Anda di halaman 1dari 1

Soalan 7

Masalah yang dihadapi oleh golongan petani di Malaysia ialah hasil


pertanian yang sedikit tidak dapat memenuhi permintaan yang tnggi.
Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah
tersebut ialah kerajaan perlu memberikan tanah kepada petani untuk
membuka dan meluaskan lagi tanah supaya lebih banyak aktiviti
pertanian dapat dijalankan. Hal ini dapat meningkatkan lagi hasil
pertanian yang ada.
Selain itu, mengalami masalah dari segi punca kewangan. Langkah
yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini ialah memberi
pinjaman duit kepada petani atau pesawah yang menghadapi masalah
ini. Hal ini dapat memberi peluang kepada petani berusaha untuk
memajukan sektor secara komersial.
Di samping itu, menghadapi masalah kekurangan varieti tanaman dan
bukan ternakan tempatan yang unggul. Kerajaan telah mengimport lebih
banyak variety dan baka dari luar negara untuk petani di Malaysia.
Selanjutnya, golongan petani di Malaysia juga kekurangan tenaga
pekerja. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengadakan dan
memperbanyakkan kempen tentang pertanian untuk menarik minat
masyarakat menceburi bidang itu.
Akhirnya, petani di Malaysia tidak mempunyai teknologi canggih
untuk menjalankan pertanian dengan lebih maju. Kerajaan perlu
menyumbangkan teknologi canggih kepad petani yang tidak
berkemampuan dan juga boleh berkongsi teknologi dengan negeri yang
maju demi meningkatkan produktiviti. Hal ini dapat menjimatkan tenaga
pekerja.

Anda mungkin juga menyukai