Anda di halaman 1dari 7

Teks Akhir - Teks Pengerusi Majlis

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU


SK MERITAM 2017

ETA Teks Que


1. Ketibaan:
Perarakan masuk CIKGU
guru-guru dan Pagi yang indah penuh ceria, ROZI
warga pendidikan Hari yang berbahagia penuh bermakna,
ke Bumbung Bersama kita di majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK
Gemilang Meritam bagi tahun 2017.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk


Guru-guru yang diraikan.
Murid-murid sekalian, berikan tepukan yang gemuruh
kepada guru-guru kesayangan dan juga kepada warga
pendidikan SK Meritam.

2. (Lihat keadaan – kalau GB terus duduk, emcee kena CIKGU


Lagu Negaraku jemput untuk berdiri & menyanyikan lagu Negaraku. ROZI
Kalau GB sedia berdiri, tak payah jemput, lagu terus
dimainkan)

****************************

Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini,


Mohon sidang hadirin bersedia untuk
menyanyikan lagu Negaraku .

********Selepas nyanyian********

Terima kasih dan hadirin dipersilakan duduk.

3. BismilLahir Rahmanir Rahim. CIKGU


Kata-kata aluan Assalamu `Alaikum W.B.T. , selamat sejahtera dan HISHAM
salam Negaraku Malaysia

1. Yang berusaha
Encik Raman Bin Tusin
Guru Besar SK Meritam Limbang .

2. Yang dihormati Penolong-penolong Kanan

3. Yang diraikan kesemua guru dan Warga


Pendidikan SK Meritam.

1
Teks Akhir - Teks Pengerusi Majlis
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SK MERITAM 2017

4. Murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru


Sekolah Kebangsaan Meritam 2017. Bersyukur kita ke
hadrat ilahi, kerana pada pagi ini kita dapat bersama-
sama berkumpul bagi meraikankan guru-guru yang amat
dalam majlis sambutan perayaan hari guru peringkat SK
Meritam bagi tahun 2017. “GURU PEMBINA NEGARA
BANGSA” itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.
ETA Teks Que

4. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, CIKGU


Doa HISHAM
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bicara pembuka kata

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Dengan itu, majlis mempersilakan:

Al-Fadhil Ustaz Mohd Najahuddin Bin Zulkipli


untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

***********

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas


bacaan doa sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dihormati,


5.
UCAPAN WAKIL Sekarang majlis menjemput dan mempersilakan:
MURID CIKGU
Adik Eisya Syuhada binti Embran, Ketua ROZI
Pengawas SK Meritam untuk menyampaikan ucapan
mewakili murid-murid. . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

2
Teks Akhir - Teks Pengerusi Majlis
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SK MERITAM 2017

6. Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah


MEMBACA disampaikan oleh Adik Eisya Syuhada Binti Embran
PERUTUSAN atas ucapan yang telah disampaikan.
MENTERI
PENDIDIKAN Budimu tak terbilang CIKGU
MALAYSIA & Semangatmu sering dijulang ROZI
UCAPAN GB Kepimpinanmu sangat gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti


dan pengorbanan yang dilakukan oleh para guru SK
Meritam dalam dunia pendidikan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi, dengan mempersilakan Yang


Berusaha ENCIK RAMAN BIN TUSIN, Guru Besar SK
Meritam untuk membacakan perutusan Sambutan Hari
Guru daripada
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA sekaligus
menyampaikan ucapan perasmian Majlis Sambutan Hari
Guru SK Meritam 2017 .
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Hadirin sekalian,
7.
LAFAZ IKRAR HARI Sesungguhnya murid itu umpama batu-batu, dan guru
GURU itu umpama sekumpulan arus lembut yang mengukir
batu keras menjadi kerikil dan pasir. Sekolah pula
umpama sungai yang sarat dengan hasrat dan amanat, CIKGU
membawa pasir dan kerikil ke laut bebas, agar suatu HISHAM
hari nanti bisa menjadi pulau yang teguh menongkah
ombak ganas. Begitulah analoginya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan Ikrar Hari
Guru.
Dipersilakan:

Puan Nur Syazwani Binti Abdullah, Penolong kanan


Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Meritam bagi
memimpin bacaan ikrar. Majlis juga mempersilakan
semua warga pendidik untuk sama-sama berdiri dan

3
Teks Akhir - Teks Pengerusi Majlis
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SK MERITAM 2017

melafazkan ikrar. Dipersilakan

8.NYANYIAN LAGU Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Nur


Syazwani Binti Abdullah atas kesudian memimpin
- KAMI GURU bacaan lafaz ikrar sebentar tadi.
MALAYSIA
- PENDIDIK Sidang hadirin sekalian,
BUMI CIKGU
KENYALANG Seterusnya dipersilakan warga pendidik untuk ROZI
menyanyikan
3 buah lagu:
• Guru Malaysia
• Lagu Pendidik Bumi Kenyalang

Terima kasih dan dipersilakan duduk.

9.
Upacara Hadirin sekalian,
Memotong Kek & CIKGU
Gimik Murid T6 Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan guru besar HISHAM
guru-guru dan warga pendidikan SK Meritam untuk
menyempurnakan acara memotong kek sebagai simbolik
kepada Majlis Sambutan Kita pada hari ini. Dipersilakan.

************************************

GIMIK T6, POTONG KEK & MURID-MURID NYANYI


LAGU TERIMA KASIH DAN GURUKU TERSAYANG

( Lepas potong kek, & GIMIK , Emcee umum , murid-


murid menyanyikan lagu Terima Kasih Cikgu dan Guruku
Tersayang)
Majlis mengucapkan terima kasih atas acara memotong
kek yang telah disempurnakan sebentar tadi. Dijemput,
Yang Berusaha Guru Besar, Penolong-penolong kanan ,
guru-guru dan warga pendidik untuk mengambil tempat
di bawah pentas untuk menyaksikan persembahan murid

4
Teks Akhir - Teks Pengerusi Majlis
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SK MERITAM 2017

selepas ini.

(Lepas murid nyanyi beramai-ramai, emcee menjemput


semua guru-guru mengambil tempat di bawah pentas
untuk menyaksikan persembahan murid)

10. Persembahan
Murid Sidang hadirin yang dihormati,

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan menjemput CIKGU


HISHAM

Adik
1. Nur Azrina dan Noor Hisyam untuk
mendeklamasikan sajak Bahasa Melayu bertajuk
Terima Kasih Guru,
2. Seterusnya, Eisya Syuhada mendeklamasikan
Sajak Bahasa Inggeris bertajuk Teachers,
3. Adik Afifah pula akan mendeklamasikan Sajak
Bahasa Arab bertajuk Mu’allim
4. Akhir sekali, adik Penny akan mendeklamasikan
Sajak Bahasa Iban bertajuk Pengajar.

Dipersilakan.

5
Teks Akhir - Teks Pengerusi Majlis
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SK MERITAM 2017

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada murid-murid


atas persembahan mendeklamasikan sajak sebentar
11. tadi.
Persembahan Guru
Majlis tidak akan meriah jikalau tidak diserikan dengan
persembahan oleh guru.

Oleh itu, majlis dengan ini mempersilakan

Cikgu Sunardi Bin Jamil untuk membuat persembahan


nyanyian yang bertajuk............................................. CIKGU
ROZI
*************************************

Terima kasih Cikgu Sunardi atas persembahan


nyanyian yang cukup memukau sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Cikgu Hisham dan


Cikgu Liaw Ling Yan untuk mendeklamasikan sajak
yang bertajuk Pesan Seorang Cikgu. Dipersilakan.

***************************************
Terima kasih Cikgu Hisham dan Cikgu Liaw Ling Yan atas
persembahan deklamasi sajak sebentar tadi.

Seterusnya dipersilakan........................
Untuk menyampaikan persembahan .....................
(KALAU ADA TAMBAHAN PERSEMBAHAN)

12.
Pertukaran Hadiah
Warga Pendidikan (Emcee panggil nama pemberi hadiah dan meminta CIKGU
pemberi hadiah memberitahu nama penerima hadiah) ROZI

&

CIKGU
HISHAM

6
Teks Akhir - Teks Pengerusi Majlis
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SK MERITAM 2017

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan warga


13. pendidikan atas sesi bertukar-tukar hadiah sebentar tadi. CIKGU
Penyerahan Kad Majlis diteruskan lagi dengan acara penyerahan kad HISHAM
Ucapan daripada ucapan daripada murid kepada guru.
Murid kepada
Guru. Dijemput semua guru berbaris untuk menerima kad
ucapan daripada murid-murid. Dipersilakan.

(emcee meminta murid-murid beratur mengikut


urutan kelas untuk menyampaikan kad ucapan)

14. Terima kasih diucapkan kepada semua murid-murid atas CIKGU


Jamuan/ penyerahan kad ucapan sebentar tadi. Sesungguhnya ROZI
Bersurai pemberian kad ucapan tersebut merupakan suatu tanda
ingatan yang akan tetap disimpan sampai bila-bila. & CIKGU
HISHAM
Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini diminta
semua guru dan warga pendidikan SK Meritam untuk
berdiri bagi menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku dan Fly
Kenyalang Fly.

****************
Dengan berakhirnya nyanyian lagu itu tadi, maka
berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Semua
hadirin dipersilakan untuk menikmati jamuan yang telah
disediakan.

Dipersilakan.

Sekian, wabillah hitaufik walhidayah, assalamualikum


warah matullahi wabarakatuh.

Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai