Anda di halaman 1dari 22

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UW00202
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TUGASAN KUMPULAN

Topik 1 : Bincangkan kesan positif hasil interaksi antara dua tamadun


/ budaya ang berbeza

Bil Nama ahli kumpulan No. matrik


1 SAMSUL BIN JAMALUDIN CT10210695
2 MOHD ARIFIN BIN HUSEN CT10210469
3 MATSALLEH BIN MUHAMMAD CT10210449
4 ADB SALAM BIN SAUGAN CT10210019
5 FRASIL BIN LAHUDDIN CT10210212

TARIKH SERAHAN : JUN 2014

( SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL )

1
Kandungan

Bil Kandungan Muka surat

1 Isi kandungan 2

2 Pengenalan 3

3 Contoh-contoh interaksi antara tamadun 3-5

4 Kesan positif interaksi antara dua tamadun 5

5 Kesan positif dari aspek politik 6-7

6 Kesan positif dari aspek ekonomi 7-8

7 Kesan positif dari aspek sosial 9-10

8 Kesan positif dari aspek pengaruh agama 11-12

9 Kesan positif dari aspek pendidikan 13-15


Kesan positif dari aspek kebudayaan dan
10 15-17
kesenian
11 Kesan positif dari aspek teknologi 18

12 Kesimpulan 19

13 Rujukan 20

2
Pengenalan

Interaksi antara dua tamadun bermaksud perhubungan, pertemuan, komunikasi dan


sebagainya yang terjalin antara satu tamadun dengan satu tamadun atau dengan beberapa
tamadun lain dalam masa yang sama. Interaksi antara tamadun merupakan satu proses
yang berlaku secara berterusan dan terjadi secara langsung atau tidak langsung dalam satu
jangka masa yang panjang. Interaksi boleh berlaku dalam bentuk fizikal, keagamaan,
kebudayaan dan teknologi. Interaksi antara tamadun sebenarnya boleh melahirkan kesan
positif dan negatif.

Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan yang tersendiri. Interaksi yang
terjalin menyebabkan berlakunya kemajuan kebendaan dan kerohanian yang saling
melengkapi. Interaksi positif akan dapat memantapkan lagi keberadaan sesuatu tamadun.
Sikap terbuka dan saling menghormati perbezaan antara tamadun menyebabkan interaksi
berjalan dengan baik. Interaksi yang terjalin akan memberi faedah atau mendatangkan
kesan positif kepada sesuatu tamadun. Unsur-unsur dalaman sesuatu tamadun yang keluar
dan unsur-unsur dari luar yang masuk ke dalam atau sikap ‘memberi’ dan ‘menerima’ antara
tamadun itu akan dapat mengukuhkan lagi kewujudan sesuatu tamadun.

Contoh-Contoh Interaksi Antara Dua Tamadun

1. Interaksi antara tamadun Melayu dengan China

Interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun China telahpun bermula pada
abad ke-3 masihi. Interaksi ini berlaku pada zaman Dinasti Chin ( 201-206 M ), Dinasti Han
(206-220 M), Dinasti Wu (222-280 M) dan Dinasti Tang (618-907 M). Hubungan China
dengan alam Melayu melonjak ke peringkat yang lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti
Tang (618-907 M) dan Empayar Sriwijaya di alam Melayu pada abad ke-7 (Liang Liji, 1996:
25-26). Zaman gemilang hubungan tamadun Melayu-China berlaku dalam zaman Dinasti
Ming pada abad ke-15. Hubungan kedua-dua tamadun dalam zaman itu mencapai puncak
hubungan diplomatik yang halus dan teratur, baik dalam hubungan politik antara dua kuasa
besar mahupun dalam hubungan perdagangan dan kebudayaan.

3
2. Interaksi antara tamadun Melayu dengan Islam

Hubungan antara tamadun Melayu dengan tamadun Islam bermula pada abad ke-7
masihi ( tahun pertama Hijrah ). Hubungan antara tamadun Melayu dengan tamadun Islam
membawa kepada kewujudan kerajaan Islam seperti Kerajaan Melayu Acheh dan Kesultanan
Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Acheh dan kesultanan Melayu Melaka adalah antara dua
pusat perkembangan Tamadun Islam di Alam Melayu. Kedatangan Islam di Asia Tenggara
telah menyebabkan munculnya kerajaan-kerajaan kecil Islam yang lain seperti Pattani,
Brunei, Demak, Mataram, Bentan, Johor-Riau dan Sulu. Teori kedatangan Islam ke Alam
Melayu dari Arab Parsi yang dibawa oleh pedangan dan mubaligh keturunan Arab.

3. Interaksi antara tamadun Melayu dengan India

Tamadun Melayu dan India telah berhubungan sebelum tahun Masihi lagi. Sebagai
bukti pengaruh kepercayaan Hindu-Buddha berkembang luas di Asia Tenggara dan
kewujudan beberapa kerajaan seperti Kerajaan Langkasuka ( ke-2 M ), Tambralinga ( ke-11
M ), Folo-an ( 1178 M ), Tan-Tan ( ke-6 M ),Gangga Negara ( ke-5 M ) di Tanah Melayu dan
Srivijaya ( ke-7 M ). Selain itu ada beberapa buah negeri lain yang diandaikan muncul dan
menerima pengaruh India antaranya Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah di
Semenanjung, Kam-to'-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. (Hashim Hj.
Musa, 2005 : 138).

4. Interaksi antara tamadun China dengan Korea

Pada zaman dinasti Shang ( kurun ke-16 hingga 11 SM ) orang Cina telah mengenali
Korea sebagai satu entiti kawasannya tersendiri. Orang-orang Cina telah berhijrah ke Korea
untuk mengelakkan peperangan dan seksaan politik. Dipercayai pada kurun ke-2 SM,
Wiman, iaitu seorang pelarian Cina telah memerintah sebuah wilayah Korea iaitu Chosan.
Semasa pemerintahan Dinasti Han, orang Korea telah dipaksa supaya mengamalkan
kebudayaan China. Proses perkembangan kebudayaan China mencapai kemuncaknya
apabila Korea muncul sebagai sebuah Negara berfahaman Konfusianisme semasa
pemerintahan Dinasti Li (1392-1910).

4
5. Interaksi antara tamadun China dengan Jepun

Interaksi antara tamadun China dengan Jepun bermula seawal kurun ke-2 SM iaitu di
zaman Dinasti Qin ( 221-206 SM ). Pengaruh kebudayaan China berkembang dengan
pesatnya pada zaman Nara hingga zaman Kesyogunan Tokugawa (664-1867 ).
Perkembangan falsafah Konfusianisme di Jepun boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu
fasa pertama pada kurun ke-5 hingga kurun ke-12, fasa kedua pada kurun ke-12 hingga
kurun ke-17 dan fasa ketiga bermula pada kurun ke-17 iaitu zaman pemerintahan Edo atau
Kesyogunan Tokugawa (1603-1867).

6. Interaksi Antara tamadun China dengan India

Hubungan China dengan India bermula abad ke-2 SM iaitu dipercayai semasa
pemerintahan Dinasti Han. Penyebaran agama Budha berlaku pasa masa dinasti tersebut.
Tamadun India dan Tamadun China banyak bertembung di Asia Tenggara dan Indocina.
Nilai-nilai kepercayaan China dan India banyak diamalkan di kebanyakan Negara antara dua
tamadun tersebut. Perkara yang paling utama akibat daripada interaksi India-China ialah
kemasukan agama Buddha yang pesat. kegiatan menterjemah ajaran Buddha daripada
kitab-kitab Hindu ke bahasa China. Satu perkara yang istimewa ialah kepercayaan yang
muncul di India tetapi diamalkan dengan penuh harmoni di China.

Kesan Positif Interaksi Antara Dua Tamadun

Interaksi yang terjalin antara dua tamadum mendatangkan kesan yang positif
kepada tamadun tersebut terutama dalam jangka masa yang panjang. Berikut merupakan
beberapa kesan positif yang dapat dilihat hasil interaksi yang berlaku di antara beberapa
tamadun khususnya di Asia. kesan positif ini dapat dilihat dalam beberapa aspek yang
utama iaitu politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan kesenian, teknologi dan
pengaruh agama.

5
1. Kesan positif dari aspek politik

Interaksi Antara
Contoh kesan positif dari aspek politik interaksi antara tamadun
tamadun

Melaka di bawah pemerintahan Raja Parameswara (Sultan Iskandar


Syah) menjadi destinasi pertama misi Maharaja Ming Cheng Zhu ke alam
Melayu pada tahun 1403. Sejarah pembukaan hubungan diplomatik
antara China dengan Melaka itu tercatat dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti
Melayu
dengan China) (Liang Liji, 1996: 42). Terdapat kerajaan-kerajaan kecil di Alam
China Melayu menjadikan China sebagai penaung kepada kepentingan
keselamatan. Contohnya, kerajaan Melayu Melaka mendapat naungan
daripada kerajaan China supaya tidak diserang oleh kerajaan-kerajaan yang
lain yang wujud pada zaman itu.

Sistem pemerintahan bercorak kesultanan diperkenalkan dan


status sultan tidak lagi dianggap umpama dewa. Gelaran raja dan ‘
dewaraja ‘ bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti
yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Sebagai contoh, kerajaan
Melayu Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh
dengan
dalam urusan pentadbiran negara. Sultan berperanan sebagai ketua
Islam
dalam agama islam di samping menjadi ketua Negara. Sistem
pentadbiran kerajaan Melayu Melaka lebih teratur dengan mewujudkan
jawatan seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana,
Syahbandar dan golongan ulama.

Kesan positif dari aspek politik interaksi antara tamadun Melayu dengan
India dapat dilihat melalui kewujudan beberapa kerajaan yang
diandaikan muncul dan menerima pengaruh India antaranya
Melayu
dengan Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah di Semenanjung,
India
Kam-to'-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. (Hashim Hj.
Musa, 2005 :138). Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, terdapat
pedagang India yang telah berkahwin dengan wanita dari golongan
bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar

6
Melaka. Sebagai contoh, Tun Ali, anak kepada seorang pemborong permata
Tamil Muslim yang telah berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada
zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara
Diraja menggantikan datuknya, Raja Mendaliar seorang pedagang Keling
telah dilantik menjadi Syahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan
Mahmud (1488-1500) dan Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara
India telah berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi
Laksamana menggantikan
Hang Tuah.

Sistem pentadbiran berpusat yang dipraktikkan oleh kerajaan china


telah mempengaruhi sistem pentadbiran di Jepun. Sebagai contoh Maharaja
Jepun ialah tunggak pemerintahan dan bertindak sebagai ketua Negara dan
China
Dengan pentadbiran yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahannya.
Jepun
Pemusatan kuasa dan ketaatan rakyat di bawah sistem raja
berperlembagaan menjadikan politik Jepun stabil dan situasi ini
meningkatkan perkembangan ekonomi jepun. Sama dengan kerajaan china,
perbalahan politik di Jepun dapat diselesaikan dengan campur tangan istana
sebagai kuasa pengimbang.

2. Kesan positif dari aspek ekonomi

Interaksi Antara Contoh kesan positif dari aspek ekonomi interaksi antara
tamadun tamadun

Wujudnya kerjasama ekonomi dalam bentuk perdagangan


dua hala melalui tiga sistem pada zaman itu, iaitu perdagangan antara
raja (dalam bentuk persembahan ufti dan balasan anugerah pelbagai
barang berharga), perdagangan antara kerajaan berdasarkan kontrak
penjualan barangan tertentu hanya kepada Kerajaan China dengan harga
Melayu yang menguntungkan Melaka, dan perdagangan awam dalam kalangan
dengan
China masyarakat umum. Antara barang dagangan yang di bawa ke Melaka
oleh pedagang china ialah gula, kain, bahan letupan, kasut lilin dan
sebagainya. Manakala barang dagangan dari Melaka yang dijual oleh
peniaga-peniaga dari Melaka kepada pedangang China adalah seperti biji
timah, rempah, bekalan makanan dan juga hasil-hasil hutan.

7
Pengaruh tamadun Islam telah menggerakkam ekonomi orang
Melayu dan aktiviti perdagangan di Alam Melayu menjadi bertambah
pesat. Kepesatan perniagaan ini juga sebenarnya berkait dengan
gerakan dakwah dan penggunaan sistem mata wang Melayu dan
dinar Arab. Kepesatan ekonomi ini dapat dilihat dengan kemunculan
dan kemajuan pelabuhan-pelabuhan Melayu seperti Pasai, Acheh,
Melayu Melaka, Demak, Betawi, Kedah,Terengganu, dan Johor. Jawatan
dengan
Islam Syahbandar telah diwujudkan dalam Kesultanan Melayu Melaka kerana
untuk mentadbiar sistem perdagangan yang semakin pesat terutama di
pelabuhan Melaka. Kebanyakan pedangang Islam yang datang ke Alam
Melayu berasal daripada Yaman dan arab Parsi. Dalam hubungan
perdagangan ini Alam Melayu banyak mengimport perkakasan rumah
daripada pedagang Islam antaranya seperti pinggan mangkuk,
permaidani, barang kemas dan juga kain. Manakala pedagang Islam pula
membeli hasil hutan dan pertanian seperti rempah ratus dan makanan
daripada pedagang Melayu.

Kepentingan perdagangan memainkan peranan penting dalam


interaksi antara tamadun Melayu dengan India. Salah satunya adalah
perdagangan sutera iaitu melibatkan laluan sutera yang melintasi Asia
Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka. Pada zaman kesultanan
Melayu Melayu Melaka, pedagang India merupakan golongan pedagang yang
Dengan
India utama. Mereka datang daripada pesisir Koromandel, Kalingga, Benggala
dan Gujerat. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka ramai pedagang dari
india datang ke Melaka untuk mendapatkan rempah ratus, kayu
kayan, damar dan emas daripada peniaga-peniaga di Melaka.
Manakala, peniaga dari Melaka pula mendapatkan bekalan pelbagai jenis
kain daripada pedagang-pedagang India.

8
3. Kesan positif dari aspek sosial

Interaksi Antara Contoh kesan positif dari aspek sosial interaksi antara tamadun
tamadun

Salah satu kesan positif dari aspek sosial interaksi antara tamadun
Melayu dengan tamadun China ialah Budaya kahwin campur. Sebagai
contoh Sultan Melaka, iaitu Sultan Mansur Shah telah berkahwin
dengan puteri Cina iaitu Hang Li Po. Mengikut catatan De Eredia
orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan
Melayu membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah
dengan
berkahwin dengan wanita tempatan. Melahirkan budaya kacukan
China
Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Wujudnya
penempatan cina peranakan seperti di Kelantan, Melaka dan Pulau
Pinang. Amalan sosial seperti pemberian ang pow dan permainan
mercun. Pemakaian yang unik oleh komunti Baba dan Nyonya iaitu
kain sarung dan kebaya jelas memperlihatkan pertembungan dua
tamadun iaitu Melayu dengan China.
Kehadiran Islam telah menetapkan satu dasar sosial yang adil di
Alam Melayu. Pengaruh Islam menyebabkan tiada perbezaan darjat dan
kedudukan Raja dan pembesar mula menghargai dan berjiwa rakyat.
Melayu
Mengagungkan raja secara melulu berkurangan keranan Allah
dengan
Islam S.W.T lebih berkuasa dalam segala-galanya. Masyarakat melayu telah
memandang golongan agama iaitu ulama dan guru agama sebagai
golongan yang mulia dan setaraf dengan pembesar dan bangsawa.
Setelah kedatangan Islam golongan wanita mendapat hak yang
sewajarnya. Misalnya hak sebagai seorangan wanita untuk memilih
pasangan hidup, hak untuk mendapat pendidikan, hak isteri dan hak
pembahagian harta pusaka telah digariskan dengan jelas dan sistematik.
Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu berteraskan Islam dan
adat. Sejak lahir lagi seseorang seseorang itu dididik berteraskan Islam
dan adat sehinggalah mereka dewasa.

9
Tamadun Melayu juga banyak menerima pengaruh kebudayaan dari
tamadun India. Hal ini kerana, agama Hindu yang disebarkan ke
Tamadun Melayu menerapkan adat resam dan budaya orang India.
Antara pengaruh Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu
ialah upacara perkahwinan dan adat bersanding. Dalam adat
perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan
Melayu diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut.
dengan
Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak.
India
Adat Melenggang Perut diamalkan dikalangan keluarga diraja dan
juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh bulan. Upacara ini
dilakukan oleh Tuk Bidan dengan tujuan untuk membuang garuh atau
kecelakaan ang mungkin menimpa ibu yang bakal bersalin. Di samping
itu, adat ini juga bertujuan membetulkan kedudukan bayi di dalam perut
ibunya. Adat berinai dalam perkahwinan Melayu seakan-akan menjadi
kewajipan. Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan
Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu berinai curi,
berinai kecil dan berinai besar. Corak lukisan inai di atas tangan kalangan
masyarakat Melayu bermula sejak beberapa tahun sebelum ini.

Kesan positif yang dapat dilihat dari aspek sosial interaksi antara
Tamadun China dengan Tamadun Jepun ialah adat minum the
(sado,chado). Adat ini adalah satu warisan tradisional yang sangat
China
bermakna kerana adat ini merupakan budaya menghormati tetamu dan
dengan
Jepun orang lain. Walaupun asalnya adat ini dibawah masuk dari china sejak
zaman Heian, namun masyarakat Jepun berjaya mengadaptasi sehingga
menjadikan adat ini sebagai satu identiti Jepun.

10
4. Kesan positif dari aspek pengaruh agama

Interaksi
Contoh kesan positif dari aspek pengaruh agama interaksi
Antara
antara tamadun
tamadun
Perkembangan Islam di tanah besar Cina dan kaitannya dengan
pengislaman di alam Melayu . Aspek ini penting oleh sebab ada teori
yang menyebut peranan pendakwah dari Cina yang turut
Melayu mengembangkan Islam di alam Melayu. Beberapa orang daripada
dengan
China Wali Songo yang terkenal sebagai ulama dan pengembang Islam di
Indonesia pernah dikaitkan dengan usaha dakwah dari Cina dan ada
daripada kalangan mereka yang dikatakan berketurunan Cina.

Kesan utama yang dibawa oleh tamadun Islam ialah terhadap


akidah dan kepercayaan. Sebahagian besar masyarakat Melayu
meninggalkan ajaran agama Hindu-Buddha dan kepercayaan
animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan yang satu
iaitu, Allah. Konsep Rukun Islam dan Rukun Iman telah menjadi
panduan hidup masyarakat Melayu. Islam mengubah pandangan
Melayu
dengan hidup masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan
Islam
dewa-dewa kepada mempercayai tuhan yang satu (Allah), percaya
adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab. Kitab suci Al-Quran
telah mengukuhkan keyakinan orang melayu tentang keesaan Allah dan
kekuasaannya. Allah berkuasa dalam segala-galanya dan manusia
hanya hamba Allah (khalifah) dan melaksanakan tanggungjawab yang
diperintah oleh Islam.

Tamadun Melayu dan India telah berhubungan sebelum tahun masihi


lagi. Pengaruh kepercayaan Hindu-Buddha telah berkembang luas
di Asia Tenggara. Kerajaan Langkasuka ( ke-2 M), Tambralinga (ke-11M),
Folo-an ( 1178 M ), Tan-Tan ( ke-6 M ),Gangga Negara ( ke-5 M ) di
Tanah Melayu dan Srivijaya ( ke-7 M ) di Sumatera telah berkembang
sebagai kerajaan pengaruh Hindu-Buddha di Alam Melayu.
Melayu Kerajaan-kerajaan Melayu ini telah berkembang pesat dan telah menjadi
dengan
pusat penyebaran agama Hindu-Buddha di Alam Melayu. Pada
India
awalnya, penduduk tempatan berpegang kepada kepercayaan
anamisme. Masyarakat Melayu ketika itu tertarik dengan ajaran Hindu

11
kerana terdapat persamaan iaitu mengaitkan kepercayaan mereka
dengan roh dan alam semulajadi. Penyebaran agama Hindu-Buddha ini
tertumpu pada golongan atasan dan menumpukan selok-belok upacara
agama. Kewujudan Chandi Borobudur di Jawa dan Angkor Wat di
Kemboja adalah bukti penyebaran agama Hindu-Buddha yang pesat di
Alam Melayu.

Kesan positif Interak antara tamadun China dengan Korea dari segi
agama dapat dilihat melalui pengaruh Konfusianisme dan
Buddhisme yang sangat kuat di Korea sehingga kerajaan Korea
menubuhkan Institusi pendidikan untuk mengkaji Konfusianisme
China
dengan dan Buddhisme. Proses perkembangan agama di Korea mencapai
Korea
kemuncaknya apabila Korea muncul sebagai sebuah Negara
berfahaman Konfusianisme semasa pemerintahan dinasti Li (1392-
1910).

Kesan positif interaksi antara tamadun China dengan India adalah


melalui penyebaran agama Buddha dari India ke China yang
China berlaku semasa pemerintahan Dinasti Han. Melalui interaksi ini, berlaku
dengan
kegiatan menterjemah ajaran Buddha daripada kitab-kitab Hindu ke
India
bahasa China. Satu perkara yang istimewa ialah kepercayaan yang
muncul di India tetapi diamalkan dengan penuh harmoni di China.

Kesan positif interaksi antara China dengan Jepun ialah pengenalan


agama Buddha dan Konfucianisme ke Jepun oleh China. Terdapat
tiga agama besar yang mempengaruhi kehidupan masyarakat Jepun iaitu
kepercayaan Shinto, Buddha, dan Confucius. Sistem kekeluargaan dan
pemerintahan di Jepun banyak dipengaruhi oleh ajaran Confucius. Ajaran
China
Confucius telah mempengaruhi falsafah dan pemikiran masyarakat Jepun
dengan
Jepun melalui lima prinsip iaiatu hubungan raja dengan rakyat, hubungan
anak lelaki dengan ayah, hubungan adik dengan abang, hubungan isteri
dengan suami dan hubungan kawan dengan kawan. Ajaran Buddha
pula banyak mempengaruhi masyarakat Jepun dalam bidang seni,
menghargai keindahan, falsafah kehidupan, sopan santun dan upacara
kematian.

12
5. Kesan positif dari aspek pendidikan

Interaksi Antara Contoh kesan positif dari aspek pendidikan interaksi antara
tamadun tamadun

Manfaat lain dari aspek pendidikan, ialah pengaruh dan peluasan


penggunaan bahasa Melayu yang menjadi lingua franca pada zaman
Kesultanan Melayu. Dalam zaman Srivijaya memang telah ada
perhatian pendeta Buddha China dalam mempelajari bahasa Melayu
kuno dan dalam zaman Kesultanan Melayu pula bahasa Melayu
dipelajari dan digunakan untuk urusan perdagangan. Semasa zaman
Dinasti Ming raja china telah menubuhkan jawatankuasa jurubahasa (Da
Tong Shi) untuk memenuhi kepentingan dan keperluan
hubungan luar. Tong Shi atau jurubahasa yang berkhidmat dalam 18
jawatankuasa kecil (Xiao Tong Shi) berjumlah 60 orang, dan dua orang
daripadanya khusus untuk bahasa Melayu, iaitu seorang untuk Melaka
dan seorang untuk Sumatera. Untuk melatih para jurubahasa, pada
tahun 1405 Maharaja Ming Cheng Zhu menubuhkan akademi bahasa
yang dikenal sebagai Si Yi Guan (Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) di ibu
Melayu
dengan negara Ying Tian Fu (kini Nanjing). Terdapat lapan jabatan di akademi
China bahasa asing itu. Bahasa Melayu dimasukkan di bawah Hui Hui Guan
(Jabatan Islam yang meliputi Parsi, Arab, Melaka, Jawa dan lain-lain).
Akademi bahasa asing itu bertahan melebihi 400 tahun, dan dilanjutkan
dalam Dinasti Qing yang menggantikan Dinasti Ming walaupun namanya
diubah pada 1748 menjadi Hui Tong Si Yi Guan. Pentingnya bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan yang merentas tamadun turut
menggerakkan usaha menyusun kamus dwibahasa yang penting untuk
kegunaan pedagang dan orang China lainnya dalam interaksi di alam
Melayu. Kamus China-Melayu disusun untuk keperluan Kerajaan China
dalam Dinasti Ming dalam menjalin hubungan dengan Melaka dan
hingga akhir abad ke-16 kamus itu masih menjadi rujukan, termasuk
dalam penyusunan buku sejarah China.

13
Umat melayu ketika sebelum kedatangan islam belum memiliki ilmu
yang mantap. Kedatangan Islam telah melahirkan masyarakat
Melayu yang berpendidikan dan mengatasi masalah buta huruf.
Dalam sejarah Kesultanan Melaka bermula dengan Sultan Megat
Iskandar Shah (1414 M) hingga sultan-sultan terakhir sebelum 1511M,
sangat mengambil berat tentang perkembangan pendidikan. Pencapaian
tamadun Melayu dalam aspek pendidikan adalah seperti berikut :

1. Lahirnya institusi pendidikan Islam secara formal dan

Melayu tidak formal. Pendidikan Islam bermula di istana, kemudiannya


dengan berkembang di rumah-rumah ulama ( guru agama ) , sekolah
Islam
pondok dan madrasah.
2. Raja-raja Alam Melayu menyambut baik pendidikan Islam.
Aktiviti penulisan dan penterjemahan kitab-kitab dari
bahasa Arab ke bahasa Melayu.
3. Kelahiran kitab-kitab dan naskah-naskah Melayu yang
memberi panduan tentang ibadat, perubatan, perundangan,
kekeluargaan dan pendidikan Islam.
4. Perkembangan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi dan
perhubungan Alam Melayu serta perhubungan dengan negara
luar sehinggalah zaman penjajahan.
5. Kemunculan golongan intelektual Melayu seperti Tun Sri Lanang,
Raja Ali Haji, Hamzah Fansuri, Nurudin al-Riniri, Abdul Rauf
Sengkel dan Shamsuddin al-Sumatrani.

Dari segi pendidikan bahasa pula, tamadun Melayu mengalami


pengaruh bahasa Sanskrit hasil dari pembelajaran kitab Hindu yang
ditulis dalam bahasa tersebut. Buktinya ialah, penemuan batu bersurat
Melayu seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo
Dengan
(684 M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang
India
Berahi (692 M). Kesemua batu bersurat ini mengalami pengaruh Bahasa
Sanskrit dalam Bahasa Melayu Kuno. Dari segi penulisan
kesusasteraan dua epik bahasa Sanskrit iaitu Ramayana dan
Mahabharata telah membawa pengaruh besar dalam perkembangan
pendidikan kesusasteraan Melayu sejak zaman kerajaan Majapahit lagi.

14
Pengaruh Konfusianisme dan buddhisme di korea sangat kuat sehingga
kerajaan Korea menubuhkan institusi pendidikan untuk mengkaji
konfusianisme dan buddhisme di samping menjadikan fahaman ini
China
dengan sebagai bahan pengajaran. Selain kepercayaan, bahasa dan sistem
Korea tulisan China juga mempengaruhi sistem pendidikan di Korea.
Pada kurun ke-15, pemerintah Dinasti Li di Korea telah mencipta sistem
tulisan Korea berpandukan kepada grafik tulisan China. Kebanyakan
perbendaharaan kata bahasa Korea berasal dari istilah-istilah tulisan
atau bahasa china.

Dari segi pendidikan kesan positif yang dapat dilihat hasil daripada
interaksi antara tamadun China dengan Jepun ialah sistem tulisan.
Sistem tulisan Jepun iaitu Kana dicipta berasaskan sistem tulisan China
China
iaitu Kanji. Buku sejarah terawal Jepun iaitu Nihongi ditulis
dengan
Jepun menggunakan bahasa China. Ajaran Buddha dan Falsafah Konfusianisme
China yang bersendikan Dao begitu berpengaruh dalam sistem
pendidikan, politik dan tatasusila orang-orang Jepun.

6. Kesan positif dari aspek kebudayaan dan kesenian

Interaksi Contoh kesan positif dari aspek kebudayaan dan kesenian


Antara tamadun interaksi antara tamadun

Budaya dan Kesenian Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya


terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu
interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan De
Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan
Melayu membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah
dengan
berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa
China
menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi
juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan
keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses pembudayaan Melayu
telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-
Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya.

15
Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi
bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba
walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja.
Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam
perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar
utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan
Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu
baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak
terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat,
kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di kalangan komuniti
Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap
kembali ciri-ciri budaya Cina (Hashim Hj. Musa, 2005: 146-147).
Dari segi kesenian pengaruh tamadun china dapat dilihat melalui
senibina banguanan, sebagai contoh Masjid Tengkera di Melaka
senibinanya mempunyai unsur-unsur pengaruh china. Selain itu,
seni kaligrafi dan seni lukis juga mempengaruhi masyarakat Melayu
sebagai contoh penggunaan berus-berus lukisan yang mempunyai bulu
halus dan bulu kasar begitu meluas digunakan oleh masyarakat melayu
dalam menghasilkan pelbagai jenis lukisan dan juga tulisan.

Dari segi kesenian pengaruh tamadun Islam terhadap tamadun


Melayu yang dapat dilihat dengan jelas pada hari ini adalah dari segi
senibina, contohnya di tanah Melayu terdapat banyak
bangunan, rumah dan juga masjid-masjid yang yang dibina
berdasarkan pengaruh senibina tamadun Islam iaitu arab dan
parsi. Selain itu, seni suara juga nurut mempengaruhi budaya
Melayu masayarakat Melayu misalnya lagu-lagu nasyhid secara berkumpulan
dengan
dan solo begitu popular di tanah Melayu. Dari segi seni muzik pengaruh
Islam
Tamadun Islam yang dapat dilihat pada hari ini adalah alat muzik iaitu
kompang yang biasa digunakan dalam persembahan lagu-lagu nasyhid
dan juga semasa menyambut orang-orang besar atau menyambut
kedatangan rombongan pengantin dalam majlis perkahwinan.

16
Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh
dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan
dan istiadat Raja-Raja Melayu serta adat resam dan hiburan.
Sebagai contoh,Bahasa dan Kesusasteraan Melayu kemasukan konsep
dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya
India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata
pinjaman daripada bahasa Sanskrit contoh, Bhumi-bumi Bheda-
beda/beza, Bhasa-bahasa, Arthah-harta, Bhakti-bakti, Bhudi-budi dan
arghah-harga.
Dari segi kebudayaan, pengaruh budaya tamadun India yang
menjadi ikutan di tanah Melayu dewasa ini antaranya ialah, adat
bersanding dalam majlis perkahwinan, adat berinai dan adat
Melayu
dengan melenggang perut bagi ibu-ibu yang mengandung bertujuan untuk
India
membetulkan kedudukan bayi dalam perut untuk memudahkan ibu
bersalin.
Dari sudut kesenian, iaiatu seni muzik dan seni tari pengaruh
tamadun India yang dapat dilihat mempengaruhi kesenian di Kepulauan
Melayu ialah muzik dangdut dan tarian dangdut di mana langkah
tarinya sama dengan tarian-tarian yang dipersembahkan oleh orang-
orang India. Begitu juga dengan wayang kulit dan alat muzik seperti
gendang dan rebana
Pengaruh tamadun India yang besar kesannya ialah aspek kesenian,
yang sering dikaitkan dengan seni bina yang paling indah hasil
peninggalan kerajaan-kerajaan awal di asia tenggara dapat dilihat pada
candi. Candi Borobudur yang dibina pada zaman sailendra
merupakan contoh pengaruh seni bina dari tamadun India. Begitu juga
dengan candi Angkor wat yang dibina oleh kerajaan
Suryavarman II. Candi ini mempunyai ukiran timbul yang
menceritakan dua epik India iaitu, Ramayana dan Mahabharata. Contoh
lain, ialah Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur juga
mempunyai unsur-unsur pengaruh tamadun India.

17
7. Kesan positif dari aspek teknologi

Interaksi Antara
Contoh kesan positif dari aspek teknologi
tamadun

Tamadun China telah membawa masuk teknologi membuat gula


daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan sutera,
pembuatan tembikar serta pertukangan logam. Selain itu,
teknologi china juga dapat dilihat dalam aktiviti perlombongan. Sebagai
contoh, pusat-pusat perlombongan biji timah di tanah Melayu
Melayu dengan kebanyakannya dimonopoli oleh orang-orang china. Tamadun china telah
China
memperkenalkan lombong dedah dan lombong syaf di Tanah
Melayu. Teknologi pembuatan kompas, serbuk letupan,
Pembuatan kertas dan percetakan turut dibawa masuk oleh
tamadun china ke alam Melayu.

Kesan positif interaksi antara tamadun Melayu dengan Islam dari segi
teknologi dapat dilihat melalui pembinaan bangunan daripada simen
atau blok-blok bata dan simen. Selain itu bentuk-bentuk bangunan
Melayu dengan juga mempunyai unsur-unsur pengaruh tamadun islam antaranya masjid,
Islam
rumah dan beberapa bangunan mempunyai bentuk kubah yang
menyerupai teknologi islam.

Kesan positif interaksi antara Tamadun China dengan India dari aspek
teknologi dapat dilihat melalui pemindahan sains dan teknologi dari
China ke India contohnya, teknologi pembuatan bahan letupan,
teknologi pembuatan kertas, teknologi percetakan dan

China dengan India pembuatan kompas. Manakala teknologi dari Tamadun India yang di
bawa masuk ke China ialah pertukaran khidmat pakar iaitu
cendekiawan India dalam bidang astronomi di import ke China,
contohnya Gautama telah berkhidmat kepada Dinasti Tang sehingga
terhasil kalender china.

18
Kesimpulan

Interaksi antara tamadun di Asia menunjukkan bagaimana orang-orang terdahulu


menjalinkan hubungan diplomatik sehingga tercetusnya revolusi pembangunan dan
peradaban sesuatu tamadun. Beberapa faktor positif telah dikenalpasti hasil pertembungan
antara tamadun. Antaranya ialah, Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan
memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan ,Sikap golongan beragama
seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran
yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan.

Selain itu, tamadun sesebuah masyarakat bersifat keterbukaan. Elemen-elemen atau


ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh sesuatu tamadun akan mengalami proses asimilasi
dan penyesuaian. Sementara kesan negatif pula seringkali mewujudkan konflik antara
masyarakat yang memilki tamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai
faktor seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik. Kesimpulannya,bagi tamadun yang lebih
lama terbina akan mempengaruhi tamadun yang baru dan lebih bersifat receptive
(penerima).Hasilnya sesuatu tamadun dapat mengasimiliasikan pengaruh luar seterusnya
akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan penting.

Kesan daripada interaksi antara tamadun telah mewujudkan masyarakat majmuk


yang pelbagai kaum, budaya, kepercayaan, agama dan kesenian dalam sesebuah negara.
Selain itu, perkembangan dari segi kemajuan sains dan teknologi juga turut berlaku hasil
interaksi ini sehingga membawa kepada penggabungan teknologi antara tamadun yang
terlibat dan ini menghasilkan pelbagai jenis alat teknologi moden yang amat berguna dalam
pelbagai bidang seperti pertanian, perlombongan, peindustrian dan pembinaan.

19
Rujukan

Melalui Internet

http://kejuruteraanbangunan.blogspot.com/2010/05/bab-6-interaksi-antara-tamadun-
dan.html

http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/citu/web/mal-india.pdf

http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Islam_2.pdf

Melalui Buku

Penerbit Universiti Malaya,Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur,Universiti


Malaya, 2001.

Mahayudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam,Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor
Darul Ehsan, 2001.

Azhar Hj. Mad. Aros,Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2004.

Sazelin Arif,Ahmad Ridzwan Mohd Noor,Nooraini Sulaiman,Mahadi Abu Hassan,Ali Hafizar


Mohamad Rawi, Tamadun Islam dan Tamadun Asia,McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd., Shah
Alam,Selangor Darul Ehsan,2007

20
21
22

Anda mungkin juga menyukai