Anda di halaman 1dari 4

Peranan JPN

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri seorang pegawai
ikhtisas yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar , projek dan program
pendidikan di peringkat negeri. Sebagai Ketua Jabatan ia menjadi ketua dalam bidang
ikhtisas dari pentadbiran.Pengarah Pelajaran Negeri bertanggungjawab terus kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia.

JPN merupakan nadi kepada jentera keseluruhan kegiatan pendidikan di peringkat negeri
dan menguruskan pentadbiran di peringkat daerah dan negeri.

* Mempertingkatkan kualiti dan prestasi pendidikan di bidang kurikulum, kokurikulum dan


pembentukan serta perkembangan sahsiah yang murni.

* Mempertingkatkan mutu pengurusan di pelbagai peringkat supaya cekap dan berkesan


melalui pendekatan pelbagai falsafah dan prinsip pengurusan yang baik dan sesuai dengan
iklim pendidikan.

* Mempertingkatkan kecintaan kepada ilmu dan membaca supaya ianya menjadi budaya
guru dan pelajar.

* Mempertingkatkan profesionalisme semua Pegawai, Pengetua, Guru Besar, Guru


Penolong Kanan, Guru-guru dan kakitangan dalam bidang pengurusan, ilmu dan kemahiran.

* Mempertingkatkan pemahaman dan penghayatan Islam di kalangan pelajar Islam dan


mempertingkatkan perlakuan bermoral di kalangan pelajar bukan Islam.

* Menjalin perpaduan serta ikatan kasih mesra demi mempertingkatkan kerjasama antara
jabatan, sekolah, pelajar dan masyarakat seluruhnya.
PPD

FUNGSI

 Bertanggungjawab kepada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) dalam


Membantu, Merancang, Menyelaras, Melaksana dan Mengambil Tindakan Susulan
Ke Atas Perkara-Perkara Berikut :

o Pengurusan Pentadbiran Pendidikan Khas / Pemulihan Khas

 * Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan dan Kewangan


Pendidikan Khas

 * Penyediaan Kemudahan Fizikal dan Peralatan Program Integrasi


Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas

 * Pengumpulan Aduan-Aduan dan Maklumbalas Pelanggan

o Pengurusan Murid Pendidikan Khas / Pemulihan Khas

 * Penempatan dan Pertukaran Murid Pendidikan Khas Dalam PPD

 * Pemerosesan Temuduga bagi Penempatan Murid Pendidikan Khas

 * Peningkatan Sahsiah Murid Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas

 * Pengurusan Pemberian Elaun, Biasiswa dan Bantuan untuk Murid


Pendidikan Khas di Program Integrasi dan Arus Perdana

 * Peningkatan Keilmuan murid-murid Pendidikan Khas dan Pemulihan


Khas

o Pengurusan Guru Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas

 * Penempatan dan Pertukaran Guru Pendidikan Khas dan Pemulihan


Khas dalam PPD

 * Pelaksanaan Perkembangan Staf (Latihan) dan Guru Pendidikan


Khas dan Pemulihan Khas

 * Pengurusan Data Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas

 * Pemantau Pelaksaan PdP Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas


BPK KPM
FUNGSI

 Merancang, mengurus dan menyelaras semua program pendidikan khas rendah dan
menengah
 Menentukan pelaksanaan dan peningkatan mutu program pendidikan khas
 Merancang dan penyelaras pengoperasian dasar dan peraturan dari segi peluang
pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan
khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas.
 Mempertingkat kemudahan infrastruktur, peralatan khas, bahan pembelajaran dan
pengajaran serta perkhidmatan sokongan yang sesuai dan releven bagi murid
berkeperluan khas.
 Mempertingkat kualiti dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran Bahagian
dan Program Pendidikan Khas.

PIAGAM PELANGGAN

 Kami warga Bahagian Pendidikan Khas dengan penuh tekad dan iltizam berjanji
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mengurus dan mentadbir
Program Pendidikan Khas dengan cekap dan berkesan. Ke arah itu, kami berikrar
untuk:
 Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid dalam tempoh 30 hari bekerja
sebelum tarikh pendaftaran;
 Mengeluarkan surat penempatan/pertukaran guru dalam tempoh 14 hari bekerja
sebelum tarikh melapor diri;
 Memastikan maklum balas minit mesyuarat dihantar kepada urus setia dalam
tempoh lima (5) hari selepas minit diterima;
 Memastikan tindakan bagi perkhidmatan pakar dan aduan diambil dalam tempoh 14
hari bekerja ;
 Mengurus kelulusan pengecualian mengikuti pendidikan wajib bagi kanak-
kanak/murid berkeperluan khas dalam tempoh 60 hari bekerja daripada tarikh
permohonan diterima; dan
 Memastikan semua sumbangan yang diterima untuk program pendidikan khas dari
agensi lain diuruskan dalam tempoh 30 hari bekerja.

Anda mungkin juga menyukai