhatian terhadap pelajaran. Penumpuan terhadap perkara menarik minatnya
akan timbul secara spontan.

1.11.15 Sikap
Sikap merupakan faktor dalaman pelajar yang terhasil dalam diri pelajar hasil
pengaruh luar. Sikap di dalam kajian ini bermaksud penerimaan pelajar terhadap
mata pelajaran sains. Menurut Sharifah Alawiyah Alsagoff (1983) mendefinisikan
sikap adalah suatu keadaan seseorang individu mudah dipengaruhi untuk
bertindak secara positif atau negatif terhadap sesuatu perkara.

1.11.16 Keluarga
Dalam kajian ini, pengaruh keluarga adalah berhubungan dengan taraf pendapatan
ibu bapa, taraf pendidikan ibu bapa dan tempat tinggal yang selesa. Kedudukan
sesuatu keluarga memainkan peranan yang penting untuk memberi dorongan
kepada pelajar dalam proses pembelajaran.

1.11.17 Pinggir Bandar


Menurut Kamus Dewan keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2005)
perkataan ‘pinggir bandar’ merujuk kepada daerah yang yang berhampiran dari
Bandar atau tepi Bandar.

20
1.12 Definisi Konsep dan Operasi

Dalam kajian ini beberapa definisi digunakan dan berikut adalah maksud bagi
setiap perkataan.

1.12.1 Kaedah
Kaedah merujuk kepada suatu siri tindakan yang sistematik serta berurutan dan
bertujuan mencapai objektif spesifik iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.
Kaedah juga membawa implikasi penyusunan. Oleh itu, kaedah mengajar juga
beerti cara mendekati sesuatu dengan langkah-langkah yang tersusun atau teratur.

1.12.2 Pengajaran
Pengajaran merupakan suatu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar
dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka. Guru-guru
perlulah merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa
perubahan-perubahan yang di ingini.

1.13 Ringkasan

Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat


keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme menggunakan
bahan berkomputer dalam meningkatkan kemahiran proses sains murid-murid tingkatan
satu dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Kajian yang dijalankan ini adalah
untuk melihat adakah kaedah konstruktivisme yang hendak digunakan oleh guru bagi
topik ‘sumber tenaga’ lebih berkesan berbanding kaedah tradisional. Oleh itu untuk
menghasilkan satu kajian yang mantap dan guru perlu menganalisis apakah tujuan dan
objektif kajian ini serta apakah faktor-faktor kekangan yang terlibat sewaktu kajian ini
dilaksanakan di sebuah sekolah menengah yang terpilih serta sampel yang telah
digunakan.

21
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tinjauan literatur merupakan kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan oleh pengkaji. Dalam konteks ini, kita telah mengkaji pendapat-pendapat yang
dikemukakan oleh para penyelidik terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam meningkatkan
prestasi pelajar berbanding kaedah tradisional yang biasa dibuat oleh para guru. Dalam
konteks ini, penyelidik akan membincangkan beberapa dapatan yang telah dibuat oleh
ahli-ahli sosiologi terkemuka sama ada dalam mahupun luar negara berkaitan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah.

2.2 Tinjauan Bacaan

Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa pemahaman terhadap


Kemahiran Proses Sains amat penting dalam mata pelajaran sains. Ramai pelajar tidak
memahami konsep asas dalam sains kerana mereka menghafal sesuatu topik tanpa
melibatkan penerokaan sendiri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu,
kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dikatakan mampu menjana pemikiran secara kreatif dan kritis yang
melibatkan pelajar mencari dan menyelesaikan masalah dan mengaitkan dengan
pengetahuan sedia ada mereka.

22
Kaedah pengajaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi
pencapaian pelajar di samping menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains.
Menurut Ee Ah Meng (1990), pengajaran sains adalah merujuk kepada kaedah dan teknik
pengajaran yang digunakan. Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan,
guru sepatutnya memikirkan tentang strategi yang akan digunakan agar menjamin
kelicinan dan keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran. Strategi pengajaran yang
sesuai bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mutu pelajaran malah ia menjadikan
sesuatu pembelajaran bermakna kepada pelajar.

Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (1993), dalam proses membina


pengetahuan baru, pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan
membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
Sebagai contohnya, ia boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti
mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi
dan membuat kesimpulan.

Tengku Zawawi Tengku Zainal (1996), penulis membincangkan mengenai


beberapa teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran sains
yang agak berbeza dari mata pelajaran yang lain. Pengajaran yang berkesan akan
melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dimiliki oleh guru-guru, antaranya ialah :-

1. Perancangan mengajar.
2. Perlaksanaan pengajaran.
3. Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai.
4. Pengayaan dan pemulihan.
5. Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran.
6. Pengurusan bilik darjah.
7. Penilaian terhadap bahan dan kurikulum sains.

23
Penulis juga menekankan bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan
peranan penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menarik. Untuk mewujudkan suasana sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui
peranan yang sebenar yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam
menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh pelbagai ejen sosial
termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi
sosial yang bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap
kepimpinan dikalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik
darjah.

Sistem pendidikan di Malaysia sekarang sedang mengalami satu perubahan yang


besar di mana keseluruhan kurikulum baik sekolah rendah atau sekolah menengah telah
di tukar kepada kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Jikalau dahulu sekitar tahun 2003
begitu hangat dibincangkan tentang pelaksaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tetapi sekarang sistem itu sudah dihapuskan
secara berperingkat-peringkat sebagaimana pelaksanaanya dahulu ataupun lebih dikenali
sekarang sebagai ‘soft landing PPSMI’.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah


Menengah (KSSM) ini lebih berpusatkan pelajar dan perbezaan dengan kurikulum yang
sebelum ini ialah ia menekankan kepada Penilaian Berasaskan Sekolah. Banyak nilai
tambah telah diperkenalkan dalam usaha untuk meninggikan taraf pendidikan negara
termasuklah mata pelajaran sains. Adalah menjadi impian dan hasrat kurikulum sains
untuk memastikan pendidikan sains di Malaysia dapat memperkembangkan individu
yang kompetetif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains
dan berketrampilan tekonologi. Justeru bagi merealisasikan kenyataan di atas, peranan
guru-guru dinyatakan dengan jelas iaitu :-

24
“Pada keseluruhannya adalah tanggungjawab guru untuk memberikan pelbagai
pengalaman kepada murid di dalam satu suasana yang kaya dengan beraneka jenis bahan-
bahan pembelajaran. Pengalaman-pengalaman tersebut diterima oleh pelajar melalui
aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran,
pengetahuan dan nilai serta membentuk sikap yang dikehendaki oleh kurikulum sekolah”
(KPM, 1992)

Kenyataan ini bersesuaian dengan definisi pembelajaran merupakan suatu proses


memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam diri seseorang melalui tunjuk
ajar (instructional), kajian (study) dan pengalaman (experience) (Webster’s &
Chamber’s Dictionary). Pembelajaran juga merupakan satu proses untuk meletakkan idea
dan pengalaman baru ke dalam kerangka konseptual. Dalam proses tersebut, kerangka
konseptual boleh diubahsuai untuk menempatkan ‘input’ atau ‘input’ ditolak dan
kerangka konseptual di bina semula. Dalam semua hal pelajar akan bertindak ke atas
‘input’ melalui kerangka konseptual yang telah wujud (Osborne & Freyberg, 1985).

Dalam pendidikan sains, para pelajar mesti dapat menguasai Kemahiran Proses
Sains dan Kemahiran Manipulatif. Kedua-dua kemahiran ini akan dapat dikuasai oleh
pelajar melalui aktiviti pembelajaran secara ‘hands-on’ dan ‘minds-on’. Dalam hal ini
pengetahuan sedia ada pelajar diperlukan semasa mempelajari dan memperolehi
pengetahuan dan pengalaman baru. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran perlu
menyediakan suasana pembelajaran yang membolehkan murid-murid menguji,
menganalisis, membuat hipotesis dan menstruktur semula idea mereka dengan fakta
sebenar. Pembelajaran dalam sains dapat dicapai melalui pengalaman praktikal dan
mencari penerangan mengenainya, dan menggunakan pengetahuan saintifik dan idea
untuk menyelesaikan masalah atau menerangkan pemerhatian.

25
Dapatan dari penyelidikan juga mendapati bahawa pelajar dapat memperolehi
makna dan memahami konsep sains dengan mudah kerana mereka menggunakan
pengetahuan sedia ada yang diperolehi dari persekitaran dan dihubungkaitkan dengan
maklumat yang diterokai semasa aktiviti pembelajaran. Kaedah ini membolehkan pelajar
menambah kefahaman terhadap sains dengan lebih mudah di samping dapat menarik
minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran sains.

2.3 Tinjauan Kajian Lepas

2.3.1 Kajian lepas luar Negara

Menurut Hawkridge (1990), menjelaskan sebilangan besar pelajar, guru dan pentadbir
sekolah di negara-negara maju telah menggunakan komputer. Para pelajar menyertai
kelab komputer sekolah dan menggunakan komputer untuk:

1. Mempelajari asas komputer dan kegunaannya


2. Mempelajari bahasa pengatur caraan computer
3. Mempelajari perisian aplikasi seperti pemprosesan perkataan, lembaran kerja,
grafik dan pemprosesan data.
4. Mempelajari topik-topik tertentu dalam sesuatu mata pelajaran dengan bantuan
komputer

Sebagai contoh Korea Selatan Negara yang maju dalam bidang ICT, pendidikan literasi
komputer dinegara itu bermula pada akhir tahun 1980-an. Sekitar tahun 1989,
kementerian pendidikan mereka mencadangkan penambahan mata pelajaran komputer
dalam kurikulum, sementara tajuk-tajuk komputer dimasukkan dalam mata pelajaran lain.
(Pouts 1996). Manakala di Perancis, perlaksanaan komputer dalam pendidikan di negara
tersebut dapat dinyatakan seperti ungkapan berikut (Pouts 1996) “Pengkomputeran tidak
boleh dijadikan sebagai satu mata pelajaran tetapi hendaklah dijadikan alat untuk
membantu pengajaran”.

Kajian yang dilakukan di Indonesia khususnya di Bandar padang Negeri Sumatera Barat
telah dijalankan oleh Asa Beta (2008), dengan tajuk “Penggunaan Media Pembelajaran
Berbantukan Komputer Dalam Pembelajaran Fisika Di Kelas 1 SMK Negeri 1

26
Pariaman”. Kajian yang dijalankan dengan kaedah eksperimental dengan menggunakan
desain treatment by blocks yang diselenggarakan pada semester satu tahun pelajaran
2007/2008. Data dikumpulkan melalui ujian kemampuan awal dan hasil belajar yang
dianalisis menggunakan ujian-t dan annova. Hasil kajian menunjukan bahawa hasil
belajar siswa yang diajar dengan menggunakan media pembelajaran berbantukan
komputer (CAI) lebih tinggi daripada hasil belajar siswa yang diajar tanpa menggunakan
media CAI, Hasil belajar siswa kemampuan awal tinggi sama sahaja dengan siswa yang
diajar tanpa menggunakan media CAI dan hasil belajar siswa kemampuan awal rendah
lebih tinggi daripada siswa yang diajar tanpa menggunakan media CAI. Dengan demikian
hasil kajian ini menunjukan bahawa terdapat interaksi antara penggunaan media dengan
kemampuan awal terhadap hasil belajar mata pelajaran fisika.

2.3.2 Kajian lepas di Malaysia

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Hajah Cik Fatimah bt Mohd Yassin ke atas 60
pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Seri Semantan pada tahun 2003, telah
membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran sains yang menggunakan komputer
lebih berjaya meningkatkan pencapaian dan menyemai sikap positif pelajar dalam mata
pelajaran sains. Suasana pembelajaran menggunakan komputer adalah unik dan tidak
sama seperti pembelajaran biasa dengan menggunakan teks. Implikasi kajian pelajar
dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran semasa menggunakan
perisian komputer. Instrumen yang digunakan ialah borang pemerhatian, soal selidik, dan
ujian pra dan ujian pos.

Satu kajian yang dibuat oleh Rahimah Mohamed pada tahun 2001 tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains berbantukan komputer bagi pelajar
sekolah menengah di daerah Miri, Sarawak. Kajian secara tinjauan menggunakan soal
selidik, bertujuan untuk mengkaji status keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains
berbantukan komputer dalam mata pelajaran sains dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di daerah Miri, Sarawak dan masalah-masalah yang dihadapi dalam
melaksanakannya. Seramai 120 orang pelajar tingkatan 1 telah dijadikan sampel kajian.
Hasil daripada kajian ini didapati bahawa, tahap penguasaan pelajar dalam KBKK
meningkat iaitu dari min skor keseluruhan sebanyak 48.5% hingga min skor keseluruhan

27
60.5%. Dapatan juga menunjukkan bahawa beberapa faktor masalah yang dihadapi oleh
guru dalam melaksanakan pengajaran melalui komputer dalam bilik darjah telah
dikenalpasti. Faktor-faktor tersebut adalah kekurangan kemahiran guru, sikap pelajar,
tiada makmal komputer dan alat bantu mengajar serta kurangnya komitmen pihak
pentadbir sekolah.

Satu kajian telah dijalankan oleh Wong Hwee Sean pada tahun 2007
menggunakan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian ini melibatkan
64 orang pelajar dari dua buah kelas tingkatan satu di Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Chung Cheng, Kota Bharu, Kelantan. Kajian telah dijalankan selama 18 jam.
Hasil dari kajian, beliau mendapati bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer dapat meningkatkan pencapaian dan menambahkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran sains.

2.4 Kajian-kajian Mengenai Sikap

Ahli-ahli psikologi sosial telah menggunakan pelbagai teknik kajian bagi


mengukur pelbagai aspek dan objek sikap tersebut seperti patriotisma, agama,
perkahwinan dan sebagainya (Katz, 1966). Berkaitan dengan soal ini, nama-nama seperti
Borgodes (1952), Thurstone (1929), Likert (1932), Remmers (1943), Guttman (1950) dan
juga Cattel (1952) merupakan penyelidik yang penting melahirkan ukuran-ukuran
tertentu mengkaji sikap termasuklah yang berhubung dengan persekolahan dan
pencapaian akademik pelajar.

Sullivan (1927) merupakan pengkaji yang awal dalam membincangkan hubungan


sikap dengan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil eksperimen yang dijalankannya

28
ternyata sikap mempunyai peranan yang penting bukan sahaja sebagai suatu objektif
pengajaran tetapi juga mempengaruhi pembelajaran itu sendiri.

Maknanya, sikap pelajar merupakan suatu faktor yang penting bagi menilai
pencapaian pelajar. Jordan (1941) menyatakan bahawa sikap pelajar lebih banyak di kaji
dari segi kognitifnya tetapi kurang pula dilihat dari aspek afektifnya. Menurut beliau,
aspek sikap pelajar di London pada tahun 1937 juga kurang mendapat para penyelidik.
Perkara ini disokong oleh Smith (1968) dan Thomas et.al.(1975) yang juga menegaskan
bahawa bukan kognitif (noncognitive) khususnya berkaitan dengan sikap dan pencapaian
pelajar kurang dikaji, kecuali pada awal tahun 1960-an iaitu selepas diadakan seminar
‘American Educational Research Association’ (AERA), barulah aspek sikap pelajar dan
pencapaian akademiknya dikaji secara bersungguh-sungguh.

2.5 Kesan Sikap Terhadap Pencapaian

Haggard (1957) telah membuat kajian mengenai sikap dan kajiannya jelas
menunjukkan sikap pelajar dan pencapaian akademik pelajar mempunyai pertalian yang
rapat. Perkembangan selanjutnya mengenai sikap dan pencapaian pelajar telah dibuat
oleh Adams (1962) dengan menggunakan Thurstone – Chavedan Likert kepada 190
orang pelajar Pendidikan dan Psikologi, Universiti Chicago dan hubungannya dengan
pencapaian.

Mata pelajaran yang digunakan untuk melihat pencapaian itu ialah Sains,
Matematik, Pendidikan, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Selain dari
membandingkan kesahan ukuran-ukuran itu, Adam membuktikan bahawa sikap pelajar
berkenaan ternyata mempunyai korelasi yang tinggi dengan pencapaian mereka.

29
2.6 Ringkasan

Terdapat beberapa teori dan model yang menerangkan tentang setiap


pembolehubah tersebut dan perkaitan antara pembelajaran melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dengan pembolehubah itu. Berdasarkan hasil kajian-
kajian lepas, dijangkakan pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dapat member kesan yang positif terhadap konsep kendiri pelajar.

Dari tinjauan literatur yang dibuat, pelajar yang mempunyai sikap yang negatif
ternyata mempunyai pencapaian yang lemah, manakala pelajar yang mempunyai sikap
yang positif mempunyai pencapaian yang baik. Kajian ini membuktikan sikap merupakan
faktor penting bukan sahaja untuk menilai pencapaian tetapi juga menentukan pencapaian
para pelajar.

30
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli sosiologi mendapati bahawa kaedah


pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mampu melahirkan insan yang mampu
menguasai kemahiran yang ingin diterapkan seterusnya objektif pembelajaran akan
mudah dicapai. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji keberkesanan strategi
pengajaran dan pembelajaran sains melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) khususnya bagi pelajar tingkatan satu dalam memahami topik
“sumber tenaga”. Dalam kajian ini kita mengkaji adakah kaedah ini sesuai dan mampu
meningkatkan kemahiran proses sains pada murid dan apakah murid mampu mengingati
dan menguasai kemahiran ini berbanding kaedah tradisional yang dipraktikkan oleh guru-
guru terdahulu.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini telah dijalankan secara tinjauan yang menggunakan reka bentuk ‘quasi-
eksperimen’ dan bancian statistik. Ianya melibatkan penilaian tentang sikap atau
pendapat pelajar juga termasuk peribadi yang dirahsiakan nama pelajar berkenaan. Data
dikutip melalui satu kajian soal selidik. Kajian dikelaskan sebagai penyelidikan
kuantitatif gunaan. Bancian atau penyelidikan dibuat dengan tujuan menggunakan
keputusan daripada hasil bagi menyelesaikan masalah khusus, ianya dipanggil
penyelidikan gunaan.

31
Kajian ini dikenali sebagai pengujian ke atas hipotesis. Hipotesis dibentuk
berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang digunakan iaitu dengan demografi,
minat dan pencapaian dalam Sains serta latar belakang. Hipotesis yang diperolehi diuji
sama ada ianya ditolak atau pun diterima atau terdapat alternatif lain yang boleh
digunakan sekiranya difikirkan sesuai. Setelah di uji, ditentukan pula sama ada wujud
hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang dikenalpasti. Pembolehubah seperti
yang dinyatakan terlebih dahulu dalam bab lepas iaitu pembolehubah bersandar dalam
kajian ini adalah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan
pembolehubah tak bersandar adalah sikap yang mengandungi minat, pencapaian dalam
Sains serta demografi yang melibatkan jantina responden, bilangan ahli keluarga, tahap
pendidikan ibu bapa, jenis kaum, pekerjaan ibu bapa, sosio-ekonomi keluarga, keputusan
UPSR, dan keputusan peperiksaan terkini.

Pelajar yang terlibat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu :-

1. Kumpulan eksperimen : kumpulan pelajar yang di ajar menggunakan penggunaan


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu kaedah yang dikaji.
2. Kumpulan kawalan : kumpulan pelajar yang diajar menggunakan kaedah
tradisional.

Pada tahap permulaan kajian, kedua-dua kumpulan di beri ujian pra untuk
mengkaji pengetahuan sedia ada tentang “tenaga”. Ujian ini merupakan soalan objektif di
mana pelajar perlu menjawabnya sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Selepas ujian pra diberikan, jawapan-jawapan dikumpulkan untuk
dianalisis untuk menilai tahap pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya kumpulan
eksperimen di ajar topik ‘sumber tenaga’ dengan menggunakan kaedah Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) manakala kumpulan kawalan pula di ajar
menggunakan kaedah tradisional. Untuk melihat kesan dan perkembangan kajian, di
akhir kajian kedua-dua kumpulan diberikan satu ujian pos. Tujuan ujian ini diberikan
adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan kaedah Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) berbanding kaedah tradisional dalam meningkatkan kemahiran
proses sains pelajar.

32
Ringkasan langkah-langkah yang di ambil boleh di lihat melalui gambarajah di bawah :

Kumpulan Soal selidik


Eksperimen

Ujian Pra

Ujian Pos

Kumpulan
Kawalan

Rajah 3.1 : Kerangka Konsep Kajian

33
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

Pengenalpastian populasi adalah penting dalam sesuatu penyelidikan pendidikan


kerana dari situ pelbagai maklumat akan diperolehi. Maklumat dari populasi akan
menentukan bidang masalah yang perlu dikaji. Populasi menentukan sebanyak mana data
dan maklumat dikumpul untuk dianalisis. Pentafsiran dan inferens tentang data dan
maklumat yang telah dikumpul juga dipengaruhi dan terhad kepada populasi yang dikaji.

Populasi kajian adalah terdiri dari 30 orang murid tingkatan satu di Sekolah
Menengah Kebangsaan Machang 1, Machang, Kelantan. Kelas yang dipilih adalah kelas
yang pencapaian pelajarnya adalah sederhana dan pencapaian dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) adalah setara. Dalam kajian yang dibuat, 15 orang pelajar yang
terlibat diajar dengan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu
aktiviti eksperimen dan perbincangan. Oleh kerana kajian ini merupakan kajian
eksperimental, maka satu kumpulan kawalan diwujudkan. Kumpulan kawalan juga terdiri
dari 15 orang pelajar tetapi diajar menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Di akhir
sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kaedah ini, satu dapatan diperoleh.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah aspek yang penting bagi sesebuah penyelidikan kerana
hasil atau kesimpulan bagi sesebuah penyelidikan adalah berdasarkan kepada jenis
maklumat dan data yang dikumpulkan pada keseluruhannya bergantung kepada
instrumen yang di bina oleh seseorang penyelidik. (Ranjit, 1999).

Bagi menilai peningkatan pendekatan pengajaran melalui penggunaan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (TMK) ke atas kemahiran saintifik dan pencapaian murid,
penilaian dibuat berdasarkan beberapa instrumen seperti berikut :-

34
3.4.1 Soal Selidik

Mengumpul maklumat untuk mendapatkan data berkaitan dengan tingkah laku


pelajar iaitu dari aspek persepsi, persetujuan, sikap dan minat terhadap mata pelajaran
Sains.

3.4.2 Ujian Pra

Soalan yang dikemukakan kepada pelajar sebelum sesi pengajaran dilakukan bagi
mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar terhadap topik yang akan diajar. Soalan ini
mengandungi 20 item dalam bentuk ‘Multiple Choice Question”.

3.4.3 Ujian Pos

Soalan yang dikemukakan selepas pengajaran penggunaan Teknologi Maklumat


dan Komunikasi (TMK) dilakukan. Mengandungi 20 item yang menguji keberkesanan
pengajaran terhadap kemahiran sainstifik dan pencapaian murid. Soalan pos juga
berbentuk ‘Multiple Choice Question’, dan soalan adalah sama dengan soalan ujian pra
tetapi berbeza dari segi kedudukan nombor sahaja.

3.4.4 Borang Maklumat Pelajar

Bahagian ini mengandungi maklumat tentang latar belakang sampel kajian.


Maklumat yang dikehendaki meliputi nama, jantina dan markah Sains bagi peperiksaan
UPSR, Sains pertengahan tahun, pekerjaan ibu bapa, pendapatan ibu bapa dan tahap
pendidikan ibu bapa.

3.5 Prosedur Kajian

Pengkaji menyediakan borang soal selidik yang diisi oleh pelajar untuk melihat
latar belakang taraf pendidikan, ekonomi keluarga serta pencapaian dalam mata pelajaran

35
Sains yang telah dicapai semasa UPSR dan juga peperiksaan lain di tingkatan satu.
Pengkaji menyediakan satu set soalan ujian pra yang diberikan kepada pelajar sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dijalankan. Ujian ini telah diberikan kepada kedua-dua kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan. Soalan ujian pra adalah soalan objektif sebanyak 20 soalan.

Pengkaji telah mengajar di kelas kumpulan eksperimen menggunakan kaedah


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan waktu pengajaran selama dua waktu
dalam tajuk ‘sumber tenaga’. Pengkaji memantau kelas dan membimbing murid-murid
untuk memahami Kemahiran Proses Sains dan membuat eksperimen berkaitan tajuk.
Selepas pengajaran menggunakan kaedah ini, pengkaji telah mengajar kelas kumpulan
kawalan yang mempunyai tahap pencapaian yang setara menggunakan kaedah tradisional,
masa yang digunakan juga selama dua waktu pengajaran.

Di akhir proses kajian, pengkaji telah memberikan pula set soalan ujian pos yang
terdiri dari soalan berkaitan kemahiran proses sains berkaitan tajuk ‘sumber tenaga’.
Soalan ujian pos telah diberi untuk dijawab oleh pelajar untuk membandingkan
keberkesanan kaedah pengajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dengan kaedah tradisional. Soalan ujian pos ini adalah soalan yang
sama dengan soalan ujian pra yang terdahulu cuma susunan sahaja berbeza. Di akhir sesi
kajian, pengkaji telah meminta kumpulan eksperimen untuk mengisi borang soal selidik
dan diminta untuk mengisi secara jujur. Semua bahan-bahan kajian ini telah dikumpulkan
sebagai data dan pengkaji telah membuat analisis sama ada berkesan atau tidak kaedah
yang telah dipilih.

36
3.6 Pengumpulan dan Pemprosesan Data

Semasa pengumpulan dan pemprosesan data, pengkaji telah menggunakan


penganalisisan data kuantitatif iaitu dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens.
Statistik deskriptif telah dilakukan dengan mengira min, sisihan piawai piawai, frekuensi
dan peratusan markah yang diperolehi oleh pelajar bagi soalan pra dan soalan pos.

Pencapaian pelajar telah dibandingkan antara kumpulan eksperimen yang


menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dengan kumpulan kawalan yang menggunakan
kaedah tradisional. Untuk menunjukkan persepsi pelajar terhadap pendekatan yang
digunakan dalam menguasai kemahiran proses sains, pengkaji telah melihat kepada
peratusan dan min skor yang dicapai oleh sampel.

Purata min skor yang tinggi telah menunjukkan penerimaan yang positif manakala
purata min yang rendah menunjukkan penerimaan yang negatif. Data analisis tersebut
telah dianalisis menggunakan program Microsoft Excel.

3.7 Prosedur Analisis Data

Prosedur analisis data dilakukan mengikut jenis-jenis soalan yang diberi iaitu
seperti berikut :-

a. Soalan-soalan ujian pra dikira markah, markah penuh adalah 100%. Setiap soalan
yang betul diberi 5 markah dan jawapan yang salah adalah 0. Markah-markah
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen diasingkan dan dimasukkan ke
dalam borang pemarkahan.

37
b. Soalan-soalan ujian pos juga dikira markah yang sama seperti pemberian markah
kepada soalan pra, iaitu markah penuh adalah 100% dan setiap satu soalan yang
betul memperolehi 5 markah dan tiada markah bagi jawapan yang salah. Markah-
markah ini juga diisi dalam borang pemarkahan mengikut kumpulan, iaitu
kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.
c. Soalan soal selidik pula menggunakan Skala Likert. Skala Likert memerlukan
kepada sesuatu respon yang digredkan kepada setiap kenyataan yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran.

Respon ini dinyatakan dalam bentuk lima kategori seperti berikut :-

Jadual 3.1 menunjukkan nilai skor bagi pengukuran data

Skala Skor

Amat Setuju 1

Setuju 2

Tidak pasti 3

Tidak Setuju 4

Amat Tidak Setuju 5

Penganalisisan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif.


Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan min, sisihan piawai, frekuensi dan
peratusan markah kumpulan eksperimen dan markah kumpulan kawalan berdasarkan
ujian pra dan ujian pos.

38
3.8 Perbandingan Pencapaian Dianalisis.

Keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


pengajaran dan pembelajaran berbanding kaedah tradisional diperolehi dengan melihat
kepada data ujian-t yang telah dibuat. Data analisis ujian-t telah menunjukkan bahawa
nilai min bagi kumpulan eksperimen telah meningkat lebih tinggi berbanding kumpulan
kawalan. Analisa min ujian-t bagi kumpulan eksperimen yang menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran sains juga
menunjukkan peningkatan nilai min dari 53.30 bagi ujian pra kepada 67.13 bagiujian pos ,
dan dari data ujian-t juga menunjukkan nilai t=3.60 (t=3.60, p < 0.05). Memandangkan
t=3.60 > 2.00 dan ini bermakna terdapat perbezaan yang signifikans antara skor ujian pra
dan ujian pos. Oleh itu, ia menunjukkan bahawa penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) yang digunakan sebagai strategi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran sains bagi tajuk ‘sumber tenaga’ adalah lebih berkesan
berbanding kaedah tradisional.

3.9 Ringkasan

Kajian yang telah dilaksanakan ini menggunakan reka bentuk ‘quasi-eksperimen’


dan bancian statistik, maka terdapat dua sampel kajian iaitu kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan dikehendaki menduduki ujian pra, kumpulan
eksperimen di ajar menggunakan kaedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
iaitu pelajar diminta meneroka sendiri masalah berdasarkan pengalaman sedia ada
melalui eksperimen manakala kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah tradisional.
Kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pos dan hanya kumpulan eksperimen sahaja telah
diminta menjawab soalan-soalan soal selidik yang telah diberi oleh pengkaji. Data yang
diperolehi dianalisis oleh pengkaji dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens
berdasarkan analisa yang diperolehi dari nilai min dan sisihan piawai dari Microsoft
Excel.

39
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran sains tingkatan
satu di mana menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar dalam topik sains di sekolah
bantuan kerajaan di kawasan pinggir bandar yang melibatkan 30 orang pelajar tingkatan
satu sebagai sampel kajian. Bab ini secara ringkasnya memuatkan latar belakang
responden, dapatan kajian daripada dua ujian yang telah dilaksanakan iaitu ujian pra dan
ujian pos. Di samping itu dalam bab ini juga perbincangan tentang hasil dapatan dari
soalan soal selidik yang telah diberikan kepada responden dibuat. Dapatan kajian yang
telah dibuat dan dianalisis dengan menggunakan program Mikrosoft Excel. Analisa
dapatan kemudian dibincangkan dan diteliti sama ada hasil dapatan dapat diterima atau
ditolak hipotesis yang dikemukakan dan seterusnya menjawab persoalan kajian iaitu
adakah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan
pembelajaran berkesan meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran sains.

40
4.2 Lokasi Kajian
Lokasi kajian serta maklumat tentang kajian adalah sepert di bawah :

Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Machang 1


Alamat : 18500 Machang, Kelantan
Gred : A
Kategori : Pinggir Bandar
Responden : 30 orang pelajar tingkatan 1

4.2.1 Profil Responden


Jadual 4.1 berikut menerangkan ringkasan kepada latar belakang responden yang
terlibat dalam kajian berasaskan respon dari soal selidik maklumat yang diberikan oleh
responden.

Tingkatan Latar belakang Kekerapan Peratus


Melayu 15 100%
Kumpulan eksperimen (1A) Lelaki 9 30.00%
Perempuan 8 20.00%
Melayu 15 100%
Kumpulan Kawalan (1B) Lelaki 8 27.00%
Perempuan 7 23.00%
Melayu 30 100%
Jumlah Lelaki 17 57.00%
Perempuan 13 43.00%

Jadual 4.1 : Latar belakang responden

41
Berdasarkan Jadual 4.1 di atas, kajian yang telah dibuat ke atas 30 orang murid
tingkatan satu yang mempunyai pencapaian dalam UPSR yang hampir sama. Kajian ini
telah di buat kepada murid yang berlainan jantina di mana 43 peratus murid adalah
perempuan dan 57 peratus adalah lelaki. Semua sampel adalah kaum melayu.

Carta Sampel Kajian Mengikut Jantina

Perempuan
Lelaki 43% Perempuan
57%
Lelaki

Rajah 4.1 : Sampel berdasarkan jantina

Jadual 4.1 dan rajah 4.1 menunjukkan bilangan responden yang terlibat dalam kajian di
mana seramai 17 pelajar lelaki dan 13 pelajar perempuan tingkatan satu.

42
Semasa kajian di buat sejumlah 30 set soalan soal selidik telah diberikan kepada
sampel kajian berkaitan dengan beberapa aspek seperti berikut :-

BILANGAN AHLI KELUARGA FREKUENSI PERATUS


4 0 0%
5–9 22 73%
10 – 12 7 23%
12 ke atas 1 7%
Jumlah 30 100.00%

Jadual 4.2 : Demografi sampel berdasarkan bilangan ahli keluarga

Taburan bilangan ahli keluarga


80

70

60

50

40 JUM
%
30

20

10

0
4 5 hingga 9 10 hingga 12 12 ke atas

Rajah 4.2 : Taburan Bilangan Ahli Keluarga

43
Jadual 4.2 dan rajah 4.2 menunjukkan tiada pelajar yang mempunyai bilangan ahli
keluarga seramai 4 orang dalam satu rumah. Bilangan ahli keluarga di antara 5 hingga 9
orang adalah sebanyak 73% iaitu peratus yang paling tinggi yang menunjukkan ahli
keluarga dalam rumah pelajar. Seterusnya, 23% pelajar dalam kelas ini mempunyai
bilangan ahli keluarga sedemikian atau dengan nilai sebenarnya seramai 7 orang pelajar,
yang mempunyai ahli keluarga seramai 10 hingga 12 orang. Manakala nilai terakhir
adalah sebanyak 7% pelajar mempunyai bilangan ahli keluarga seramai 12 orang dank e
atas.

BAPA IBU
PEKERJAAN (FREKUENSI) % (FREKUENSI) %
Buruh 13 43 0 0
Petani 11 37 0 0
Kakitangan 4 17 0 0
awam
Surirumah 0 0 28 93
Berniaga 2 7 2 7

Jadual 4.3 : Taburan Pekerjaan Ibu Bapa

44
Taburan Pekerjaan Ibu Bapa

Berniaga

Surirumah
%2

Kakitangan Awam IBU


%

Petani BAPA

Buruh

0 20 40 60 80 100

Rajah 4.3 : Taburan pekerjaan ibu bapa


Jadual 4.3 dan Rajah 4.3 menunjukkan 43% bapa yang bekerja sebagai buruh, 37%
bekerja sebagai petani, 17% bekerja sebagai kakitangan awam, dan 7% bapa responden
terlibat dalam bidang perniagaan. Manakala semua ibu responden sebahagian besarnya
iaitu sebanyak 93% adalah surirumah sepenuh masa dan selebihnya sebanyak 7% terlibat
dalam perniagaan. Ini bermakna responden yang diuji adalah terdiri dari golongan
pertengahan dan sederhana dalam kedudukan latar belakang pendidikan keluarga.

45
PENDIDIKAN BAPA % IBU %
(FREKUENSI) (FREKUENSI)
Darjah 6 8 27 6 20

PMR 5 17 12 40

SPM 15 50 11 37

Sijil 1 3 1 3

Diploma 0 0 0 0

Ijazah 1 3 0 0
Jumlah 30 100 30 100

Jadual 4.4 : Demografi berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa

Jadual 4.4 menunjukkan taburan sampel berdasarkan tahap pendidikan ibu dan
bapa di mana didapati golongan ibu bapa yang tamat sekolah rendah masing-masing
seramai 27% dan 20%, ibu bapa yang tamat sekolah menengah dengan tahap pendidikan
PMR atau setaraf adalah seramai 40% ibu responden dan 17% adalah bapa, manakala ibu
yang berkelulusan SPM seramai 37% berbanding bapa yang mencapai 50% berkelulusan
sedemikian, ibu dan bapa yang memiliki Sijil adalah sama iaitu seramai 3% dan tiada ibu
bapa responden yang memiliki tahap pendidikan Diploma tetapi ada seramai 3% bapa
mempunyai ijazah. Ini bermakna tahap pendidikan ibu bapa responden majoritinya
adalah berpendidikan pada peringkat SPM yang mempunyai tahap pendidikan hingga
tamat sekolah menengah.

46
Pendapatan Keluarga Frekuensi Peratus

RM 499 ke bawah 24 80

RM 500 – RM 999 3 10

RM 1000 – RM 1499 0 0

RM 1500 – RM 1999 0 0

RM 2000 – RM 2499 1 3

RM 2500 ke atas 2 7

Jumlah 30 100

Jadual 4.5 : Demografi berdasarkan sosio-ekonomi keluarga

47
Peratus pendapatan keluarga
90

80

70

60

50

40 %

30

20

10

0
RM499 ke bawah RM500-RM999 RM1000-RM1499 RM1500-RM1999

Rajah 4.5 : Peratus pendapatan keluarga

Jadual 4.5 dan rajah 4.5 menunjukkan80% ibu bapa yang mempunyai jumlah
pendapatan RM499 ke bawah, 10% berpendapatan antara RM500 hingga RM999, tiada
ibu bapa yang berpendapatan antara RM1000 hingga RM1499 dan RM1500 hingga
RM1999, 3% berpendapatan RM2000 hingga RM2499 manakala 7% ibu bapa yang
mempunyai jumlah pendapatan RM2500 ke atas. Purata pendapatan ibu bapa adalah
diantara RM500 hinggaRm1500. Ini bermakna responden yang diuji adalah terdiri dari
golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam bentuk kewangan.

48
4.2.2 Taburan Pencapaian Responden dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan
ujian terkini

Keputusan Frekuensi Keputusan frekuensi terkini


Gred
UPSR % Ujian bulanan %
A 2 7 2 7

B 22 73 17 56

C 5 17 8 27

D 1 3 3 10

E 0 0 0 0
Jumlah 30 100 30 100

Jadual 4.6 : Taburan pencapaian UPSR dan Ujian Bulanan

Berdasarkan Jadual 4.6 di atas, jelas menunjukkan bahawa responden yang dikaji
terdiri dari kepelbagaian tahap pencapaian diperingkat UPSR. Jika diteliti tahap
pencapaian responden yang telah mendapat A dalam ujian tersebut dalam mata pelajaran
Sains adalah seramai 7%. Seramai 73% responden mendapat keputusan B serta 17%
pelajar telah mendapat keputusan mendapat pangkat C. Seramai 3% pelajar telah
mendapat keputusan D dan tiada pelajar yang mendapat E. Manakala keputusan ujian
terkini dalam mata pelajaran sains tahun ini yang diduduki oleh responden menunjukkan
responden yang telah mendapat A dalam ujian tersebut dalam mata pelajaran sains adalah
juga 7%. Sebanyak 56% responden mendapat keputusan B serta 27% pelajar telah
mendapat kelulusan dengan pangkat C. Seramai 10% pelajar telah mendapat keputusan D
dan tiada pelajar mendapat keputusan dengan pangkat E. Majoriti dikatakan pelajar

49
dalam kelas ini terdiri dari pelajar yang telah lulus dengan baik pada peringkat
peperiksaan UPSR dan keputusan peperiksaan yang terkini.

4.3 Dapatan Kajian

4.3.1 Pendapat umum responden terhadap pembelajaran sains dengan


menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kumpulan
Eksperimen

Responden telah ditegaskan sekali lagi bahawa skala Likert yang digunakan
dalam borang soal selidik ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam bab 3 iaitu
berkaitan dengan prosedur analisis data. Berdasarkan borang soal selidik yang telah
diberikan kepada kumpulan eksperimen, satu dapatan telah diperolehi tentang pendapat
umum pelajar terhadap pembelajaran sains melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dan hasil dapatan adalah seperti di bawah :-

Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat


Soalan setuju pasti setuju tidak
setuju
1. Pembelajaran menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) 4 8 3 0 0
dapat membantu meningkatkan
prestasi sains saya.
2. Saya selalu membantu rakan dalam 6 8 1 0 0
kumpulan semasa aktiviti dilakukan.
3. Saya setuju kaedah pembelajaran
melalui penggunaan multimedia 5 7 3 0 0
diteruskan.
4. Pembelajaran melalui penggunaan

50
Teknologi Maklumat dan Komunikasi 3 10 2 0 0
(TMK) member saya motivasi untuk
terus belajar.
5. Pembelajaran melalui penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi 6 7 1 1 0
member saya motivasi untuk terus
belajar sains.
6. Pembelajaran melalui penggunaan
bahan berkomputer menanam sikap 5 7 2 1 0
toleransi dan kerjasama dalam
kumpulan.

Jadual 4.7 : Taburan pendapat umum responden terhadap pengajaran dan


pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi Kumpulan
Eksperimen.

Jadual 4.7 merupakan taburan pendapat pelajar secara umum terhadap


pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang
dinyatakan dalam bentuk bilangan pelajar yang memilih item-item yang ditentukan oleh
pengkaji dalam borang soal selidik. Tujuan ialah untuk mengetahui kefahaman pelajar
tentang kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini akan member
gambaran awal kepada pengkaji bahawa minat murid menjadi satu kepentingan untuk
murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Ini turut ditekan
oleh John Dewey yang menyatakan “ Pendidik yang cekap harus melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun pengalaman secara berterusan
dan kepentingan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran”

51
PERATUS (%) SKALA
ITEM Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
SOALAN setuju pasti setuju tidak N
setuju
1 27 53.33 20 0 0 15
2 40 53.33 20 0 0 15
3 33 47 20 0 0 15
4 20 67 13 0 0 15
5 40 47 7 6 0 15
6 33 47 13 6 0 15

Jadual 4.8 : Peratus minat responden terhadap penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Kumpulan Eksperimen.

Berdasarkan Jadual 4.8 di atas menunjukkan taburan pendapat dan pandangan


responden terhadap pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Terdapat seramai 8 orang pelajar atau 53.33% telah member jawapan setuju
(S) apabila diberi kenyataan ‘ Pembelajaran melalui penggunaan bahan berkomputer
dapat membantu meningkatkan prestasi saya’. Tiada seorang responden pun memberi
jawapan sangat tidak setuju (STS). Bagi soalan ini terdapat 4 orang pelajar atau 27%
memberikan jawapan sangat setuju (SS). Dan terdapat seramai 3 atau 20% orang pelajar
menyatakan tidak pasti (TP) iaitu kadang-kadang berfikiran bahawa tidak mengetahui
makna pembelajaran secara ini menyeronokkan dan sebaliknya dengan kenyataan yang
diberikan oleh pengkaji.

Jawapan responden terhadap kenyataan kedua iaitu ‘ Saya selalu membantu rakan
dalam kumpulan semasa aktiviti dilakukan’ menunjukkan seramai 8 orang atau 53.33%
memberikan jawapan setuju (S). Tiada seorang pun responden memberikan jawapan
tidak setuju (TS). Terdapat 6 orang pelajar atau 40% juga memberikan jawapan sangat
setuju (SS) dan seramai seorang pelajar 7% memberikan jawapan tidak pasti (TP).

52
Responden juga ternyata meminati pembelajaran sains menggunakan bahan
berkomputer apabila terdapat 7 orang responden iaitu 47% memberikan jawapan setuju
(S) dengan pernyataan ‘Saya setuju kaedah pembelajaran melalui penggunaan
multimedia diteruskan’. Hanya tiga orang (20%) dari pelajar memberikan jawapan tidak
setuju (TS). Manakala tidak seorang pun responden memberikan jawapan sangat tidak
setuju (STS) dan terdapat seramai 5 orang pelajar atau 33% menyatakan sangat setuju
(SS) dengan pernyataan tersebut. Dan tiada terdapat seorang pelajar pun bersikap tidak
pasti (TP).

Dari jawapan analisa didapati seramai 3 orang responden atau sebanyak 20%
memberikan jawapan sangat setuju (SS) kepada pernyataan ‘Pembelajaran melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) member saya motivasi untuk
terus belajar sains’. 10 orang memilih jawapan setuju (S) atau 67% adalah item soalan
yang dipilih paling tinggi dan terdapat 2 orang pelajar atau 13% memilih tidak pasti (TP)
untuk menjawab persoalan ini. Tiada responden yang memberikan jawapan sangat tidak
setuju (STS) dan jawapan tidak setuju (TS).

Jawapan responden terhadap pernyataan ‘Pembelajaran melalui penggunaan


bahan berkomputer menanam sikap toleransi dan kerjasama dalam kumpulan’ adalah
menunjukkan terdapat seramai 7% atau seorang pelajar telah memberikan jawapan tidak
setuju (TS). Manakala terdapat seramai 47% iaitu 7 orang pelajar memberikan jawapan
setuju (S) dengan soalan tersebut dan terdapat 33% atau 5 orang pelajar memilih sangat
setuju (SS) dengan pernyataan tersebut. Tiada seorang pun pelajar memilih jawapan
sangat tidak setuju (STS). Manakala terdapat 2 orang pelajar atau 7% berpendirian tidak
pasti (TP) dengan soalan tersebut.

Dari analisa borang soal selidik tersebut dapat disimpulkan bahawa pemberatan
jawapan responden lebih kepada sangat setuju (SS) dan setuju (S), ini membuktikan
bahawa kaedah ini amat diminati dan boleh dilaksanakan. Ini telah memudahkan pengkaji
untuk menarik minat pelajar dan mengubah persepsi pelajar bahawa sains adalah susah
kepada sains adalah mudah dan menyeronokkan bersesuaian dalam mencapai objektif
kajian pengkaji.

53
MIN SKALA
Sangat
ITEM SOALAN Sangat Setuju Tidak Tidak tidak SISIHAN N
setuju pasti setuju setuju PIAWAI
1 0.80 1.60 0.2 0.00 0.00 3.3166248 15
2 1.20 1.60 0.2 0.00 0.00 3.7416574 15
3 1.25 1.40 0.2 0.00 0.00 3.2317866 15
4 0.60 2.00 0.4 0.00 0.00 4.1231056 15
5 1.20 1.40 0.2 0.20 0.00 3.2403703 15
6 1.25 1.40 0.4 0.20 0.00 2.9154759 15
MIN
KESELURUHAN 5.80 9.40 0.13 0.02 0.00 19.862024 18

Jadual 4.9 : Analisis Min dan sisihan piawai Responden Terhadap Pembelajaran
Menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kumpulan Eksperimen

Jadual 4.9 di atas menunjukkan nilai min dan sisihan piawai yang diperolehi dari
borang soal selidik yang dikemukakan kepada kumpulan eksperimen untuk
mengukuhkan lagi minat responden adalah tinggi terhadap kaedah pembelajaran melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Analisa ini mendapati
responden berada di bawah min skala 3 dari skala 1 hingga 5 yang menjadi pilihan
pelajar. Perbezaan min di antara skala terhadap item soalan adalah lebih positif, di mana
min pada item soalan 1 hingga soalan 6 menunjukkan min yang tinggi pada skala setuju
(S) yang menjadi pilihan ramai pelajar, contohnya pada item soalan 4 pada min 2.00
berbanding skala-skala yang lain menjadi pilihan pelajar dan skala sangat setuju (SS)
kedua tertinggi dengan min agak tinggi iaitu 1.25 pada item soalan ketiga dan keenam
berbanding skala tidak pasti (TP), tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS).
Manakala pada perbezaan sisihan piawai juga dapat menunjukkan minat pelajar yang
tinggi, ini dapat dilihat pada item soalan 4 yang mempunyai sisihan piawai yang agak
tinggi berbanding item-item soalan yang lain iaitu 4.123. ini bermakna soalan 4 iaitu
‘Pembelajaran penggunaan teknologi maklumat memberi saya motivasi untuk terus

54
belajar’ sudah menunjukkan minat pelajar terhadap kaedah ini amat memberansangkan.
Ini telah menunjukkan keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat membantu pelajar
meningkatkan prestasi dan minat pelajar dalam mata pelajaran sains.

4.4 Analisa Data Berdasarkan Objektif Kajian

4.4.1 Perbandingan Pencapaian pelajar di antara kumpulan Eksperimen dan


kumpulan Kawalan

Ho 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian


antara kumpulan yang mengikuti pengajaran melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dengan kumpulan kawalan.

Keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


pengajaran dan pembelajaran sains ke atas pelajar tingkatan satu dapat dikenalpasti
dengan melihat perbandingan skor markah yang diperolehi oleh kedua-dua kumpulan
dalam ujian pra dan ujian pos.

Pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dapat
diperhatikan dalam jadual di bawah :

Kumpulan Eksperimen Kumpulan Kawalan


Gred Bilangan % Skor Bilangan % Skor
A 0 0 0 0 0 0
B 5 33.33 68 3 20 60
C 9 60 49 10 66.70 53
D 1 7 38 2 13.33 33
E 0 0 0 0 0 0

Jadual 4.10 : Taburan Pencapaian Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan


dalam Ujian Pra

55
Berdasarkan jadual 4.10, skor markah yang dikumpulkan semasa kajian, didapati
kedua-dua kumpulan mempunyai tahap penguasaan dan kemahiran yang hampir sama. Di
dapati dalam ujian pra, terdapat dua orang murid atau 13.33% telah gagal bagi kumpulan
eksperimen manakala terdapat 3 orang pelajar atau 20% dari kumpulan kawalan gagal,
ini membuktikan bahawa tahap penguasaan antara dua kumpulan ini hampir sama. Oleh
itu, kedua-dua kumpulan ini sesuai untuk dijadikan bahan ujikaji, dan pemangkinnya
adalah kumpulan kawalan.

Jadual 4.10 menunjukkan pencapaian tertinggi yang dicapai oleh kedua-dua


kumpulan sekadar pada gred B sahaja iaitu masing-masing dengan skor 68% dan 60%.
Bilangan pelajar daripada kumpulan eksperimen yang memperolehi gred B ialah 5 orang
iaitu 33.33% dengan jumlah skor 68 dan kumpulan kawalan seramai 3 orang atau 20%
dengan skor 60. Gred C seramai 9 orang atau 60% dengan jumlah skor 49 bagi kumpulan
eksperimen manakala kumpulan kawalan agak ramai iaitu 10 orang pelajar atau 66.70%.
Bagi pelajar yang memperolehi gred D, kumpulan eksperimen hanya seorang pelajar (2%)
dengan skor 38 manakala 2 orang (13.33%) dalam kumpulan kawalan dengan skor 33
dan tidak ada pelajar yang mendapat gred E bagi kedua-dua kumpulan ini.

Kumpulan Eksperimen Kumpulan Kawalan


Gred Bilangan % Skor Bilangan % Skor
A 2 13 81 0 0 0
B 8 53.33 70 9 60 66
C 5 33.33 57 6 40 53
D 0 0 0 0 0 0
E 0 0 0 0 0 0

Jadual 4.11 : Taburan Pencapaian Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan


dalam Ujian Pos

Berdasarkan Jadual 4.11 di atas menunjukkan skor ujian pos, didapati bahawa
selepas menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses

56
pengajaran dan pembelajaran, maka pencapaian murid menunjukkan peningkatan di
mana 100 peratus pelajar lulus dalam ujian pos bagi kedua-dua kumpulan namun terdapat
perbezaan bilangan pelajar dan skor bagi kedua-dua kumpulan.

Bagi kumpulan eksperimen didapati selepas strategi pengajaran dan


pembelajaran diubah dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dilaksanakan, pencapaian mereka telah meningkat dari 93% sebelum kepada 100%
selepas kaedah ini digunakan dalam mata pelajaran sains. Ini dikukuhkan lagi dengan
meningkatnya jumlah murid yang cemerlang A kepada 2 orang atau 13% bagi kumpulan
eksperimen dalam ujian pos. Bilangan pelajar yang mendapat gred B meningkat kepada 8
orang pelajar iaitu 53.33% manakala pelajar yang mendapat gred C telah berkurangan
seramai 4 orang atau 27% menjadi 5 orang pelajar (33.33%) berbanding semasa ujian pra
sebanyak 60% atau 9orang pelajar. Keberkesanan pendekatan ini terbukti apabila jumlah
pelajar yang gagal mendapat gred D telah tiada.

Keputusan menunjukkan, terdapat kesan positif terhadap pencapaian pelajar-


pelajar yang menerima pengajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) berbanding kaedah tradisional. Justeru itu Ho1 dalam hipotesis kajian
ditolak. Dapatan kajian juga menyokong kepada pendapat Ee Ah Meng (1990) yang
menyatakan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting
dalam meningkatkan prestasi pencapaian murid di samping menarik minat murid
terhadap mata pelajaran sains. Oleh itu, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja
dapat membantu meningkatkan mutu pelajaran malah ia menjadikan sesuatu
pembelajaran bermakna kepada murid dan akhirnya memperolehi pencapaian yang lebih
baik dalam pembelajaran mereka.

57
4.4.2 Analisis min skor Ujian-t kelas Eksperimen dan Kelas Kawalan bagi ujian
pra.

Kumpulan N Min Perbezaan Sisihan Nilai t


min Piawai
Eksperimen 15 53.30 2.90 10.44223 0.75
Kawalan 15 50.40

Jadual 4.12 : Ujian-t kumpulan eksperimen dan kawalan (ujian pra)

Dari data analisis statistik seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.12 di atas, di
dapati Ujian-t untuk ujian pra menunjukkan nilai bagi t=0.75 (t=0.75,p>0.05). Oleh
kerana t=0.75<2.00, maka tiada terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian
skor min bagi kedua-dua kumpulan.

Berdasarkan keputusan ujian pra tersebut, min bagi kedua-dua kumpulan


menunjukkan hanya sedikit perbezaan min iaitu 2.90 sebelum proses rawatan. Ini juga
menunjukkan tahap penguasaan dan kefahaman kedua-dua kumpulan ini hampir sama.
Jika dilihat dari sudut sisihan piawai antara kedua-dua kumpulan ini menunjukkan sisihan
yang besar iaitu 10.44. Ini bermakna pelajar bagi kedua-dua kumpulan ini juga boleh
dikatakan mempunyai pelbagai tahap kebolehan atau lebih bersifat heterogen. Secara
teorinya boleh dianggap bahawa sebelum proses rawatan dilaksanakan kepada kumpulan
eksperimen dari segi tahap pemikiran pelajar kedua-dua kumpulan ini hamper sama tetapi
memperolehi pemahaman yang berbeza kerana mendapat pendekatan cara belajar yang
berbeza. Oleh itu, kumpulan responden ini amat sesuai digunakan sebagai sampel kajian
oleh pengkaji.

58
4.4.3 Analisis min Skor Ujian-t kelas Eksperimen dan kelas Kawalan bagi ujian
pos.

Kumpulan N Min Perbezaan Sisihan Nilai t


min piawai
Eksperimen 15 67.13 6.33 8.036483 7.49

Kawalan 15 60.80

Jadual 4.13 : Ujian-t kumpulan eksperimen dan kawalan (ujian pos)

Berdasarkan data analisis statistik dalam jadual 4.13 di atas, bagi ujian pos juga
menunjukkan di mana ujian-t untuk ujian pos menghasilkan nilai t=7.49 (t=7.49, p<0.05).
Memandangkan t=7.49>2.00, oleh itu hipotesis Ho1 ditolak pada tahap signifikan 5% dan
hipotesis diterima iaitu terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar-
pelajar yang didedahkan dengan kaedah pengajaran melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) berbanding pencapaian pelajar-pelajar yang
menerima pengajaran secara Kaedah Tradisional.

Jika dilihat dari segi skor min kumpulan eksperimen agak tinggi iaitu 67.13
berbanding kumpulan kawalan yang mempunyai skor min 60.80 dalam ujian pos. Ini
menunjukkan perbezaan min kedua-dua kumpulan ini semakin besar iaitu 6.33 dalam
ujian pos apabila dibandingkan dengan ujian pra hanya sebanyak 2.90 perbezaan min. Ini
bermakna berlaku peningkatan dalam pencapaian pelajar dalam kedua-dua kumpulan ini.
Namun begitu pencapaian pelajar kumpulan eksperimen agak tinggi berbanding
kumpulan kawalan kerana keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) yang dilaksanakan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran.
Untuk mengukuhkan lagi bahawa pendedahan pelajar kepada keberkesanan penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam meningkatkan pencapaian pelajar
adalah lebih berkesan berbanding kaedah tradisional dapat diukur dengan menggunakan
sisihan piawai. Di mana sisihan yang terdapat di antara kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan agak kecil iaitu 8.03 dalam ujian pos. Ini bermakna selepas rawatan

59
kedua-dua kumpulan sudah menunjukkan perbezaan di antara pelajar-pelajar dari segi
kebolehan dan pencapaian pelajar atau lebih bersifat homogeny. Oleh itu, pengkaji telah
berjaya membuktikan bahawa keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) mampu menjadi satu kaedah yang berkesan untuk memahami topik
‘sumber tenaga’ dan mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sains.

4.4.4 Analisis min Skor Ujian-t Perbezaan Skor Ujian Pra dan Ujian Pos bagi
kumpulan Eksperimen

Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian


murid antara ujian pra dengan ujian pos bagi kumpulan eksperimen.

Ujian N Min Perbezaan Sisihan Nilai t


min piawai

Pos 15 67.13 13.18 12.12123 2.58

Pra 15 53.30

Jadual 4.14 : Ujian-t perbezaan skor ujian pra dan ujian pos kumpulan eksperimen

Berdasarkan data analisa yang telah dibuat seperti jadual 4.14 ujian-t perbezaan
skor ujian pra dan ujian pos di atas, didapati bahawa ujian-t untuk ujian pos
menghasilkan nilai t=2.58 (t=2.58, p<0.05) memandangkan t=2.58>2.00. Oleh itu
hipotesis Ho2 ditolak pada tahap signifikan 5% dan didapati min skor ujian pos agak
tinggi daripada ujian pra, ini menunjukkan bahawa penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) yang digunakan sebagai strategi dalam proses pengajaran dan

60
pembelajaran bagi tajuk ‘sumber tenaga’ bagi mata pelajaran sains tingkatan 1 adalah
lebih berkesan berbanding kaedah tradisional.

Berdasarkan jadual 4.14 didapati pencapaian min ujian pos iaitu 67.13 bagi
kumpulan eksperimen selepas diajar melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) lebih tinggi berbanding pencapaian min ujian pra 53.30. Ini
menunjukkan berlaku peningkatan dalam pencapaian skor pelajar yang diperolehi
semakin tinggi. Perbezaan min yang besar iaitu 13.18 membuktikan bahawa kaedah yang
digunakan amat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Sains. Secara khususnya, pelajar-pelajar di dalam kumpulan eksperimen ini mempunyai
tahap kebolehan yang hampir sama jika dilihat pada pencapaian mereka dalam ujian pra
dan ujian pos.

Perbezaan Skor Ujian Pra dan Ujian Pos


9

5
Ujian Pos
4
Ujian pra
3

0
A B C D

Rajah 4.6 : Perbezaan Skor Ujian Pra dan Pos

61
Data dalam rajah 4.6 di atas adalah untuk menunjukkan Keberkesanan
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam meningkatkan
kefahaman murid bagi tajuk ‘sumber tenaga’ bagi sains tingkatan satu dengan melihat
kepada graf perbandingan pencapaian kumpulan eksperimen bagi ujian pra dan pos.

Dari graf di atas, palang yang berwarna biru mewakili ujian pos manakala palang
yang berwarna merah mewakili ujian pra, di mana dari tiada seorang pun pelajar yang
mendapat A dalam ujian pra telah berubah kepada 5 orang pelajar atau 13% mendapat A
dalam ujian pos. Begitu juga dengan bilangan pelajar yang mendapat gred B dan C di
mana bilangan yang memperolehi gred B berubah iaitu 9 orang (53.33%) dan bilangan
mendapat gred C turun dari 8 orang kepada 5 orang iaitu 33.33% selepas pembelajaran
melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dijalankan. Apa yang
pasti apabila kaedah ini digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), semua pelajar telah lulus
dan dapat menguasai topik ini.

Berdasarkan keputusan analisis statistic yang diperolehi maka ianya menjadi


petunjuk kepada keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seterusnya menjawab persoalan kajian
yang menyatakan bahawa kaedah pengajaran dapat menaikkan keputusan pencapaian
pelajar dan pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) adalah kaedah yang amat berkesan dan lebih sesuai digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sains.

4.5 Ringkasan

Analisis kajian mendapati kaedah pengajaran melalui penggunaan Teknologi


Maklumat dan komunikasi (TMK) dengan menggunakan bahan berkomputer
menunjukkan pencapaian dan pemahaman yang lebih signifikan kepada pelajar-pelajar.
Pencapaian mata pelajaran sains pelajar-pelajar yang menerima pengajaran menggunakan
kaedah ini adalah lebih baik daripada pencapaian pelajar-pelajar yang menerima
pengajaran secara Kaedah Tradisional. Ini menunjukkan pembelajaran melalui

62
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah efektif dan fleksibel
untuk proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains Tingkatan 1.

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Perbincangan dalam bab ini melibatkan enam bahagian utama yang menjadi
topik utama dalam kajian pengkaji iaitu ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian,
kesimpulan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian, cadangan kajian lanjutan dan
rumusan. Bahagian ringkasan kajian membincangkan proses pelaksanaan kajian secara
keseluruhan. Bahagian perbincangan dapatan kajian menjelaskan hasil yang diperolehi
setelah data diproses dan analisa dibuat. Bahagian kesimpulan dapatan kajian pula
memberikan pendapat rasional mengenai hasil dapatan kajian yang telah diperolehi.
Bahagian implikasi membincangkan kesan dari kajian yang telah dianalisis berkenaan
dengan keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pengajaran dan pembelajaran sains dapat meningkatkan prestasi pelajar. Bahagian
cadangan kajian lanjutan pula akan membincangkan saranan tentang kajian lanjutan yang
perlu untuk melengkapkan lagi kajian seumpama ini. Bab ini juga telah membuat
perbandingan dapatan yang diperolehi dengan dapatan hasil kajian lepas. Perbincangan
ini memfokuskan kepada keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran secara
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) menggunakan bahan berkomputer dalam
meningkatkan pencapaian murid tingkatan satu bagi mata pelajaran sains.

63
5.2 Ringkasan kajian

Subjek sains tingkatan satu memainkan peranan penting dalam menyediakan


murid yang berminat serta dapat menguasai sains pada peringkat menengah dengan
jayanya. Pada tahap inilah guru perlu mengambil langkah yang bijak serta wajar untuk
menarik minat murid agar dapat menguasai konsep-konsep dalam sains serta seronok
untuk terus mempelajari sains dan menjadikan bidang sains sebagai kerjaya di masa
depan. Oleh itu salah satu kaedah yang wajar dan seharusnya digunakan oleh guru
sebagai kaedah pengajaran, iaitu murid belajar dan menyelesaikan masalah berdasarkan
pengalaman yang dilalui dalam kehidupan seharian serta berfikir bagaimana
menyelesaikan masalah sendiri yang perlu diselesaikan secara emprikal.

Dalam kaedah ini guru hanya bertindak sebagai fasilitator iaiti membimbing
murid jika terdapat masalah yang sukar diselesaikan sendirian. Daripada statistik dan
analisa data yang dinyatakan dalam bab 4 jelas membuktikan kepada guru bahawa
kaedah pengajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
amat membantu dalam meningkatkan minat serta pencapaian murid dalam mata pelajaran
sains.

Keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


proses pengajaran dan pembelajaran telah terbukti dan Berjaya meningkatkan kefahaman
murid dalam pembelajaran mereka di Negara-negara barat, oleh itu Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia amat menitikberatkan agar semua guru
mempelbagaikan kaedah pengajaran. Bagi membuktikan keberkesanannya, satu kajian
berbentuk kuasi-eksperimen telah dijalankan ke atas murid tingkatan satu untuk melihat
perbandingan pencapaian mereka apabila pengajaran melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) berbanding tradisional dilaksanakan. Dalam kajian ini
seramai 15 orang murid terlibat dalam pembelajaran melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan seramai 15 orang lagi belajar secara tradisional.
Sesi kajian dijalankan selama enam minggu, di mana dalam seminggu murid tingkatan

64
satu kelas eksperimen dan kawalan telah mengikuti tiga sesi pengajaran iaitu dua sesi
selama 80 minit dan satu sesi selama minit.

Sebelum pengajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


(TMK) digunakan kepada kumpulan eksperimen, satu set ujian pra telah diberikan untuk
mencungkil pengetahuan sedia ada murid terhadap topik yang dikaji. Setelah sesi
pengajaran dibuat dalam 6 minggu maka satu set ujian pos telah diberi di akhir proses
pengajaran. Semua dapatan kajian yang dikumpulkan telah dianalisis menggunakan
program Excel. Dapatan skor ujian pra dan pos dikumpulkan dalam bentuk gred dan
perbezaan bilangan murid yang dapat menguasai topik ‘sumber tenaga’ telah dianalisis
menggunakan ujian-t dua hujung dengan aras signifikan 0.05. dapatan dari kajian
mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan dari segi pencapaian dalam ujian pra dan ujian pos.

Kajian juga mendapati bahawa dari soal selidik yang telah dibuat murid-murid
ternyata lebih meminati sains setelah kaedah penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari soal selidik
didapati hampir 70 peratus murid bersetuju dengan menyatakan bahawa sains adalah
mata pelajaran yang menyeronokkan dan merupakan mata pelajaran kegemaran mereka.
Jadi, bertepatanlah dengan objektif kajian yang dinyatakan oleh pengkaji pada peringkat
awal kajian dilaksanakan.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

Matlamat utama kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan dua
kaedah pengajaran ke atas pencapaian murid tingkatan satu dalam topik ‘sumber tenaga’.
Hasil soal selidik yang diberikan kepada kumpulan eksperimen, didapati bahawa hampir
keseluruhan pelajar berminat serta menyukai mata pelajaran sains. Jadual 4.7 dan 4.8
menunjukkan taburan pendapat responden terhadap mata pelajaran sains yang jelas
membuktikan bahawa responden amat meminati sains dengan menggunakan kaedah
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Ini dikukuhkan lagi dengan analisa min
dan sisihan piawai borang soal selidik untuk menunjukkan bahawa responden lebih

65
positif dan sebahagian besarnya bersetuju dengan kaedah melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
sains. Di samping itu, hasil analisa deskriptif juga menunjukkan bahawa kedua-dua
kumpulan sampel mempunyai ciri-ciri yang hampir sama pada peringkat awal kajian. Ini
dibuktikan dengan pencapaian skor yang diperolehi oleh kedua-dua kumpulan dalam
ujian pra seperti yang ditunjukkan oleh jadual 4.10. Kedua-dua kumpulan sampel
menunjukkan tahap pencapaian yang hampir sama juga terbukti dengan dapatan yang
dinyatakan dalam jadual 4.10 iaitu min ujian pra kumpulan eksperimen adalah 53.30 dan
nilai min kumpulan kawalan sebanyak 50.40. Perbezaan nilai min adalah kecil iaitu
sebanyak 2.90.

Keberkesanan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


pengajaran dan pembelajaran sains telah terbukti dengan memerhatikan jadual 4.11 min
skor yang dicapai dalam ujian pos oleh kumpulan eksperimen yang mana menunjukkan
min skor yang dicapai telah meningkat kepada 67.13 dengan perbezaan min sebanyak
6.33 dan didapati juga bilangan murid yang berjaya menguasai topik ini meningkat di
mana semua 15 orang murid dari kumpulan eksperimen telah lulus dalam ujian pos
berbanding seorang yang gagal semasa ujian pra diberikan sebelum ini. Juga dikukuhkan
lagi dengan nilai min dan sisihan piawai untuk melihat keberkesanan pendekatan melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terhadap pembelajaran
konsep-konsep sains dan pencapaian pelajar dalam subjek sains sebagaimana dalam
jadual 4.16.

Keberkesanan melaui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat dilihat dari data analisis yang mana
nilai t yang diperolehi oleh kumpulan eksperimen dalam ujian pos berbanding ujian pra
adalah lebih kecil dari 0.05. Nilai t yang kecil ini secara langsung membolehkan Ho1
ditolak seterusnya membuktikan bahawa terdapat perbezaan di antara pelajar sebelum
proses rawatan dan selepas proses rawatan dijalankan.

Dapatan kajian dalam jadual 4.16 menunjukkan terdapat hubungan yang positif
diantara pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
serta minat murid terhadap mata pelajaran sains dan pencapaian ujian pos. Secara

66
logiknya murid yang dapat menguasai sesuatu konsep atau pengajaran yang diajar akan
menunjukkan minat terhadap sesuatu mata pelajaran dan seterusnya menterjemahkannya
melalui pencapaian mereka di dalam ujian yang diberikan. Dapatan-dapatan kajian ini
juga menyokong dapatan-dapatan kajian yang lepas. Hal ini dinyatakan oleh kajian-
kajian yang telah dibuat oleh Gusky dan Gates (1986), Gusky dan Pigott (1988) dan
Kulik et al. (1990) bersependapat menyatakan bahawa pembelajaran secara
konstruktivisme melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dapat
meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran yang dipelajari.

5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian

Selepas kajian dijalankan didapati bahawa kaedah pembelajaran melalui


penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah satu kaedah pengajaran
yang berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep-konsep serta
topik-topik dalam mata pelajaran sains khasnya. Hasil kajian mendapati bahawa murid
yang menjalani rawatan iaitu kumpulan eksperimen menunjukkan pencapaian yang baik
dalam ujian pos yang dibuat selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Hasil kajian juga mendapati bahawa pembelajaran secara ini mempunyai hubungan
dalam menentukan minat dan pencapaian murid dalam mata pelajaran sains.

Dari hasil dapatan yang diperolehi dalam kajian jelas membuktikan bahawa
murid dapat menguasai sesuatu pengajaran dengan baik dan melahirkan minat dalam diri
mereka untuk mempelajari sains sehingga memperolehi pencapaian yang baik dalam
ujian adalah kesan penggunaan kaedah pembelajaran melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Keberkesanan kaedah ini, dalam kajian ini secara
langsung menyokong teori yang dibuat oleh Piaget dalam kajian lepas di mana Piaget
menyatakan “untuk memahami perlu ada rekaan---“ “to understand is to invent” (Kamii,
1985).

Oleh itu peningkatan skor yang dicapai oleh pelajar kesan pembelajaran melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), di mana murid perlu
menyelesaikan sendiri sesuatu permasalahan dengan mengambil kira pengalaman masa

67
lalu dan pengetahuan sedia ada merupakan satu keberkesanan dalam pembelajaran
terutama mata pelajaran sains. Kepentingan kaedah ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini turut dicadangkan oleh Saunders, yang menyatakan pengetahuan formal
kanak-kanak tidak boleh dipaksa tetapi perlu dipersembahkan kepada kanak-kanak dalam
bentuk yang menolong kanak-kanak itu mencipta sesuatu yang menjadi kepunyaannya
(Saunders, 1992). Ini bermaksud pelajar mempunyai kebolehan dari segi kognisi dalam
mengadaptasikan diri dan mengubahsuaikan pengetahuan yang diperolehi dalam
membina sesuatu pengetahuan yang baru. Hasil kajian serta pendapat-pendapat pengkaji
lepas menekankan dengan jelas dan nyata pentingnya menggunakan kaedah melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam bilik darjah di sekolah-
sekolah.

5.5 Implikasi Dapatan Kajian

Dapatan kajian ini mendapati bahawa penggunaan kaedah melalui penggunaan


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dapat meningkatkan pencapaian dan minat murid terhadap mata pelajaran sains. Dapatan
ini menunjukkan kaedah ini juga seharusnya dilaksanakan dan digunakan oleh semua
guru sains. Guru mata pelajaran sains perlu menyedari kepentingan pendekatan
pengajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di mana
hanya memerlukan murid meneroka dan membina idea terlebih dahulu adalah berkesan
untuk mendorong murid supaya lebih mudah untuk mempelajari sesuatu topik atau mata
pelajaran.

Dapatan ini memberi panduan kepada guru sains terhadap proses melaksanakan
kaedah pengajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dari segi merancang pelaksanaannya. Dapatan ini juga menyumbangkan kepada satu lagi
kaedah yang sesuai digunakan. Kajian ini juga dapat membantu individu yang terlibat
secara langsung dalam pembentukan dan perancangan kurikulum dan sukatan mata
pelajaran melaksanakan kaedah melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) di sekolah. Pendedahan dan latihan hendaklah disediakan kepada

68
guru dan bakal guru untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran tentang kaedah ini
supaya ianya akan lebih berkesan bila dilaksanakan di dalam bilik darjah. Penggunaan
kaedah melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ini akan dapat
mewujudkan pengajaran sains dengan lebih berkesan. Pembelajaran dengan cara ini
wajar dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu menyedari
bahawa :-

1. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan berbeza.


2. Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
berkesan.
3. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang wajar.

Berdasarkan dapatan dan batasan kajian, adalah dicadangkan :-

1. Penggunaan pembelajaran melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


diberi keutamaan kepada mata pelajaran yang lebih berstruktur seperti sains dan
matematik. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran (TMK) dalam mata
pelajaran lain tidak dinafikan keberkesanannya berdasarkan kajian di luar Negara.
2. Pihak pengurusan sekolah perlu memainkan peranan terhadap pelaksanaan
pembelajaran di peringkat sekolah bermula dengan perancangan, pelaksanaan,
penilaian, pemulihan dan penggayaan.
3. Pihak yang berkenaan harus menyediakan kursus dalam perkhidmatan berkaitan
pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
kepada guru agar mereka memahami dan dapat melaksanakan kaedah tersebut
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

Oleh kerana kajian yang dibuat meliputi satu ruang sampel yang terhad dan masa
kajian yang singkat, maka kajian ini tidak merangkumi keseluruhan aspek dalam
pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Bagi

69
keberkesanan yang menyeluruh, kajian lain yang lebih luas dan banyak perlu dijalankan.
Contohnya menggunakan sampel yang besar, jangka masa kajian yang lebih panjang
serta melibatkan guru yang mahir dengan kaedah tersebut. Dalam erti kata lain, satu
tindakan wajar yang dijalankan bagi memberikan satu maklumat atau dapatan yang lebih
menyeluruh.

Kajian-kajian lanjutan seharusnya melibatkan tajuk-tajuk lain dan penggunaan


modul pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
agar pelaksanaan kaedah tersebut lebih sempurna. Selain aspek pencapaian murid,
beberapa aspek lain yang mungkin mempengaruhi harus dikaji. Sebagai contoh,
dijalankan kajian mengenai keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ke atas perubahan sikap
pelajar, kajian keberkesanan penggunaan kaedah pembelajaran melalui penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ke atas motivasi pelajar dan lain-lain lagi.

Adalah lebih baik kajian akan datang menjadikan guru sebagai sampel kajian,
untuk menilai amalan pembelajaran iaitu guru sebagai pelaksana pembelajaran melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Hal yang demikian akan
membantu pihak penggubal kurikulum pendidikan dalam menggubal cadangan aktiviti
dalam huraian sukatan pelajaran, ini kerana kemahiran guru menjalankan pembelajaran
melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) akan memastikan
keberkesanan kaedah tersebut.

Kajian akan dating juga seharusnya menjadikan pelajar yang bermasalah seperti
suka ponteng sekolah, merokok dan masalah suka bergaduh sebagai sampel kajian.
Kajian ini digunakan untuk melihat keberkesanan kaedah melalui penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam merawat pelajar yang bermasalah. Ini kerana
pelajar yang bermasalah merupakan mereka yang tercicir dalam pelajaran. Untuk kes ini
ianya memerlukan guru yang betul-betul mahir dengan kaedah pembelajaran melalui
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) tetapi ianya juga memerlukan
seorang guru yang mahir serta memahami psikologi kanak-kanak atau pelajar berkenaan.

70
Kajian tentang proses pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) yang dapat disesuaikan dengan system Pendidikan Negara juga
boleh dilaksanakan. Ini perlu bagi memastikan adanya suatu panduan untuk guru-guru
bagi memastikan kaedah pembelajaran melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) ini dengan adanya keseragaman bagi pelaksanaannya di semua
peringkat sekolah diseluruh Negara. Oleh itu, diharapkan agar satu kursus khas mengenai
pelaksaan kaedah masteri di sekolah dapat disediakan untuk guru-guru bagi menjamin
ketelusan pelaksanaannya seterusnya mengkaji keberkesanannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

5.7 Ringkasan

Pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran bergantung kepada banyak


faktor. Faktor manusia memainkan peranan paling penting dan utama dalam
meningkatkan pencapaian murid dalam pembelajaran mereka. Faktor ini adalah sikap
murid serta strategi yang guru gunakan semasa pengajaran. Sikap murid yang positif dan
pendekatan kaedah pengajaran guru yang tepat membantu murid meningkatkan
pencapaian mereka. Berdasarkan dapatan kajian ini adalah diharapkan agar guru dapat
mengaplikasikan kaedah pembelajaran melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dengan lebih yakin semasa proses pengajaran di dalam bilik darjah. Di samping
itu juga disokong oleh pendedahan dan latihan yang disediakan oleh pihak yang
berkenaan kepada guru. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat membantu dan
memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang agak lemah serta tidak meminati sains
serta mata pelajaran lain agar berminat serta mampu mencapai kejayaan seperti rakan-
rakan yang lain dan seterusnya dapat merealisasikan impian hidup mereka. Di samping
itu kajian ini juga berharap agar dasar 60:40 yang dicadangkan oleh kerajaan berjaya
kerana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) dapat menarik minat pelajar kepada mata pelajaran sains dan
seterusnya menaikkan peratus pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains.

71

Anda mungkin juga menyukai