Anda di halaman 1dari 4

SK SRI TANJUNG PAPAT 2

90000 SANDAKAN SABAH

KERTAS KERJA

“Projek Laluan Ilmu”

Oleh :

Ummu Sarafilza binti Zamri


1.0 Pendahuluan

Projek Laluan Ilmu merupakan suatu projek yang bertujuan untuk


menceriakan laluan-laluan murid yang terdapat di sekolah ini. Di samping
menceriakan sekolah, projek ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada
murid-murid untuk menimba informasi dan memperkukuhkan lagi
pembelajaran yang diperoleh di dalam bilik darjah. Diharap projek ini dapat
memberi informasi dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada murid-murid
sekolah ini.

2.0 Objektif

Objektif Projek Lalauan Ilmu ini adalah seperti yang berikut:


i. Menceriakan laluan-laluan murid.
ii. Menambah dan mengukuhkan pengetahuan murid.

3.0 Tarikh / Tempoh / Masa

Tarikh: 22 November 2019 – 20 Disember 2019

4.0 Jawatankuasa Pelaksana

Penaung : Pn. Hajah Rokiah Hj Sindrang


Guru Besar SKSTP2

Penasihat : Pn Rosliah bt Rosmin


Guru Pen. Kanan Kurikulum SKSTP2

Timb.Penasihat I : Pn Sommy Jumaat


Guru Pen. Kanan HEM SKSTP2

Timb.Penasihat II : En Hasni Astan


Guru Pen.Kanan Kokurikulum SKSTP2

Penyelaras Projek : Pn Ummu Sarafilza bt Zamri

Ahli Jawatankuasa:
Laluan A: Bahasa Melayu
i. Pn Ummu Sarafilza bt Zamri (K)
ii. Semua ahli Panitia Bahasa Melayu SKSTP2

Laluan B: Pendidikan Islam


i. Pn Siti Jamilah bt Shafie (K)
ii. Semua ahli Panitia Pendidikan Islam SKSTP2

Laluan C: Sains dan Matematik


i. En Ashrol bin Ali Daud (K)
ii. Semua ahli Panitia Matematik SKSTP2

5.0 Cadangan Projek

Beberapa cadangan untuk melaksanakan projek laluan ilmu:


i. Laluan A (Bahasa Melayu): Menggantungkan suku kata-suku kata dan ayat
ringkas untuk bacaan murid-murid tahun 1 dan 2.
ii. Laluan B (Agama): Menggantungkan perkara-perkara berkaitan akhlak,
akidah dan potongan-potongan ayat Quran.
iii. Laluan C (Sains dan Matematik): Menggantungkan rumus matematik dan
nota pembelajaran sains .

6.0 AnggaranPerbelanjaan

Anggaran belanjawan adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah (RM)


1. Cat Minyak Merah 5 Liter 1 100

2. Cat Minyak Hitam 5 Liter 1 100


3 Cat Minyak Biru 5 Liter 1 100
4 Cat Minyak Kuning 5 Liter 1 100
5. Cat Minyak Hijau 5 Liter 1 100
JUMLAH RM 500.00

7.0 Penutup

Di harap melalui projek keceriaan ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara guru
– guru di sekolah ini. Pelajar juga harap mempelajari sebanyak mungkin sumber ilmu
yang ditemui sepanjang projek dan juga pengalaman yang amat berharga sebagai
panduan menjadi guru suatu masa nanti. Pihak jawatankuasa juga memohon kerjasama
dan tindakan dari pihak pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan
projek dekorasi ini. Kami dahului dengan jutaan terima kasih.Sekian, wassalam.

Disediakan Oleh :

…………………………..
(UMMU SARAFILZA BT ZAMRI)
GPM SKSTP2

Disemak oleh :

…………………………..
(PN ROSLIAH ROSMIN)
PEN KANAN 1
SKSTP2

Disahkan oleh :

………………………….
(PN HJH ROKIAH HJ SINDRANG)
GURU BESAR
SKSTP2

Anda mungkin juga menyukai