Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 9 / TAHUN 2019

HBHE2203

PERSONAL AND FAMILY HEALTH

Assigment 2

NO. MATRIKULASI : 851019015065001


NO. KAD PENGNEALAN : 851019015065
NO. TELEFON : 016-7091368
E-MEL : minghua.1019@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN
JOHOR BAHR

1
1.0 Refleksi perasaan tentang situasi yang berlaku dalam keluarga berkaitan rasa
hormat dalam keluarga.

Kita difahamkan bahawa keluarga merupakan institusi asas bagi membentuk


masyarakat kita . Sekiranya institusi keluarga ini hancur disebabkan penjagaan yang
tidak baik ,maka masyarakat pun boleh terlibat bersama dalam keadaan kehancuran
tersebut. Oleh hal yang demikian , pada pendapat saya , hormat-menghormati antara
satu sama lain dalam kalangan keluarga adalah perkara yang amat penting dan tidak
patut dipandang remeh .

Konteks hormat ini bukan sahaja merujuk kepada anak dengan ibu bapa tetapi
juga mesti ditujukan kepada konteks ibu bapa dengan anak . Hal ini bermaksud ,
bukan anak sahaja yang mesti menghormati ibu bapa, ibu bapa juga mesti
menghormati anak mereka seperti yang sepatutnya .

Situasi kegagalan rasa hormat dalam keluarga yang pernah saya alami
adalah ibu bapa yang suka membebel dan mengkritik saya khususnya semasa saya
masih kecil iaitu budak .

Sebelum kita membuat refleksi , kita haruslah memahami makna atau definisi
beberapa perkataan yang menjadi kunci untuk kita fahamkan dengan sepenuhnya .
Pertama , apa yang dimaksudkan dengan hormat . Berdasarkan Kamus Dewan edisi 4
maksud hormat 'mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan
memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat, takzim'.

Sehubungan dengan itu , situasi saya iaitu ibu bapa yang hanya tahu mengkritik
dengan sesuka hati terhadap saya sudah tentulan menjadi sesuatu isu tidak hormat kepada
saya khasnya perasaan atau mood saya .

2
Biarlah saya menerangkan situasi saya dengan selanjutnya atau secara terperinci .
Situasi tersebut bermaksud saya sering menjadi objek yang boleh dilepaskan kemarahan
atau keberangan atas tekanan , perselisihan faham dan ketidakharmonian antara ibu bapa
saya . Ibu bapa sering bertengkar atas masalah ekonomi keluarga dan melepaskan
kemarahan mereka kepada saya dengan mengeluarkan perkataan yang tidak elok
didengar seperti bodoh ,lembu dan sebagainya . Hal ini memang membawa kesan buruk
kepada perkembangan saya khasnya dalam pemupukan sikap saya terhadap orang lain
yang berada di sekeliling saya .

Setelah mengalami ataupun terpaksa menerima keadaan ini , saya berasa sangat tidak
berpuas hati ,marah ,sedih dengan perkataan yang telah dikeluarkan oleh kedua-dua ibu
bapa saya. Pada masa yang sama , saya juga berasa diri sendiri macam orang yang
bodoh atau tidak berguna setelah dimarah oleh ibu atau bapa. Perkara ini telah memberi
kesan yang buruk iaitu tiada keyakinan diri dan tidak mahu atau takut untuk mencuba
benda baharu dalam kehidupan khususnya dalam alam persekolahan .

Keyakinan diri yang begitu rendah telah membawa impak negatif iaitu semasa saya
belajar di sekolah rendah , saya berpeluang untuk melayakkan diri kepada acara Hari
Sukan jika saya dapat melompat tinggi melepasi standard yang ditentukan . Disebabkan
saya tidak mempercayai kemampuan saya , saya berasa sangat takut untuk melepasi
galah yang terletak di atas badan tiang lompat tinggi . Walapun saya diberikan galakkan
oleh guru pengiring atau guru penasihat beberapa kali pada masa itu , saya tidak dapat
melangkah ke depan untuk melompat galah tersebut . Guru sudah mencuba untuk
membolehkan saya atau meyakinkan saya supaya saya akan melompat galah tersebut
dalam masa yang agak panjang .Maka itu , saya dinasihati oleh guru supaya
menghubungi ibu atau bapa saya untuk membawa saya pulang ke rumah .

3
Semasa saya bercakap dengan ibu saya , saya berasa diri sangat tak berguna untuk
melakukan apa jua perkara . Hati yang kecil ini telah dilukakan pada masa itu .

Setelah saya membesar atau cukup umur , saya telah memahami sedikit sebanyak
bagaimana atau sebab perkara yang tidak baik berlaku di dunia ini khususnya dalam
institusi keluarga . Banyak nilai murni yang didapati dalam agama kristian dan falsafah
yang terdapat di dunia telah banyak membantu saya dapat berfikiran secara rasional atau
dengan cara yang sihat untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan
saya . Saya amat bersyukur dengan pengajaran yang diberikan semasa saya belajar di
gereja .

Dalam proses mengalami banyak perkara dalam kehidupan saya , saya telah faham
bahawa saya perlu bertabah dan bersabar untuk menghadapi apa jua keadaan yang
telah ,sedang atau yang akan berlaku dalam kehidupan saya. Setiap orang patut dihormati
kerana setiap orang dicipta oleh Tuhan dan merupakan makhluk yang tersendiri dan tidak
dapat mencari gantian yang sama walaupun Twins atau anak berkembar . Apa yang telah
berlaku sudah menjadi kenyataan yang tidak dapat diubah dengan apa-apa cara . Dengan
ini , kita haruslah melupakan atau belajar sesuatu daripada pengalaman yang pahit itu .
Hargai masa sekarang dan bukanlah menyesal atau berasa sedih atau buruk terhadap
perkara yang telah berlaku .

“ Live the moment and look to the future ” merupakan perkara yang amat diperlukan
untuk saya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik . Menjalani kehidupan sekarang
dengan sebaik-baiknya adalah perkara yang amat penting dan menuju kepada kehidupan
yang lebih baik daripada masa dahulu juga perlu menjadi prioriti .

4
2.0 Refleksi tentang mengapa perkara ini berlaku.

Perkara ini berlaku mesti mempuanyai perkaitan yang rapat dengan cara dan
kaedah pengajaran yang diwariskan oleh nenek moyang ibu bapa saya . Tambahan
pula ,amalan kecenderungan untuk mengkritik orang lain telah menjadi suatu kebiasaan
atau kebudayaan bagi orang Cina khususnya . Biasanya , orang Cina akan mengajar dan
mendidik anak dengan cara yang lebih konservatif dan ketegasan yang berketerlaluan
bagi membentuk anak yang mereka anggap baik .Sesungguhnya , tidak diketahui
bahawa kaedah ini telah membawa kesan negatif dalam kalangan orang Cina bagi
generasi yang akan datang . Betul kata terdapat sesetengah anak orang Cina yang
berpendidikan tinggi dan dianggap berjaya kerana mereka telah berpenjawatan tinggi
seperti menjadi doktor ataupun peguam . Walau bagaimanapun , mereka telah
memendamkan perasaan dan emosi sebenar mereka untuk menggembirakan ibu bapa
mereka sahaja .

Akan tetapi , terdapat ramai usahawan atau insan yang begitu berkaliber di dunia
ini telah membuktikan bahawa pengajaran secara terbuka adalah jauh baik daripada
kaedah konservatif tersebut . Sebagai contoh ,Microsoft, Google dan Internet dicipta
oleh orang Amerika yang berfikiran secara terbuka .

Berdasarkan sesetengah ahli falsafah dan pakar pendidik bahawa banyak orang
yang berjaya iaitu dapat memberi sumbangan yang amat ketara kepada kemajuan dunia
ini adalah orang yang berfikiran terbuka dan mesra. Bukanlah orang yang suka
mengkritik dan membebel tanpa sebab yang munasabah . Anak yang membesar dalam

5
keadaan kasih sayang akan berkasih sayang terhadap orang lain apabila mereka
berkomunikasi atau bergaul dengan orang lain .

Sebab kedua adalah mengenai budaya atau kebiasaan yang diimplementasikan


oleh ibu bapa tersebut iaitu ibu bapa berlakuan kasar atau kurang sopan .Ibu bapa
beranggapan memarah atau mengkritik anak mereka sebagai kelakuan atau tingkah laku
itu adalah biasa dan anggap sebagai motif yang baik . Lebih-lebih lagi , kata hikmah
orang Cina masa dahulu juga menyatakan bahawa ketegasan adalah wajib untuk
melahirkan anak yang baik . Ibu bapa telah menyalahgunakan konsep ketegasan ini
dalam proses mendidik anak-anak mereka .

Ibu bapa yang berlakuan kasar atau kurang sopan bukanlan perkara yang baharu
dan telah memberi kesan buruk kepada anak-anak mereka . Kemungkinan besar ibu
bapa yang gemar mengkritik anak-anak mereka adalah sudah menjadi suatu kebiasaan
sahaja . Hal ini disebabkan kebanyakan orang Cina tidak berfikiran secara kritis terhadap
perlakuan yang mereka biasa lakukan . Tambahan pula ,kebanyakan orang Cina
khususnya ibu bapa tidak begitu rendah hati dan beranggapan mereka sudah kaya dan
memiliki keupayaan untuk menjalankan perniagaan dengan baik . Mereka beranggapan
kejayaan tersebut sudah membuktikan mereka adalah ibu bapa yang sempurna atau
perfect . Ibu bapa tidak mengetahui mereka hanya berjaya dalam bidang mereka sahaja
dan bukanlah bidang pendidikan . Generasi yang akan datang akan berkekalan sikap
mementingkan diri sahaja jika ibu bapa berlakuan begitu .

Punca yang terakhir adalah ibu bapa yang lebih ego atau mementingkan fikiran
diri sahaja tanpa mengambil kira pendapat orang lain . sifat ego ini boleh nampak apabila
mereka bergaul dengan orang lain seperti jiran yang bersebelahan . Orang Cina yang
hanya mementingkan kebajikan diri sahaja tidak akan menghargai sumbangan atau idea
baik orang lain .

6
3.0 Refleksi bagaimana anda boleh laksanakan situasi ini dengan cara yang
yang berbeza lain dari yang telah anda pelajar

Masalah ini telah lama wujud dalam kalangan ibu bapa sehinggalah
berakar umbi .Kita haruslah berkelakuan berlainan supaya dapat berkesanan yang baik
sekali .

Cara yang saya akan lakukan ialah sentiasa berkongsi informasi iaitu orang
yang kuat berpengaruh di dunia ini seperti Keanu Revees dan Mark zuckerberg dengan
ibu bapa. Kedua-dua tokoh ini adalah orang yang berfikiran terbuka sehingga mencapai
kejayaan yang begitu mengagumkan .

Cara yang terperinci adalah menayangkan video kepada ibu bapa supaya ibu
bapa lebih senang untuk menerima mesej yang ingin disampaikan . Hollywood superstar
Keanu Reeves yang begitu rendah hati dan mesra telah berjaya memikat ramai orang di
seluruh dunia . Kejayaan Keanu bukanlan berdasarkan prestasi akademiknya ,tetapi
berasaskan keupayaan dan berketerampilannya .

Keanu juga orang yang baik hati dan pemurah .Keanu mendermakan
kebanyakan gaji sampailah 70 peratus untuk membantu orang memerlukan . Orang Cina
jarang begitu pemurah dan rela memberi sumbangan dalam bidang kebajikan .

Mark zuckerberg merupakan usahawan yang paling muda dalam senarai


Jutawan yang terkenal di Amerika . Mark juga tidak menamatkan pengajiannya di
Universiti disebabkan dia sangat sibuk dalam programming .Programming ini telah

7
membawa penciptaan Facebook . Facebook telah menjadi applikasi atau platform yang
paling berjaya untuk mengenali orang lain dan berhubung dengan dunia ini .

Artis Chow Yun Fat pun boleh diperkenalkan kepada ibu bapa . Celebriti atau
tokoh ini telah menderma kesemua harta benda kepada organisasi kebajikan .
Perkara tersebut pasti dapat memberi kesan yang sangat positif dalam minda ibu
bapa yang begitu konservatif dan bersikap mementingkan diri sahaja . Chow Yun
Fat juga seorang yang berakhlak mulia dan bersopan santun . Nilai-nilai ini perlu
dicontohi oleh semua orang Cina khususnya orang Cina .

Cara yang berbeza ini akan memberi kesan yang baik kepada perubahan sikap ibu bapa
tersebut . Hal ini disebabkan terdapat teladan yang baik boleh dicontohi .

Ringkasnya , ketiga-tiga tokoh bukan orang yang suka membebel dan mengkritik
orang lain . Sebaliknya , mereka berfikiran terbuka dan mesra dalam kehidupan mereka .

8
4.0 Refleksi tentang cara bagaimana situasi yang berbeza ini boleh mengubah
amalan

Cara yang berbeza ini memang dapat mengubah situasi ini disebabkan kebudayaan
adalah kelakuan yang sudah lama dilakukan . Kelakuan ini hanya dapat diubah apabila
mereka nampak benda yang baik daripada kebiasaan mereka .

Sebagai contoh . singa telah mengetahui statusnya yang begitu kuat dan tinggi .
Bayangkan dinasour yang muncul akan menakutkan singa ini . Akhirnya singa ini
menunduk kepala kepada pengaruh yang lebih kuat ini .

Ibu bapa akan mempelajari sesuatu daripada pengalaman kehidupan mereka .


Pengalaman kehidupan mereka adalah berdasarkan apa yang mereka sering nampak
,dengar dan terdedah kepadanya . Ibu bapa akan mengetahui dunia ini sebenarnya
bukan berasaskan kritikan tetapi berasaskan idea yang membina dengan cara yang
mesra .

Artis Chow Yun Fat ,Keanu Revees dan Mark Zuckerberg dapat menerangi jalan ibu
bapa pada masa yang akan datang . Ibu bapa akan membandingkan ketiga-tiga tokoh ini
kepada orang yang berjaya yang mereka tahu . Lama-kelamaan , mereka akan mendapati
kejayaan bergantung kepada idea yang membina dengan cara terbuka dan bukanlah
berdasarkan sentiasa membebel dan gemar melontarkan kritikan tanpa sebarangan
dorongan .

Sebaliknya ,ibu bapa akan sentiasa menonton tokoh tersebut dalam


Youtube dan sebagainya . Berdasarkan teori behavorisme , ibu bapa akan mencontohi
orang yang lebih berpengaruh di sekeliling mereka . Tambahan pula , Mark Zuckerberg
berkahwin dengan orang Cina . Peristiwa pasti memberi kesan yang sangat baik bagi

9
orang Cina . Ibu bapa Cina ini akan tertarik dengan perlakuan ini . Hal ini akan lebih
senang untuk meyakinkan ibu bapa yang berbangsa Cina untuk mempelajari tokoh Mark
ini.

Banyak teknologi telah dicipta di dunia ini dan pengasas adalah orang yang
berfikiran terbuka dengan memberi idea yang membina dengan mesra . Ibu bapa akan
terpengaruh dengan orang IT ini disebabkan mereka juga menggunakan telefon pintar
dan sebagainya .

Sebagai tradisi , orang Cina suka menulis surat yang mengambil masa yang sangat
panjang . Masa ini suda berlainan, e-mel ,Whatsapp ,Messenger dan sebagainya telah
mengubah gaya hidup semua orang di dunia ini . Kebanyakan ibu bapa pasti telah
mengikut trend ini dan mereka nampak kecanggihan semua adalah berdasarkan fikiran
yang membina dengan cara kemesraan . Mark Zuckerberg adalah antara Orang IT yang
dapat meyakinkan ibu bapa tersebut untuk mengubah minda mereka supaya kehidupan
yang lebih baik dapat dijalankan .

10
5.0 Refleksi apakah akan berlaku apabila mengamalkan cara yang berbeza dalam
kehidupan untuk memperbaiki amalan kehidupan.

Kita sebagai seorang manusia yang biasa akan melihat luaran sahaja sebelum
mengetahui kandungan yang terpendam di dalam itu . Cara yang berbeza ini sudah pasti
dapat memberi implikasi yang baik dalam membentuk sikap yang murni dalam diri
seseorang itu .

Cara yang berbeza ini dapat menegaskan komunikasi dan hubungan yang baik
adalah sangatn penting dalam mewujudkan dunia yang sempurna . Hal ini disebabkan
Artis Chow Yun Fat ,Keanu Revees dan Mark Zuckerberg telah menonjolkan teladan
yang sangat baik untuk dicontohi oleh semua orang . Mereka mempunyai persamaan
iaitu mempunyai hubungan yang baik dengan orang yang berada di sekelilingnya .

Sifat ego sentiasa membantutkan kemajuan dunia ini . Antara contohnya


termasuklah peperangan yang kejam .Banyak nyawa yang tidak bersalah akan menuju ke
jalan maut sekiranya peperangan yang tidak berperikemanusiaan berlaku . Banyak ahli
politik yang mempunyai sifat ego telah membawa kemusnahan kepada rakyat tidak kira
dari segi mental dan fizikal .

Oleh hal yang demikian , ketiga-tiga tokoh dapat mengubah minda kumpulan orang
ini . Hanyalah kasih sayang yang dapat menonjolkan kekuatan yang paling besar di dunia
ini . Ketiga-tiga tokoh ini sebenarnya dermawan yang sangat terkenal di dunia ini . Ibu
bapa akan terkejut dan kagum akan sifat pemurah dan baik hati itu .

Sifat berkasih sayang dan baik hati ini tentu dapat membantu orang yang
miskin dan memerlukan bantuan terutamanya dari segi kewangan . Dengan ini , mereka
tidak perlu mengalami kelaparan yang begitu memahitkan .

Mark Zuckerberg juga memberi sumbangan yang besar dalam pendidikan iaitu
beberapa sekolah yang kurang keupayaan dari segi kewangan di Amerika sana . Jelaslah
di sini , pendidikan yang baik perlulah hati yang besar dan pemurah . Dengan ini ,
pendidikan sempurna dapat disediakan untuk anak-anak ini .Akhinya , semua anak ini
akan mempelajari perlakuan yang baik ini untuk memberi sumbagan balik ke masyarakat
itu sendiri. Maysarakat yang maju dan bermoral akan diwujudkan .

11
Ketiga-tiga tokoh juga menonjolkan ciri-ciri bertanggungjawab atas pertuturan
mereka . Mereka tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang mungkin menyakiti hati
orang lain . Mereka sentiasa memberi idea yang membina dengan mesra kepada orang
yang berada di sekelilingnya . Amalan kehidupan pasti akan diubah kepada kehidupan
yang bertanggungjawab .

Kemesraan juga ditunjukkan oleh Chow Yun Fat ,Keanu Revees. Mereka
sentiasa mesra dengan orang lain seperti menaiki LRT seperti orang biasa . Tingkah laku
ini memang dapat merapatkan hubungan rakyat atau peminat dengan mereka . Secara
tidak langsung , amalan kehidupan rakyat dapat diubah khususnya ibu bapa .

Apabila ibu bapa telah berubah , anak-anak juga dapat manfaat daripada itu .
Anak akan mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa mereka . Anak-anak akan
merasa lebih rapat, selamat, cenderung untuk mendengar, membantu dan mengikuti
arahan ibu bapa mereka . Dengan ini , anak-anak akan lebih bersedia untuk
berkomunikasi dengan ibu bapa mereka bagi masalah yang dihadapi dengan rakan atau
sekolah. Akhirnya , anak akan mempunyai pergaulan yang baik dan mesra kepada orang
yang berada di sekelilingnya .

Kesimpulannya , hanya orang berkemampuan tinggi akan merendah diri dan


mesra dalam menjalani kehidupan mereka di samping buat yang terbaik dalam kehidupan
mereka . Dengan ini , ibu bapa akan menghormati anak-anak mereka dan diri mereka
juga .

(2547 patah perkataan )

12
6.0 RUJUKAN / REFERENSI

https://tudungsicomel.com/kesilapan-besar-ibu-bapa-mendidik-anak/

https://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2015/12/sifat-hormat-penting-dalam-
keluarga.html

https://my.theasianparent.com/10-sikap-ibu-bapa-beri-kesan-buruk-anak

https://www.google.com/search?
q=refleksi+maksud&sxsrf=ACYBGNTfXC0baEeSjWQwALuGm4SkdCtYqg:15763989
77386&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=sCC-IJFyjU8TPM%253A
%252Cfk8kPgu_YxAz3M%252C_&vet=1&usg=AI4_-
kTNk3UL5JQCijdeFwJ9pO5kkFlNkg&sa=X&ved=2ahUKEwjL6sjon7fmAhXETX0KH
S9MAKoQ9QEwAHoECAoQBg#imgrc=OoCAIVpObziO1M:&vet=1

13

Anda mungkin juga menyukai