Anda di halaman 1dari 3
Telefon 07-231 0000 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA "ere" —aaeeen! Inbatan Pendidikan Neg! Johor noises eras, Jalan Tun Abdul Razak Laman Web ‘wurw.ipniohor.moe.gov.my_ me Pa ae Johor Darul Ta’zim + JPN}.PPDa.800-4/1/1 (3) t Up Februari 2020 Semua Pengetua & Guru Besar Sekolah Menengah & Sekolah Rendah Negeri Johor. Tuan, PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) TAHUN 2020 Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak tuan yang sentiasa mengambil berat dan berusaha melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di peringkat sekolah. Usaha yang berterusan ini menunjukkan keprihatinan pihak tuan dalam membendung masalah penggunaan bahan terlarang dan aktiviti-aktiviti lain yang menjurus kepada pengambilan dadah dalam kalangan murid. 3. Masalah penggunaan bahan terlarang dalam kalangan murid merupakan perkara yang perlu perhatian serius secara bersepadu oleh semua pihak. Justeru itu, “usaha-usaha pendidikan pencegahan” mesti digiatkan supaya murid-murid sentiasa menerima mesej tentang bahaya dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan, dan HIV/AIDS. Saya menyeru agar semua pihak dapat bersama-sama berusaha merealisasikan Sekolah Bebas Dadah dengan berasaskan kepada empat strategi utama: 3.1. Pengurusan dan kepimpinan. 3.2. Kurikulum, 3.3. Kokurikulum. 3.4. Pembangunan sahsiah. 4, Strategi yang telah disenaraikan tersebut hanya akan dapat direalisasikan dengan melaksanakan matlamat seperti berikut: 4.1, Semua sekolah menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat sekolah. 4.2. Semua sekolah mengadakan sambutan Hari Antidadah Kebangsaan peringkat sekolah. 4.3. Semua sekolah mengadakan program ‘S Minit Mesej Antidadah’ semasa perhimpunan atau mengikut kesesuaian. 4.4. Semua sekolah menengah melaksanakan ujian urin sepanjang tahun 2020 mengikut ketetapan pihak PPD dan ADK. 4.5. Semua murid yang didapati positif dalam ujian urin akan dilibatkan dalam program intervensi murid, dipantau dan diberi bimbingan sehingga mereka benar-benar negatif dalam ujian urin seterusnya. 46 — Semua sekolah mewujudkan Bilik / Laluan / Sudut PPDa Sekolah, 4.7 Pemantauan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di daerah dan di peringkat sekolah diadekan sepanjang tahun, 4.8 Semua sekolah peru menyediakan Takwim PPDa bagi merancang aktiviti pencegahan untuk sepanjang tahun. PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) TAHUN 2020 JPNJ.PPDa.800-4/1/1 ( 3) Tarikh : [4 Februari 2020 5. Oleh itu, untuk memastikan murid-murid sekolah sentiasa mendapat maklumat terkini ‘melalui aktivi Kktiviti terancang berkaitan bahaya dadah, alkohol, rokok, vape, inhalan, dan HIV/AIDS (rujuk Surat Pekeliling Am Bil. 1 tahun 1985, Jabatan Perdana Menteri bertarikh 29 Januari 1985 yang diedarkan ke semua jabatan dan sekolah) maka semua sekolah diminta mengambil tindakan terhadap perkara-perkara berikut 5.1 SLL 5.1.2 5.13 5.2 Melantik Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah Mengenalpasti dan melantik seorang Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah bagi merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti PPDa di sekolah. Sila rujuk tugas Setiausaha PPDa di Lampiran 1 dan seterusnya melengkapkan Instrumen Pemantauan Kendiri 2020 Borang-borang yang telah lengkap diisi hendakiah dihantar kepada Penolong PPD HEM PPD masing-masing selewat-lewatnya pada atau 27 Februari 2020 Melaksanakan Aktiviti-Aktivit! PPDa 5.2.1 Sambutan Hari Antidadah 5.2.1.1. Hari Antidadah disambut setiap tahun mulai 19 Februari (Peringkat Kebangsaan) 26 Jun (Peringkat Antarabangsa). Sehubungan dengan itu, sekolah dikehendaki_merancang dan menyambut Hari Antidadah dengan membaca perutusan Antidadah dan juga melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian seperti mewarna atau melukis poster antidadah, cikir barat antidadah, deklamasi sajak antidadah dan sebagainya. 5.2.2 Bilik / Laluan / Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah 5.2.2.1 Setiausaha PPDa diminta membangunkan dan memajukan Bilik / Laluan / Sudut PPDa sebagai sumber rujukan mt 5.2.2.2. Bilik / Laluan / Sudut PPDa bersifat “one-stop centre” yang mengandungi maklumat-maklumat bahaya dadah, alkohol, rokok, inhalan, dan HIV/AIDS. 5.2.2.3. Sekolah-sekolah yang boleh dilawati sebagai penanda aras Bilik / Laluan / Sudut PPDa : Sekolah Menengah I. SMK Raja Muda, Muar II. SMK Ledang, Tangkak IIL. SMK Tun Dr Ismail, Muar Sekolah Rendah I, SK Sg Abong, Muar IL. SK Kota Masai, Pasit Gudang II], SK Muzaffar Shah, Kota Tinggi PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) TAHUN 2020 JPNJ.PPDa.800-4/1/1 (3) Tarik: [4Februari 2020 5.2.3. Ceramah-ceramah PPDa 5.2.3.1,Setiausaha PPDa boleh _menganjurkan ceramah-ceramah PPDa dengan menjemput pegawai-pegawai dari JPN, PPD, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan dan mana-mana jabatan yang difikirkan relevan dan boleh menyampaikan maklumat kepada murid-murid. 5.2.3.2.Aktiviti di atas juga boleh dilaksanakan semasa perhimpunan mingguan sekolah dengan memberi peluang murid-murid selama beberapa minit untuk menceritakan tentang bahaya bahan-bahan terlarang tersebut, sama ada daripada akhbar ataupun mana-mana bahan. 6. Bersama-sama surat ini, dilampirkan Surat Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Tahun 2020 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2010 Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah, senarai Surat Pekellling Ikhtisas, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Siaran berkaitan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), dan Instrumen Pemantauan Kendiri 2020. 7. Pihiak JPN, PPD dan juga Jemaah Nazir Sekolah akan melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan pihak sekolah melaksanakan aktiviti-aktiviti pendi pencegahan dadah, alkohol, rokok, inhalan, dan HIV/AIDS. 8 Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Mohamad Reezal bin Shamsudi Penolong Pengarah Hal Ehwal Mutid di talian 017-7710200. Kerjasama pihak tuan amat dihargai, semoga kita dapat merealisasikan visi ‘Sekolah Bebas Dadah’. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ng menjalankan amanah, , Saya ¥ fi|AZMAN BIN ADNAN ) fengayhh PendidjkarNegeri Johor Jabatan Pendion Negeri Johor HEM/pPDa/REE/nna

Anda mungkin juga menyukai