Anda di halaman 1dari 5

SOALAN TUTORIAL

Tulis satu refleksi tentang “Siapa saya?” berdasarkan latar belakang sosio-
sejarah anda.

Untuk mengenali diri kita, sekurang-kurangnya perlu memahami empat

perkara, iaitu latar belakang sosio-sejarah, kepercayaan, proses sosialisasi dan

sikap. Latar belakang sosio-sejarah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas diri

kita. Dalam kehidupan kita, kita pasti akan melalui atau mengalami peristiwa dan

pengalaman yang manis atau pahit. Pelbagai pengalaman yang dilalui seperti

keperitan, masalah, kesedihan, kekecewaaan, kemalangan, pergaduhan,

kedamaian, kesenangan, kegembiraan dan kejayaan yang kita alami akan

disimpan dalam minda kita. Ia akan menjadi kerangka pemikiran yang akan

menjadi pedoman dan panduan kita dalam meneruskan dan menangani

kehidupan. Corak aktiviti, pengalaman dan amalan kehidupan kita yang berbeza

antara individu amat dipengaruhi oleh latar belakang sosio-sejarah yang berbeza

seperti asal-usul keturunan, agama dan adat resam serta pekerjaan dan punca

pendapatan

Latar belakang sosio-sejarah membekalkan pengetahuan, pengalaman,

kemahiran dan peluang amali untuk suatu tempoh waktu yang lama. Oleh sebab

itu, sosio-sejarah mempunyai pengaruh yang amat penting dalam pembentukan

seseorang individu itu. Terdapat banyak faktor sosio-sejarah yang memainkan

peranan yang penting dalam kehidupan seseorang. Begitu juga dengan diri

saya.
Nama saya ialah Nor Hazwani Binti Mohamad Nor. Ibu saya bernama

Naimah Binti Muhammad, manakala ayah saya pula bernama Mohamad Nor Bin

Awang Chik. Saya dilahirkan dan dibesarkan di kampung saya iaitu di kampung

Padang Tok’Ku, Wakaf Bharu, Kelantan. Saya merupakan anak bongsu dari lima

orang adik beradik, kesemuanya adalah perempuan. Saya mempunyai 4 orang

kakak. Di rumah saya lebih senang di panggil dengan panggilan “Wani”.

Asal usul keturunan saya ialah saya berbangsa melayu yang berasal dari

negeri Kelantan Darul Naim. Agama yang dianuti oleh saya ialah agama Islam.

Manakala bagi adat resam pula, saya masih memegang adat resam orang

melayu seperti hormat menghormati, bersopan santun dan sentiasa berbuat baik

kepada semua orang tidak kira dari segi bangsa dan agama. Nilai-nilai agama

dipupuk untuk membentuk kerohanian yang sempurna. Saya sebagai anak

perempuan diwajidkan memakai tudung dan berpakaian yang menutup aurat.

Peraturan yang diamalkan dalam keluarga saya banyak membentuk diri saya

menjadi seorang yang sentiasa berhati-hati.

Saya bersyukur kerana dilahir serta dibesarkan sebagai seorang yang

beragama Islam atau Muslim. Didikan dan ajaran Islam yang diberikan oleh ibu

ayah dan guru-guru di sekolah adalah proses yang begitu penting kepada saya.

Kehidupan ini adalah suatu yang paraktikal, oleh itu saya yakin sekiranya tiada

asuhan dan pegangan agama yang kukuh segalanya begitu mudah untuk

tersilap langkah. Didikan agama juga membina benteng dalam diri saya agar

kuat menghadapi cabaran hidup. Tidak dinafikan kadangkala saya mengalami


kekecewaan, kegagalan dan rasa putus asa yang teruk, di sini pegangan agama

menyelamatkan saya dari bertindak melulu dan akur bahawa apa yang berlaku

adalah ujian dariNya.

Semasa saya berusia 7 tahun, bapa saya telah meninggal dunia. Arwah ayah

saya merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah. Setelah itu, kami adik

beradik dibesarkan oleh ibu saya. Walaupun ibu saya tidak mempunyai

pendidikan yang tinggi dan tidak bekerja, namun beliau amat menitikberatkan

soal pendidikan anak-anak. Hal ini terbukti apabila hampir kesemua anak-

anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan mengikut jejak langkah

arwah ayah saya iaitu menjadi seorang guru. Ibu saya sering berpesan kepada

kami sekeluarga supaya belajar bersungguh-sungguh sehingga ke peringkat

yang lebih tinggi. Dengan ilmu kita boleh hidup di mana saja dan diri kita akan di

sanjung tinggi. Berbekalkan semangat yang telah disuntik dan kata-kata

perangsang oleh ibu saya menjadi azimat dan inspirasi untuk kami terus belajar

hingga berjaya.

Walaupun status keluarga saya bukannya keluarga mewah tetapi saya

hidup dalam keadaan yang aman dan bahagia. Setiap kesenangan dan

kesusahan akan kami kongsi bersama. Walaupun ibu saya tidak mempunyai

pendidikan yang tinggi tetapi dia telah berjaya menerapkan konsep kendiri yang

positif dalam diri saya. Jika saya membuat kesalahan, beliau akan memberikan

nasihat dan menegur saya secara baik. Kami juga selalu berkongsi masalah di

antara satu sama lain dan saling tolong menolong sedaya mampu.
Pendidikan awal saya di Sekolah kebangsaan Wakaf Bharu. Kemudian,

saya melanjutkan pelajaran di sekolah menengah agama di Maahad

Muhammadi Pasir Pekan. Apabila tamat pengajian disana saya mendapat

peluang utnuk melanjutkan pengajian ke KUIM. Saya amat bersyukur kerana

diberikan peluang yang amat berharga ini. Keluarga saya sangat bangga dengan

kejayaan ini. Satu peristiwa yang saya tidak dapat lupakan adalah di hari

konvokesyen KUIM. Ibu saya hadir bersama keluarga. Saya mengucup tangan

mereka tanda terima kasih kerana sentiasa memberi dorongan dan semangat

untuk meneruskan pengajian. Setelah tamat pengajian disitu, saya bekerja

sebagai guru tadika di Jerteh, Kuala Terengganu untuk mencari sedikit sebanyak

pengalaman. Pengalaman tersebut masih belum mencukupi barbanding dengan

rakan sejawat yang lain, saya agak mentah lagi kerana baru merasai alam

kerjaya. Alhamdulillah, akhirnya permohonan saya untuk menjadi guru telah

dijawab, dan kini saya merupakan salah seorang guru pelatih j-QAF dan masih

menjadi penuntut di Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB).

Sebagai kesimpulannya, keperibadian seseorang individu itu adalah

dipengaruhi oleh sosio-sejarahnya. Ini kerana seseorang individu itu selalunya

akan mengikut atau mengamalkan apa yang dilihat, didengar, ditiru, diperhati

sama ada secara sukarela mahupun paksa. Jadi, secara tidak langsung ia akan

menjadi kerangka pemikiran lalu menjadi pedoman dan panduan dalam

meneruskan dan menangani kehidupan. Itulah serba sedikit tentang diri saya.

Anda mungkin juga menyukai