Anda di halaman 1dari 9

TEKNIK MOTIVASI DAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK GAYA RASULULLAH SAW

Oleh:
Mohd Azhar bin Ab. Rahman
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat Johor

PENGENALAN

Dalam meningkatkan dan merangsang semangat dalam diri, motivasi merupakan


satu elemen yang sangat penting dalam mencetuskan kekuatan diri. Kini, terdapat
pelbagai pendekatan, kaedah dan teori yang dibina dan ditonjolkan oleh tokoh-tokoh
barat seperti Abraham Maslow (1908-1970) dengan “Maslow Need Hierarchy”, Clark
Hull (1884-1952) dengan “ Hulls Drive Theory”, John B. Watson (1872-1952) dengan
“Watson School of Behaviorism dan B.F Skinner dengan “ Skinner’s Reinforcement
Theory”. Begitu juga nama-nama terkenal motivator seperti Kimberlie Dykeman,
Amanda Gore, Yossi Ghinsberg, John Gray dan ramai lagi yang menjadi ikutan dalam
dunia motivasi. Kata-kata motivator Barat dan buku-buku menjadi panduan dan kadang-
kadang sebagai hujah utama dalam menaikkan semangat para pendengar serta
sebagai rujukan dalam proses mendidikan anak-anak. Akhirnya, idea-idea utama
berdasarkan hadis nabi SAW hanya dijadikan sebagai pelengkap bicara sedangkan
pendekatan dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW telah lama ditunjukkan
sejak 1300 tahun yang lepas. Rasulullah SAW tidak kelihatan sebagai ikon besar dalam
dunia motivasi serta dunia pendidikan anak-anak. Oleh kerana itulah, artikel yang
diutarakan ini akan membahaskan bagaimana pendekatan Motivasi Rasulullah SAW
dalam melahirkan manusia yang cemerlang dunia dan akhirat.

RASULULLAH SAW PAKAR MOTIVASI AGUNG

Muhammad bin Abdullah adalah rasul yang dipilih oleh Allah SWT. Beliau
menjadi panduan dan ikutan seluruh umat manusia. Sebagaimana yang ditegaskan
oleh Allah SWT dalam firmannya dalam surah al-Ahzab, ayat 21:

“ Demi sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang terbaik,
iaitu untuk mereka yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik
pada hari akhirat, serta mereka pula menyebut dan mengingati Allah dengan
banyaknya pada masa susah dan senang”.
Kalimah “Contoh ikutan yang terbaik” dalam ayat al-Quran tersebut menunjukkan
bahawa Rasulullah SAW adalah ikutan dan ikon terbaik yang menjadi penanda aras
bagi umat Islam supaya mencontohi kehebatan peribadi Rasulullah SAW dan Allah
SWT menyebut pada ayat yang seterusnya “ untuk mengharapkan keredhaan Allah dan
balasan baik hari akhirat” . Bukankah ini teori dorongan atau “reward” sebagaimana
kefahaman di barat? Rasul sebagai contoh ikutan dan juga sebagai motivator agung
mampu memberi dorongan yang bersifat jangka panjang.

Kemampuan Rasulullah mengubah masyarakat Arab Jahiliah daripada


kegelapan mengikut hawa nafsu kepada cahaya Islam adalah bukti kuat dan relevan
yang menjadi tanda Muhammad bin Abdullah adalah motivator agung. Tiada yang
seumpama baginda yang mampu melakukan perubahan sebegitu besar. Rasulullah
SAW berjaya memotivasikan watak-watak utama jahiliah pada zamannya kepada
manusia yang terbaik. Antaranya Saidina Umar bin Al-khattab, Ikrimah bin Abu jahal,
Abu Sufyan bin Harb dan para sahabat yang lain. Kata-kata popular para cendekiawan
dipetik oleh Rib’ee bin Amir:

“ Sesungguhnya kami diutuskan oleh Allah bagi mengeluarkan sesiapa yang


dikehendakiNya, daripada perhambaan sesama manusia iaitu makhluk dunia dan hawa
nafsu kepada perhambaan kepada Allah semata-mata. Dikeluarkan daripada kezaliman
agama-agama kepada keadilan Islam dan dari kesempitan dunia kepada keluasan
dunia serta akhirat.

Ungkapan sahabat nabi yang bernama Rib’ee bin Amir ini jelas memaparkan
tokoh motivasi agung ialah Rasulullah SAW yang dapat mengubah manusia daripada
kegelapan kepada cahaya Islam.

SUMBER MOTIVASI RASULULLAH SAW

Sumber utama ialah solat. Solat adalah kunci utama motivasi mukmin. Solat juga
pintu syurga yang dipersiapkan pada hari kiamat kelak oleh Allah untuk hambanya yang
menjaga solat lima waktu. Apakah hikmah disebalik perintah ini? sebenarnya perintah
ini diumpamakan sebagai pencetus kesinambungan tenaga motivasi mukmin.
Bagaimana? Mudahnya dalam sehari semalam, manusia mempunyai latar pengisian
hidup yang pelbagai. Kepelbagaian latar kehidupan ini memberikan impak keletihan,
kurang motivasi dan masalah yang bermacam-macam. Manusia memerlukan
kesempatan dalam sehari bagi merujuk dan kembali kepada pengatur segala urusan
iaitu Allah yang Maha Kaya. Muslim diberi rehat dan kembali kepada Maha Pencipta
lima kali sehari semalam. Saat itu berguna untuk menyuntik semangat motivasi serta
dorongan yang diperlukan bagi menghabiskan baki kehidupan pada hari itu.

Sumber yang kedua ialah kitab Al-Quran yang merangkumi semua aspek
kehidupan pendidikan kepada manusia. Bagaimana kita lihat Rasulullah SAW diuji
dengan pelbagai ujian yang hebat daripada golongan kuffar pada masa itu. Bahkan ada
sahabat-sahabat nabi dibunuh dan diseksa. Persoalannya dari mana Rasulullah SAW
mendapat sumber kekuatan motivasi bagi meneruskan misi dakwah? sekalipun baginda
diuji dari segenap sudut kehidupannya, jawapannya ialah daripada al-Quran. Al-Quran
adalah risalah-risalah motivasi daripada Allah SWT. Firman Allah swt dalam surah al-
baqarah yang bermaksud:

” Adakah patut kamu menyangka kamu akan dimasukkan dalam syurga, padahal
belum sampai kepada kamu ujian dan cubaa seperti yang berlaku kepada orang-orang
yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan serangan penyakit,
serta digoncangkan oleh ancaman bahaya musuh sehingga berkata rasul dan orang-
orang yang beriman yang ada bersamanya, sesunguhnya pertolongan Allah itu dekat
(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah”

Begitu juga Allah berfirman dalam surah al- Zukhruf ayat 72 yang bermaksud:

“ Dan itu adalah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal
yang dahulu kamu lakukan. Di dalam syurga itu ada buah-buahan yang banyak untuk
mu yang sebahagiannya kamu makan, sesungguhnya orang yang berdosa kekal di
dalam neraka jahanam, tidak diringankan azab itu untuk mereka dan mereka di
dalamnya berputus asa”.

Ayat-ayat di atas mampu menggerakkkan jiwa yang lumpuh kearah keyakinan kepada
janji Allah dan dapat meneruskan kehidupan dengan menongkah apa sahaja rintangan
yang datang dalam kehidupan dengan menongkah apa sahaja rintangan yang datang
dalam kehidupan yang bernama dunia. Membaca al-Quran dan memahaminya
kandungan akan mampu membantumu senantiasa bermotivasi dalam kehidupan.

Seterusnya sumber yang ketiga ialah hadis Nabi Muhammad SAW. Pada setiap
hadis rasulullah yang sahih itu mempunyai nilai motivasi yang berharga. Melaluinya kita
memperolehi hidayah, kefahaman agama, panduan hidup, kemampuan membezakan
antara hak dan batil dan yang paling penting motivasi ke arah ganjaran dan menjauhi
hukuman Allah. Setiap hadis Rasulullah dapat diibaratkan sebagai lampu yang
menerangi malam yang gelap gelita. Hadis-hadis beliau dapat diumpamakan seperti air
yang menyuburkan hati yang kering kontang. Ubat mujarab untuk mereka yang
menderita penyakit kronik, dan diibaratkan kata-kata motivasi yang hebat. Hadis
baginda mampu juga mampu mengubah jiwa-jiwa yang kasar dan tandus pada zaman
baginda hingga kini menjadi hamba Allah yang menyuburkan bumi ini dengan limpahan
iman. Sabda Rasulullah SAW:

“Aku benar-benar meninggalkan untuk kamu sesuatu yang terang benderang,


malamnya seperti siang”.
(Riwayat Ibnu Majah)

Sumber yang keempat ialah panggilan Azan. Azan adalah syariat yang
diturunkan oleh Allah dan dorongan yang datang dari wahyu. Azan adalah suruhan
agama yang menggambarkan motivasi rohani dalam setiap lafaz-lafaznya. Kesemua
lafaz tersebut adalah gambar kepada motivasi akhirat dan duniawi. Laungan azan yang
diulang pada setiap kali masuknya waktu solat memberikan impak motivasi yang besar
dalam kehidupan muslim. Setiap hari selama lima kali, kita mendengar azan yang
dilaungkan. “ Marilah menuju kejayaan”. Kejayaan dalam azan dapat dihayati untuk
kejayaan di dunia serta dapat pula membantu kejayaan kita di akhirat.

Seterusnya ialah sabar juga merupakan sumber motivasi yang terbaik. Memujuk
diri supaya sentiasa sabar adalah benteng untuk motivasi diri. Kesabaran
diumpamakan tembok utuh yang menyokong seseorang dari jatuh. Kejatuhan yang
dimaksudkan adalah jatuhnya motivasi diri bagi bertahan dan bangun semula. Kita
sering kali mendengar kisah-kisah tentang kemuflisan dan kejatuhan seseorang dalam
kehidupan. Kesemua mereka yang jatuh itu dapat bangun semula dan meneruskan
hidup disebabkan benteng kesabaran. Sabar dapat diumpamakan sebagai perkara
yang dapat menahan dan benteng terakhir untuk seseorang daripada terus jatuh dan
tidak mungkin bangu semula. Namun, pada individu yang tidak memiliki bentng ini,
mereka akan terus jatuh dan gagal dalam kehidupan. Firman Allah SWT dalam surah
Maarij ayat 5 yang bermaksud:

“Bersabar wahai Muhammad dengan ejekan golongan kafir dengan cara


kesabaran yang sebaik-baiknya”.

Melihat kepada sirah Rasulullah SAW, kita mendapat gambaran yang jelas
perihal keteguhan benteng kesabaran yang berada dalam diri Rasulullah SAW. Beliau
berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang jalan dakwah yang
dilaluinya. Namun, baginda bersabar dan bertahan dalam setiap keadaan sama ada
pada awal dakwah secara bersembunyi sehingga berjaya mengubah masyarakat
jahilliyah kepada cahaya Islam. Antara kisah yang menggambarkan kesabaran
Rasulullah SAW adalah semasa beliau naik ke bukit Safa bagi menyeru kaumnya
kepada Islam. Kemudian baginda di cela dan dihina oleh Abu Lahab dikhalayak ramai.

Sumber yang terakhirnya ialah sifat Ikhlas dalam diri. Ikhlas adalah kekuatan dan
motivasi muslim. Dengan sifat ikhlas, muslim akan menggerakkan dirinya bagi
melakukan amal soleh. Allah berfiman dalam surah al-Bayyinah ayat 5 yang
bermaksud:

“Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah Allah dengan ikhlas


mentaatinya, semata-mata kerana menjalankan agama.”

Ikhlas adalah motivasi yang luar biasa. Keikhlasan manusia menyebabkan manusia
melakukan kerja dengan berhati-hati, bersungguh-sungguh tidak mengharapkan
sebarang balasan keduniaan, meneruskan pekerjaannya walaupun mendapat
tentangan dan mengharapkan redha Allah SWT.

TEKNIK MOTIVASI RASULULLAH SAW

Teknik Dorongan dan Hukuman

Salah satu teknik yang ditunjukkan ole baginda Rasulullah SAW ialah menggunakan
teknik dorongan dan hukuman. Dorongan atau dalam bahasa inggerisnya ialah Reward
adalah perkara yang mendapat perhatian dalam islam. Dorongan –dorongan yang
diberikan oleh Nabi melepasi batasan sempadan kehidupan.

Pahala dan dosa adalah konsep dorongan dan hukuman yang jelas dalam Islam.
Ini adalah kerana dorongan yang bersifat dunia dan akhirat. Akan tetapi, ia lebih
cenderung pada dorongan yang bersifat ukhrawi atau kehidupan selepas mati. Balasan
ini melibatkan persoalan iman dan keyakinan. Rasulullah SAW menjadikan wahyu Allah
sebagai pembakar semangat kepada para sahabat dengan memberi peringatn tentang
janji-janji Allah SWT kepada orang-orang yang beriman dengan dijanjikan Syurga yang
penuh dengan kenikmatan. Begitu juga Rasulullah juga memberi peringatan tentang
hukuman atau azab api neraka sekiranya manusia engkar dan melanggar perintah
Allah swt.
Firman Allah SWT:

“ Orang-orang yang mengerjakan amal-amal soleh baik lelaki mahupun


perempuan, sedang ia orang yang beriman, mereka itu masuk ke dalam syurga dan
mereka tidak dianiaya walau sedikit pun”.
(Surah An-Nisaa Ayat 124)

Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah berkata, “ Allah
mengatakan kepada Malaikat pencatat amal, Apabila hambaku berniat melakukan
kejahatan, jangan kamu mencatatnya sebelum dia melakukan kejahatan itu. Sekiranya
dia melakukannya, tulis dosanya sesuai dengan kejahatannya. Apabila dia tidak
melaksanakan niatnya yang jahat keranaKu, tulis untuknya kebaikan. Apabila dia
berniat melaksanakan satu kebaikan namun ternyata tidak melaksanakannya, tulis
untuknya satu kebaikan. Sekiranya dia melaksanakan niat baiknya itu, tulis untuknya 10
hingga 700 kali ganda kebaikan”.
(Hadis Sahih Bukhari)

Banyak ayat-ayat al- Quran dan hadis Nabi yang menceritakan tentang balasan
baik kepada hambanya yang sentiasa taat akan perintahnya. Janji-janji Allah itu akan
menjadi pencetus semangat dan meningkatkan semangat motivasi manusia menjadi
untuk kecemerlangan dunia akhirat. Disamping itu, banyak juga ayat-ayat pencegahan
dan hukuman kepada manusia yang melakukan kejahatan dan kemungkaran atau
berpaling dari ajaran Islam maka hukuman yang diingatkan ialah balasan neraka yang
tidak terperi azabnya. Hukuman ini sebagai panduan dan ingatan kepada manusia
agar menjadi manusia yang taat akan perintahnya.

Sebagai contohnya hadis Nabi Muhammad SAW: Daripada Abu Hurairah R. A,


Rasulullullah pernah menjelaskan bahawasanya Neraka berdebat dengan syurga.
Neraka berkata: “ Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takbur (sombong).
Syurga pula berkata: “Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin”. Justeru,
Allah berkata kepada neraka, “Kamu adalah seksaanKu”. Aku akan menyeksa siapa
sahaja yang aku kehendaki melaluimu. Aku gunakan kamu bagi menimpakan bencana
kepada sesiapa sahaja yang aku kehendaki”. Allah berkata pula kepada Syurga, “
Kamu adalah rahmatku. Aku akan berikan rahmatku melalui kamu kepada sesiapa yang
Aku kehendaki. Kedua-dua daripada kamu akanku isi hingga penuh”.

(Sahih Muslim)

Ganjaran dan balasan yang diberikan kepada manusia adalah adil dan saksama.
Allah memberikan ganjaran yang sesuai dengan amal soleh yang dikerjakan oleh
manusia. Bahkan balasan itu jauh lebih sempurna daripada yang selayaknya. Itu adalah
keadilan Allah SWT dalam memberikan balasan dan hukuman kepada hamba-
hambanya. Prinsip asas kepada ganjaran dan hukuman dalam Islam adalah melibatkan
iman. Islam meletakkan ganjaran dan hukuman itu adalah milik mutlak Allah SWT.
Ganjaran dan hukuman dalam Islam adalah melibatkan dosa dan pahala. Ganjaran
yang dijanjikan oleh Allah dan rasul adalah melibatkan dunia dan akhirat. Ganjaran
adalah motivasi kepada mereka yang taat kepada Allah. Manakala hukuman sebagai
mekanisme bagi membuatkan orang Islam menghindarkan diri daripada melakukan
perkara yang dilarang.

TEKNIK MENDIDIK DAN MEMOTIVASI ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH


S.A.W

1) Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk
memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas.
Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan
bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka
melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. Kesannya, anak-anak akan
lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang
boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman
dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada
disisi mereka setiap masa.

2) Umur anak-anak 7-14 tahun. Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai disiplin
dan tangungjawab kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-
anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah
mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan
asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula
bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah
dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah
SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Kesannya, anak-anak akan lebih
bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa
terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan
Islam. Terpulang pada ibu bapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim,
yahudi, nasrani ataupun majusi.

3) Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak.
Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan berkawan dengan
mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang
mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang
kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar
yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan
mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik
yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang
tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka
sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan
terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua
kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4) Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibu bapa untuk memberikan
sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat
keputusan mereka sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan
diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula
pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Segala disiplin yang
diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapa
jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap
sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik
seperti yang ibubapa inginkan

PENUTUP

Diharapkan salah satu teknik motivasi oleh Rasulullah SAW yang dibahaskan ini
mampu memberi panduan yang berguna kepada para motivator dan para ibu
bapadalam proses membimbing dan meningkatkan motivasi pendengar serta anak-
anak. Sekiranya dikaji dan diteliti dalam al-Quran dan hadis terdapat banyak ayat yang
membicarakan tentang ganjaran dan balasan kepada manusia samada manusia yang
taat mahupun kepada manusia yang engkar kepada suruhan Allah swt. Ganjaran
berbakti kepada ibu bapa, menghubungkan silaturrahim, tolong menolong sesama
manusia, berjihad di jalan Allah dan banyak lagi yang tidak dapat dinukilkan dalam
artikel ini. Begitu juga, contoh terbaik yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW
dalam memberi pendidikan kepada anak-anak. Semua ini akan memberi peringatan
dan motivasi yang sangat berkesan kepada manusia dalam melahirkan insan yang
berguna di dunia dan akhirat.
RUJUKAN

Abdullah Nasih Ulwan. 1988. Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Singapura. Pustaka
Nasional Pte. Ltd

Mohd Khairul Nizam,2013. Motivasi Gaya Rasulullah SAW. Kuala Lumpur. PTS Millenia
Sdn. Bhd.

Tengku Asmadi, 2009. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif. Kuala Lumpur. PTS
Millenia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai