Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan bertaraf dunia dijadikan faktor kepada perubahan dalam dasar pendidikan negara,

meletakkan pendidikan sebagai satu bidang yang terpenting di tengah-tengah persekitaran


global yang semakin berdaya saing. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan
memberi satu kesan dan implikasi yang penting terhadap profesion perguruan. Dalam
menjadikan pendidikan sesebuah negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dilaksanakan
perlu bersesuaian dengan keadaan semasa. Seiring dengan perkembangan arus globalisasi,
pelbagai langkah yang dilakukan terhadap pendidikan negara. Antara langkah yang
dilaksanakan oleh kerajaan adalah memperkasakan bahasa Inggeris agar ia selaras dengan
anjakan paradigma bagi melambangkan identiti bangsa yang maju serta mencapai aspirasi
negara yang tinggi bagi mencerminkan kekuatan intelektual pada masa kini.

Dual Language Programme (DLP) adalah program yang diperkenalkan di bawah dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Program ini telah
diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara Bil. 21/2015 pada 13 Oktober 2015.
Program ini memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk
mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya bagi
subjek Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan
Teknologi. (JPN Selangor, 2015)

DLP merupakan salah satu pendekatan pembelajaran yang digunakan dalam sistem
pendidikan di dunia masa kini. Program ini merujuk kepada program akademik sekolah yang
diajar dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa pertuturan rasmi. Pelaksanaan DLP
di Malaysia bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid
melalui peningkatan serta kecekapan berbahasa Inggeris secara tidak langsung dalam sesi
pengajaran subjek yang terlibat. Menurut Amerrudin Abd Manan dan Sarimah Shamsudin
(2017), dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, ia memberi peluang kepada murid
untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta
meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.

Program ini dilaksanakan kepada sekolah yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antara kriteria yang ditetapkan adalah sekolah
mempunyai sumber yang mencukupi dari segi buku teks, bahan rujukan, bahan bantu mengajar
dan lain-lain bahan sokongan PdP. Selain itu, pengetua atau guru besar perlu setuju dengan
pelaksanaan DLP dengan mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek untuk
memastikan bilangan guru dan murid yang mencukupi. Selain itu, permintaan dan sokongan
daripada ibu bapa merupakan salah satu kriteria yang penting dalam pelaksanaan DLP dengan
memberi persetujuan secara bertulis kepada pihak sekolah bagi membolehkan anak mereka
mengikuti DLP.

Sehubungan dengan itu, para guru sekolah rendah tidak terkecuali guru matematik
wajar menyokong pelaksanaan program ini dengan cara mempersiapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran tentang DLP. Hal ini demikian kerana, guru merupakan tunjang
kepada sistem pendidikan dan merupakan golongan pelaksana segala dasar serta matlamat
yang telah ditetapkan. Tanpa penglibatan guru secara aktif, program yang dirancang sukar
untuk dicapai. Menurut Mohd Izham dan Noraini (2007), kesediaan guru merupakan salah satu
elemen penting serta dapat memainkan peranan untuk membantu murid menyesuaikan diri
dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baru. Sekiranya guru tidak bersedia, maka
segala program yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak KPM tidak dapat dilaksanakan
dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai