Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN MENGISI REKOD SALAHLAKU / MASALAH DISIPLIN

1. Tarikh
Sila tuliskan tarikh berlakunya kes-kes tidak berdisiplin.

2. Bilangan
Sila tuliskan angka mengikut urutan (1, 2, 3......)

3. Nama Murid
Sila tuliskan nama penuh murid seperti yang terdapat dalam jadual kedatangan.

4. Tahun
Sila tuliskan kod. Sekolah Rendah 01 - Tahun 1
2 - Tahun 2
3 - Tahun 3
4 - Tahun 4
5 - Tahun 5
6 - Tahun 6

5. Kekerapan Melakukan Kesalahan


Sila tuliskan kod.
1 - Melakukan kesalahan kali pertama
2 - Melakukan kesalahan kali kedua
3 - Melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya

6. Jantina
Sila tuliskan kod.
1 - Lelaki
2 - Perempuan

7. Kaum
Sila tuliskan kod.
1 - Melayu / Bumiputra
2 - Cina
3 - India
4 - Lain-lain
8. Jenis Salahlaku
Sila tulis kod berikut. Jika lebih daripada satu, sila catatkan kod-kod berkenaan.

8.1 Tingkahlaku Jenayah


111 Berjudi
112 Mencuri
113 Melawan / mengancam / memukul / mencederakan guru
114 Melawan / mengancam / memukul / mencederakan pengawas
115 Memeras ugut
116 Membuli / pelancoan
117 Menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap
118 Menyalahgunakan dadah
119 Membawa senjata merbahaya
120 Mencabul kehormatan
121 Mengancam / memukul / mencederakan murid lain
122 Menceroboh bilik khas / kedai koperasi / pejabat sekolah / asrama
123 Mengedar dadah
124 Menunjuk perasaan / berpiket / mengganggu ketenteraman sekolah
125 Bertaruh secara besar-besaran
126 Bermain api mancis / membakar kertas di dalam kelas

8.2 Tingkahlaku Lucah

221 Bercumbu-cumbuan
222 Berkhalwat
223 Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah
224 Mengintai murid-murid perempuan
225 Menggunakan kata dan perbuatan lucah
226 Melukis dan menulis kata-kata dan gambar-gambar lucah
8.3 Kekemasan Diri
331 Berambut panjang / fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan
peraturan sekolah
332 Berkuku panjang
333 Bermisai dan berjanggut
334 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah
335 Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah

8.4 Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa

441 Berkeliaran di kawasan sekolah


442 Datang lewat ke sekolah
443 Lewat ke perhimpunan
444 Makan di kantin di luar masa rehat
445 Lewat pulang ke Asrama

8.5 Tingkahlaku Kurang Sopan dan Biadap


551 Berkelakuan kasar terhadap guru
552 Berkelakuan kasar terhadap pengawas
553 Berkelakuan kasar terhadap murid
554 Berhasa kesat
555 Menympan rokok
556 Menghisap rokok
557 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran
558 Tidak menghormati guru
559 Tidak menghormati pengawas
560 Tidak menyiapkan kerja rumah
8.6 Tingkahlaku Musnah
661 Merosakkan harta benda sekolah
662 Merosakkan harta benda pengetua / guru besar dan guru-guru
663 Merosakkan harta benda kantin sekolah
664 Merosakkan harta benda murid
665 Merosakkan harta benda Asrama

8.7 Tingkahlaku Tidak Jujur


771 Menipu yang melibatkan wang
772 Menipu yang melibatkan kepercayaan

8.8 Ponteng
881 Ponteng kelas
882 Ponteng sekolah
883 Ponteng perhimpunan
884 Ponteng kegiatan luar bilik darjah / ko-kurikulum
885 Ponteng ujian
886 Ponteng peperiksaan
887 Ponteng untuk ”private study”
888 Ponteng asrama

Jika salahlaku yang terjadi di sekolah tuan / puan tidak dinyatakan dalam senarai
diatas, sila berikan kod baru dan keterangan kod tersebut.

9. Kekerapan Setiap Salahlaku

Sila tuliskan dengan angka, kali keberapa salahlaku tersebut telah dilakukan oleh
murid berkenaan.
10. Punca Salahlaku

Sila tuliskan kod.

1 - Diri sendiri
2 - Persekitaran / pengaruh luar
3 - Keluarga
4 - Sekolah

Jika lebih dari satu, catatkan kod-kod tersebut.

11. Latarbelakang Keluarga

Sila tuliskan kod berikut untuk menjelaskan murid yang terbabit dengan
salahlaku tinggal dengan :

1 - Ibu
2 - Ayah
3 - Ibu dan ayah
4 - Datuk / nenek
5 - Abang
6 - Kakak
7 - Lain-lain saudara-mara

12. Langkah Menghubungi Ibu Bapa / Penjaga

Sila tuliskan kod.

1 - Sudah
2 - Belum
13. Sambutan Ibu bapa / Penjaga Setelah Dihubungi

Sila tuliskan kod.

1 - Datang berjumpa Pengetua / Guru Besar / Guru-Guru


2 - Tiada sambutan / respon

14. Tindakan-Tindakan Lain

Sila tuliskan kod. Jika lebih daripada satu, sila catatkan kod-kod berkenaan.

1 - Nasihat / kaunseling
2 - Amaran
3 - Rotan satu kali
4 - Rotan dua kali
5 - Rotan tiga kali
6 - Rotan melebihi tiga kali
7 - Digantung persekolahan
8 - Dibuang sekolah
9 - Laporkan kepada polis
10 - Naik ke pentas semasa perhimpunan
11 - Membuat lawatan ke rumah murid berkenaan oleh pihak sekolah

15. Nama dan Tandatangan Saksi

Tuliskan nama dan tandatangan guru yang menjadi saksi ketika murid dihukum
rotan.

16. Jika melibatkan Pihak Polis

16.1 Tempat kejadian berlaku

Sila tuliskan kod : 01 - Dalam kawasan sekolah


02 - Luar kawasan sekolah
16.2 Kedudukan kes

Sila tuliskan kod : 01 - Menanti perbicaraan


02 - Dalam perhatian
03 - Kes selesai di peringkat polis, mahkamah /
buang kes

17. Jika kes Ini Ada Disairkan Di Akbar

17.1 Nama Akhbar

Sila tuliskan kod : 01 - Berita Harian / Berita Minggu


02 - Utusan Melayu / Mingguan Malaysia
03 - The Malay Mail
04 - The New Straits Times
05 - The Star / Sunday Star
06 - Nanyang Siang Pau
07 - Sin Chew Jit Poh
08 - Akhbar-Akhbar lain. Sila nyatakan.

17.2 Siarann Akhbar Mengikut Bulan

Sila tuliskan kod : 01 - Januari


02 - Februari
03 - Mac
04 - April
05 - Mei
06 - Jun
07 - Julai
08 - Ogos
09 - September
10 - Oktober
11 - November
12 - Disember
17.2 Tajuk-Tajuk Berita Akhbar

Sila tuliskan kod :

01 - Mengenai murid
02 - Mengenai guru
03 - Mengenai pentadbir sekolah
04 - Mengenai orang luar (Ibu Bapa / Penjaga)

17.3 Kesahihan Berita Akhbar

Sila tuliskan kod :

01 - Tepat / betul
02 - Tidak tepat / tidak betul

Unit Disiplin
Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan
1990

Anda mungkin juga menyukai