Anda di halaman 1dari 19

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

RANGKA KERJA PENYIASATAN


CUKAI

TARIKH KUATKUASA: 1 JANUARI 2007


RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

KANDUNGAN MUKA SURAT


1. PENGENALAN 1

2. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG 1

3. APA ITU PENYIASATAN 3


3.1 Siasatan Sivil 3
3.2 Siasatan Jenayah 4

4. OBJEKTIF PENYIASATAN 4

5. TAHUN TAKSIRAN YANG DILIPUTI 4

6. PEMILIHAN KES 4

7. BAGAIMANA PENYIASATAN CUKAI DILAKSANAKAN 5


7.1 Lawatan Pemeriksaan 5
7.2 Semakan Rekod 6
7.3 Penemuan dan Perundingan 6
7.4 Penyelesaian Penyiasatan 8
7.5 Penutupan Kes Penyiasatan 8
7.6 Piawaian Kualiti Penyiasatan 8

8. HAK DAN TANGGUNGJAWAB 9


8.1 LHDNM 9
8.2 Pembayar Cukai 10
8.3 Ejen / Wakil Cukai 12

9. KERAHSIAAN MAKLUMAT 13

10. KESALAHAN DAN PENALTI 13

11. PENGADUAN 14

12. PROSEDUR BAYARAN 15

13. RAYUAN 15

14. TARIKH BERKUATKUASA 16

15. LAMPIRAN A

i
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

1. PENGENALAN

1.1 Pengurusan sistem percukaian yang adil, telus dan saksama akan
dapat mempertingkatkan kepercayaan orang awam terhadap sistem
percukaian tersebut. Pematuhan terhadap undang-undang percukaian
hendaklah dikuatkuasakan dengan tegas dan kesalahan percukaian
seperti ketidakpatuhan dan pengelakan cukai hendaklah diambil
tindakan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP).

1.2 Aktiviti penyiasatan (Siasatan Sivil) adalah salah satu kaedah


penguatkuasaan yang dijalankan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri
Malaysia (LHDNM). Bagi menambahkan keberkesanan aktiviti
siasatan, LHDNM telah menubuhkan Bahagian Siasatan Jenayah
dengan objektif utama untuk membuktikan, menentukan kesalahan
serta mensabitkan orang yang bertanggungjawab terhadap kesalahan
tersebut dan meneruskan pendakwaan di mahkamah mengikut
peruntukan dalam ACP.

1.3 Rangka kerja penyiasatan dikeluarkan oleh LHDNM bertujuan untuk


mempastikan penyiasatan cukai dilaksanakan dengan adil, telus dan
saksama. Rangka kerja ini menggariskan hak serta tanggungjawab
pegawai penyiasat, pembayar cukai dan ejen/wakil cukai. Secara
umumnya, rangka kerja ini bertujuan untuk:

1.3.1 Membantu pegawai penyiasat menjalankan tugas mereka


dengan lebih cekap dan berkesan; dan

1.3.2 Membantu pembayar cukai memenuhi tanggungjawab mereka.

2. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

2.1 Peruntukan undang-undang di bawah ACP yang digunapakai dalam


penyiasatan cukai adalah:

2.1.1 Seksyen 68 : Kuasa untuk melantik ejen.

2.1.2 Seksyen 75A : Liabiliti Pengarah.

2.1.3 Seksyen 78 : Kuasa untuk meminta penyata-


penyata khas dan pengemukaan
buku-buku.

2.1.4 Seksyen 79 : Kuasa untuk meminta penyata akaun


bank, dsb.

1
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

2.1.5 Seksyen 80 : Kuasa untuk mengakses bangunan


dan dokumen dan sebagainya.

2.1.6 Seksyen 81 : Kuasa untuk meminta maklumat.

2.1.7 Seksyen 82 : Kewajipan untuk menyimpan rekod-


rekod dan mengemukakan resit-resit.

2.1.8 Seksyen 90 : Taksiran-taksiran secara am.

2.1.9 Seksyen 91 : Taksiran dan taksiran tambahan


dalam kes-kes tertentu.

2.1.10 Seksyen 96A : Taksiran komposit.

2.1.11 Seksyen 99 : Hak untuk merayu.

2.1.12 Seksyen 100 : Perlanjutan masa bagi rayuan.

2.1.13 Seksyen 101 : Kajian semula oleh Ketua Pengarah.

2.1.14 Seksyen 102 : Penyelesaian rayuan-rayuan.

2.1.15 Seksyen 103 : Pembayaran cukai.

2.1.16 Seksyen 104 : Mendapat kembali bayaran daripada


orang-orang yang meninggalkan
Malaysia.

2.1.17 Seksyen 106 : Mendapat kembali bayaran melalui


guaman.

2.1.18 Seksyen 112 : Kegagalan untuk mengemukakan


penyata atau memberi notis
pengenaan.

2.1.19 Seksyen 113 : Penyata-penyata yang tidak betul.

2.1.20 Seksyen 114 : Pengelakan sengaja.

2.1.21 Seksyen 116 : Halangan pegawai.

2.1.22 Seksyen 118 : Kesalahan-kesalahan oleh pegawai.

2.1.23 Seksyen 120 : Kesalahan-kesalahan lain.

2
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

2.1.24 Seksyen 121 : Peruntukan tambahan ke atas


kesalahan di bawah Seksyen 113,
115, 116, 118 dan 120.

2.1.25 Seksyen 124 : Kuasa mengkompaun kesalahan-


kesalahan dan mengurang atau
meremit penalti-penalti.

2.1.26 Seksyen 138 : Perkara-perkara tertentu dianggap


rahsia.

2.1.27 Seksyen 140 : Kuasa untuk tidak mengambilkira


transaksi-transaksi tertentu.

2.1.28 Seksyen 141 : Kuasa mengenai transaksi-transaksi


tertentu oleh bukan pemastautin.

2.1.29 Seksyen 142 : Peruntukan-peruntukan keterangan.

2.2 Kuasa undang-undang berkaitan penyiasatan cukai tidak hanya terhad


kepada peruntukan tersebut di atas. Ia juga meliputi lain-lain
peruntukan dalam ACP, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976,
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Penggalakan
Pelaburan 1986, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar
Persisir Labuan 1990 dan akta-akta lain yang ditadbir oleh LHDNM.

3. APA ITU PENYIASATAN

Penyiasatan adalah kerja-kerja pemeriksaan buku, rekod dan dokumen


perniagaan termasuk buku, rekod dan dokumen peribadi pembayar cukai.
Pemeriksaan ini dilakukan untuk mempastikan pendapatan telah dilaporkan
atau jumlah pendapatan yang telah dilaporkan adalah betul, cukai telah dikira
serta dibayar mengikut undang-undang dan peraturan percukaian.
Penyiasatan hanya akan dilaksanakan keatas kes-kes yang disyaki dan
mempunyai bukti yang terang dan jelas bahawa pembayar cukai telah dengan
sengaja tidak melaporkan pendapatan atau dengan sengaja melakukan
pengelakan di bawah ACP, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta
Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Penggalakan Pelaburan 1986,
Akta Setem 1949 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Persisir Labuan
1990. Aktiviti penyiasatan terbahagi kepada 2 jenis seperti berikut:

3.1 Siasatan Sivil

Siasatan sivil merupakan pengesanan pelarian dan pengelakan cukai.


Tujuan utama adalah memperoleh balik cukai yang hilang berserta
dengan pengenaan penalti yang tinggi.

3
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

3.2 Siasatan Jenayah

Siasatan jenayah mempunyai tugas dan proses kerja yang sama


dengan siasatan sivil. Tumpuan adalah untuk mengumpul bukti-bukti
yang sahih dan menjurus ke arah mensabitkan pelari cukai di
mahkamah mengikut peruntukan kesalahan yang terdapat dalam ACP,
Kanun Keseksaan (Akta 574), Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593),
Akta Keterangan 1950 (Akta 56) dan lain-lain akta berkaitan.

4. OBJEKTIF PENYIASATAN

Aktiviti penyiasatan adalah mencegah pelarian cukai, dan

4.1 Mempastikan jumlah cukai yang betul dikutip;

4.2 Mengenalpasti orang yang bertanggungjawab ke atas kesalahan


tersebut dan menghadapkannya ke mahkamah; dan

4.3 Meningkatkan pematuhan secara sukarela terhadap undang- undang


dan peraturan cukai.

5. TAHUN TAKSIRAN YANG DILIPUTI

Bagi kes-kes penipuan, keingkaran sengaja dan kecuaian tiada tempoh had
masa untuk kes penyiasatan seperti yang diperuntukan dalam subseksyen
91(3) ACP.

6. PEMILIHAN KES

Kes yang dipilih untuk siasatan adalah berdasarkan peraturan dan


peruntukan akta-akta yang berkaitan. Terdapat berbagai cara dan kaedah
bagaimana sesuatu kes diambil untuk penyiasatan. Antaranya adalah:

6.1 Pemilihan melalui analisis risiko;

6.2 Maklumat daripada pengadu dan / atau orang awam;

6.3 Semakan borang penyata pendapatan; dan

6.4 Maklumat risikan.

4
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

7. BAGAIMANA PENYIASATAN CUKAI DILAKSANAKAN

7.1 Lawatan Pemeriksaan

Siasatan oleh LHDNM dilakukan secara mengejut ke premis


perniagaan pembayar cukai, rumah kediaman, premis ejen/wakil cukai
dan pihak ketiga. Pemeriksaan akan dijalankan secara profesional,
berhemah, adil dan beretika mengikut peraturan dan peruntukan
undang-undang ACP.

Semasa lawatan pemeriksaan pegawai penyiasat dikehendaki:

7.1.1 Memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa yang


memaparkan nama dan gambar pegawai penyiasat berkenaan.
Kad kuasa ini juga mengandungi kenyataan bahawa pegawai
berkenaan pada setiap masa mempunyai kuasa mengakses
sepenuhnya dengan bebas kepada segala tanah, bangunan dan
tempat dan kepada segala buku dan dokumen-dokumen lain
dan boleh menggeledah tempat-tempat itu dan boleh
memeriksa, membuat salinan atau cabutan daripada apa-apa
buku atau dokumen itu tanpa membuat apa-apa bayaran
dengan cara fi atau upah;

7.1.2 Memberitahu tujuan lawatan kepada pembayar cukai di


peringkat awal lawatan;

7.1.3 Memberitahu skop dan tempoh pemeriksaan serta dokumen


dan rekod yang perlu diambil untuk siasatan;

7.1.4 Memberitahu nama, nombor telefon pegawai penyiasat dan


pegawai kanan yang mengawasi siasatan;

7.1.5 Memberitahu hak dan tanggungjawab pembayar cukai semasa


pemeriksaan dijalankan;

7.1.6 Membuat penggeledahan di tempat-tempat yang dilawati;

7.1.7 Mengakses, memuat turun dan mengambil maklumat yang


berkaitan daripada sebarang peralatan media elektronik;

7.1.8 Menemuduga dan mengambil keterangan daripada pembayar


cukai serta orang-orang yang berkenaan di premis yang
dilawati;

5
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

7.1.9 Memperuntukkan tempoh masa yang munasabah kepada


pembayar cukai untuk pengumpulan buku, rekod dan dokumen
yang difikirkan perlu dalam membantu penyiasatan;

7.1.10 Menyita dan mengambil buku, rekod dan dokumen yang


berkaitan dalam membantu penyiasatan; dan

7.1.11 Menyediakan akuan terima penyitaan dan pengambilan buku,


rekod dan dokumen yang disahkan oleh pegawai penyiasat dan
pembayar cukai.

7.2 Semakan Rekod

Pegawai penyiasat dikehendaki:

7.2.1 Memeriksa buku, rekod dan dokumen perniagaan pembayar


cukai;

7.2.2 Memeriksa buku, rekod dan dokumen peribadi pembayar cukai.


Pemeriksaan ini dibuat untuk membantu LHDNM menentukan
amaun pendapatan bercukai yang dielak melalui kaedah secara
langsung dan tidak langsung; dan

7.2.3 Meminta mana-mana orang mengemukakan maklumat, buku,


dokumen dan rekod di bawah jagaan atau kawalan seseorang.

7.3 Penemuan dan Perundingan

Pegawai penyiasat dikehendaki:

7.3.1 Mengendalikan semua temuduga dan perjumpaan di pejabat


LHDNM kecuali semasa lawatan pemeriksaan. Bagi kes
siasatan jenayah, perjumpaan, temuduga dan mengambil
keterangan saksi boleh dilakukan di mana sahaja asalkan lokasi
itu sesuai dan dihadiri sekurang-kurangnya 2 orang pegawai;

7.3.2 Membenarkan pembayar cukai memilih ejen / wakil cukai


mewakilinya:

7.3.2.1 Membenarkan ejen / wakil menghadiri temuduga


dan perjumpaan bersama pembayar cukai dengan
syarat surat perlantikan ejen / wakil hendaklah
dikemukakan. Jika pembayar cukai ingin melantik

6
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

ejen/wakil yang sedia ada, surat perlantikan


berasingan hendaklah dikemukakan; dan

7.3.2.2 Bagi kes siasatan jenayah pernyataan percakapan


ejen / wakil cukai yang hadir semasa temuduga
atau perjumpaan dengan LHDNM boleh digunakan
dalam prosiding mahkamah.

7.3.3 Mempastikan semua surat-menyurat di antara LHDNM dan ejen


/ wakil cukai adalah berasaskan ”Tanpa Prasangka” kecuali kes
siasatan jenayah;

7.3.4 Membenarkan pembayar cukai untuk mengambil catatan


semasa temuduga atau perbincangan;

7.3.5 Jika pembayar cukai memohon salinan nota temuduga atau


perbincangan, salinan tersebut hendaklah ditandatangani oleh
kedua-dua belah pihak dan pegawai penyiasat hendaklah
memberitahu segala keterangan, persetujuan dan perkara yang
dibincangkan adalah rahsia antara LHDNM dan pembayar cukai
atau ejen/wakil yang dilantik.

7.3.6 Bagi kes siasatan jenayah, salinan nota temuduga,


perbincangan dan pernyataan percakapan saksi tidak boleh
diserahkan kepada pembayar cukai, ejen / wakil atau saksi;

7.3.7 Menerangkan isu penemuan dan nyatakan asas pelarasan


penyiasatan secara formal;

7.3.8 Menerangkan struktur penalti yang akan dikenakan dan skim


bayaran ansuran kepada pembayar cukai;

7.3.9 Dalam keadaan di mana tiada persetujuan daripada pembayar


cukai kepada penemuan dan pelarasan yang diperoleh hasil
daripada penyiasatan, LHDNM akan;

7.3.9.1 Nyatakan isu-isu dan asas pelarasan secara formal


dan memberi pembayar cukai satu jangka masa yang
munasabah untuk memberikan maklumbalas;

7.3.9.2 Setelah tempoh masa yang ditetapkan luput, notis


taksiran cukai mengikut kebijaksanaan Ketua
Pengarah akan dikeluarkan dengan penalti
bersamaan dengan amaun cukai yang kurang
dikenakan.

7
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

7.4 Penyelesaian Penyiasatan

7.4.1 Bagi penyelesaian kes siasatan sivil, perjanjian penyelesaian


hendaklah ditandatangani antara Ketua Pengarah Hasil Dalam
Negeri (KPHDN) dan pembayar cukai. Maklumat berikut perlu
dimasukkan:

7.4.1.1 Nama, nombor kad pengenalan / pendaftaran


syarikat;

7.4.1.2 Tempoh penyiasatan;

7.4.1.3 Jumlah cukai kurang dikenakan dan penalti; dan

7.4.1.4 Bayaran permulaan dan skim bayaran ansuran ke


atas cukai kurang dikenakan dan penalti, di mana
berkaitan.

7.4.2 Sekiranya tiada sebarang pengelakan ditemui, LHDNM akan


mengeluarkan surat pengesahan tiada pengelakan kepada
pembayar cukai.

7.5 Penutupan Kes Penyiasatan

7.5.1 Kes siasatan sivil dianggap selesai selepas kelulusan KPHDN


diperoleh. Di mana KPHDN dan pembayar cukai telah mencapai
suatu persetujuan, taksiran komposit akan dibangkitkan di
bawah Seksyen 96A ACP;

7.5.2 Bagi kes siasatan jenayah, kes dianggap selesai setelah


penghakiman dibuat oleh mahkamah; dan

7.5.3 Taksiran akan dibangkitkan setelah kes diluluskan /


penghakiman diperoleh.

7.6 Piawaian Kualiti Penyiasatan

7.6.1 Siasatan Sivil

Penyelesaian siasatan sivil adalah tertakluk kepada kerjasama


yang diberikan oleh pembayar cukai dan ejen / wakil cukai.
Piawaian kualiti kerja untuk penyelesaian kes siasatan sivil

8
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

adalah:

7.6.1.1 Kes penyata modal dalam tempoh 24 bulan dari


tarikh notis diserah; dan

7.6.1.2 Kes akaun dalam tempoh 18 bulan dari tarikh kes


disiasat.

7.6.2 Siasatan Jenayah

Tempoh yang diambil untuk penyelesaian kes jenayah adalah


berdasarkan keputusan mahkamah.

8. HAK DAN TANGGUNGJAWAB

8.1 LHDNM

8.1.1 Pegawai penyiasat dikehendaki mematuhi peraturan dan kod


etika yang digariskan oleh LHDNM seperti berikut dalam
menjalankan tugasnya:

8.1.1.1 Profesional, bersopan, bersikap amanah, jujur dan


berintegriti;

8.1.1.2 Sentiasa bersedia menerangkan tujuan kerja


penyiasatan dan hak serta tanggungjawab pembayar
cukai;

8.1.1.3 Berpengetahuan dan melaksanakan undang-undang


percukaian dengan adil dan saksama;dan

8.1.1.4 Menghormati hak dan tanggungjawab pembayar


cukai dan ejen / wakil cukai.

8.1.2 Pegawai penyiasat adalah dilarang:

8.1.2.1 Mempunyai kepentingan peribadi atau kewangan


dalam perniagaan yang disiasat:

8.1.2.2 Mengesyorkan dan mencadangkan agar melantik


ejen / wakil cukai tertentu sebagai ejen / wakil
cukai bagi sesuatu kes penyiasatan; dan

9
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

8.1.2.3 Menyalahgunakan kedudukan atau kuasa yang


ada dalam menjalankan tugas, sebagaimana yang
diperuntukkan dibawah Seksyen 118 ACP.

8.1.3 Bayaran kepada pegawai penyiasat

Pembayar cukai tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran


kepada pegawai penyiasat. Semua bayaran yang berbangkit
daripada pengelakan cukai hendaklah di atas nama KPHDN.

8.2 Pembayar Cukai

8.2.1 Pembayar cukai mempunyai hak untuk mengetahui akibat


kegagalan mengemukakan maklumat. Maklumat yang diperoleh
daripada borang cukai pendapatan atau semasa penyiasatan
oleh pegawai penyiasat tidak boleh didedahkan kepada orang
yang tidak berkenaan;

8.2.2 Pembayar cukai berhak untuk mengenalpasti identiti pegawai;

8.2.3 Pembayar cukai mempunyai hak melantik ejen / wakil cukai


bertauliah atau sekumpulan jurucakap / penasihat yang
berkelayakan pada bila-bila masa dengan syarat surat
perlantikan ejen / wakil cukai yang bertauliah hendaklah
dikemukakan kepada LHDNM;

8.2.4 Pembayar cukai dibenarkan membawa ejen/wakil cukai hadir


bersama semasa temuduga / perbincangan. Pembayar cukai
akan diberi peluang untuk mendapatkan nasihat daripada ejen /
wakil cukai semasa temuduga / perbincangan;

8.2.5 Pembayar cukai dibenarkan membawa bersama jurubahasa


semasa temuduga atau perbincangan jika pembayar cukai tidak
fasih berbahasa Malaysia atau Inggeris;

8.2.6 Pembayar cukai diberi peluang untuk mengemukakan pendapat


atas isu-isu yang dibangkitkan termasuk sebarang pelarasan
yang difikirkan munasabah mengambilkira tatacara perniagaan
dan perdagangan mengikut peraturan atau perundangan yang
berkaitan;

8.2.7 Pembayar cukai boleh memohon dokumen atau rekod yang


tidak berkaitan dengan penyiasatan dikembalikan. Jika

10
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

sekiranya pembayar cukai memohon dokumen yang sedang


disiasat dan dalam kawalan LHDNM, salinan dokumen atau
rekod hendaklah dibenarkan. Salinan penerimaan borang akuan
akan diberikan;

8.2.8 Pembayar cukai dikehendaki :

8.2.8.1 Membenarkan pegawai penyiasat mengakses /


menyalin dokumen dan rekod dalam kawalan / jagaan
/ pemilikan / kepunyaan pembayar cukai;

8.2.8.2 Membenarkan pegawai penyiasat mengambil


dokumen dan rekod dalam kawalan / jagaan /
pemilikan / kepunyaan pembayar cukai ;

8.2.8.3 Bagi dokumen dan rekod yang disimpan selain


daripada dalam Bahasa Kebangsaan, suatu
terjemahan ke dalam Bahasa Kebangsaan hendaklah
disediakan dalam tempoh tidak kurang tiga puluh hari
(30) dari tarikh penyampaian notis yang dikeluarkan
oleh KPHDN. Bagi Malaysia Timur dibenarkan
terjemahan dibuat dalam Bahasa Kebangsaan atau
Bahasa Inggeris;

8.2.8.4 Memberi maklumbalas sepenuhnya apabila maklumat


diminta secara lisan atau bertulis;

8.2.8.5 Memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat ;


dan

8.2.8.6 Menghadirkan diri untuk temuduga dan


perbincangan.

8.2.9 Pembayar Cukai adalah dilarang:

8.2.9.1 Memberi sebarang bentuk hadiah dan berurusniaga


dengan pegawai penyiasat;

8.2.9.2 Membuat sebarang bentuk bayaran kepada pegawai


penyiasat; dan

11
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

8.2.9.3 Menghalang pegawai penyiasat daripada


menjalankan tugas. Halangan tersebut adalah satu
kesalahan dibawah Seksyen 116 ACP:

i. Menghalang atau enggan membenarkan


pegawai penyiasat memasuki mana-mana tanah,
bangunan dan tempat menurut Seksyen 80 ACP;

ii. Enggan mengemukakan apa-apa buku, rekod


dan dokumen lain dalam jagaannya atau
dibawah kawalannya apabila diminta berbuat
demikian oleh pegawai penyiasat;

iii. Gagal memberikan bantuan yang munasabah


kepada pegawai penyiasat dalam menjalankan
tugasnya;

iv. Enggan menjawab apa-apa soalan yang


berkaitan semasa penyiasatan dijalankan; dan

8.2.9.4 Melantik ejen cukai yang tidak bertauliah.

8.3 Ejen / Wakil Cukai

8.3.1 Ejen cukai adalah tertakluk kepada kod etika yang telah
dikeluarkan oleh LHDNM yang berasaskan kepada prinsip-
prinsip berkaitan dengan integriti, akauntabiliti, ketelusan dan
tanggungjawab sosial;

8.3.2 Dalam menjalankan tugas mereka, ejen cukai hendaklah:

8.3.2.1 Profesional, berpengetahuan tinggi terhadap undang-


undang cukai dan amalan percukaian;

8.3.2.2 Berintegriti, jujur, amanah, telus dan sentiasa


memberikan kerjasama sepenuhnya kepada
pembayar cukai dan LHDNM;
8.3.2.3 Tidak menggunakan maklumat yang diperoleh atau
kedudukan mereka sebagai ejen cukai bagi tujuan
kepentingan peribadi;

8.3.2.4 Sentiasa memberikan maklumbalas yang tepat


berkenaan perkembangan proses penyiasatan dan
menasihati pembayar cukai berdasarkan kepada fakta
yang tepat dan betul;

12
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

8.3.2.5 Memelihara kerahsian sesuatu maklumat dan


memastikan supaya tidak berlaku kebocoran
maklumat kepada pihak lain; dan

8.3.2.6 Memberitahu LHDNM dengan segera apabila telah


berhenti menjadi ejen/wakil cukai kepada pembayar
cukai.

8.3.3 Ejen/wakil cukai dilarang:

8.3.3.1 Memberikan nasihat yang salah serta bekerjasama


dengan pembayar cukai untuk mengurangkan amaun
cukai yang sepatutnya;

8.3.3.2 Melengahkan proses penyelesaian penyiasatan


atau melepaskan tanggungjawab yang telah
diamanahkan; dan

8.3.3.3 Memberi sebarang bentuk hadiah kepada pegawai


penyiasat.

9. KERAHSIAAN MAKLUMAT

LHDNM akan mempastikan semua maklumat yang diperoleh daripada


pembayar cukai semasa lawatan pemeriksaan, temuduga, perbincangan,
melalui surat- menyurat atau semakan rekod adalah rahsia dan hanya
digunakan untuk tujuan cukai pendapatan sahaja.

10. KESALAHAN DAN PENALTI

10.1 Sekiranya terdapat kekurangan atau ketinggalan pendapatan berikutan


penemuan penyiasatan, pengenaan penalti akan dibuat berdasarkan
peruntukan dibawah seksyen 112 ,113, dan 114 ACP:

10.1.1 Penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP boleh dikenakan


bersamaan dengan 3 kali amaun cukai yang harus dibayar
(300%);

10.1.2 Peruntukan subseksyen 113(1) ACP menyatakan suatu


denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih
daripada RM10,000 boleh dikenakan dan hendaklah
membayar suatu penalti khas bersamaan dengan 2 kali
amaun cukai yang terkurang (200%);

13
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

10.1.3 Penalti di bawah subseksyen 113(2) ACP boleh dikenakan


bersamaan dengan amaun cukai yang terkurang (100%);
dan

10.1.4 Penalti di bawah subseksyen 114 ACP boleh dikenakan


denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih
daripada RM20,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau
kedua-keduanya, dan hendaklah membayar suatu penalti
khas sebanyak 3 kali amaun yang dikenakan.

10.2 KPHDN mempunyai kuasa mengkompaun kesalahan-kesalahan dan


mengurang atau meremit apa-apa penalti yang dikenakan di bawah
ACP kecuali suatu penalti yang dikenakan apabila disabit kesalahan.

11. PENGADUAN

11.1 Pembayar cukai boleh membuat pengaduan jika tidak berpuashati


berhubung dengan cara-cara pengendalian penyiasatan kepada:

11.1.1 Pengarah Pusat Penyiasatan & Perisikan;

11.1.2 Pengarah Negeri;

11.1.3 Pengarah Jabatan Siasatan;

11.1.4 Timbalan Ketua Pengarah; dan

11.1.5 Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

11.2 Pihak LHDNM akan mengambil pendekatan yang objektif, adil dan
saksama dalam menangani aduan yang diterima;

11.3 Pihak LHDNM tidak akan melayan sebarang aduan yang tidak berasas
serta mempunyai unsur-unsur atau niat yang tidak baik; dan

11.4 LHDNM akan mengambil tindakan sewajarnya dan juga membuat


aduan terhadap ejen / wakil cukai kepada pihak berkuasa yang
berkenaan seperti Kementerian Kewangan, Institut Akauntan Malaysia,
Institut Percukaian Malaysia, Institut Akauntan Awam Bertauliah
Malaysia, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia dan Majlis
Peguam Malaysia sekiranya ejen / wakil cukai berkenaan tidak
memberi kerjasama atau bersikap tidak profesional yang bertentangan
dengan kod etika mereka.

14
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

12. PROSEDUR BAYARAN

12.1 Semua bayaran cukai kebelakangan hendaklah dibuat kepada


KPHDN;

12.2 Pembayar cukai digalakkan membuat bayaran penuh dengan satu


bayaran berhubung cukai kebelakangan dan penalti;

12.3. Sekiranya pembayar cukai tidak berkemampuan, KPHDN akan


mempertimbangkan dengan membenarkan pembayar cukai
menjelaskan seluruh tanggungan cukai secara ansuran untuk suatu
tempoh yang ditentukan;

12.4 Sekiranya pembayar cukai memilih bayaran ansuran, bayaran


permulaan adalah dua puluh lima peratus (25%) daripada jumlah
tanggungan cukai. Baki bayaran hendaklah dibayar mengikut tempoh
ansuran yang dibenarkan oleh KPHDN;

12.5 Di mana pembayar cukai dibenarkan menjelaskan cukai kebelakangan


secara ansuran, pembayar cukai digalakkan mengemukakan cek-cek
tarikh tunda baki ansuran yang masih tertunggak kepada LHDNM.
Perkhidmatan ini adalah satu kemudahan bagi pembayar cukai
membayar bayaran ansuran mengikut tarikh yang ditetapkan;

12.6 Di mana pembayar cukai memohon tempoh bayaran ansuran yang


lebih panjang daripada yang dibenarkan, jumlah penalti yang
dikenakan akan lebih tinggi berbanding dengan pembayar cukai yang
memilih untuk menjelaskannya dalam satu bayaran atau tempoh
ansuran yang pendek;

(Rujuk kepada Lampiran A-Jadual Penalti bagi kes siasatan sivil yang
diambil mulai 1 Mac 2002); dan

12.7 Kegagalan pembayar cukai mematuhi skim bayaran ansuran yang


dipersetujui akan mengakibatkan dikenakan penalti lewat bayar ke atas
baki cukai yang tidak dibayar seperti yang diperuntukkan di bawah
subseksyen 103(7) dan 103(8) ACP.

13. RAYUAN

Seksyen 99 hingga 102 ACP menyediakan ruang kepada pembayar cukai


untuk membuat rayuan berhubung dengan taksiran yang dibangkitkan oleh
LHDNM.

15
RANGKA KERJA PENYIASATAN CUKAI
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA Tarikh Kuatkuasa: 1 Januari 2007

13.1 Pembayar cukai boleh membuat rayuan ke atas taksiran yang


berbangkit daripada penyiasatan;

13.2 Pembayar cukai boleh membuat rayuan kepada Pesuruhjaya Khas


Cukai Pendapatan dalam tempoh 30 hari selepas penyampaian notis
taksiran;

13.3 Sekiranya masih ada pihak yang tidak berpuashati, sama ada di pihak
LHDNM atau pembayar cukai berkenaan dengan keputusan
Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan, pihak yang tidak berpuashati
boleh memohon kes untuk didengar oleh Mahkamah Tinggi dan
seterusnya ke Mahkamah Rayuan; dan

13.4 Tiada rayuan boleh dibenarkan terhadap suatu taksiran komposit.

14. TARIKH BERKUATKUASA

Rangka kerja ini berkuatkuasa mulai dari 1 Januari 2007.

HASMAH BINTI ABDULLAH


Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: Januari 2007

16
LAMPIRAN A

JADUAL PENALTI
TEMPOH ANSURAN TIDAK MELEBIHI

BULAN 3 6 9 12 15 18 21 24 27 30 33 36
3 45+0 45+0 45+5 45+10 45+15 45+15 45+20 45+20 45+25 45+25 45+30 45+30
6 45+0 45+0 45+5 45+10 45+15 45+15 45+20 45+20 45+25 45+25 45+30 45+30
9 50+0 50+0 50+5 50+10 50+15 50+15 50+20 50+20 50+25 50+25 50+30 50+30
TEMPOH PENYELESAIAN TIDAK MELEBIHI

12 55+0 55+0 55+5 55+10 55+15 55+15 55+20 55+20 55+25 55+25 55+30 55+30
15 60+0 60+0 60+5 60+10 60+15 60+15 60+20 60+20 60+25 60+25 60+30 60+30
18 60+0 60+0 60+5 60+10 60+15 60+15 60+20 60+20 60+25 60+25 60+30 60+30
21 65+0 65+0 65+5 65+10 65+15 65+15 65+20 65+20 65+25 65+25 65+30 65+30
24 65+0 65+0 65+5 65+10 65+15 65+15 65+20 65+20 65+25 65+25 65+30 65+30
27 70+0 70+0 70+5 70+10 70+15 70+15 70+20 70+20 70+25 70+25 70+30 70+30
30 70+0 70+0 70+5 70+10 70+15 70+15 70+20 70+20 70+25 70+25 70+30 70+30
33 75+0 75+0 75+5 75+10 75+15 75+15 75+20 75+20 75+25 75+25 75+30 75+30
36 75+0 75+0 75+5 75+10 75+15 75+15 75+20 75+20 75+25 75+25 75+30 75+30
39 80+0 80+0 80+5 80+10 80+15 80+15 80+20 80+20 80+25 80+25 80+30 80+30
42 80+0 80+0 80+5 80+10 80+15 80+15 80+20 80+20 80+25 80+25 80+30 80+30
45 85+0 85+0 85+5 85+10 85+15 85+15 85+20 85+20 85+25 85+25 85+30 85+30
48 85+0 85+0 85+5 85+10 85+15 85+15 85+20 85+20 85+25 85+25 85+30 85+30
51 90+0 90+0 90+5 90+10 90+15 90+15 90+20 90+20 90+25 90+25 90+30 90+30
54 90+0 90+0 90+5 90+10 90+15 90+15 90+20 90+20 90+25 90+25 90+30 90+30
57 95+0 95+0 95+5 95+10 95+15 95+15 95+20 95+20 95+25 95+25 95+30 95+30
60 95+0 95+0 95+5 95+10 95+15 95+15 95+20 95+20 95+25 95+25 95+30 95+30
(A+B)

“A” = Kadar penalti atas cukai tambahan


“B” = Kadar penalti atas jumalah baki selepas bayaran ke dalam akaun

Anda mungkin juga menyukai