Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN ,

JALAN 4/76, DESA PANDAN


55100 KUALA LUMPUR
TEL : O3-92864643 FAX : 03-92864709

Rujukan kami : SKDP/05/02/001


Tarikh : 30 OKTOBER 2015

Kepada,
Ibubapa/Penjaga murid-murid Tahun 4 , 5 dan 6.
SK Desa Pandan

AKTIVITI KOKURIKULUM UNTUK MURID TAHUN 4, 5 DAN 6

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2 Aktiviti Kokurikulum SK Desa Pandan akan dijalankan pada setiap hari Rabu dari jam
7.35 hingga 9.35 pagi, mulai ____Januari 2016. Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 wajib menyertai
aktiviti kokurikulum ini secara aktif kerana penilaian kokurikulum dijalankan sepanjang tahun

3. Sehubungan itu, anak tuan/puan dikehendaki membuat 3 pilihan bagi setiap komponen
kokurikulum yang ingin disertai iaitu Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan.
Kami berharap tuan/puan dapat membantu anak/jagaan, tuan /puan dalam membuat pilihan yang
tepat dan bersesuaian dengan minat dan kemahiran anak/jagaan tuan/puan.

4. Jawatankuasa Kokurikulum akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi pilihan utama
murid, bagaimanapun pilihan kedua dan ketiga akan diambil kira sekiranya permintaan untuk
sesuatu unit itu melebihi bilangan ditetapkan.

5. Kami juga sangat mengalu-alukan penglibatan dan sumbangan ibu bapa dalam aktiviti
kokurikulum ini sebagai jurulatih/pembantu jurulatih mengikut bidang kemahiran masing-
masing dalam usaha meningkatkan pencapaian dan kemenjadian murid-murid dalam pelbagai
bidang kokurikulum. Segala keprihatinan dan kerjasama yang diberikan kami dahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(MAHERAN BT ABD HALIM)


Guru Besar,
SK Desa Pandan.

Anda mungkin juga menyukai