Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI GERBANG GEMILANG,

SEJAMBAK BUDI, TAUTAN KASIH 2018

No ATURCARA SKRIP PENGACARA


1. Ketibaan Mengumumkan Ketibaan
Tetamu
Jemputan

Yang Kata-kata aluan Irama beralun gendang dipalu,


Langkah diayun berpasang-pasangan,
60 tahun telah berlalu,
Malaysia megah menyambut kemerdekaan.

Menatah berlian emas dilebur


Sayang sekali permata hilang,
Salam dihulur senyum terhibur,
Selamat datang ke Meritam Gemilang

Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikuum W.B.T, Salam 1 Malaysia dan Salam Negaraku Sehati
Sejiwa.
Yang berbahagia
Puan Mazlina Abdul Kadir , Timbalan Pengarah BPKPM Putrajaya selaku Ketua
Hakim Penilaian Pertandingan Keceriaan Negaraku
Peringkat Kebangsaan 2017.

Puan Emily Clarice Joanne , Penolong Pengarah BPKPM Putrajaya.

Cik Linda Padan, Pemangku Pegawai Penerangan Bahagian Limbang.

Barisan Panel Hakim Penilaian Pertandingan Keceriaan Negaraku 2017

ATAU ( TANYA GB SAMADA SEBUT BARISAN PANEL HAKIM SHJ ATAU


NAMA)
Puan Narizan Salleh, Pereka BKVS Putrajaya,
Encik Rushdi Mohd Hamsah , Urusetia BKPM Putrajaya,
Encik Mohd.Nazree Bin Yakup , Pegawai Penyelaras dan pengiring
memerangkap pegawai cawangan kempen BPKPM
Sarawak
Encik Jaed Tepus , Cawangan Foto BKVS Sarawak.

Yang Berusaha ,
Encik Raman Bin Tusin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meritam.

Barisan Penolong-penolong kanan, Guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana


Sekolah, ibu bapa dan Murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah


kurnia-Nya, dapat juga kita berhimpun bersama-
sama dalam majlis yang bermakna dan penuh
prestij ini, iaitu, Majlis Penilaian Pertandingan
Keceriaan Negaraku Peringkat Kebangsaan Tahun
2017.

3. Nyanyian Lagu Majlis dengan segala hormatnya memohon semua hadirin untuk berdiri bagi
menyanyikan lagu Negaraku.
4. Hadirin Selesai
Menyanyikan Majlis mengucapkan terima kasih dan mempersilakan
Lagu semua hadirin duduk.

Menyulam resah mengusik rindu,


5. Sebalik awan angin menderu ,
Bacaan Doa Hanya Ilahi tempat mengadu,
Tadahkan tangan tanda bersemi.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Ustaz Mohd
Najahuddin Bin Zulkifli untuk memimpin bacaan doa bagi memohon
keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

********************
Amin-amin Ya Rabbal Alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Najahuddin Bin Zulkifli atas
kesudian untuk memimpin bacaan doa sebentar tadi.
Terbang tinggi Si Burung Kenari,
Tanda Sayang Kasih Bersemi,
Menjunjung kasih ke pentas mari,
6. Pembentangan Kini Tiba sesi ekspresi kami
Gerbang
Gemilang oleh Hadirin sekalian ,
Guru Besar
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha En.Raman Bin
(C.HISHAM)
Tusin , Guru Besar SK Meritam untuk menyempurnakan sesi pembentangan
Gerbang Gemilang untuk Penilaian Pertandingan Keceriaan Negaraku Tahun
2017. Dipersilakan.
***************************************

Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Encik Raman Bin Tusin, Guru
Sekolah Kebangsaan Meritam atas sesi pembentangan Gerbang Gemilang
sebentar tadi.

7. Penyampaian Sebagai tanda terima kasih kami diatas kesudian barisan panel hakim
cenderahati menyempurnakan sesi penilaian untuk Pertandingan Keceriaan Negaraku 2017
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En.Raman
Bin Tusin ,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meritam untuk
menyampaikan Cenderahati kenang-kenangan kepada semua barisan panel
hakim.

Dijemput, Puan Mazlina Abdul Kadir Timbalan Pengarah BPKPM Putrajaya.

Seterusnya, Puan Emily Clarice Joanne , Penolong pengarah BPKPM Putrajaya,

Puan Narizan Salleh, Pereka BKVS Putrajaya,

Encik Rushdi Mohd Hamsah , Urusetia BKPM Putrajaya,

Encik Mohd.Nazree Bin Yakup, Pegawai Penyelaras dan pengiring merangkap


Pegawai Cawangan Kempen BKPM Sarawak.
Dijemput, Encik Jaed Tepus Jurufoto cawangan Foto BKVS Sarawak.

Cik Linda Padan, Pemangku Pegawai Penerangan Bahagian Limbang. (kalau


ada hadiah)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Encik Raman Bin Tusin,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meritam menyampaikan cenderahati kepada
barisan panel hakim sebentar tadi.
Para hadirin yang dihormati,

8. Dengan berakhirnya sesi pembentangan Gerbang Gemilang sebentar tadi


maka berakhirlah sudah Majlis Penilaian Pertandingan Keceriaan Pintu
Gerbang Tahun 2017.
Majlis Bersurai
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberikan kerjasama sepanjang menjayakan Majlis Penilaian
Pintu Gerbang ini. Barisan Panel hakim, guru-guru, dan Anggota Pelaksana
Sekolah dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Sebelum
mengakhiri majlis, terimalah dua rangkap pantun ini:

Lemak manis si buah terap,


Hendakkan buah kasih diberi,
Salam Kemaafan andai tersilap,
Moga bertemu di lain hari.

Meritam Gemilang Mercu kami


Dari jauh tampak berseri,
Pintu terbuka dari kami,
Sudi-sudi datang ke mari
Sekian, Sehingga kita bertemu lagi. Assalamualaikum WBT dan Salam
Negaraku Sehati Sejiwa.

Anda mungkin juga menyukai