Anda di halaman 1dari 1

ISU: SEJARAH TANAH AIR

Contoh Pendahuluan

Marcapada, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi,
warga watan makin hari makin menyisihkan sejarah tanah air dari sinonim kehidupan mereka.
Seandainya ditanya remaja remaja masa kini mengenai cita- citanya, jawapan yang lazim sudah
terang lagi bersuluh lazimnya menjurus ke arah bidang sains dan teknologi seolah- olah dunia ini
didirikan hanya bergantung pada tiang seri sains sahaja. Kemudian, jikalau ditanya sekali lagi
ditanya sekali lagi subjek yang paling kurang diminati pelajar agak- agaknya Sejarah yang
menjadi pilihan perdana. ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’. Begitulah
ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan Sejarawan kita yang dikatakan
ketandusan tulang empat kerat belia muda yang berperanan menjadi pelapis buat persediaan
mendepani cabaran masa hadapan. Persoalannya, apakah manfaat- manfaat memahami
sejarah tanah air?

Contoh Penutup

Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat
disangkal membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati serta
diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang sejarawan Barat ada berkata bahawa sejarah
pasti akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas, sebelum nasi menjadi bubur
semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air terus lestari dan
difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara- negara maju yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan
2020 dalam konteks pembentukan generasi madani yang besahsiah murni.

Anda mungkin juga menyukai