Anda di halaman 1dari 1

Pengembaraan Imam Al-Syafie

Sejak kecil Imam Al-Syafie telah mengembara dari Palestin ke Mekah. Tujuan
perjalanan ini adalah untuk merapatkan Imam Al-Syafie dengan keturunannya.
Selepas selesai menghafaz Al-Qur’an, maka Imam Al-Syafie bercadang pula
untuk mendalami ilmu bahasa dan kesusasteraan Arab bersama suku Hudzail.
Setelah mendalami ilmi bahasa dan kesusasteraan, Imam Al-Syafie terdengar
khabar yang menceritakan tentang keunggulan Imam Malik. Lalu, Imam Al-
Syafie pergi bertemu dengan Imam Malik di Madinah untuk belajar kepadanya
ilmu hadis dan fiqh.
Imam Al-Syafie menyedari bahawa dia juga perlu mula bekerja demi masa
depannya dan bagi membiayai hidup keluarga. Demikian mendorongnya
menerima tawaran bekerja sebagai pegawai di Yaman. Tetapi, sebahagian orang
yang tidak senang dengan Imam Al-Syafie lantas memfitnahnya dan
menuduhnya sebagai Syiah. Imam Al-Syafie kemudian dibawa ke Iraq untuk
dihukum di depan Khalifah Harun Al-Rasyid. Mujurlah dengan kurniaan Allah,
kepetahan lidah Imam Al-Syafie dapat menyelamatkan nyawanya dari dihukum
bunuh. Setelah itu Imam Al-Syafie telah pulang semula ke Mekah dan mengajar
di sana.
Sepuluh tahun Imam Al-Syafie telah meninggalkan Iraq, lalu beliau berhasrat
untuk hadir semula ke Iraq bagi memperkenalkan fiqh barunya. Di sana, di
Masjid Jami’ Fusthath, Imam Al-Syafie telah didatangi ramai orang yang
hendak mempelajari fiqhnya. Beliau juga sempat menerbitkan kitabnya yang
berjudul ‘Al-Hujjah’. Setelah berada 2 tahun di Iraq, lalu Imam Al-Syafie
kembali semula ke Mekah.
Namun, tidak lama kemudian Imam Al-Syafie berkunjung sekali lagi ke Iraq
buat kali ketiganya pada tahun 198 H. Kunjungan ini hanya sebentar sekadar
beberapa bulan sahaja. Ini kerana beliau berhasrat untuk berkunjung ke Mesir.
Beliau mula berkunjung ke Mesir pada tahun 198 H dan sampai ke Mesir pada
tahun 199 H. Inilah pendapat yang dekat dengan kebenaran.
Tujuan Imam Al-Syafie berkunjung ke Mesir adalah untuk meneruskan
perjalanan mencari ilmu pengetahuan serta menyebarkan fiqhnya. Ketika berada
di sana, beliau telah mengubah banyak pendapat lamanya kepada pendapat yang
baru setelah mengetahui dalil-dalil yang baru dan menemui kekuatan serta
kelemahan dalil-dalil. Akhirnya, beliau berjaya menyusun penulisan baru yang
dinamakannya “Al-Umm”.

Anda mungkin juga menyukai