Anda di halaman 1dari 16

NAMA GURU: ABDUL NAIM BIN ISMAIL

KELAS: 1D

MATA PELAJARAN DIAJAR TAHUN / TINGKATAN


SYARIAH(FEKAH/QURAN) 1D
SYARIAH(T.ISLAM/FEKAH/QURAN) 2B,2E
SYARIAH(T.ISLAM/FEKAH/QURAN) 3A,3B
ULUM QURAN 6S
FALSAFAH PENDIDIKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Warganegara Malaysia Yang Baik Unsur Rohani Dan Emosi

 Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan; Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-
 Berilmu pengetahuan; aspek berikut:
 Berakhlak mulia;  Keyakinan terhadap Tuhan;
 Bertanggungjawab kepada diri, masayrakat, agama  Kepercayaan beragama;
dan negara;  Kemantapan jiwa;
 Berbakti dan memberi sumbangan kepada  Penghayatan nilai-nilai murni dan norma
masyarakat dan negara; dan
masyarakat;
 Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
 Berbudi pekerti mulia;
Unsur Intelek  Berbakti dan berkorban.

Unsur intelek ini mengambil kira aspek-aspek Unsur Jasmani


berikut:
 Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa Ciri-ciri jasmani ialah:
kebenaran;  Kecergasan fizikal dan kesihatan diri;
 Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif;  Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal
 Daya pemikiran yang lojik dan analitis; sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat.
 Ilmu yang bermanfaat.

 Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan.
TASUSILA PROFESION PERGURUAN, MALAYSIA
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang
berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah
kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip
Rukunnegara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi
pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya,
maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke
taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

I TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR


1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain.
2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau
agama.
3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang
diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada para
pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA


1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak
mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat daripada ibu
bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap
ibu bapa mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA


1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara,
ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati
adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan
sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari
dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN


1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di
hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

................................................

(Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah
Institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,
organisasi dan penyeliaan pendidikan.)
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1981

Ruj. Fail. KP.8591/(80)


14hb. September, 1981

Pengarah Pelajaran,
Semua Negeri.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1981 PENGGUNAAN WAKTU TIDAK


MENGAJAR / WAKTU LUANG (FREE PERIODS) OLEH GURU-GURU._______

Guru-guru di sekolah biasanya mempunyai waktu-waktu tidak mengajar/waktu luang (free


periods) seperti yang ditetapkan perlu bekerja. Anggapan ini adalah salah dan perlu dibetulkan.

2. Oleh itu Tuan/Puan diminta memberitahu semua Guru Besar supaya:

2.1 Mengingatkan semua guru bahawa waktu tidak mengajar / waktu luang (free
periods) itu adalah masa bekerja.

2.2 Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu antara lain
untuk:

2.2.1 Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah.

2.2.2 Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku-


buku tambahan, membuat nota mengajar, menyediakan alat-alat mengajar
dan sebagainya.

2.2.3 Memeriksa buku-buku latihan murid.

2.2.4 Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah mengenai


pelajaran yang diajar.

2.2.5 Penyediaan aktiviti-aktiviti gerakerja Kokurikulum.

2.2.6 Lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar.

Tegasnya, waktu tidak mengajar itu mestilah diisi dengan kerja-kerja yang memberi faedah
kepada murid-murid, khasnya dan sekolah, amnya.

3. Harap dapat Surat Pekeliling ini disampaikan kepada semua Guru Besar Sekolah
Menengah dan Rendah untuk panduan dan tindakan mereka.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

Saya yang menurut Perintah,

(DATO’ HJ. IDRIS BIN TAIN)


b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR
_________________________________________________________________________________________

KP(BS) 8591/Jilid XV/(3)


9 Mac, 1999
Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:


Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian
Pendidikan 256: ”Buku Rekod Mengajar Guru”, bertarikh 1 julai 1963.
2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana
maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku
Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.
3. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan dan (ii) Rancangan Pelajaran
Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut
prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.
(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai
objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.
4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan
teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta-merta apabila dikehendaki oleh
pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan
Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta-merta apabila dikehendaki oleh pihak
yang diberi kuasa.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar dan guru di negeri.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATO’ DR ABDUL SHUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

sk. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
Ketua Nazir Sekolah
Pegawai Perhubungan Awam
SENARAI BUKU TEKS MURID

BIL NAMA BUKU HARGA NAMA PENGARANG PENERBIT CATATAN

SENARAI BUKU RUJUKAN GURU


BIL NAMA BUKU HARGA NAMA PENGARANG PENERBIT CATATAN
KANDUNGAN
KALENDAR SEKOLAH A
MAKLUMAT GURU B
JADUAL WAKTU PERSENDIRIAN C
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN D
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN E
REKOD PENCAPAIAN MURID F
CATATAN AM G

KALENDAR SEKOLAH
PENGGAL I
HARI PERSEKOLAHAN 11.01.2015 - 12.03.2015 9m
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 13.03.2015 - 21.03.2015 1m
HARI PERSEKOLAHAN 22.03.2015 - 28.05.2015 10 m
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 29.05.2015 - 13.06.2015 2m
PENGGAL II
HARI PERSEKOLAHAN 14.06.2015 - 17.09.2015 14 m
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 18.09.2015 - 26.09.2015 1m
HARI PERSEKOLAHAN 27.09.2015 - 19.11.2015 8m
CUTI AKHIR TAHUN 20.11.2015 - 02.01.2016 6m

PERISTIWA SEKOLAH
HARI SUKAN SEKOLAH -
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG -
MESYUARAT AGUNG PIBG -

CUTI UMUM
HARI KEPUTERAAN KDYMM TUANKU SULTAN - 18.01.2015 1 hari
ISRAK DAN MIKRAJ - 16.05.2015 1 hari
TAHUN BARU CINA 19.02.2015 - 20.02.2015 2 hari
AWAL RAMADHAN - 18.06.2015 1 hari
HARI RAYA PUASA 17.07.2015 - 18.07.2015 2 hari
HARI PEKERJA - 01.05.2015 1 hari
HARI WESAK - 03.05.2015 1 hari
HARI KEPUTERAAN DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG - 06.06.2015 1 hari
HARI RAYA HAJI 24.09.2015 - 25.09.2015 2 hari
MAAL HIJRAH - 14.10.2015 1 hari
HARI KEBANGSAAN - 31.08.2015 1 hari
HARI KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W. 03.01.2015 - 24.12.2015 1 hari
HARI DEEPAVALI - 10.11.2015 1 hari
HARI KRISMAS - 25.12.2015 1 hari

CUTI PERISTIWA
MAKLUMAT GURU
1. NAMA PENUH: ABDUL NAIM BIN ISMAIL

2. NO JPK (P): 3. NO KAD PENGENALAN BARU:


830715-02-5715
4. PENGALAMAN MENGAJAR: 5. NO. GAJI:
5 Tahun
6. KWSP: 7. NO CUKAI PENDAPATAN:

8. KELULUSAN AKADEMIK

Bil. Ijazah/Diploma/ Sijil Tahun Lulus Nama Institusi


1 SPM 2002 SMA DARUSSAADAH
2 DILPOMA 2006 MTQ PULAU PINANG
3 2009 MAAHAD QIRAAT
IJAZAH
SHOUBRA

9. KELULUSAN IKHTISAS

Bil. Ijazah/Diploma/ Sijil Tahun Lulus Nama Opsyen


Institusi

10. MAKLUMAT KURSUS / BENGKEL/ SEMINAR


(Kursus/bengkel/ seminar akademik yang pernah dihadiri dalam tahun semasa.)
Bil. Nama Kursus/ Bengkel/ Tarikh/ Jangka Anjuran No. Surat Rujukan
Seminar Masa
1.
2.
3.
C

JADUAL WAKTU
TARIKH KUATKUASA : ...............................................................................
WAKTU 07. 45 08. 15 08. 45 09. 15 09. 45 10. 15 10. 45 11. 15 11. 45 12. 15 12. 45
– – – – – – – – – – –
HARI 08. 15 08. 45 09. 15 09. 45 10. 15 10. 45 11. 15 11. 45 12. 15 12. 45 1. 15

AHAD PER 6H (BI) 4K (BI) 6M (BI)

ISNIN 4K (BI) 6M (BI) 6H (BI)

SELASA 4K (BI) 6H (BI) 6H (BI)

RABU 6M (BI) 4K (BI)

KHAMIS 4K (BI) 6M (BI)

ANALISIS WAKTU
Bil. Mata Pelajaran Kelas Bil. Waktu Masa Jumlah
1 BAHASA INGGERIS 6H 9 30 270
2 BAHASA INGGERIS 6M 9 30 270
3 BAHASA INGGERIS 4K 10 30 300

JUMLAH 3 28 90 2520

JADUAL WAKTU
TARIKH KUATKUASA : ...............................................................................
WAKTU 07. 45 08. 15 08. 45 09. 15 09. 45 10. 15 10. 45 11. 15 11. 45 12. 15 12. 45
– – – – – – – – – – –
HARI 08. 15 08. 45 09. 15 09. 45 10. 15 10. 45 11. 15 11. 45 12. 15 12. 45 1. 15

AHAD PER 6H (BI) 4K (BI) 6M (BI)

ISNIN 4K (BI) 6M (BI) 6H (BI)

SELASA 4K (BI) 6H (BI) 6H (BI)

RABU 6M (BI) 4K (BI)

KHAMIS 4K (BI) 6M (BI)

ANALISIS WAKTU
Bil. Mata Pelajaran Kelas Bil. Waktu Masa Jumlah
1 BAHASA INGGERIS 6H 9 30 270
2 BAHASA INGGERIS 6M 9 30 270
3 BAHASA INGGERIS 4K 10 30 300

JUMLAH 3 28 90 2520
Kalendar 2015
Catatan
Am
G
CATATAN PENYELIAAN
Tarikh/ Mata T/tangan
Bil. Catatan/Ulasan
Masa Pelajaran & Jawatan
G
CATATAN PENGETUA / GURU BESAR
Tarikh/ Mata T/tangan
Bil. Catatan/Ulasan
Masa Pelajaran & Jawatan
G
CATATAN KEHADIRAN KURSUS/ MESYUARAT/ TAKLIMAT
Tarikh/ Mata T/tangan
Bil. Catatan/Ulasan
Masa Pelajaran & Jawatan

Anda mungkin juga menyukai